Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Showing posts with label raya 2011. Show all posts
Showing posts with label raya 2011. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Tetamu selepas 16 tahun..

Hari ini saya menerima tetamu
kehormat. Siapa dia?

Bukan menteri besar, menteri
jauh sekali. Ia adalah abang
saya.

Mungkin biasa pada anda semua
tetapi luar biasa bagi saya.

Sejak saya berkahwin dan ada rumah
sendiri, tidak pernah abang-abang
saya datang berkunjung.

Hanya kakak-kakak saja yang datang
bersama keluarga masing-masing.Dan
saya ada 6 orang abang.

Tak tahu kenapa dan hari ini abang
saya yang nombor 6 ni datang dengan
keluarganya untuk beraya.

Walaupun abang-abang saya ni tidak
berkunjung ke rumah, tetapi saya
tetap mengunjungi mereka bila
ada masa...


Dan ini anak dia yang bongsu. Rasanya ini
adalah cucu lelaki emak saya yang paling
'baik'

Tidak terkira 'baik'nya.. tadi masa
sedang makan pun riuh mulutnya mengomel.

Bukan saja mengomel, tetapi banyak
'komplen' juga..hahaha..nasib baiklah
umurnya baru 4 tahun...jadi 'ada aku kesah?'..


Juga 'mesra' orangnya. Setakat ini dia
adalah anak buah lelaki sebelah saya
yang paling 'dekat' dengan saya.

Terasa 'jujur' bila berada dekat dengan
dia ni...'Norsham' nama dia....

Thursday, September 15, 2011

bukak sana, bukak sini..

Selagi tak habis bulan Syawal,
selagi tu lah 'open house' sana..
'open house' sini...

Tak ketinggalan ' open office'
jugak.. Office saya buat jamuan
raya semalam.

Semua pakat pakai baju raya. Saya
pun sama juga. Selalunya memang
pakai t-shirt(uniform)putih dan seluar
jeans saja.

Semasa beli sarapan pagi di kantin, adik
yang selalu melayan saya seperti tercengang-
cengang melihat saya..

Agaknya sedikit pelik atau 'tertawan'
melihat saya berkebaya, tak tahulah
pulak..hahaha.Selalunya 'brutal' je.

Semasa nak pergi tandas, sekali lagi
saya di sapa oleh orang yang saya
selalu jumpa. Tapi tak tahu dia siapa.

Sehinggakan saya tanya dia balik
"kenal saya ke?"..Sebab saya memang
tak kenal dia siapa.

Pelik jugak, sebab selama ni tak
pernah pulak dia menegur. Aduh! Penangan
berkebaya merah agaknya. Saya tergelak
sendiri..

Ok, lupakan bab baju merah itu. Macam biasa
setiap jamuan mesti ada menunya.

Makanan di bawak oleh staf perempuan.
Saya masak bihun goreng dan 'daging
hitam'. Ada juga nasi himpit dan rendang
ayam pencen.

Buah-buahan dan 'jajan' juga ada. Tapi
kuih raya tak ada...Sebab masing-masing
lupa nak bawak..


Staf perempuan dioffice. Yang baju putih
tu Boss saya no 1. Single lagi..

Bila balik rumah, En Hub tengok gambar
ni dan dia kata;-

"Uii..Tinggi betul bini aku nie.."Haha..
Selama ni, dia tak perasan agaknya bini
dia macam galah..


Boss saya no 2. Kiranya saya dibawah
dia. Seorang yang terlalu 'lembut'
hatinya.

Habis sudah..Jadi minggu depan bolehlah
mula puasa..

Thursday, September 08, 2011

3 Syawal

2 syawal, saya satu keluarga dah
balik ke rumah. Itupun sampai rumah
hampir pukul 11 malam.

Jadi raya 3 adalah sesi kunjung mengunjung
belah suami pulak..

Destinasi pertama adalah keluarga abang
ipar di Kuala Selangor.

Tersengih mcm bunga 'bushuk' ni adalah
cucu saya. Cucu? Adoi, hilang sudah seri
nenek glamour bila ada cucu..

Nak buat macam mana... Nenek pun neneklah..
nenek kepada cucu saudara. ehem.


Destinasi kedua adalah Jeram, area Kuala
Selangor jugak. Sebelum sampai
rumah yang nak dituju dan menunggu konvoi
yang lain, singgah kat Pantai Jeram sekejap.

Tapi tak dapat masuk, sebab tak tahu
nak cari jalan masuknya di mana.

Gambar yang diambil di atas jambatan.
Air surut masa tu. En hub kata dia
pernah bawak saya kat pantai tu,
tapi saya tak ingat pulak. Entah 'awek'
mana yang dia bawak, dicakapnya saya pulak.
haha..


Inilah rumah 'mak cik' suami saya tu. Rumah
atas kat bahagian depan. Angin yang sepoi-sepoi
bertiup membuatkan saya lena sekejap.

Dah tu lama sangat menunggu konvoi yang
lain tak sampai-sampai..Kiranya ini adalah destinasi
ketiga.

Tuan rumah masak kari 'ale-ale' sejenis
(sepupu-sepapat lala)makanan laut.. Memang
itu adalah makanan keistimewaan diorang..




Destinasi ke empat adalah rumah bakal
besan kak ipar. Cantik rumahnya. Siap
ada karaoke lagi.

Depan rumah ada sungai yang besar dan agak
deras airnya. Bukan itu je, buaya pun ada.

Saya tak tipu eh.. Tuan rumah yang cakap.
Gambar bunga depan sungai..Dah nak
maghrib dah masa tu. Nasib baik tak
ada benda lain yang 'muncul'.


Destinasi terakhir, rumah 'ibu mertua' ku
Selayang Baru. Waktu tu sampai pun dah
dekat pukul 8.30 malam.

Perut dah kenyang, jadi jamah kuih raya
dan teh o panas. Best..

Sampai rumah pukul 10 lebih..apalagi,
zzzzzzzzz...

Wednesday, August 31, 2011

Petang 'menembak'


Wow! Sudah masuk hari ke 2 kita
beraya. Sekejap je masa berlalu.

Pada saya, mungkin sebab dah tua
jadi biasa-biasa saja. Tapi yang
paling saya suka adalah masa
petang 'memantai', bak kata
orang negeri sembilan.

Kalau kat melaka, Mak Lang saya
selalu kata petang 'menembak'. Apa
yang hendak ditembak saya pun tak
tahu.

Saya mula sibuk seawal pagi isnin
lagi. Lepas sahur, terus ke Pasar
Borong Hang Tuah, kalau tak silap
saya itulah namanya.

Sampai kat situ orang bukan main
ramai lagi. Saya ingat saya adalah
orang yang terawal, rupanya silap
sudah.

Dibahagian luar pasar borong, banyak
orang yang menjual barang keperluan
raya seperti tudung dan juga yang
lain-lain.

Sarung ketupat juga banyak dijual.
Ada yang kata mahal. Tapi tidak pula
saya pasti.


Sampai rumah emak, sambung pula dengan
tugas yang lain.. Rencah semua disediakan
awal pagi termasuklah mengecilkan ayam.

Baru saya perasan, hati dan pedal ayam
tidak diberi oleh si penjual ayam. Saya
pun tidak kisah, tetapi saya beli
mengikut ekor. Jadi si penjual sudah
semestinya memberi semua bahagian.

Jika sipenjual mengambil semua hati
dan pedal ayam dan kembali menjualnya,
ini sudah dikira menipu...Geram betul
saya. Ibarat kita beli kelapa muda
sebiji, tetapi airnya diambil oleh
sipenjual.. Tidak betul bukan?

Ok, itu dah dikira lepas. Bila saya
nak masak rendang pulak, santan yang
dibeli pula masam. Sedangkan santan
itu saya beli dan terus masukkan ke
dalam peti sejuk setiba di rumah.

Adoi..angin satu badan. Bukan sedikit,
4 kilo masam begitu saja. Dahlah harganya
1 kilo 7 ringgit... Saya tidaklah berkira
sangat tentang harga, kerana memang
fahamlah dengan situasi semasa.

Tapi janganlah nak menipu pelanggan. Entah
bila punya santan, saya pun tak pasti. Haram
tau , makan duit yang tak betul...

Haru jadinya bila kena cari santan di petang
memantai. Alhamdullilah, bila rendang dapat
disiapkan...


Rendang daging hitam & rendang kupang.

Ini lagi satu bab yang paling saya
suka. Bab pengistiharan bermulanya
raya atau puasa.

Bila bab ni, saya rasa seperti saya
kembali ke zaman kanak-kanak...Tak
tahulah kenapa..

'Penyimpan mohor-mohor besar dengan
ini mengistiharkan...bla..bla'

Memang best sesangat-sangat. Jadi saya
akan tunggu di depan tv untuk mendengar
kata-kata keramat ini..

Begitulah kisah saya pada hari isnin yang
lalu.