Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, September 30, 2011

Kunjungan yang tak di sangka.

Menerima kunjungan kak Norhayati Berahim
semalam membuatkan saya gembira. Dan sama
seperti kunjungan sahabat baik saya, hanya
air botol dan kuih raya saja yang dapat
dihidangkan.

Beliau mendapat tahu tentang saya melalui
FB dan tak sangka yang beliau sanggup
mencuri masa untuk melawat saya.

Terima kasih kak. Gambar semalam.Geram
betul dengan anak daranya yang pandai
memberikan pose menarik. Kelas gitu!




Thursday, September 29, 2011

Sahabat baik....


Sahabat baik saya yang datang melawat
di rumah semalam.Dia tak cakap pun
nak datang.

Tiba-tiba call dan kata dia dah
ada bawah pokok mangga depan rumah.

Dengan rumah tak berkemasnya, nasiblah.
Dah sakit ni, tak dapat nak buat
apa-apa.

Hanya air botol dan sedikit kuih raya
yang ada di meja di jamukan.

Semasa jumaat lepas, saya dan dia sempat
pergi makan Macdonald kat LCCT. Dia adalah
orang ke 2 yang tahu tentang apendix saya.

"Pergi hospital cepat.. Ingat awak tu ada
anak. Orang rumah kita tu, tak boleh nak
cakap. Kut kubur kita merah suk dah nak
cari lain..." Panjang dia membebel
kat telinga saya.

Dan saya hanya tergelak saja..Bila saya sms
dia dan kata sudah buat operation, dia
terperanjat pulak..hahaha..

Wednesday, September 28, 2011

Ku lihat langit ......


Gambar yang saya snap di dalam kereta
semasa di dalam perjalan menuju ke
Hospital Putrajaya.

Entah kenapa hati saya pada waktu
itu terasa sayu.

Didalam fikiran saya terbit satu
pkiran 'mana tahu, ini mungkin
pemandangan langit yang terakhir
yang aku tengok'.

Alhamdulllilah, saya masih berpeluang
melihat lagi pemandangan langit lagi
selepas itu.

Syukur!

Tuesday, September 27, 2011

Perangai setan....

Semasa saya tinggal di wad pembedahan ada
4 katil dalam satu bilik.

Di sebelah kanan saya ada satu makcik tua
yang ada batu dalam hatinya. Dia menunggu
untuk dipindahkan ke Hospital Selayang
semalam.

Oleh kerana saya masuk sabtu pagi, jadi saya
memang sempat jugak borak-borak dengan dia
dan juga anak yang menjaganya.

Bila anak dia balik dan diganti dengan cucu
perempuannya, hati saya sakit.Kenapa?

Sebab dia boleh dengar lagu kat handphone
dengan sekuat-kuatnya. Lepas tu main game
kat handphone dengan bunyi 'nit..not..nit..'

Aduh! Sabar gak lagi.Lepas tu jawab handphone
macam orang borak kat rumah sehinggakan nenek
dia yang sakit tu tegur dia.

"Orang sebelah ni sakit apendix..."

"Tak macam orang sakit pun." Itu jawapannya.

Jawapan di sebalik langsir itu memang sungguh
menyakitkan hati saya.

Saya bukan budak kecik yang mahu menangis
melolong dan begolek dilantai sebab sakit.

Tak lama lepas tu dia diganti dengan emaknya.
Lega hati saya. Boleh tidur dengan aman.

Dan hari Ahad selepas saya operation dia
datang lagi. Siap bawak laptop dan pasang
cerita P.Ramlee "Bujang Lapuk".

Pun dengan suara yang kuat. Nenek dia
menegur sekali lagi.

"Orang sebelah baru operation. Tutup.."

"Ala..tak pe..tak pe..."

"Tutup..tutup.." Kata nenek dia lagi.

Dia tak tutup, tapi dia memperlahankan
suara laptopnya. Nasib baik.

Kalau tak saya ingat nak komplen dengan
doktor. Biar doktor cuci sikit kepala
otak dia.

Anda tentu ingat, budak remaja yang buat
begini bukan? Salah. Orangnya sebaya dengan
saya rasanya. Sudah berkahwin dan ada anak.
Tapi perangai teruk.

Sebab apa saya kata begitu. Hospital dibuat
macam hotel. Akal tak da...

Pesanan kepada anda semua dan kepada diri saya
sendiri. Ingatlah setiap orang yang berada di Wad
sudah tentu sakit dan tidak sihat. Jadi jagalah
perlakuan anda.


Gambar dari Wad 3B.

Monday, September 26, 2011

Bermulanya sebuah cerita..

Tahun ini rasanya akan menjadi sejarah
dalam hidup saya. Banyak yang saya cita-
citakan, lagi banyak dugaannya.

Retak tangan bulan June, dan hari ini saya
baru keluar dari Hospital Putrajaya.

Bermulah sebuah kisah atau cerita yang
membuatkan saya merasa masuk ke dalam
bilik pembedahan.

Saya pergi klinik swasta pada Khamis lepas,
kerana sakit dibawah perut sebelah kanan.
Ubat tak dapat tapi hanya dapat 'refer letter'
untuk ke hospital.

Saya mula sakit dari hari isnin sehingga khamis,
tetapi lebih kepada sebelah malam. Dan sakit itu
berterusan sepanjang hari Jumaat kerana saya
tidak berpuasa hari tu. Tapi sempat lagi pergi
kerja.

Balik kerja tunggu suami balik dan dia bawa
saya ke Hospital Putrajaya. Masuk ke bahagian
emergency tetapi tetap kena tunggu, kerana pesakit
ramai.

Ramai bayi dan budak kecil yang saya tengok
separuh bogel di dalam dakapan ibu masing-
masing kerana demam.

Ada juga yang muntah memancut sehingga terkena
ke arah orang lain.kesian ..budak-budak..

Saya dapat masuk berjumpa doktor setelah 2 jam
setengah menunggu. Lama bukan? Nak tak nak
kena tunggu jugak.


Setelah di scan, sampel air kencing di ambil dan
saya disuruh menunggu lagi. Adalah agaknya dalam
1 jam saya menunggu, dipanggil lagi sekali untuk
diambil sample darah pulak.

Lepas tu tunggu lagi, dan dalam pukul 12 malam baru
saya dipanggil untuk berjumpa doktor.Pada waktu
itu pesakit semakin ramai dan ada yang pulang
kerana tidak tahan menunggu.

Saya dibawa ke dewan bersalin. Tapi jangan silap
ye. Saya tidak mengandung. Dibawa kerana mereka
nak check 'bahagian bawah' sebelum memastikan
tidak ada yang silap di situ.

Setelah semua selesai, di bawa turun kembali
ke bahagian pemantauan di emergency room.


Gambar yang saya ambil pada pukul 2 pagi. Dan
akhirnya saya di periksa sekali lagi oleh
doktor yang lain. Akhirnya saya di tahan wad.

Semasa itu saya ada seorang kawan, seorang guru
KAFA sama sakit dengan saya. Nama pun hampir sama
sehinggakan nurse yang jaga wad pembedahan pening
kepala nak bukak fail.

Setelah berehat di katil, datang lagi doktor yang
lain dan saya diminta berpuasa sehingga doktor pakar
datang pada sabtu pagi.

Tak lena pun tidurnya. Macam tidur-tidur ayam..Tempat
barulah katakan..



Penantian memang benar satu penyeksaan..Datangnya doktor
pakar membuatkan saya sedikit takut dengan dikelilingi
oleh 5 orang doktor yang lain.

Dia pun check dan tekan perut kat mana yang
dia suka. "awak sakit tapi boleh gelak lagi".
Itu katanya."Takkan saya nak nangis pulak.."
Jawab saya.

Dia membenarkan saya makan, kerana katanya
kalau makan saya akan bertambah sakit. Dan ter
nyata ianya benar..


Makanan tengahari saya pada hari sabtu. Bubur
nasi, ayam masak sos tiram dan juga 2 jenis
sayur. Ada juga buah oren.. Tapi saya makan
sikit je, lepas tu tidur.

Pukul 3 petang, makan pula minuman petang.Teh
dan sebiji pau..Perut saya bertambah sakit
dan doktor suruh mula puasa sekali lagi.

Confirm apendix dan doktor kata pembedahan
akan dijalankan dalam pukul 9 malam. Semua
borang saya sain.


Gambar setelah sain surat...Saya suruh suami
balik dulu, sebab kesian kat anak duduk
hospital lama-lama.

Dalam pukul 10 malam, sekali lagi datangnya
doktor dan memberitahu yang saya akan dibedah
pada ahad pagi kerana malam tu mereka
menerima banyak kes pembedahan yang tidak
boleh ditunggu.

Saya disuruh makan dan minum. Dan dia berpesan
saya kena berpuasa bermula pukul 2 pagi.

Akhirnya pada pagi ahad, darah diambil sekali
lagi untuk menentukan jenis darah dan buah
pinggang.

Pukul 9 pagi, saya ditolak masuk ke bilik
bedah. dan saya sempat sms kat suami..Dah
tu tak sedar dah.

Hanya sedar bila dipanggil' Pn Fadillah, Pn
Fadillah'. Sempat jugak tanya kat nurse tu,
pukul berapa. Pukul 10 lebih katanya..

Adoi, sakitnya bukan main lagi. Masa tu pulak,
tekak tu nak batuk.. Rasa nak pecah perut
dibuatnya.

Sampai kembali ke wad dalam pukul 11 pagi.Dan
disruh puasa sekali lagi sehingga ke pukul
petang.

Itupun setelah doktor yang bedah saya tu, datang
memeriksa. Barulah saya boleh makan....

Saya ditahan sehingga ke hari ini. Balik kerumah
tadi dalam pukul 2.30 petang.

Sepanjang saya duduk dihospital, 7 botol
air telah dimasukkan ke dalam badan saya.
Banyakkan?

Kost pembedahan/wad semua sekali adalah 990.00.
Ok kot! Sebab setahu saya, Hospital Putrajaya
ni separuh kerajaan/swasta.

Dan doktor/nursenya semua baik-baik dan saya
amat berpuas hati dengan layanan yang mereka
berikan.


Makanan tengahari tadi. Ikan masak
pindang, nasi dan 2 jenis sayur. Ada juga
kerabu mangga. Buah limau juga. Saya makan sikit je..


Tukang tolong habiskan makanan. Sedap makanannya.
Sebab kat Hospital ni, semuanya 1st class..

2 minggu saya diberikan cuti..Lama benar...

Friday, September 23, 2011

'Black out'

pic yang tak ada kena mengena..


Umur saya baru 36 tahun. Tetapi kadang-
kadang saya boleh lupa, apa yang
saya nak buat..

Ingat nak buat sesuatu, tapi bila pusing
atau pandang benda lain jadinya langsung
tak ingat.

Lepas tu baru perasan yang kita ada/mahu
melakukan sesuatu, tapi kita tak ingat
apa dia.

Kena duduk/buat benda lain dulu. Baru 'ingatan'
kita datang balik.

normal ke tu, kalau fikiran
kita tiba-tiba 'black out'?

Anda bagaimana?

Thursday, September 22, 2011

Terasa rindu...

Sejak dua menjak ni, saya terasa
rindu. Dengan siapa?

Dengan kawan-kawan sekolah saya.
Lama tak jumpa mereka.. Entah
apa khabarnya..

Ada yang saya jumpa di FB, ada yang
langsung tak nampak batang hidung. Entah
hidup atau entah dah arwah.

Ada juga yang saya dengar kawan-kawan
yang dah 'pergi' dulu dari saya.Sudah
begitu ajalnya.

Bila dengar kawan sekolah yang dah
pergi, terasa diri begitu tua.

Sekarang ni kalau dah ajal, tak payah
nak tunggu tua. Itu pun tak sedar lagi.
Ingatan untuk diri sendiri..

Yang paling saya ingat, adalah kawan
saya yang bernama Hashim. Anak seorang
pendatang.

ICnya berwarna merah, dan mempunyai
ulas (betul ke ni?) gigi yang besar.

Sebab apa saya ingat pada dia? Sebab
kami sama-sama pengawas sekolah dan dia
adalah ketua pengawas.

Saya menyampah kat dia sebab dia selalu
membuli saya dan ada apa yang saya buat
semua tak kena di mata dia.

Dan dia pernah menghantar kat raya dengan
tandatangannya sepanjang kat raya itu juga.

Memang sengal. Entah kat manalah dia sekarang.
Sudah kahwin mungkin, dan juga sudah ada
anak berdozen..

Itu tak mengapa..Janji saya jumpa dia. Bukan
rindu macam orang berkasih sayang tu, tapi
rindu seorang sahabat...

Bulan 12 nanti, cadangnya mahu membuat
perjumpaan semula. Harap-harap dia
akan dapat dihubungi sebelum itu.

Insya-ALLAH.

Wednesday, September 21, 2011

Massaman chicken curry..


Kalau tengok gambar ni, rupanya
macam kari biasa je. Memang ini
kari pun tapi ada kelainannya.

Nama masakan ini adalah 'Masamman
chicken curry'. Saya dapat resepi
ni dari internet.

Ramuannya sama macam kita masak
kari tetapi ditambah dengan ramuan
di bawah.

1) lengkuas
2) lada putih
3) serbuk kulit kayu manis
4) jintan manis
5) serai - di mesin sekali sehingga hancur
6) belacan - yang telah di bakar.

Tetapi saya telah terlupa hendak mengisi
belacan di dalam kari ni.

Adakah saya akan dipancung kerana tidak
meletak belacan di dalam masakan seperti
dalam cerita P. Ramlee tu?

Ada aku kesah...hehe..

Tapi rasanya memang sedap. Dan diperakui
oleh anak dara saya. Tapi boleh percaya
ke dia tu? Sebab pada dia semuanya sedap.

Cubalah dan rasa sendiri..

Tuesday, September 20, 2011

Imaginasi terlampau yang karut..

Pernah tak anda rasa yang anda
memerlukan sedikit 'ruang'?

Kadang-kadang saya berfikiran begitu.
Saya mahu pergi 'jauh' seketika.

Bukannya pergi tak balik-
balik, cuma pergi sekejap
dan meninggalkan apa yang
ada.

Pekerjaan, keluarga dan segala
harta benda. Hanya diri sendiri
dan sedikit pakaian..

Pernah tengok cerita '6 day 7 night'?
Kalau pernah tengok , mesti tau bab yang
si hero dan heroin tercampak kat pulau.

Lepas tu cari air dan terjumpa air terjun.
ha...kalau boleh saya mahu tinggal di situ
buat seketika.

Air terjun dan kawasan itu nampak begitu
mendamaikan. Bolehlah berenang dalam
air tu selama mungkin..hehe..

Seorang diri merenung kapal terbang
yang lalu di langit. Seorang diri
mendengar bunyi binatang di hutan.

Buat pondok dan makan apa yang ada. Cukuplah
dalam sebulan dua..haha..berangan macam
bagus je...

Berangan memang tak salah, kena bayar
pun tidak..Tapi kalau tak ada makanan,
akan jadi macammana?

Adakah saya akan kurus macam
tengkorak sebab kekurangan makanan?

Ini baru betul-betul punya berangan la..
Dah namanya pun imaginasi 'terlampau'.
Jadi ia hanya ada di fikiran..

Monday, September 19, 2011

Sengal dan hampas.

Ingat lagi tentang cerita 'CS Sengal' yang
telah membuatkan saya naik angin?

Hari ini saya dapat satu cerita dari
boss saya. Ceritanya macam
nie..

Ada 1 custemor ni…Cerewet dan terlalu
banyak 'requirement' dia. Tetapi setakat
ni masih boleh di layan lagi.

Bulan lepas, dia mintak report untuk
SEA/AIR daripada pejabat kami.

Kami bahagian AIR, telah memberi
apa yang di minta kepada CS nie
secepat mungkin.

Dan report ini delay, sebab dia
tak sempat nak siapkan bahagian SEA.

Itu dia punya pasallah, tapi yang tak
sedap di dengar ialah dia mengatakan
yang bahagian AIR tak siapkan itu
report (kiranya bahagian AIR yang membuatkan
dia delay..)

Boss saya pulak dapat info nie daripada
custemor ini sendiri sebab kami memang
baik dengan dia…

Aduh! Depan bos saya, saya cakap saya
benci ini orang..

Memang betul 'hampas' punya orang.

Sunday, September 18, 2011

Jalan-jalan habiskan minyak....

Seronok pergi KL hari ini. Sebabnya
adalah kerana jalan tak jem dan orang
tak ramai.

Sebab apa saya pergi KL? Nak cari
seluar jeans kat Campbel & pertama
compleks..

Jauh benar mencari jeansnya, ya tak?
Senang, beli dan terus potong kat
situ. Balik terus boleh dipakai.


Gambar yang saya 'snap'. Selalu tu
tengok dari jauh je. Selepas hujan,
sebab tu tak nampak hujungnya.


Lepas beli jeans, singgah pulak tengok
wayang kat sini. Odean Kuala lumpur, tengok
cerita 'Tak jadi raya'.

Tiketnya tidak diprint dan tempat duduk
pula, nombornya ditulis dengan pen. Mula-
mula, cuak juga.Tapi 'layan' je la.....

Dan yang kelakarnya, panggung wayang yang
boleh memuatkan hampir 200 orang itu, hanya
dipenuhi oleh 8 orang penonton saja
termasuk kami 3 beranak..

Cerita yang kami tengok tu kelakar, jadi
ketawa pun hanya kami saja yang dengar. Kalau
ramai, tentu lagi 'gah' bunyinya.

Duduk pun mana suka. Tak de nak ikut
nombornya.Kiranya kalau nak baring pun
tak de orang marah..hahaha..

Sementara berjalan ke arah parking kereta,
singgah pulak kat tempat jual tudung. Memang
murah sangat kat area Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sampai dalam kereta, en hub cakap macam
nak meniaga tudung gamaknya. Orang lelaki
mana tau...


Gambar yang saya 'snap' lagi sewaktu
nak balik. Jarum jam sudah menunjukkan
pukul 8.07 malam waktu itu..

Lagi sekali saya katakan, seronok sebab
jalan tak sesak.

Saturday, September 17, 2011

Tetamu selepas 16 tahun..

Hari ini saya menerima tetamu
kehormat. Siapa dia?

Bukan menteri besar, menteri
jauh sekali. Ia adalah abang
saya.

Mungkin biasa pada anda semua
tetapi luar biasa bagi saya.

Sejak saya berkahwin dan ada rumah
sendiri, tidak pernah abang-abang
saya datang berkunjung.

Hanya kakak-kakak saja yang datang
bersama keluarga masing-masing.Dan
saya ada 6 orang abang.

Tak tahu kenapa dan hari ini abang
saya yang nombor 6 ni datang dengan
keluarganya untuk beraya.

Walaupun abang-abang saya ni tidak
berkunjung ke rumah, tetapi saya
tetap mengunjungi mereka bila
ada masa...


Dan ini anak dia yang bongsu. Rasanya ini
adalah cucu lelaki emak saya yang paling
'baik'

Tidak terkira 'baik'nya.. tadi masa
sedang makan pun riuh mulutnya mengomel.

Bukan saja mengomel, tetapi banyak
'komplen' juga..hahaha..nasib baiklah
umurnya baru 4 tahun...jadi 'ada aku kesah?'..


Juga 'mesra' orangnya. Setakat ini dia
adalah anak buah lelaki sebelah saya
yang paling 'dekat' dengan saya.

Terasa 'jujur' bila berada dekat dengan
dia ni...'Norsham' nama dia....

Friday, September 16, 2011

Berendam..

Saat yang membuatkan saya rasa
gembira adalah berenang. Tak tahu
kenapa. Rasa bebas 'terbang'
dalam air.

Dulu masa saya kecik-kecik, selalu
kena kejar dengan mak saya.

Mana taknya. Belakang rumah laut.
Pantang air pasang, mulalah nak
berenang.

Bukan tak boleh, tapi air baru
nak pasangkan anak belukang ada.
Takut kena sengat.

Apa lagi, kena kejar dengan pelepah
kelapa mencicit lari...Itu kalau
emak saya nampak.

Kalau tak nampak, berenang lama-lama
sampai kadang-kadang tu air nak surut
balik semula.

Lepas tu mandi air perigi..Fuh! Memang
best sesangat-sangatnya.

Tadi pergi juga berenang. Tapi anak dara
saya ikut sebab saya pujuk dia.. Mula-mula
memang dia tak mahu.

Baru setengah jam berendam, dia dah
ajak balik. Aduh! Panas hati dibuatnya.
Rasa nak kuti-kuti (cubit) kat dalam
air tu.. Tapi sabar je..

Tak sampai 1 jam, dah balik..Saya cakap
kat dia, lain kali 'tinggal'. Potong
'stim' betullah...

Thursday, September 15, 2011

bukak sana, bukak sini..

Selagi tak habis bulan Syawal,
selagi tu lah 'open house' sana..
'open house' sini...

Tak ketinggalan ' open office'
jugak.. Office saya buat jamuan
raya semalam.

Semua pakat pakai baju raya. Saya
pun sama juga. Selalunya memang
pakai t-shirt(uniform)putih dan seluar
jeans saja.

Semasa beli sarapan pagi di kantin, adik
yang selalu melayan saya seperti tercengang-
cengang melihat saya..

Agaknya sedikit pelik atau 'tertawan'
melihat saya berkebaya, tak tahulah
pulak..hahaha.Selalunya 'brutal' je.

Semasa nak pergi tandas, sekali lagi
saya di sapa oleh orang yang saya
selalu jumpa. Tapi tak tahu dia siapa.

Sehinggakan saya tanya dia balik
"kenal saya ke?"..Sebab saya memang
tak kenal dia siapa.

Pelik jugak, sebab selama ni tak
pernah pulak dia menegur. Aduh! Penangan
berkebaya merah agaknya. Saya tergelak
sendiri..

Ok, lupakan bab baju merah itu. Macam biasa
setiap jamuan mesti ada menunya.

Makanan di bawak oleh staf perempuan.
Saya masak bihun goreng dan 'daging
hitam'. Ada juga nasi himpit dan rendang
ayam pencen.

Buah-buahan dan 'jajan' juga ada. Tapi
kuih raya tak ada...Sebab masing-masing
lupa nak bawak..


Staf perempuan dioffice. Yang baju putih
tu Boss saya no 1. Single lagi..

Bila balik rumah, En Hub tengok gambar
ni dan dia kata;-

"Uii..Tinggi betul bini aku nie.."Haha..
Selama ni, dia tak perasan agaknya bini
dia macam galah..


Boss saya no 2. Kiranya saya dibawah
dia. Seorang yang terlalu 'lembut'
hatinya.

Habis sudah..Jadi minggu depan bolehlah
mula puasa..

Sihat itu.....

' Sihat itu ialah syurga dunia, jadi
berusahalah untuk sentiasa sihat mental,
fizikal dan spiritual agar dunia menjadi
tempat singgah yang seronok untuk
didiami bukan tempat singgah yang menyakitkan
hingga kita tidak sabar-sabar untuk
pergi'.

Petikan kata-kata Dr HM Tuah Iskandar
dalam Majalah MIDI...

Tuesday, September 13, 2011

Wajah mereka..

Saya suka ambik gambar baby atau
budak kecik sekarang nie..








Sebab di wajah mereka, ada ketenangan...

Monday, September 12, 2011

Rasa nak......(sambung la sendri)

Hari ni saya rasa 'membara'. Panas
sangat-sangat. Marah sangat-sangat.

Dia yang buat silap, jari telunjuknya
menunding kat saya, sedangkan
yang buat 'quotation' kat
custemor adalah dia.

Semua orang buat silap, tak ada
yang sempurna dalam dunia nie.

Tapi kalau silap dia, tunding jari kat
kita 'ini tidak adil' bak kata abdul
Wahob dalam cerita 3 Abdul..

Malu kut nak mengaku kerana yang
buat silap ni CS Manager…

Bertalu-talu emailnya datang. 1 saja
yang saya reply. Biar yang lain
boss saya yang jawab..

Nak gak balas email tu cam
gini " nak saya(yang kuli ni ) check kan ke
quotation yang u(CS MANAGER) bagi kat custemor?"

Kalau lebih-lebih kang, saya
BULLSHIT' kan aje… emm….

Saturday, September 10, 2011

share : petua

Household Tips yang di berikan oleh
kawan saya.. Sama-samalah kita
cuba, try and test..hehehe.

1)Ants Problem:
Ants hate cucumbers. Keep the skin of
cucumbers near the place or ant hole.

2)To get pure and clean ice:
Boil water first before freezing

3)To make the mirror shine:
Clean with spirit.

4)To remove chewing gum from clothes:
Keep the cloth in the freezer for an hour.

5)To whiten white clothes:
Soak white clothes in hot water with
a slice of lemon for 10 minutes.

6)To give a shine to hair:
Add one teaspoon of vinegar
to hair, then wash hair.

7)To get maximum juice out of lemons:
Soak lemons in hot water for one hour,
and then juice them.

8)To avoid smell of cabbage while cooking:
Keep a piece of bread on the cabbage in the
vessel while cooking.

9)To rid the smell of fish from your hands:
Wash your hands with a little apple
vinegar.

10)To avoid tears while cutting onions:
Chew gum.

11)To boil potatoes quickly:
Skin one potato from one
side only before boiling.

12)To boil eggs quickly:
Add salt to the water and boil.

13)To remove ink from clothes:
Put toothpaste on the ink spots generously
and let it dry completely, then wash

14)To skin sweet potatoes quickly:
Soak in cold water immediately after boiling.

15)To get rid of mice or rats:
Sprinkle black pepper in places where
you find mice or rats. They will run away.

Friday, September 09, 2011

Ayam penyet...

Saya selalu dengar dan baca tentang
'ayam penyet'. Tapi tak pernah rasa.

Jadi malam semalam kami pergilah
kat Giant Nilai. Ramai juga pelanggan
nya.

Suasana kedai yang bersih dan teratur.

Anak dara saya order air nie, tapi dia
tak minum. Jadi saya yang tukang minum.
Air tembikai susu. Ok gak rasanya. Tapi
yang bahagian bawah tu, saya tak tahu
apa dia.

Sup ekor yang 'kureng',kata en hub. Tapi
habis jugak. Saya tengok supnya sikit
lebih kurang cam air basuh tangan je.
Jernih sangat.

Anak dara saya punya pilihan. Ikan keli
(tak ingat apa namanya kat menu).

Udang berlado yang 'lado'nya langsung tak
best...

Yang tarakhir, ayam penyet. Saya order 2
dan sambalnya terasa amat pedas sekali.
Sehinggakan sekali kunyah, sekali berdesut..

Memang pedas giler! Dan bangun pagi
tadi, saya sakit perut.

Pada saya tidaklah sesedap mana, tapi
oleh kerana nak merasa punya pasal
masuk jugaklah restoran tu..

Harganya? RM 54.00..Mahal tak?

Thursday, September 08, 2011

3 Syawal

2 syawal, saya satu keluarga dah
balik ke rumah. Itupun sampai rumah
hampir pukul 11 malam.

Jadi raya 3 adalah sesi kunjung mengunjung
belah suami pulak..

Destinasi pertama adalah keluarga abang
ipar di Kuala Selangor.

Tersengih mcm bunga 'bushuk' ni adalah
cucu saya. Cucu? Adoi, hilang sudah seri
nenek glamour bila ada cucu..

Nak buat macam mana... Nenek pun neneklah..
nenek kepada cucu saudara. ehem.


Destinasi kedua adalah Jeram, area Kuala
Selangor jugak. Sebelum sampai
rumah yang nak dituju dan menunggu konvoi
yang lain, singgah kat Pantai Jeram sekejap.

Tapi tak dapat masuk, sebab tak tahu
nak cari jalan masuknya di mana.

Gambar yang diambil di atas jambatan.
Air surut masa tu. En hub kata dia
pernah bawak saya kat pantai tu,
tapi saya tak ingat pulak. Entah 'awek'
mana yang dia bawak, dicakapnya saya pulak.
haha..


Inilah rumah 'mak cik' suami saya tu. Rumah
atas kat bahagian depan. Angin yang sepoi-sepoi
bertiup membuatkan saya lena sekejap.

Dah tu lama sangat menunggu konvoi yang
lain tak sampai-sampai..Kiranya ini adalah destinasi
ketiga.

Tuan rumah masak kari 'ale-ale' sejenis
(sepupu-sepapat lala)makanan laut.. Memang
itu adalah makanan keistimewaan diorang..




Destinasi ke empat adalah rumah bakal
besan kak ipar. Cantik rumahnya. Siap
ada karaoke lagi.

Depan rumah ada sungai yang besar dan agak
deras airnya. Bukan itu je, buaya pun ada.

Saya tak tipu eh.. Tuan rumah yang cakap.
Gambar bunga depan sungai..Dah nak
maghrib dah masa tu. Nasib baik tak
ada benda lain yang 'muncul'.


Destinasi terakhir, rumah 'ibu mertua' ku
Selayang Baru. Waktu tu sampai pun dah
dekat pukul 8.30 malam.

Perut dah kenyang, jadi jamah kuih raya
dan teh o panas. Best..

Sampai rumah pukul 10 lebih..apalagi,
zzzzzzzzz...

Wednesday, September 07, 2011

5 hari je..

5 hari je Isabell hidup. Semalam semasa
saya balik kerja, saya jengah dia sekejap
sebelum bancuh susu.

Saya tengok dia terbaring lemah. Badannya
terus jadi kurus dan suaranya juga
antara dengar dan tidak.

Saya dah dapat agak yang dia tidak akan
hidup lama. Saya bagi dia minum
air mineral dan saya boleh nampak
dia telan dalam kepayahan.

Puncanya saya tidak pasti, tetapi yang
saya perasan semalam pagi yang dia
cirit.

Semalam sebelum saya pergi kerja, saya
sapu sedikit minyak gamat kat perutnya
dan dia merenung sayu.

Balik semalam terus dia jadi begitu.Adoi!
Anak dara saya menangis tak ingat. Puas
memujuknya.Dengan baju sekolah dia
mengadap si Isabell yang dah kaku.

Sampai saya kata "ALLAH lebih sayangkan
dia..". Pun dia sambung lagi nangisnya..

Dekat 20 minit , baru dia berhenti nangis.
Ialah, dia yang rajin tolong bancuh susu
dan juga suka panggil Isabell gedik.

Tiba-tiba mati pulak...Sayu...

Tuesday, September 06, 2011

Cerita subuh tadi.

Selepas hari raya ni, saya selalu
sakit kepala..Tak tahulah kenapa.

Semalam lepas buka puasa saya telan
ubat migrain dan tidur awal.

Terjaga pukul 2.20 pagi. Sebab anjing
menyalak depan rumah dengan begitu
galak sekali.

Kata en hub yang belum tidur dan menjengah
ke tingkap, anjing tu menyalak menghala
ke rumah saya..

Lepas anjing tu pergi dan en hub pulak
tidur, saya pulak yang terkebil-kebil.

Tiba-tiba terbit satu bau. Busuk bukan
main lagi. Makin lama makin kuat baunya.

Saya capai Al-Quran yang terletak di
kepala katil dan buka. Tapi tak baca..

Selang 2 minit macam tu, bau tu
hilang terus..Ajaib sungguh. Kejap
ada, kejap tak ada..

Akibatnya saya tak tidur sampai pagi.
Sebab saya jenis yang dah terjaga, mata
tak mahu lelap dah..

La ni, bila dah sampai office, mata
nak tutup...Adoi.

Sunday, September 04, 2011

anak angkat , Isabell


Nama dia Isabell. Saya selamatkan dia
dari belakang rumah orang.

Bahagian dapur rumah saya memang
bertemu dengan dapur jiran belakang
rumah.

Jadi sewaktu saya memasak, saya
terdengar suara anak kucing yang
begitu kuat.

Ingatkan dia mencari ibunya dan
saya beranggapan ibunya sudah ada
bila dia tidak bersuara lagi.

Bila saya menjengah ke belakang
dapur jiran saya itu, saya nampak
anak kucing yang sedang terbaring
lemah antara hidup dan mati.

Dengan keadaan basah kuyup kesejukan
ditimpa hujan. Saya tak berani masuk
ke dalam kawasan dapur jiran itu
takut kena dakwa, masuk tanpa
kebenaran.

Apa yang dapat saya buat adalah
mengambil kayu panjang, dan mengolek
anak kucing itu secara perlahan.

Dengarnya macam kejam, tapi saya
tiada pilihan lain. Tak sampai
hati nak biarkan.

Bila dah dapat, saya mandikan dengan
air suam dan bagi susu yang kita
selalu buat teh tarik..

Tak ada pilihan, nak buat macam
mana.. Semalam, saya bawak dia
jumpa VET dan doktor kata anak
kucing ni sihat...

Saya duk risau jugak, sebab dia
terlalu lemah, dan seakan menggigil.

Singgah kedai pet, beli susu dan
botol susu.

Inilah dia Isabell..