Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, April 29, 2011

Hujan oh hujan.

pic google

Hujan yang turun bagaikan air mata.. Itu lagu arwah
Sudirman..

Kenapa kita mengelak dari terkena air hujan. Jawapan
saya senang je. Tak nak kita jadi basah.

Bila memandang hujan, saya teringat zaman
saya membesar. Bermain hujan tanpa rasa
takut diri jadi demam, takut kena panah
petir atau takut pada lecak-lecak lumpur..

Di kampung saya dulu, ada longkang simen. Jadi air
hujan akan mengalir perlahan masuk ke dalam longkang
simen itu. Saya suka menyekat air longkang dengan kaki
saya. Jadi air itu akan bertakung tinggi. Di ulang
lagi tanpa rasa jemu.

Iya, zaman kecil saya memang zaman yang lasak.
Zaman rasa bebas. Bila hujan, mandi di cucur
atap zink.. Merasa bagaimana rasanya air hujan yang
mencurah mengenai kepala. Merasa bagaimana tapak
tangan menjadi gatal apabila terasa sejuk.

Ah…Sungguh saya mahu merasa mandi hujan sekali
lagi.

Dan benar, pada ahad lepas saya mandi hujan sekali
lagi. Saya tidak mahu terkilan. Saya mahu merasa
kebebasan itu.

Tapi tak adalah nak main lecak. Lecak pun tidak kalau
yang ada hanyalah jalan tar. Anak saya hanya menjeling
cemburu.

Memang saya tidak benarkan dia main hujan,
kerana dia tidak lasak. Badannya tidak tahan seperti
saya. Dengan berpayung melihat saya mandi hujan
di cucur awning, saya bercerita dengan dia zaman
saya budak-budak dulu…

Saya rasa bukan saja saya yang teringin main hujan. Kalau
anda rasa teringin, main saja lah.. Kerana mungkin ianya
akan jadi kenangan kita yang terakhir.. Manalah tahukan.

Wednesday, April 27, 2011

Pandu lalu.

Tahun nie, saya selalu cakap saya tak mahu pergi
pesta buku. Dengan kawan baik saya, dengan adik
ipar saya..kononnya nak simpat duit. Nak pergi
berjalan-jalan.

Jadi bila kawan-kawan sibuk cerita-cerita tentang
pesta buku, saya buat 'bodoh'. Tak mahu ambik
kisah, kononnya.. Tapi tahu juga buku apa yang
baru...hahaha.

Tapikan, selepas saya menghabiskan urusan saya
di pejabat Imigresen semalam secara automatiknya
otak saya menuju ke sana..

Akhirnya sampai juga ke PWTC. Ramai juga pengunjungnya,
dan kebanyakannya budak sekolah. Rombongan agaknya.

Dalam kepala ada senarai buku yang saya idamkan. Masuk
je kat aras 2, mata sudah terhala ke atas.. Eh, macam
kenal je kakak tu..Jadi terus saya menuju ke situ.

Kiranya macam gambar kak MK & FH yang tersenyum lebar
itu menjadi petunjuk. Terus sambar JJ & US.. Nampak
juga Aimi, tapi segan nak tegur sebab dia tengah melayan
pelanggan. Alhamdullilah, dapat juga satu penanda buku
'haiwan hutan' dan juga sehelai t-shirt dari ON.

Melayan anak dekat gerai ana muslimah sekejap dan
terus naik ke aras 3. Terus nampak papan tanda
'NB KARA'. 10 minit saya di situ. Sempat capai
5 buah buku termasuk buku baru dari penulis 'viva
sakura'.

Singgah pulak dekat FP, dan terus kata " Puteri Karla'.
Terus adik yang ada kat situ hulurkan. Jeling-jeling
juga buku yang lain tapi buat-buat tutup mata...hahaha
macam mana tu..Bayar 1 buku tu dan terus keluar.

"OK, selesai."

Saya berada di PWTC hanya lebih kurang setengah jam. Macam
'pandu lalu' saja. Tak nak berlama-lama kat situ.

Kalau berlama-lama nanti, lagi banyaklah RM yang
terbang.. Laju je macam roket.

Itu pun dah habis banyak juga....hahahaha.

Monday, April 25, 2011

Perbualan sengal.

Lokasi : Bahagaian Kecemasan ,Hospital Putrajaya
Masa: 1.20 pagi

Dalam duk menunggu, rasa aman damai terganggu
dengan suara- suara sumbang ini..

" Kata nak diet, minum pulak air batu (ais)."

" Ala hari ni je, aku kena makan 1500 kalori
satu hari. Hari ni belum cukup lagi."

" Hahaha.. iya lah tu."

" Teringin pulak nak makan burger."

" Ha. Tengok tu.. Tadi kata nak diet la..apa la.."

"bla..blaa...hehehhehehhehe"

Kalau anda sakit, lepas tu dengar pulak perbualan
yang macam tu. Apa yang anda rasa ye?

Bukanlah sengaja nak dengar, habis tu dah berborak macam
kat kedai kopi. Dekat dengan belakang kita pulak tu..

Kalau bukan di tempat yang begitu, mungkin tidak
menjadi masaalah. Ini orang sibuk menahan sakit, yang
depa duk terkekeh-kekeh ketawa. Rasa nak katuk je
kepala mereka. Tidak memahami situasi. Agaknya kalau
tengok orang meninggal pun, mereka ketawa kut!

Eloknya, hospital menguat kuasakan hanya seorang saja
yang boleh menemani pesakit di bahagian kecemasan.

Sebal rasanya dengan situasi yang begitu..

Friday, April 22, 2011

Kadang-kadang...

Kadang-kadang kita tidak boleh mementingkan diri sendiri.

Kadang-kadang kita kena percaya, apa juga yang
kita buat ada balasannya.

Kadang-kadang kita kena percaya kepada seseorang
itu dengan mengikut kata hati.

Kadang-kadang apa yang kita fikir, tidak semestinya
baik untuk kita.

Kadang-kadang kita perlukan pandangan orang yang
rapat dengan kita.

Kadang-kadang kita juga perlukan ruang buat diri
kita sendiri.

Kadang-kadang kita menyimpan tangis di dalam senyum.

Kadang-kadang kita kena akur, apa yang kita mahu
tidak semestinya boleh tercapai.

Dan kadang-kadang juga membuatkan kita semakin dewasa,
semakin tua, semakin matang dalam berfikir...

Wednesday, April 20, 2011

Emak masak sedap..

"Sedaplah ibu masak.." Kata-kata yang telah lali
di telinga saya.

Itu kata anak saya. Tiadalah yang luar biasanya kalau
sekadar udang masak lemak cili kering dengan kacang
panjang. Itu pun guna cili boh jea..Bila penyakit
m' besar sudah menyerang tak boleh nak buat
apalah.

Dulu, saya kerja kilang. Pergi subuh balik lepas waktu Maghrib
baru sampai rumah. Perut punyalah berkeroncong , saya je yang
tahu. Bila balik, emak dah siap masak.

Masakan emak ringkas je.. Asam pedas, sambal ayam,
ayam kicap.. Lauk pulak 1 atau 2 jenis je.. Tapi punyalah
sedap, fuh… tak ingat. Tapi badan saya masa tu
lah besau. Kurus cekeding je padahal makan, mak ai.. Kus semangat.

Sekarang ni bila saya masak benda yang sama, cara yang sama,
bahan-bahan yang sama tetapi tetap tak dapat cari rasa yang
sama dengan yang emak saya masak….

Rahsianya adalah 'air tangan'. Bukan air basuh tangan tau. Lagi
satu, emak saya selalu cakap ' tak payah nak tunggu lebai..'
Maksudnya, tak payah nak tunggu sesuatu bahan tu lengkap,
baru boleh masak menu yang kita mahu.

Kalau dah ada bahan asas, jalan saja. Tak payah nak tunggu.
Tapi ada juga orang yang cerewet. Kalau tak cukup bahan
seboleh-boleh mahu mencukupkannya.

Macam asam pedas saya ni ha.. Yang ada dalam tu hanya
ikan kembong je.. Bendir tak ada, terung pun tak ada..


Betullah. Masakan emak saya adalah yang paling sedap…Saya
yang kata. Anda semua mungkin ada pendapat yang lain.
Terpulanglah. Tapi sekarang saya tidak dapat merasa
lagi masakan emak saya....Dah tak sihat dan kuat lagi.

Tuesday, April 19, 2011

Idaman hati.


Idaman hati...Hari tu masa gi berenang, nampak ada 3
orang 'tukang ambik gambar' pegang benda nie.. Kat situ
ada dewan makan. Tiap-tiap kali saya pergi berenang
ada orang buat kenduri kahwin kat situ.

Konon-konon nak tanyalah kat adik-adik tu.. Tapi malulah
pulak. Kalau setakat klik sana klik sini taulah.. Nak
dapatkan gambar cantik tu yang tak tahu.. Adoi!

Monday, April 18, 2011

Orang Import.

Semalam saya pergi Nilai 3. Berdua dengan cik abang.
Anak tinggal, tak mau ikut.

Niat di hati mahu mencari tudung. Banyak, macam-macam
fesyen ada. Ada yang pelik, ada yang cantik.. Bukan
ini yang saya nak cerita.

Ada kat satu kawasan ' textile walk'... Ada banyak
kedai yang jual tudung. Lebih dari sepuluh kut. Tapi
yang saya nampak semuanya kepunyaan orang luar. Orang
'Pakistan'..

Mana pergi orang kita agaknya? Sehinggakan semua di bolot
oleh orang mereka. Sebenarnya kalau nak diikutkan banyak
lagi kedai mereka.

Kedai perabot, kedai karpet pun mereka yang punya juga.
Tu.. kerusi tu cantikkan.. RM 55.00 ..dapat kurang 5 hinggit!
Tapi kat kedai sebelahnya jual RM 65.50. Siap ada 50 sen lagi..

Pun taukehnya orang import jugak.

Friday, April 15, 2011

Notice 24 hrs!


Kenapalah hari ini saya jadi stress.. Sebenarnya dari
petang semalam lagi.

Semalam petang, pening berurusan dengan orang dari
'middle east' ni. Mereka punya procedure import memang
pelik. Bila di beritahu kat penghantar apa yang diperlukan
mereka pulak marah-marah. Rasa nak hantuk je kepala
mereka. Geram.

Sebelum ni tak pernah saya tinggalkan kerja saya. Tetapi dek
kerana tension semalam saya bla. Balik terus, tak nak
berpaling lagi. Dan sesungguhnya perasaan itu tidak bagus
langsung!

Hari ni pulak, dah baik punya booking dan dapat
tempat untuk shipment gi Beijing, nak suruh cari
kapal lain pulak.. Mereka ingat kapal terbang tu
aku yang punya.

Suka-suka tukar kasi!. Nantilah saya kumpul duit.
Mula-mula beli tayar dulu. Lepas tu beli ekor dan
yang lain pulak.Boleh lah letak 'FM AIRLINES'.

Sabar, sabar.. Tapi masih memikirkan notice 24 hrs tu!!!!
Sebab saya tidak tahan dengan tekanan....


(Nasib baiklah gambar muka budak kat atas tu comel.)

pst : hari ini punya bahasa rojak + persembur. Kalau
cikgu BM saya dapat ini, haruslah jadinya..

Thursday, April 14, 2011

Nikmat...

Mula-mula cari tempat dulu.

Lepas tu golek kiri dan kanan.

Cari kedudukan yang rasa paling selesa.

Kaki tu kangkang sikit.

Tangan letak atas.

Mata pejam...Fuh nikmatnya...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Nikmat tidur...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Bersukurlah bila bangun, kerana kita masih hidup
dan tetap akan dapat merasa nikmat tidur yang
seterusnya sehingga dipanggil oleh 'DIA'.

Wednesday, April 13, 2011

Nasi dah kering.


Pic dari G.

Orang dulu-dulu, selalu jemur nasi. Nasi yang tak habis,
selalunya tidaklah banyak. Basuh dengan air lepas tu
jemur. Pastikan ianya betul-betul kering yea.Nak buat apa?

Emak saya dulu ada buat satu jenis makanan menggunakan nasi
kering. Tapi malangnya saya tak ingat apakah nama makanan itu.
Emak saya akan menggiling nasi kering, campur dengan gula dan
kelapa kalau tak silap. Lepas tu makan. Sedap, masa
budak-budak kan tengah pelahap...

Atau pun nasi kering itu bolehlah di goreng. Nanti nasi
itu akan jadi kembang macam inang-inang (tapi tak adalah bentuknya
bulat). Dah goreng toskan dari minyaknya.

Masak pula air gula (bubuhlah pewarna sikit). Dah likat
masukkan nasi yang telah digoreng tadi. Makan pun sedap.

Teringat satu kes, masa tu saya duduk kat Sungai Buluh.
Rumah flat, tingkat 4. Semput nafas panjat tangga. Sebelum
gi kerja , jemur nasi dulu...Kiranya balik nanti dah
kering agaknya.

Nak tahu apa jadi. Saya cuma ingat yang saya ada jemur nasi 3
hari kemudian.. Bila dicari rupanya sudah jatuh di bawah.
Terbang dek angin sudah..hahaha.. kesimpulannya, kalau duduk
rumah cam tu, jangan mudah lupa. Kalau tak selamat..

Bukan nasi kering je, kadang-kadang baju pun cam tu gak..Dan
yang paling saya kesal, telekung hadiah dari cikgu saya (sebab
dapat gred best dalam BM bila SPM). Terbang
juga di tiup angin kerana 'keterlupaan' saya.... Sayangnya...

Tuesday, April 12, 2011

Tukang Jahit.

Anda ada pengalaman dengan tukang jahit? Bertuahlah kalau
tak ada, sebab hati tak sakit. Bertuah juga kalau ada, sebabnya
itu semua akan jadi kenangan dan pengalaman yang tidak mungkin
akan dilupakan.

Saya? Ada. Dan hati saya sakit dan terluka sampai sekarang. Bila
pandang muka tukang jahit tu, teringat kat peristiwa lama. Kalau
setahun sekali jumpa tak apalah. Tapi kalau dah hari-hari jumpa
cam mana? Sendiri mau ingat.

Saya tempah baju kebaya. Ingat lagi warnanya putih dan ada dot-dot
hitam. Hantarnya dekat 3 bulan, kira-kiranya nak pakai waktu raya
lah ni. Saya pulak suka cakap saya nak pakai awal.

Si tukang jahit nie pulak suka buat kerja last minit. Pelik, memang
pelik. Kalau saya , mau tak tidur malam kalau orang nak cepat.

Nak tahu bila saya dapat baju yang saya tempah? Saya dapat baju
itu sehari sebelum raya. Saya mintak butang cina, yang saya dapat
hanya butang katup. Sakit, memang sakit hati.

Untuk mengubat hati yang lara, saya ambik baju tu dan cari butang
yang saya nak. Tapi dengan muka yang masam dari cuka….
Lama juga nak hilangkan perasaan marah dan menyampah tu.
Sekarang rasa itu masih berbekas kat dalam ni…Simpan…

Jadi sekarang ini, kalau nak jahit baju saya tempah tempat lain.
Walaupun mahal, tetapi siap dalam masa yang dijanjikan. Kadang-kadang
tu saya mahu baju saya siap dalam masa 2 minggu. Saja pedajal
kat tukang jahit, pada halnya bukan nak pakai cepat pun…
Pengalaman pahit punya pasal, tak pasal-pasal orang lain
yang kena…

Saya tahu jugalah menjahit sikit-sikit.. Hujung minggu sudah saya
jahit skirt labuh. Kain tu dah lama terbiarnya.. Adalah dalam 2 tahun
kut. Nasib baik tak dimakan dek lipas..Kalau tak dah jadi roti
kirai agaknya..hehehe..

Sebelum:-


Selepas :-
(tali skipping pun ada, sibuk orang nak menjahit..sibuk
lah anak dara tu naik main lompat-lompat.)

Monday, April 11, 2011

Nak marah atau nak gelak?


Pernah tak anak anda buat perkara yang nakal? Tentu pernah
bukan. Kadang-kadang kelakuan mereka membuatkan kita marah
dalam ketawa. Nak marah tak jadi marah. Nak ketawa pun tak boleh..

Umur 1 1/2 tahun.

Masa tu saya rumah sepenuh masa. Sementara petang tengok
tv la.. Anak dara saya dok main botol bedak. Ok lah tu, tak bahaya.
Botol bedak tu besar, takkan dia boleh tercekik pulak, ye tak.
Botol bedak tu pun tidak akan melukakan dia. Jadi tak de hal
punya.

Leka punya leka, saya pun menoleh. Tiba-tiba saya nampak
mata je, terkelip-kelip. Muka, tangan, kaki dan juga kerusi sudah
penuh dengan bedak. Dah macam terjun dalam tepunglah pulak.

Bila saya sergah, dia diam. Takut agaknya. Saya pula nak
marah tak jadi marah. Gelak je lah…Nak nangis pun ada sebab
kena bersihkan badan dia yang macam tepung gomak tu…kerusi lagi…

Umur 5 tahun

Dia duduk rumah pengasuh. Masa tu hari jumaat, seperti biasa
bila balik kerja terus ambik dia dari rumah pengasuh. Beria-ia
pengasuh tu mintak maaf. Saya hairan juga sebab apa?

Sebabnya anak saya telah menggunting baju kurung
sekolah tadikanya untuk di buat baju anak patung dia. Yang
si pengasuh ni pulak tak nampak apa yang anak saya buat.

Elok je dia gunting kat hujung tengkuk bahagian belakang tu.
Aduhai, bila pengasuh tu tanya kenapa dia gunting baju tu,
dia jawab "tak apa. Ibu kita pandai jahit, nanti ibu buat baju
lain." Boleh? Jawapan yang membuatkan saya tergelak…
Dalam hati nak gesek-gesek je dia..

Nasib baik dia ada baju lain. Memang saya nie jenis takkan basuh
baju banyak kali. Jadi saya akan sediakan baju anak saya sepasang
setiap hari. Jadi mesti ada 5 pasang baju. Senang nak tukar..

Umur 5 1/2 tahun ( tak berapa nak ingat).

Balik kampung beraya. Tiba-tiba saya perasan, apasallah
kening dia hilang sebelah.

Panggil juga dan tanya, tapi dia tak mau jawab. Agaknya
dia nak cuba cukur kening kut. ..

Manalah dia belajar, entah. Tak tahu pulak. Nak ikut saya, kening
saya pun tak pernah bercukur.

Itulah dia budak-budak. Ada je benda yang dibuatnya. Pantang
lepa. Nasib 1 orang je. Jadi peningnya pun 1 je…

Friday, April 08, 2011

La Usurpadora.


pic - G

Tahun 1998, cerita ini top. La usurpadora.. Masa
tu memang saya tidak bekerja. Duduk rumah jaga
anak. Tapi memang penat. Jadi saya memang tabik
spring kepada yang duduk rumah.

Sebab kalau duduk rumah, kerjanya tidak berhenti.Jadi
kalau orang kata, duduk rumah tak penat memang
bohonglah jawabnya. Ah! Sudah melalut pulak.

Yang saya ingat, cerita ni kalau tak silap
mulanya pukul 3 petang. Habis kul 4 petang. 1 jam
memang tak puas tengok.

Cerita tentang adik beradik kembar. Paula dan Paulina.
Paula ni dah kahwin dengan satu mamat handsome, Carlos Daniell.
Tapi dia tak suka sebab terkongkong. Jadi bila dia
pergi melancong dan terjumpa dengan adik kembarnya, dia
menuduh adiknya itu mencuri.

Paulina yang tidak mencuri merasa takut dan terpaksa
menerima ugutan untuk menggantikan tempatnya di rumah
suaminya. Memang best.

Saya suka dengan watak Paulina yang lembut, heronya
lagi kacak dan bergaya...

Mana nak beli VCD ni agaknya. Nak juga buat koleksi.

F1 Sepang.

pic - g

Hari ini dah mula. F1 Sepang. Hari-hari saya lalu
kat sini, tapi dalam minggu ni, memang letih.

Kereta bertambah banyak, jalan jadi perlahanlah.
Jadi saya sampai lambat lah kat rumah. Selalunya
dengar lagu no 5 cd Maher Zain, dah sampai rumah. Ini
dah sampai penghujung lagu no 7, baru nak bukak
pintu pagar rumah.

Kalau yang ada tiket tu, sila-silalah datang
tengok. Kalau tak ada, duk main jauh-jauh. Jangan
rapat sebab jalan akan jadi jem yang teruk. Percayalah.

Tadi masa saya datang kerja pun dah mula sesak.
Nasib baik esok tak kerja.

Lepas ni, F1 kat mana pulak agaknya yea. Boss saya
sibuk menguruskan dokumennya. Syarikat kami ni
ada juga uruskan barang F1. Boleh dikatakan tiap
-tiap tahunlah. Yang banyaknya melalui jalan laut.
Melalui flight pun ada, tapi yang kecik je.

Dioarang punya stail pulak, kalau boleh semua nak
pakai benda dari negara diaorang. Tisu, pinggan mangkuk,
gelas dan macam-macam lagi semua diimport masuk.

Tapi ok gak. Kalau tak, tak adalah keuntungannya..

Selang 3 pintu dari office kami ini, buat F1 punya
import kereta..Seronokkan..Dapat ambik gambar pun jadilah
(tapi saya tak ambik le).

Thursday, April 07, 2011

Lauk yang sedap.


Lauk apa yang paling sedap? Lauk yang 'simple'.
Pada saya yang 'simple' adalah yang bakar-bakar
je.Kita bakor! Bakar pulak guna kayu api. Fuh!

Oleh kerana badan letih, masa balik kampung hari tu
saya bakar je ikan. Ikan jaket & sambal kicap, bayam rebus dan
sambal goreng ikan bilis dan ulam jering.

Alhamdullilah bertambah emak saya makan.

Jering banyak tapi tak ada galah . Jadi ambil saja
yang boleh dicapai oleh tangan. Itulah guna
orang tinggi nie..

Wednesday, April 06, 2011

Halangan.

Tempat saya sekarang nie ada kerja kosong. Jadi
ramailah yang datang untuk interview. Semalam
ada seorang budak perempuan call, sebab dia di
tahan dari masuk ke kawasan ini.

Memanglah dia ingat macam gi shopping kompleks
kut, semua orang boleh masuk. Kena mendapat
kebenaran dan surat dari syarikat mana yang nak
dituju. Kena bayar 10.00, tinggalkan IC dan barulah
di beri gelang (macam yang kat taman tema air tu).

Silapnya pulak masuk salah pintu. Kat sini ada dua
pintu, satu pintu depan (MAB), pintu belakang (MAS).
Kalau nak senang guna pintu depan. Guna 1 pas saja.

Dia call berkali-kali sebab tak dapat masuk. Bila
di ajar suruh masuk ikut pintu depan pulak, pun
tak dapat masuk. Sebab kereta dia pulak rosak.

Pospont datang hari ni. Kesian budak nie. Banyak
sangat halangannya, itu belum tentu dapat kerja
lagi..

Masa saya pertama kali interview kerja kilang dulu
tu pun macam tu. Pergi kul 5 pagi, subuh pun belum masuk
lagi. Mabuk pulak, dulu susah nak dapat naik kereta.
Jarang-jarang atau pun kadang-kadang....

Bila mengadap muka penemuduga tu, kepala masih pening
lagi. Alhamdullilah dipermudahkan.. Masa tu tunggu keputusan
SPM, jadi sudah tentu kerja untuk sementara saja.

Pengalaman...

Tuesday, April 05, 2011

Bunga petai.


Bunga petai. Kalau yang duduk kampung dan ada
pokok petai, tahulah benda ni.

Kalau yang duduk kat bandar, mungkin tak tahu kut.
Zaman budak-budak dulu, selalu juga main masak-masak dengan
benda ni. Tak pun buat mikropon...

Teringat kat kawan saya. Mak dia biasanya beli petai
yang dah siap kopek. Bila dia dah kahwin suami dia
beli pulak petai hidup, jadi kenalah kopek sendiri. Barulah
dia tahu yang didalam isi petai itu ada selaputnya.

Sunday, April 03, 2011

Fobia.

Apa itu fobia? Mengikut maksudnya di dalam kamus dewan,
fobia adalah bermaksud ketakutan yang amat sangat akan
sesuatu.

Kenapa saya mengutarakan persoalan ini? Saja je..hehe..

Semasa saya menghadiri kelas renang semalam, ada
2 orang pelajar baru. 2 orang ini adalah adik beradik.

Si kakak saya tengok ok saja, tetapi berlawanan pula
dengan si adik. Si adik kelihatan takut benar dengan
air.

Semasa memulakan pelajaran pertama, cikgu mengajar
si adik cara-cara untuk mengapungkan badan.. Berkali
kali di cuba , tetapi si adik seolah-olah takut
hendak menenggelamkan mukanya di dalam air.

Lama juga si adik mencuba, tetapi tidaklah saya perasan.
Yang pastinya si kakak sudah mendahului si adik. Kesian
juga saya melihatnya.

Cikgu juga tidak memaksa..Kang lemas pulak anak orang
puas pulak nak menjawab nanti. Jadi cikgu
mengambil pendekatan yang lembut. Tidak memaksa tetapi
menyuruh si adik itu mencuba dengan hati yakin boleh
di dalam diri.

Si adik ditinggalkan sendiri untuk menyelesakan
gerak badan dan keyakinan dalam dirinya. Gemuruh! Takut!
Berkali-kali si adik menepuk dadanya...

Setelah kelas hampir tamat, barulah si adik dapat
menguasai kemahiran tadi.

Ini kali 2 saya dengan orang takut dengan air...Minggu
sudah saya dengar juga, tapi tidak melihatnya sendiri.

Diri masing-masing. Sudah tentu ada kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri.

Saya fobia dengan tempat sempit. Macam tak cukup
nafas di buatnya. Oleh itu saya seboleh-boleh
mengelakkan tempat yang akan membuatkan saya
kelemasan.

Friday, April 01, 2011

Pontianak siang.

Lokasi di satu gerai burger… Tekak tengah mengada, tak
mahu makan nasi kononnya. Sedangkan burger lagi banyak
penambahan kalori...

"Burger daging satu dik. Special punya."

Dalam leka saya melihat senarai menu yang ada kat situ,
saya dikejutkan oleh suara sekumpulan anak muda.

Suara yang nyaring dan gelak ketawa yang macam
pontianak memang mengganggu kosentrasi saya
yang sedang meneliti dan menekun menu yang ada.

Bezanya, ini pontianak siang.. Kalau malam dah
lama saya lari dulu..

Kelihatan 3 gadis muda ( tapi tak pastilah yang mereka
itu 'gadis' ke tak.) Berpakaian uniform dan saya boleh
agak mereka kerja di mana.

Dengan rokok di tangan, dengan bercakap lucah
dengan bangganya mereka bercakap secara kuat-
kuat. Gelak kuat-kuat… eeeeee menyampahnya.

Nasib baik handphone tertinggal kat dalam kereta.
Agaknya mereka itu pekak. Agaknya mereka itu
seolah-olah berada di planet 'hantu' yang hanya
ada sesama mereka sahaja….

Apalah nak jadi. Tak malu pada mata yang memandang.
Saya yang mendengar terasa malu.

Sampaikan ada brother yang duduk sebelah meja budak-budak
nie siap tanya kat pelayan kedai tu, apa yang mereka letak
di dalam minuman sehinggakan budak-budak itu
menjadi semakin galak..

Brother tu kata, kalau boleh dia nak jugak…. Malu! Malu! Saya
pulak yang terasa malu….

Hebat sangat agaknya, bila cakap kuat-kuat walaupun
duduk sebelah menyebelah sesama sendiri… Kalau cakap
benda yang elok tak pe lah jugak, itu pun mungkin
akan ditegur sebab bercakap terlalu kuat.

Kiranya macam menjerit-jerit.Pelik saya dengan
orang yang sebegini…