Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Rezeki hari ini..




Rezeki hari ini. Sup ayam kampung dan sambal
goreng ikan bilis (yang besar dan tebal tu )..

Ada yang terliur tak? ;P

Friday, January 27, 2012

Alhamdullilah..Chef baru...



Nampak tak lauk ni? Apa
yang istimewanya?

Istimewa sebab di masak oleh
en suamiku... Jangan tak percaya
yang en suami sudah boleh masak
sekarang ni.

Alhamdullilah. Ringan sikit bila
balik rumah. Bila badan penat, perut
pulak lapar berbunyi-bunyi.

Bila balik, sudah terhidang atas
meja...Syukur...Ringan sedikit
kerja rumah.

Sambal sardin, sambal ikan, sayur
goreng..kira ok lah tu..Nanti nak
ajar masak rendang pulak.hehe..

Wednesday, November 23, 2011

Boleh la...

Semakin banyak urusan yang perlu
diselesaikan. Jadi makan luar lagi
hari ni.

Sementara menunggu en hub pergi potong
rambut, saya berdua ditinggalkan di kedai
makan ini.


Fresh oren

sambal udang permintaan anak dara ku...

Menu pilihan saya.

Burung puyuh permintaan dia lagi...

Semua rasa makanannya ok la jugak.. Bolehlah
untuk buat ubat..'ubat lapar'..Tak kena
dengan tekak saya..Tapi anak saya suka..

Lukisan di dinding bahagian tepi bangunan.

Lagi satu, semasa dalam perjalanan menuju
ke kereta.



Dua gambar yang sama, tetapi mempunyai perbezaan.
Apa yang berbeza kalau sekali tengok??? Siapa
dapat jawab?Biar saya tolong jawabkan.

Satu tu sup kosong, satu tu air kosong
yang saya ambik dari tempat air basuh
tangan. Sekali pandang memang serupa, yang
menjadi perbezaannya adalah titik minyak
yang ada di dalam sup..

At least, letak la daun sup sehelai ke..
tak pun letaklah bawang goreng ke...Ish..ish..ish..

Wednesday, October 26, 2011

Sama tapi tak sama...

Sudah beberapa hari badan saya
tidak sihat. Redha saja lah..

Ini gambar 'cekodok' yang telah
saya eksperimenkan dengan ditambah
sayur..1 hari 1...


ikan bilis + bawang + sawi cina(yg org
buat masak sos tiram tu)

sotong + bawang + sawi

udang + bawang + kacang buncis

udang + bawang + cendawan.

Cili tak ada? Memang tak bubuh
sebab ianya akan memudaratkan saya.
Pijau kat perut tak ingat punya.

Dan saya goreng semua 'cokodok'
ni untuk makan malam saya.haha...

Wednesday, September 21, 2011

Massaman chicken curry..


Kalau tengok gambar ni, rupanya
macam kari biasa je. Memang ini
kari pun tapi ada kelainannya.

Nama masakan ini adalah 'Masamman
chicken curry'. Saya dapat resepi
ni dari internet.

Ramuannya sama macam kita masak
kari tetapi ditambah dengan ramuan
di bawah.

1) lengkuas
2) lada putih
3) serbuk kulit kayu manis
4) jintan manis
5) serai - di mesin sekali sehingga hancur
6) belacan - yang telah di bakar.

Tetapi saya telah terlupa hendak mengisi
belacan di dalam kari ni.

Adakah saya akan dipancung kerana tidak
meletak belacan di dalam masakan seperti
dalam cerita P. Ramlee tu?

Ada aku kesah...hehe..

Tapi rasanya memang sedap. Dan diperakui
oleh anak dara saya. Tapi boleh percaya
ke dia tu? Sebab pada dia semuanya sedap.

Cubalah dan rasa sendiri..

Friday, September 09, 2011

Ayam penyet...

Saya selalu dengar dan baca tentang
'ayam penyet'. Tapi tak pernah rasa.

Jadi malam semalam kami pergilah
kat Giant Nilai. Ramai juga pelanggan
nya.

Suasana kedai yang bersih dan teratur.

Anak dara saya order air nie, tapi dia
tak minum. Jadi saya yang tukang minum.
Air tembikai susu. Ok gak rasanya. Tapi
yang bahagian bawah tu, saya tak tahu
apa dia.

Sup ekor yang 'kureng',kata en hub. Tapi
habis jugak. Saya tengok supnya sikit
lebih kurang cam air basuh tangan je.
Jernih sangat.

Anak dara saya punya pilihan. Ikan keli
(tak ingat apa namanya kat menu).

Udang berlado yang 'lado'nya langsung tak
best...

Yang tarakhir, ayam penyet. Saya order 2
dan sambalnya terasa amat pedas sekali.
Sehinggakan sekali kunyah, sekali berdesut..

Memang pedas giler! Dan bangun pagi
tadi, saya sakit perut.

Pada saya tidaklah sesedap mana, tapi
oleh kerana nak merasa punya pasal
masuk jugaklah restoran tu..

Harganya? RM 54.00..Mahal tak?

Monday, August 22, 2011

Cantik punya pasal.


Oleh kerana ianya cantik, sebab itu
saya tempekkan kat sini.

Biskut raya yang diberi oleh boss
saya kepada setiap stafnya.

Harga sebiji 50 sen. Ada bentuk manggis,
jagung dan juga strawberi. Saya tak
rasa pun, tapi anak dara saya kata
sedap.

Iyalah agaknya.. Dah bukak pun,
tak sempat tunggu raya pun.

Tuesday, August 16, 2011

16 Ramadhan - Apam gula hangus


Hari ke 16, kita berpuasa hari ni. Sekejap
je rasa masa berlalu.

Hari ini saya nak kongsi resepi 'Apam gula
hangus'.

Bahan-bahan untuk 1 adunan.

* 1 cawan gula - dihanguskan
* 1 cawan air - campurkan ke gula yg telah hangus itu.
* 2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1/2 cawan minyak masak
* 2 biji telur
* 1 sudu teh serbuk penaik

cara-caranya;

Masukkan semua bahan tadi ke dalam mesin
pengisar dan biarkan ianya sebati.

Acuan pula hendaklah di griskan dengan minyak
masak supaya ianya tak melekat. Kukuslah
sehingga masak.


Tuesday, August 02, 2011

yang menggoda!

(gambar dari g)


Oleh kerana banyak buah avocado yang saya bawak
balik, saya teringin nak buat jus alpokat nie..
Cuma tunggu dia lembut je.

cara-caranya:-

Cairkan gula melaka dan biarkan sejuk.
Sudukan buah avocado yang lembut
ke dalam blender.
Campurkan susu cair dan juga sedikit ais.
Blender sehingga hancur. Tuangkan didalam
bekas dan curahkan gula melaka tadi diatasnya.
Dah tu sudukanlah ke dalam mulut anda.

hmmm...

Wednesday, April 20, 2011

Emak masak sedap..

"Sedaplah ibu masak.." Kata-kata yang telah lali
di telinga saya.

Itu kata anak saya. Tiadalah yang luar biasanya kalau
sekadar udang masak lemak cili kering dengan kacang
panjang. Itu pun guna cili boh jea..Bila penyakit
m' besar sudah menyerang tak boleh nak buat
apalah.

Dulu, saya kerja kilang. Pergi subuh balik lepas waktu Maghrib
baru sampai rumah. Perut punyalah berkeroncong , saya je yang
tahu. Bila balik, emak dah siap masak.

Masakan emak ringkas je.. Asam pedas, sambal ayam,
ayam kicap.. Lauk pulak 1 atau 2 jenis je.. Tapi punyalah
sedap, fuh… tak ingat. Tapi badan saya masa tu
lah besau. Kurus cekeding je padahal makan, mak ai.. Kus semangat.

Sekarang ni bila saya masak benda yang sama, cara yang sama,
bahan-bahan yang sama tetapi tetap tak dapat cari rasa yang
sama dengan yang emak saya masak….

Rahsianya adalah 'air tangan'. Bukan air basuh tangan tau. Lagi
satu, emak saya selalu cakap ' tak payah nak tunggu lebai..'
Maksudnya, tak payah nak tunggu sesuatu bahan tu lengkap,
baru boleh masak menu yang kita mahu.

Kalau dah ada bahan asas, jalan saja. Tak payah nak tunggu.
Tapi ada juga orang yang cerewet. Kalau tak cukup bahan
seboleh-boleh mahu mencukupkannya.

Macam asam pedas saya ni ha.. Yang ada dalam tu hanya
ikan kembong je.. Bendir tak ada, terung pun tak ada..


Betullah. Masakan emak saya adalah yang paling sedap…Saya
yang kata. Anda semua mungkin ada pendapat yang lain.
Terpulanglah. Tapi sekarang saya tidak dapat merasa
lagi masakan emak saya....Dah tak sihat dan kuat lagi.

Monday, March 28, 2011

Arabic food.


Saya tak pernah makan makanan Arab. Kononnya cubalah.
Saya pergi tak jauh dari tempat kerja saya.. Dekat dengan
LCCT juga, ada satu foodcourt.

Orang ramai pada waktu tengahhari. Saya cuba Nasi Beriyani
dengan ayam panggang. Satu hidangan yang lengkap dengan
supnya dan juga sambal warna hijau.

Sedap juga, nasinya cantik sebab dia pakai beras Basmathikan.
Tapi mak ai..banyak gila nasinya. Saya makan tak habis pun.
Harganya 12.00.

Saturday, February 05, 2011

60 sen




Awal pagi macam nie, teringat kat nasi lemak
pulak. Kat tempat anda, ada tak nasi lemak
bungkus kecik macam nie? Tempat saya tak ada.
Tapi kalau kat Tangga Batu, masih ada lagilah.

Perniagaan dari rumah. Sebungkus 60 sen. Tapi
nasi sikt je... Kalau yang kuat makan setakat
sebungkus nie, memang celah gigi je.

Walaupun sikit, tapi dengan haruman daun pisangnya
menjadikan ianya puas di makan. Rasanya memang
tak dapat nak di bandingkan dengan nasi lemak
yang ada lauk tu(bungkus dalam kertas coklat
atau bungkusan polistrin).

Jauh api dari pemanggang. Fuh! Makan pulak
dengan air kopi o..Mertua lalu kat belakang
pun tak nampak, ye tak. Memanglah tak nampak
dah dia lalu kat belakang. Cuba lalu
kat depan. Gerenti nampak. tak gitu?

Friday, January 07, 2011

Loya tekak.


Gambar dari Google.

Minggu sudah, kami pergi Tesco Seremban. Pusing punya pusing
jumpalah bahagian yang jual sushi. Tanya anak, nak rasa ke?

Apabila anak angguk saya pun ambillah yang dah siap peket
punya, dalam 7 ketul. Tapi tak adalah ikan mentah tu.

Bila dah keluar dan tiba tempat makan, anak dengan terujanya
membuka dan makan seketul. Saya pun ambik seketul dan terus
masuk mulut.

Baru kunyah dua kali, terus keluarkan. Anak yang tengok saya
keluarkan dari mulut, juga buat begitu. Tak boleh nak terus
kunyah, apatah lagi menelan.

Sebabnya, berbau dan terasa hanyir. Memang tak boleh nak sampai
ke tekak.Berdiri bulu roma dibuatnya.

Bila sampai dirumah, terus bagi kat ibu si Sara. Dia pun tak mau...

Entah di mana silapnya, yang saya buat tak adalah bau sampai
macam tu sekali.

Ngeri...

Wednesday, December 29, 2010

Yang saya beli

Ini benda istimewa bagi saya, susah nak jumpa. Jadi masa di
KT, belilah makanan di bawah ni....




Buah keranji. Masam rasanya.




Kuih sarang burung. Tempat lain tak tahu pulak, diaorang panggil
apa. Saya belajar makan semasa berada di Alor star. Tak sangka
jumpa kuih ni kat Kuala Terengganu.



Telur penyu. Tapi yang masin. Yang biasanya punya tak ada. Kata makcik
kat pasar Payang, penyu pun tak nak bertelur musim-musim
ribut macam ni. Sedap bagi yang suka. Mahal tau. Kalau yang
biasa, harganya boleh mencecah 5 ringgit sebiji.



Rempah kuah nasi dagang dan kerutub. Menyesal pulak beli
sedikit...

Friday, October 29, 2010

Berangan.



Ini buah berangan yang saya beli semasa dalam perjalanan balik dari kampung yang dijual di persimpangan Kuala Sungai Baru dan Tanjung Agas.

Harganya sekilo RM 26.00. Saya beli RM 10.00 pun dah banyak.


Masa saya sekolah rendah dulu, di sebelah kiri sekolah ada sepohon pokok berangan yang mungkin telah wujud sebelum saya lahir lagi. Poko itu tumbuh di tepi kubur.

Masa tu tak rasa takut pun. Bila pokok itu berbuah, buahnya akan jatuh apabila ditiup angin. Yang saya ingat ketika itu, kulit luarnya masih hijau dan berduri.

Berebut kami mengambilnya. Balik kopek kulitnya dan terserlah kulit keras seperti yang berada di dalam gambar tu.

Goreng pulak dengan pasir. Agak-agak sudah masak, kopek dan makan. Rasanya sedap dan lemak.

Buah berangan saya beli ini, terasa sedikit manis. Namanya pun Berangan Madu.

"Abah kalau kita makan buah ni, kita akan berangan eh?" Pertanyaan dari anak saya.

" Nama je lah...."

Monday, October 11, 2010

Tak boleh jual!




Saya suka satay. Ini adalah satay yang saya buat sendiri. Resepinya saya dapat
dari kakak yang pernah menolong orang membuat satay.

Yang saya perasan tentang satay saya ini ialah dagingnya lembut tidak
seperti yang dijual. Bila saya tanya sedap tak kepada suami, dia kata" sedap, tapi
tak boleh di jual." Entah apalah maksudnya tu..

Friday, October 08, 2010

Teringat pada seseorang




Kuih batang buruk. Kenapa saya masukkan ia sebagai entry kali ini?
Kerana kuih ini mengingatkan kepada seseorang. Dua tahun lepas seorang wanita
tua ini telah datang beraya kerumah saya.

Dia meminta kuih ini untuk di bawa balik ke rumah, kerana susah nak
jumpa katanya. Saya telah memberikan sebungkus. Wanita itu adalah Arwah
Mak Long saya.

# Fikiran saya mesti teringatkan arwah apabila memandang kuih ini. Entah kenapa
terasa begitu dekat sekali.

Wednesday, October 06, 2010

Kitar semula



Apa ni? Ini adalah nasi himpit goreng. Goreng sama seperti kita goreng mee, bihun atau pun nasi goreng. Tapi dalam masakan saya ini tak ada sayur la..

Dari pada nasi ini beku di dalam peti sejuk, lebih baik di potong-potong
dan di goreng. Cubalah. Saya pun dapat resepi ini bila baca di blog kak NB.

Sedap tau...

Sunday, November 15, 2009

Rezeki dikongsi



Ini bakul kedua, buah mangga ini dipetik. Tiga hari sudah, satu bakul penuh juga telah dikait. Sudah di agihkan kepada jiran. Depan belakang, kiri dan kanan juga merasa. Alhamdullilah.

Pokok mangga yang ditanam menggunakan biji ini sudah berbuah dalam 3 tahun yang lepas.Itu pun setelah batangnya ditakik (orang kata kalau pokok tak berbuah, takik batangnya dengan parang).

Semasa pokok mangga ini belajar berbuah, ada satu perkara yang saya ingati sampai sekarang. Masa itu tengahari. Semua orang berada di dalam rumah. Sedang berehat. Tiba-tiba terdengar suara dua perempuan india di bawah pokok mangga. Kami menjengah.

"Adik..boleh mintak ini mangga?"

Saya terus ke luar dan mengambil galah. Dalam pada itu saya sempat mengerling ke dalam poket baju wanita india itu. Ada kelibat mangga di situ. Oh! Rupa-rupanya mereka telah mencuri (kerana ambil dahulu, baru minta)mangga itu. Rasanya mangga itu dikait dengan hujung cangkuk payung. Saya mengait 2 biji lagi mangga.

Ada juga rumah saya didatangi oleh seorang suami yang meminta mangga untuk isterinya yang kepingin dengan buah ini. Alhamdullilah. Tertunai juga.


Baru-baru ini, ada juga tiga orang budak perempuan yang datang meminta mangga.

"Mak cik, boleh minta mangga?"

"Boleh.. Tinggal kat mana ni?"

"Rumah flat tu..Saya suka mangga ni mak cik." Terus dia menggigit mangga itu.

Saya suka cara budak bertiga itu. Kenapa? Kerana kalau kita teringin mahu makan, kita minta saja dari tuan rumah. Sudah tentu permintaan kita tu tidak akan dihampakan (kecuali kalau tuan rumah itu memang kedekut. Itu tak boleh nak buat apa lah..)Lagipun kita cuma mahu minta sebiji dua, bukannya sebakul.

Buat apa mahu kedekut. Bukan boleh jadi kaya pun. Sekurang-kurangnya pokok ini akan sentiasa berbuah lebat, apabila buahnya diagih-agihkan. Biar semua merasa. Berkongsi rasa masam dan manisnya.

Dalam dunia ini, banyak yang kita kongsi;oksigen yang kita sedut, ilmu yang kita tuntut dan macam-macam lagi hatta rumah yang kita duduki juga (Saya yang tinggal di rumah teres ini berkongsi dinding kiri dan kanan dengan jiran sebelah). Jadi untuk apa kita kedekut sesama sendiri.

Tapi awas... ada satu saja yang selalunya perempuan tak mahu kongsi... kongsi S.U.A.M.I..