Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Sunday, December 30, 2012

Azam..

Lagi 2 hari kita akan meninggalkan tahun 2012. Apa azam anda? Apa yang mahu anda lakukan? Saya? Saya nak penuhkan duit dalam guni...Dah penuh nanti, boleh pikul tengah belakang... hoi..hoi.. ya hoi.. (macam penyamun tarbus).. mood merapu pagi-pagi ni.. hehe

Saturday, December 29, 2012

Beku?

Sekadar berkonsi gambar Tasik yang separuh beku di Beijing, China..

Rasa...

Terasa di sayang.. Terasa di rindu.. Terasa dicintai.. Siapa dia? Simpan dalam hati kejap-kejap. Tidak akan membukanya.

Sunday, September 30, 2012

Si betina yang bernama Akid

Akid yang semakin besar... Silap bubuh nama.. Ingatkan jantan rupanya betina.. Oleh kerana dah biasa panggil dengan nama Akid, jadi namanya akan kekal begitu.. Comel kan....

Wednesday, September 05, 2012

Selagi tak habis Syawal

Selagi tak habis Syawal, beraya sakanlah..Gambar sambutan Syawal di office.

Sunday, July 15, 2012

Benda yang sama..

Hari ini beli alat tulis yang entah ke berapa kali agaknya..Mana-mana pergi, kesukaannya beli pensil box, alat tulis, buku dan seangkatan dengannya. Pelik.

Monday, July 09, 2012

dah dekat..

Masa kecik-kecik dulu, saya tak reti atau tak ingat pasal bulan-bulan islam.. Bulan omputih juga tak reti, tapi ada 1 penanda yang bulan puasa dah dekat. Apa tandanya? Ada pertandingan orang mengaji dalam tv...Sungguh indah rasanya..

Friday, July 06, 2012

selang 1 hari

Gambar yang saya ambil pagi semalam dan pagi hari ini. Ditempat yang sama dan di waktu yang sama..

Tuesday, July 03, 2012

pertama kali masak

Nasi ayam hainan. Tengok resepi 2 minit kat office. Masa memasak lebih kurang 35 minit. Sedap. Alhamdullilah.

Monday, July 02, 2012

malam minggu yang lalu...

Hari sabtu, semasa pulang ke KL dari ipoh, kami singgah makan di Tanjung malim. Keluar dari toll Tanjung Malim, ada satu kedai makan yang dinamakan 'love u corner'. Semasa kami singgah tu ramai orang. Dalam hati berkata mungkin makanannya sedap dan mungkin malam minggu juga. Rupa-rupanya di situ disediakan 'karaoke' untuk menyanyi. Dan yang menariknya di situ ada joget lambak. Tapi bukan sebarang lambak. Ini joget ada stepnya juga. Nampak tak penari berbaju merah tu? Sambil ada yang berkaraoke, mereka menari beramai- ramai. Kiranya stepnya lebih kurang macam poco-poco jugak tapi beraneka rentak. Terhibur jugalah. Cuma makanannya tak kena dengan lidah saya. Orang lain, tak tahu pula.. cubalah singgah.

Friday, June 29, 2012

al kisah hari ini..

(muka lepas kena inject) Anak dara ni, dah 2 hari tak sekolah. Sekarang ni di sekolahnya tengah meroyan berlatih sukan. Semalam tak sekolah sebab kaki terseliuh. Jadi lepas balik kerja panggil jiran datang urut dia. Ok, jadi malam tadi hantar pergi Tusyen.. Tak sampai 2 jam, guru tusyen hantar sms dan kata dia sakit perut. Terus abahnya ambik dan bawak ke klinik yang berada tidak jauh di bawah tempat tusyen. Gastric menyerang secara mendadak. Pagi tadi sebelum saya pergi kerja, dia kata sakit perut tapi kurang dari malam tadi. Jadi dia dihantar ke taska sebab doktor telah bagi dia mc. Alih-alih, tengahhari tadi telefon menangis-nangis sebab perut sakit sangat. Kelam kabut saya balik dan bawak dia pergi klinik lagi satu di tempat tinggal kami. Depan doktor dia menangis, sehingga doktor suruh saya bawak pergi Hospital Putrajaya. Masalahnya, saya tak cam jalan ke sana. Penyudahnya doktor bagi refer letter dan suruh saya bawak dia ke Klinik kesihatan Salak. Sampai sana, terus masuk bahagian emergency dan dia diberi 1 suntikan. Sakit telah berkurangan semasa berjumpa dengan doktor. Dibekalkan dengan 2 lagi ubat dan akhirnya dia sihat dan boleh menyanyi dan ketawa terkekek-kekek.. Alhamdullilah.

Saturday, June 23, 2012

Krusus.

Dari 18 - 22 June saya telah tamat menghadiri krusus DGR Goods. Atau bahasa yang senangnya adalah krusus bagaimana mahu mengendalikan barang yang mudah meletup ataupun berbahaya untuk diterbangkan (naik flight). Krusus ini diadakan di MAS Academy di Kelana Jaya. Awal pagi dah kena keluar rumah. En hub yang hantar. Saya tak berani memandu jauh, ditambah pula dengan keadaan jalan yang jem setiap hari. Ini adalah gambar kapal terbang A380 yang telah di cat baru. MAS punya warna kapal terbang ada dua jalur iaitu merah dan biru. Tetapi sekarang ini, inilah warnanya.. (apa yang saya dengarlah). Seramai 14 orang yang masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain di dalam kelas, sedikit menghiburkan. Ditambah pula dengan trainer yang bijak menarik minat kami. Gambar enjin kapal terbang. Nampak comel sajakan, tetapi ia mampu bergerak jauh. Sekali pandang macam lampu pun ada. hehe.. Selepas habis mendegar, membuat latihan, mempraktikkan apa yang diajar kami dikehendaki menduduki peperiksaan pada hari terakhir iaitu semalam. Jika lulus, kamai akan diberi Certificate dan nama kami akan disubmit ke D.C.A (department civil aviation). Insya-ALLAH. Di Academy itu juga adalah tempat pramugari/pramugara menghadiri temuduga, membuat latihan di dalam flight, make up dan macam-macam lagi. Jadi setipa hari, memang kami akan bertembung dengan wanita-wanita cantik, dan lelaki yang lembut tingkah lakunya.. Sedikit ngeri juga, sebab rasanya saya 10 kali keras dari mereka...

Saturday, June 09, 2012

Alhamdullilah. Hari ni genap saya berusia 37 tahun... Harapannya, semoga saya diberi kesihatan yang baik, di beri kekuatan fizikal dan mental juga. Syukur pada MU, ya ALLAH....

Sunday, May 20, 2012

Bayang-bayang..

Pernah tak anda ambik gambar bayang-bayang sendiri? Saya baru pertama kali. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan anak dara saya.. Jauh tu, kami ambik dekat Geylang Serai kat Singapore. Dalam bersantai menuju ke bas, bila tengok bayang-bayang sendiri, terasa jakun sebentar. Eiii, besarnya aku. Tapi memanglah, walaupun saya besar dan tinggi saya tetap akan rasa jakun bila ada perempuan yang lebih besar dan tinggi dari saya. Rasa macam takjub. Agaknya ada tak orang pandang saya macam tu? tertanya-tanya jugak..

Friday, May 11, 2012

Kini..

Badan tak berapa sihat. Rasanya sepanjang tahun ni saya demam 'on' 'off'.. Tak pasti pulak kenapa, dan saya kurang suka berjumpa dengan doktor. Kalau tak terdaya atau ubat dalam simpanan habis baru pergi. Keadaan kerja juga tidak memuaskan hati. Ada yang terbuku dan terpendam. Tak tahu macam mana nak luahkan perasaan marah, menyampah, meluat... Ibaratnya macam 'tong sampah'lah..semua campak kat kita. Dah kita ni kuli, buat sajalah walaupun benda tu bukan tahap kita yang sepatutnya kena buat.. Sedang cuba berfikiran positif.

Tuesday, April 24, 2012

Akid..

Gambar Akid, adik kepada Kong yang telah
lama tak ingat nak balik rumah..

Diberanakan didalam peti surat. Layan gambar
yea.





Wednesday, April 18, 2012

Rezeki hari ini..




Rezeki hari ini. Sup ayam kampung dan sambal
goreng ikan bilis (yang besar dan tebal tu )..

Ada yang terliur tak? ;P

Wednesday, April 11, 2012

Allahuakhbar.

"Nak mangga bang?" Saya bertanya.

"Tak nak, saya pun dah tak de mood. Selalunya
yang rajin makan dia, tapi malas kopek. saya yang tukang
kopek. Allahuakhbar.." Dia menjawab

"Sabar ye bang.." Saya membalas.



"Nak pargi kedai kejap, nak beli lauk.
selalu tu beli jugak, tapi kini tak sama." Dia
sambung cerita.

"Iya, saya faham..." Saya jawab.

"Allahuakhbar..." Dia kata lagi...


" Rasa dah tak sanggup masuk dalam rumah. Asyik
duduk kat depan je..." Sambung dia lagi..

"Ye, saya faham.." Saya balas lagi...

"Allahuakhbar.." Kata dia lagi sebelum beredar..

Itu perbualan saya dengan abang sebelah yang kehilangan
isteri minggu lalu.

Kasihan.. tapi siap kita untuk menolak takdir...

Friday, April 06, 2012

Hanya 10 hari....

Terasa penat.

Selagi hidup, inilah kehidupan kita. Tak lari ke mana.

Sebagai :

Hamba Allah - Memang akan terus menjadi hamba-Nya sehingga
badan hanya tinggal tulang. Semua akan kembali kepada-Nya
cuma tidak pasti bilakah waktunya. Syukur Alhamdullilah
jika umur kita panjang selama 10 minit lagi.

Sebagai :

Perkerja - Bangun pagi pergi kerja balik petang. Cukup bulan
dapat gaji. Cukup tahun dapat bonus. Badan penat, otak letih.

Sebagai :

Isteri : Kewajipan. Jawatan yang dipegang setelah terlafaznya
akad nikah. Tanggungjawab menjadi besar. Tingkah laku, jejak
langkah semua harus di ambil kira.

Sebagai :

Ibu : Tanggung jawab. Gelaran yang disandang apabila adanya
seorang anak di rumah. Makan, pakai, sakit ..semuanya perlu
di jawab.


Ahli keluarga : Keluarga suami + isteri menjadi satu apabila
telah berkahwin. Kenduri perlu dihadiri walaupun hanya mahu
mencukur jambul.

Jadi bila masanya untuk diri sendiri? Bila masa mahu berehat?
Maksud saya hanya fikir untuk diri sendiri?

Bila masanya kita tidak perlu fikir:-

1) Kerja dan siap ke belum. Atau aku dah buat
ke apa yang bos aku suruh buat tadi?

2) Baju dah basuh ke? Nak masak apa hari
ni? Suami balik pukul berapa?

3) Apalah yang anak aku makan hari ni? Sihat
ke dia?

4) Minggu ni si anu buat kenduri ke? Kenduri apa?
pukul berapa nak pergi?


Anda jawablah sendiri.

Siang sudah sibuk dengan kerja office, balik pulak sibuk
dengan kerja rumah. Berehat sekejap, lepas tu tidur..

Esoknya ulang balik benda yang sama. Pernah tak anda semua
berfikir, bila semua ini akan habis dan kita benar-benar
berehat secukupnya?

Saat berganti, minit berlalu, jam berlari, hari
meluncur, bulan tanpa henti, tahun juga bertukar. Jadi
bila??

Adakah semua ini akan berterusan sampai kita mati. Buat
benda yang sama sampai mati...

Sebagai hamba-Nya memang akan ada cuti untuk kita (bagi yang
perempuan)

Sebagai pekerja pun ada cuti untuk para pekerjanya. Tinggal
nak memohon je pada majikan.

Sebagai isteri dan ibu? Entah tiada jawapan untuk itu. Hanya
sang suami saja yang berhak meluluskan atau memberi
jawapan.

Anda semua (para suami) pernah tak offer kat isteri anda,
supaya pergi bercuti? Untuk merehatkan badan tanpa anda atau
pun anak-anak.

Kalau ada, baguslah.. Kerana kita semua perlukan masa
untuk diri sendiri. Hanya diri sendiri!

Sudah lama terfikirkan semua ini, sehinggalah lahirnya cerpen yang bertajuk
' Hanya 10 hari' yang telah tersiar tahun lepas lagi..

Saya mahu memohon cuti juga tapi takut kecewa. Jadi duduk
saja diam-diam...tunggu je lah...

Tuesday, April 03, 2012

Chop cikgu..jangan tak chop..


(Kerja belum disiapkan)

Wah, canggih cikgu sekarang ye. Main chop je,
siap dengan gambar kartun marah lagi...

Anak dara saya tunjuk tadi, sebab dia terlupa nak
buat kerja sekolah dia untk pertama kali
tahun ini..

Dulu, zaman saya sekolah kalau buat kerja sekolah bagus.
akan dapat chp bintang. Memang seronok.

Darjah 2 masa tu, lepas tu kira dan bandingkan semasa
rakan sekelas. Siapa yang dapat banyak bintang.

Agak-agaknya, ada lagi tak cikgu bagi chop bintang
sekarang ni?

Monday, April 02, 2012

Mati itu pasti.

Jiran sebelah rumah saya meninggal semalam. Ya, saya tahu
ajal dan maut bukan di tangan kita.

Saya sedikit terkilan yang sebenarnya. Sebab saya
nampak arwah semasa sedang menunggu enjin kereta
dipanaskan sebelum pergi melawat emak saya di Senawang.

Waktu itu mungkin dalam pukul 2.30 petang, arwah baru
balik. Sedikit terkocoh-kocoh membuka pintu pagar
dan terus masuk ke rumah. Masih saya ingat, arwah
memakai baju merah berbelang dan memakai tudung
berwarna merah hati.

Ketika itu, saya memang tidak menegur memandangkan
saya berada agak jauh dari arwah. Itu yang saya kesalkan.

Semasa sampai dari rumah dalam pukul 8.30 malam, mendapat
berita yang arwah telah meninggal.

Lemah lutut dan hati terasa sedikit sebu..Mengikut kata
jiran sebelah kanan saya, arwah meninggal semasa
dalam kereta dalam perjalanan menuju ke Hospital Banting.

Sewaktu azan maghrib berkumandang, arwah pergi
Rupanya sewaktu yang saya ternampak arwah waktu
itu, arwah baru balik dari Hospital Putrajaya. Dengarnya
siap masuk air dalam badan lagi.

Apa yang saya tahu, arwah tiada penyakit. Tetapi
tak tahulah kalau arwah memang berpenyakit.

Berumur lingkungan 52 tahun kerana beliau masih
belum pencen dari berkhidmat dengan MAB (polis
airport).

Arwah memang berkerja shift jadi saya memang jarang
berjumpa dengan arwah. Saya pergi kerja, arwah
balik rumah..begitu juga sebaliknya.

"Lama tak nampak kak? Sihat ke?" Itu yang selalu
saya tanya jika nampak arwah. Dan arwah selalunya
menjawab sambil ketawa.

Pagi tadi dalam pukul 12.50 pagi, jenazah di bawa
balik ke rumah. Telah siap dikafankan dan di sembahyangkan
di hospital.

Jenazah di bawa balik ke rumah untuk kali terakhir untuk
di tatap dan disembahyangkan sekali lagi oleh jiran dan juga rakan sekerjanya.
Dapatlah saya melihat mukanya sebelum dibawa ke Johor
untuk dikebumikan.

Ini yang bermain difikiran saya ketika ini.. Kalau kita tahu
bila kita akan mati, apa yang akan kita buat?

Duduk di tikar sembahyang? Habiskan segala wang simpanan?
Makan apa yang kita mahu?

Saya benar-benar terasa sedih. Saya cuma berharap yang
saya dapat memeluk anak saya dan memohon maaf dari
orang yang terdekat dengan saya..

Bagaimana kalau kita mati tanpa sempat meminta maaf? Mungkin
waktu itu kita baru lepas bergaduh dengan pasangan kita.

Mungkin juga waktu itu, kita baru lepas memarahi anak kita
dan anak kita merajuk dan menghempas pintu.

Agak-agaknya kita sesal tak?

Thursday, March 29, 2012

Suka sangat..


Saya suka jip yang comel macam nie. Kalau terserempak
di jalanan atau selisih dijalanan saya akan pandang
sampai puas.

Jip ini parking di tempat yang sama saya parking
kereta, cuma dia ke hadapan sedikit.

Saya cuma perasan kewujudannya di tempat parking
apabila saya terpaksa parking kereta di tempat
yang jauh dari tempat yang biasa saya parking.

Fuh! Meleleh air liur..Bila boleh dapat beli
jip ni? entah kenapa , saya minat sangat..

Tapi, saya selalu terfikir. Orang yang kaki
panjang macam saya ni, boleh muat ke tak??

Errm...

Wednesday, March 14, 2012

Malang.


Nampak tak keadaan lori ni? Terukkan, tapi Alhamdulilah
pemandunya hanya cedera ringan saja.

Ini lori pertama en Hub dan dipandu oeh pekerjanya. Mungkin
dia bawak laju dan tidak dapat mengelak kereta yang parking
di tengah jalan.

Kereta itu tayarnya pecah, tetapi tidak dialihkan ke tepi.
Hanya dibiarkan di lane kanan sekali tanpa apa-apa
tanda.

Jadi inilah yang terjadi. Alhamdullilah juga pemandu
kereta itu tiada di dalam kereta, jika tidak sudah
tentu ada yang terkorban.

Tuesday, March 13, 2012

Sibuk!


Saya sibuk. Itu alasan klise, tapi memang itu
yang sebenarnya.

Kat office memang dah tak dapat bukak blog langsung, jadi
bila balik rumah juga tak bukak. Sebab hanya bukak FB
je dan jengah status kawan-kawan.

Lepas tu dah penat, apalagi..zzzzzzzzzzzzz lah jawabnya.
Rasa macam nak pergi bercuti je, tapi kesian pulak. Saya
punya team dah lah tinggal 3 kerat je.. kerja pulak
banyak..ish..ish..

Wednesday, March 07, 2012

Padan muka kami!

Putar kunci, langkah dengan kaki kanan.Beri salam
On lampu, Punch card. Lepas tu on
pulak radio.

Aircond pun kena 'on' sampai 3 tempat.
on pulak komputer.

Load email dan lepas tu 'on' FB. Buat
air, makan apa yang patut sambil tengok
FB.

Itulah rutin dari baru masuk kerja sehinggalah
ke jumaat lepas.

Tapi sayang, minggu ni rutin tu dah tak best. Sebabnya
FB / youtube / blog kat office dah kena blocked. Siapa punya kerja?
IT lah, siapa lagi.

Mungkin sebab bos kami dah bengang lah tu. Dah bagi amaran
jangan masuk waktu kerja, masuk jugak.

Padan muka kami!

Balik rumah pulak, lain telephone buat hal. Dah report
semalam, hari ni baru ok.

Ni yang boleh updated ni..

Friday, February 24, 2012

Hajat yang belum sampai..

Anda pernah menderma darah? Saya tidak pernah.
Selama ini belum sekali pun menderma darah.

Jadi bila saya nampak 1 iklan yang ditampal di
pintu masuk tempat kami berkerja, saya
teruja.

Memang seronok, sebab saya teringin mahu menderma
darah. Jadi bila tiba harinya, iaitu hari Rabu
22 Feb, saya memang telah bersedia.

Saya, bos dan 1 lagi teman perempuan pun pergilah.
Kena isi 1 borang yang tanya macam-macam. Dah selesai
semuanya menunggu giliran untuk ujian saringan.

Kawan saya lepas, saya tak lepas. Sebabnya saya punya
operation belum melebihi 6 bulan lagi. Kecewa, tapi
tak boleh..nak buat macam mana. Kena tunggu lain
kali pulak.

Oleh kerana menunggu, saya pun interview lah orang
yang check darah tu..antara-antara sebab kita tidak
boleh derma atau syarat-syaratnya ialah:

1- 6 bulan selepas operation baru boleh derma
darah. Takut penbedahan yang dalam tu belum
baik sepenuhnya dan akan ada jangkitan.

2 - datang bulan tidak boleh menderma darah.

3- mesti bebas dari ubat antibiotik selama 1 minggu
sebelum menderma.

4- mesti bebas dari ubat tahan sakit selama 24 jam.

5 - berat mesti tidak kurang dari 45kg.

Itu adalah diantaranyalah. Kalau nak tahu lebih
lanjut kena rujuk pada pak google.

"Berapa paket atau berapa banyak darah kita
diambil semasa menderma?" tanya saya.

Ialah,mesti nak tahukan. Buatnya terlebih
derma sehingga memudaratkan, masalah pulak
nanti.

"Itu bergantung kepada berat badan kita."
Jawapan orang yang bertugas.

"Oo..bukan bergantung kepada penderma, berapa
banyak yang dia mahu derma dalam 1 hari?"
Saya tanya lagi.

"Sudah tentu tidak.."Jawab pertugas tu lagi.

Nak tahu penyudahnya? Petugas tu keluar
ambik angin sekejap sebab banyak sangat saya
interview dia..

haha..

Sunday, February 19, 2012

Pergi pasar, bawak balik anak kucing.

gambar dalam kereta

gambar selepas mandi dan makan

Hari ini saya pergi Pasar borong setelah
berbulan-bulan tak pergi. Sampai dah tak
ingat bila tarikh lastnya..

Tempat pertama beli 2 jenis ikan dan sotong.
Boleh tahan jugak harganya. Murah kat
tempat tu.

Terus pergi kat gerai ayam. Saya punya
pesyen pulak, kalau saya dah tahu 1 tempat
tu barangnya murah dan bagus, saya terus
menuju kat situ.

Tengah taukeh tu siang ayam saya, saya
nampak 1 ekor anak kucing. Terus ingat
kat Kong.

Bila saya usap dia, dia siap lentok
kepala dan sondol belakang tangan saya.
Mak ai..berkenan betul. Terus bagi dia
seekor ikan yang saya beli.

Lepas tu saya tinggalkan dia dan menuju
kat tempat lain pulak. Majoritinya
harga barang sekarang ni semuanya
melampau bagi saya.

Naik mencanak-canak harganya. Tapi
kena beli jugak.

Lepas habis, terus pergi ke gerai makan
dan cerita kat anak saya tentang
kucing tu.

Terus dia merengek nak bela kucing tu,
dan akhirnya saya dan anak dara saya terus
cari kucing tu.

Nasib baik dia tidak jauh dari tempat
jual ayam tu. Terus basuh kaki dan tangan
dia dan bawak balik.

Mandi dan bagi dia makan. Saya namakan dia
Simba...

Wednesday, February 15, 2012

Buku 5 - Planet-planet cinta


" Lysithea, biarpun jadam itu hitam dan pahit namun
ada juga gunanya. Walaupun gula itu putih bersih namun
boleh menjadi racun yang membunuh. Buatlah pilihan
yang bijak dalam hidup awak."

"Cinta bukan bermakna kita memiliki tetapi melepaskan
dia pergi."

Antara ayat-ayat yang ada di dalam buku ini. Buku yang
best!!

Tahniah kak Maria...

Monday, February 13, 2012

Buku 4 - Sayangku CASPER..

pic dari google

Zaman moden macam ni pakai prepaid lagi ke?
Miskin betul! Tinggal seringgit pulak tu. Nak
buat caling macam mana ni?- Tengku Rafique.

Cerita yang menarik. Saya sukakannya.

Sunday, February 12, 2012

Aktiviti hujung minggu....

Baru balik dari melawat emak saya di Senawang,
Negeri Sembilan.

Alhamdulliah, sudah boleh bangun, mengiring,
duduk dan juga berdiri. Oklah tu, walaupun kena
bantu dan pegang.

Tidak lagi mengadu sakit seperti dia mula-mula
jatuh dulu.

Sudah boleh melangkah dengan menggunakan
tongkat berkaki 4. Walaupun berjalan dengan
perlahan, tetapi dia kuat semangat.

Tetapi saya terasa seperti 'sesuatu'. Entahlah,
harap-harap semuanya 'ok'.

Saturday, February 11, 2012

Kong....


Kong yang dah seminggu tak balik. Entah ke mana
perginya.

Mungkinkah sejarah Sarah dan Saga berulang lagi?

Entahlah. Hanya boleh berharap.

Friday, February 10, 2012

Italy mari...


Gambar yang saya snap dekat office. Kulit
ular dari Italy. Dah dibuat beg pun. Lembut
je bila pegang.

Harganya jangan cakaplah, tapi kalau setakat
mak-mak datin, rasanya tak de hal
punyalah.

Declare dah mahal, jual lagilah mahal.

Tuesday, February 07, 2012

Mana saya punya semangat??

Dah beberapa minggu, semangat tidak ada.
Macam mana nak pulih semangat balik?

Badan rasa sakit, semangat pulak tak ada.
Macam orang yang tak ada perasaan gamaknya.

Nak kena pergi kem bina semangat agaknya.

Teringat masa nak ambik SPM dulu. Sekolah
kami di kehendaki pergi ke KEM BINA
SEMANGAT DI PORT DICKSON.

Tak tahu pulak kalau tempat tu wujud
lagi sekarang ni

Macam-macam perkara kena buat termasuklah
berkawat. Yang mengajarnya memang askar
rasanya.

Suara dia begitu kuat. Tak payah nak guna
mikrofon semasa kami semua berkawat. Yang
paling takut masa dia kata nak denda
suruh masuk dalam longkang dengan air
paras dada..ngeri...

Agaknya kalau kena pergi sekarang ni,semua
yang mengajar tu kena lembut sikit la. Iyalah
semua dah berumur, kalau kena tempik..buatnya
pengsan tak pun mati terus sebab ada sakit jantung..

Susah juga tu.. Ish...

Monday, February 06, 2012

Tidak terluah..

Saya baru balik dari Selayang Baru. Menghadiri
majlis perkahwinan anak buah suami. Dua beradik
perempuan.

Nantilah saya letak gambar.

Semasa berada di dalam dewan, ada yang menarik
perhatian saya.

Sebuah keluarga yang rasanya merupakan jiran
kepada kakak ipar saya.

Ah, susah saya mahu mengambarkan keadaan mereka..
biarlah ianya melekat di dalam fikiran saya.

Apa yang boleh saya katakan, saya bersyukur
sangat-sangat dengan apa yang saya ada.

Thursday, February 02, 2012

Buku 3 :Asyik sang puteri

pic dari google

Membantu Puteri untuk menjadi seorang
puteri bermakna membenarkan Puteri
menjadi milik Tengku Mirza... Ah! Tak mungkin!!!

Puteri ni pun satu, kenapalah Puteri terlalu
bercita-cita mahu menjadi seorang puteri? Isy!
Susahkan orang betul!

Sudah pasti Azrul tidak mampu memenuhinya walaupun
Azrul membanting tulang seribu tahun sekalipun...

Marah Azrul entah kepada siapa. Yang nyata,
Azrul benar-benar tidak mahu kehilangan Puteri.
Azrul sayangkan Puteri.Ya... terlalu sayangkan
Puteri walaupun Puteri sendiri masih tidak
tahu.

Itu adalah kata-kata yang terdapat di belakang
buku ini.

Pada pendapat saya ceritanya memang menarik. Banyak
yang tidak terjangka.

Wednesday, February 01, 2012

Memang hhhangin!

Wah! Pagi-pagi sudah buat orang pening.
Baru 1 custemor sudah macam ni.

Semalam arrange pick up dekat Shah Alam,
tapi barang tak siap. Ok..Janji hari ni
pick upnya. Suruh driver balik.

Hari ni pukul 10 pagi driver dah terpacak
dan collect barang. Kira ok lah tu, semua
berjalan lancar.

Tup-tup sampai email, mengatakan cargo
nak naik guna kapal laut.

Memang ini custemor buat saya angin
satu badan. Memang menyusahkan orang
betulllllll.

Terus suruh driver to stop kat mana-mana
asalkan jangan masuk kat KLIA.

Sebab pertama:-

Barang yang masuk dekat KLIA, kalau nak
keluar balik memang payah. Nak kena buat
surat pelbagai.

Sebab kedua:-

Arrangement yang begitu buang masa dan
air liur. Dah salah tanya pulak kita macam mana.

Baru 1 custemor. Belum yang lain lagi. Kalau
semua custemor macam ni punya kelam kabut
punya arrangement, boleh mampus jadinya.

Nasib..nasib…

Bak kata our MD " Who pay your salary?"
"Our custemor". Dia tanya, dia jawab sendiri…Bagus..

Tuesday, January 31, 2012

Merenyam.....

Entah kenapalah dengan saya agaknya
hari ni. Lepas mandi pagi tadi tengah
belakang membawa ke bahu bukan main
gatal lagi.

Bukan sikit-sikit punya gatal. Sapu
bedak satu badan. Kiranya mandi
bedak...Pergi kerja juga.

Sepanjang hari menggaru. Makin lama
semakin gatal. Tak tahu apa puncanya.

Berjangkit kat muka, leher, perut
dan serata tempat. Nak kata macam kena
gelgata, rasanya tak mungkin..

Balik kerja terus singgah klinik. Kena
satu das injection untuk kurangkan rasa
gatal.

Lepas mandi, sapu pulak dengan ubat kapur
yang doktor bagi. Makin lama , makin banyak
bintat merah yang naik..Rasanya dah macam
bengkak badan.

Makan pulak ubat tahan gatal yang doktor bagi. Lah
ni sedang menunggu waktu mengantuk. Pelik juga
tiba-tiba je jadi begini.

Nak kata sebab makan, saya makan benda yang
sama dengan anak dan suami. Nak kata sebab air
rasanya bukan juga.

Harap-harap rasa gatalnya ni cepat hilang...

Monday, January 30, 2012

Hari yang 'indah'

Hari ini adalah hari yang 'indah'
Sebabnya hari ni, hari Isnin. Hari
kelam kabut. Hari orang mula kerja,
nak-nak lagi selepas cuti lama ...

Semua nak arrange keluar hari ni. Dan
di tambah lagi hari ni adalah hari
tutup account untuk bulan ni.

Mana nak layan email, mana nak
layan panggilan telefon dari custemor.
Nak check accouting dan statistic lagi.

Dan nak dijadikan cerita, semasa saya
click satu page dekat FB, terus komputer
saya kena virus pulak....

Dari pagi sampai nak balik, IT cuba
betulkan, tak boleh jugak...Bapak
virus kut yang telah melekat kat
komputer saya..

Bertambah haru biru jadinya. Macam anak
ayam. Sekejap guna PC sana, sekejap guna
PC sini..

Pusing kepala...Alhamdullilah month
end closing berjaya disiapkan
sebelum waktu balik...

Mungkin berkat berfikirian positif awal
pagi tadi.... :D

p/s : saya benci awak!Jangan tanya!

Sunday, January 29, 2012

Nenek..nenek si bongkok tiga..

gambar tiada kena mengena..hehe

Hari ini sudah 29 hari emak saya
jatuh sakit. Memang pun dia sakit sebelum
ni, tapi masih dapat mengurus diri sendiri.

Berbeza sejak 1 bulan ini. Makan kena suap,
berak kencing kena di cuci oleh anak menantu.

Memang kasihan melihatnya. Berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.

Sekarang ni seminggu sekali saya akan
berulang alik ke Senawang, tempat emak
dijaga. Dijaga oleh abang saya kerana
isterinya tidak berkerja.

Oleh kerana doktor tidak boleh berbuat
apa-apa, kami mencuba cara tradisional
pula. Dengan menggunakan ayam.

Diubati oleh seorang imam dari Kuala
Pilah dengan menggunakan ayam. Ayam itu
diurut (sama dengan bahagian yang patah).

Kemudian disembelih dan dimasak rendang.
Hanya pesakit yang dibenarkan makan ayam
itu dan hanya untuk sekali makan sahaja.

Kalau tak habis, perlulah ditanam. Jangan
tanya kenapa, kerana saya juga tiada
jawapannya.

Alhamdullilah, dengan kuasa Allah, emak
saya sudah boleh duduk kini. Mula-mula
memang tak lama, tetapi kini boleh duduk
sehingga 1 jam...

Sudah boleh mandi, tetapi masih duduk
di atas kerusi roda...tetapi dia sukar
tidur malam...

Waktu tidurnya sudah bertukar. Malam berjaga
siang tidur nyenyak..

Kali ketiga, imam itu mahu melihat sendiri
emak saya. Dah tak nak pakai ayam dah..

Tunggu dan lihat saja....

Friday, January 27, 2012

Alhamdullilah..Chef baru...



Nampak tak lauk ni? Apa
yang istimewanya?

Istimewa sebab di masak oleh
en suamiku... Jangan tak percaya
yang en suami sudah boleh masak
sekarang ni.

Alhamdullilah. Ringan sikit bila
balik rumah. Bila badan penat, perut
pulak lapar berbunyi-bunyi.

Bila balik, sudah terhidang atas
meja...Syukur...Ringan sedikit
kerja rumah.

Sambal sardin, sambal ikan, sayur
goreng..kira ok lah tu..Nanti nak
ajar masak rendang pulak.hehe..

Thursday, January 26, 2012

Buku 2 : Erti Cinta...

pic dari google.

TOK! Tok! Tok!

Ada ketukan di pintu.

Maria tersentak. Dia dan Laila berpandangan
sekejap lalu Laila meneruskan pembacaannya.

Mahu tak mahu, Maria melangkah ke pnitu lalu membukanya.
Dan sebaik sahaja pintu itu dibuka sedikit, sekujur
wajah lelaki cina tua menyambut pandangannya.

Dia terpaku.

Belum sempat dia membuka mulut untuk bertanya,
lelaki itu menadah tangan sambil berkata;" mana
saya punya cinta?"

Maria kerut dahi.Mana saya puya cinta? Apa Apek
ni tanya? Otaknya berserabut namun apabila dia
memandang ke arah lantai, baru dia terperasan
sesuatu yang tidak kena...

Bum!

Pintu dihempas. Tangannya terketar-ketar...Apek
tu tak ada kaki!

Petikan dari buku ini. Kalau nak tahu lebih
lanjut, sila beli sendiri dan baca.

Pada saya ianya buku yang bagus, lain dari
yang lain. Seolah-olah saya dapat masuk dan
rasa 'duduk' di situasi dalam buku ini.

Nasib baik tak baca waktu malam...

Tahniah kak MK...:)))))))))))

Wednesday, January 25, 2012

VERY URGENT FROM THE HOSPITAL

Kalau kawan-kawan dapat email
macam kat bawah ni, apa nak
buat??

VERY URGENT FROM THE HOSPITAL

This is Miss Felicia Luna from Trinidad &Tobago.
I am writing from the hospital in Cote D'Ivoire,
therefore this mail is very urgent as you can see
that I am dying in the hospital. I was told by
the doctor that I was poisoned and has got my
liver damaged and can only live for some months.

I inherited some money ($3.5 Million) from my
late father and I cannot think of anybody trying
to kill me apart from my step mother in order to
inherit the money, she is an Ivorien by nationality.

I want you to contact my servant with this
informations below:

Servant Martins Henry.
Address: Rue De La Princess L/G 152 Cocody
Abidjan, Cote D'Ivoire.
Tel +225-67495207
Email hmatins@ymail.com

He will give you the documents of the money
and will direct you to a well known lawyer
that i have appointed to him, the lawyer will
assist you to change the documents of the money
to your name to enable the bank transfer the money to you.

This is the favour I need when you have gotten the money :-
(1) Give 20% of the money to my servant Martins as
he has been there for me throught my illness and I
have promised to support him in life. I want you to take
him along with you to your country and esterblish him as your son.

(2) Give 30% of the money to handicap people and
charity organisation .Note;This should be a code
between you and my Servant Martins in this transactioin
"Hospital" any mail from him, the barrister he will
direct you to, without this code "Hospital" is not from
the barrister, Martins, the bank or myself as I don't
know what will happen to me in the next few hours.

(3) the lawyer's name is Mc Lambert Adams. And Let
Martins send you his International Passport as he
has no passport to be sure of whom you are dealing
with. Martins is so little therefore guide him.

And if I don't hear from you, I will look for
another person or an organisation.

May God bless you and use you to accomplish my wish.
Pray for me always.
Miss Felicia Luna.

Saya? Delete je..

Buku pertama : Cinta perisa dia...

pic dari google

"Tinggi?"

"Selampai pokok kelapa!"

"Berat?"

"Seringan kapas..tapi dua,tiga gunilah!"

"Makanan kegemaran?"

"Nasi kerabu bertatah permata."

"Minuman kegemaran?"

"Air mata godzila!"

"Lelaki impian?"

"Lelaki yang pandai azan."

"Kalau pandai azan, tapi sengau?"

Ini buku pertama yang saya baca
untuk tahun 2012.

Ayat di atas memang ada dalam buku
ini. Buku yang menarik, pada saya.

Tahniah kepada penulisnya. :)))))))))

Monday, January 23, 2012

Biola : - aku rindu kamu.

pic dari google

Saya memang meminati biola. Tak tahu kenapa
dan hasrat untuk beli sebuah biola memang
sudah ada dalam diri sejak saya berumur 18
tahun lagi.

Masa tu saya berkerja kilang di Nilai. Ada seorang
kawan saya ni, tinggal di Seremban. Dia selalu lalu
di depan kedai alat muzik.

Saya selalu tanya dia, berapa harga sebuah biola.
Tapi dia pun tak pasti , tetapi mengikut kata
dia mahal juga harganya.

Terkuburlah hasrat itu sehinggalah ke tahun ini.
Saya teringat balik pada biola. Keinginan untuk
belajar bermain biola itu kembali lagi.

Tadi saya masuk di sebuah kedai menjual alat
muzik di Alamanda Putrajaya. Ada menjual
macam-macam alat muzik termasuk biola...

Harganya tidak mahal dan yang paling mahal saya
tengok tadi dalam 600.00 sahaja. Kelasnya
bermula dari hari selasa sehingga sabtu.

Yurannya 1 bulan adalah 221.00(kalau tak silap) untuk 45 minit
1 kali dalam seminggu. Kalau tak silap mengikut
kata penjual tu tadi dalam 1 tahun, sebanyak 43
kelas kita akan ikuti..

Cikgu akan ajar murid 1 orang saja dalam 1
masa....Yang paling muda belajar bermain
biola adalah berumur 4 tahun dan yang paling
tua adalah berumur 51 tahun.

Kiranya kalau saya nak belajar, ok lagi
la tu..hahaha..

Masalah sekarang ni, saya cuma boleh pergi
belajar hari sabtu sahaja. Tetapi setiap
hari sabtu, kelas sentiasa penuh.

Aduhai...macam mana nak buat ni??

Friday, January 20, 2012

Di satu senja...

Di satu senja yang hening…Kedengaran
batuk berdengking-dengking bunyinya..

Laju tanpa henti..kung..kung..kung..

" Ha, tu lah..makan airkrim lagi..minum
air batu lagi.." Tinggi suara sang emak
meleteri si anak..

"Mana ada makan…." Dalam tercungap-
cungap, si anak menjawab.

" Sekarang ni, memanglah tak makan. Tengah
batuk. Cuba masa sihat, orang cakap tak
mahu dengar…" Sang emak 'menyerang'
lagi..

Si anak terkebil-kebil memandang…

Thursday, January 19, 2012

Seorang lelaki yang bernama H......

Gambar pic dari FB Ekin Amir.(minta halal ye)

Siapakah lelaki ini? Apa hubungan saya
dengan beliau? Kenapa saya meletakkan gambar
beliau di sini?

Ok, lelaki ini bernama Hamzah Bin Jantan.
Beliau adalah seorang guru yang mengajar
pendidikan jasmani dan Bahasa Malaysia
semasa saya bersekolah dulu.

Beliau adalah guru kegemaran atau boleh
dikatakan guru kesayangan saya. Saya suka
cara beliau mengajar.

Hendak dikatakn tegas, tidak juga. Hendak
dikatakan lembut, tidak juga. Tapi saya
memang merujuk kepada beliau, jika saya
tidak faham.

Saya ingat dulu, semasa berada di tingkatan
2. Saya pernah kena debik dengan papan kerusi
oleh beliau di belakang badan. Sebabnya tidak
dapat jawab apa yang beliau tanya.

Sakit jugak lah, sebab badan saya pun
lebih kurang macam papan juga. Kurus
kering.Hehe.

Satu lagi, beliau suka pegang/ cengkam
kepala(tidak kuat pun, sekadar meletak
tapak tangan)di atas kepala anak didiknya.

Tapi saya selalu tolak tangan atau alihkan
jari beliau dari kepala saya.. Haha..Rasanya
beliau memang seorang guru yang sporting
dan saya suka dengan senyumannya.

Kalau beliau sudah pandang saya, dan saya
pandang ke arah lain. Secara automatiknya
beliau akan menjerit nama saya suruh jawab..
Aduh!!!

Sudah tercapai juga hajat saya mahu
melihat rupa beliau pada zaman sekarang.

Ialah, semasa muda lain wajahnya. Sudah
berumur tentu wajah juga ada perbezaannya.
Cuma senyumannya tetap sama.

Ah! Tiba-tiba saya rindu dengan zaman
persekolahan saya. Rindu dengan jeritan
para guru yang banyak mendorong, mendidik
dan juga memberi kata semangat yang tidak
putus.

Tahun lepas, saya ada menelefon beliau
setelah mendapat nombor dari sahabat
saya.

Alhamdullilah, beliau boleh mengecam
suara saya dengan hanya mendengar saya
ketawa.

Kini beliau telah menjadi Guru Besar
di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang,
Port Dickson, Negeri Sembilan..

Insya-Allah, satu hari nanti saya
mahu melawat beliau....

Wednesday, January 18, 2012

Appraisal......

Perfomance appraisal tahun 2010.
List the employee's weaknesses..
"hot in temper"

Perfomance appraisal tahun 2011.
List the employee's weaknesses..
"to be more patient"

Boss saya yang 'bagi' jawapan
itu semasa interview kenaikan gaji.

Walaupun list the employees' strengths
itu sudah cukup cover saya punya
kelemahan, tapi ianya langsung
tidak membuatkan saya gembira..

Iya saya seorang yang cepat 'panas'.
Nak buat macam mana..

Tuesday, January 17, 2012

Apa kata hati...

Dulu, walaupun hidup tidak semewah mana
tetapi tetap mesra.

Kini, walaupun hidup senang tetapi semakin
menjauh.

Saling menyakiti, saling mengata, saling mencaci..
Ah! Itulah manusia.

Aku caci, engkau maki…

Aku kata, engkau kutuk…

Aku benci, engkau lagi menyampah…

Mungkin masing-masing memendam rasa.
Atas nama apa atau untuk apa dipendam
perasaan itu walaupun,

Hati sakit!

Hati benci!

Mungkin sebab berbin atau berbintikan
orang yang sama..

Apa rasa aku? Apa komen aku?

No comment!' Ala-ala artis gitu..

Sunday, January 15, 2012

Budak baik...


Cucu lelaki emak saya yang paling 'baik'.Ada
saja kerjanya. Peramah juga. Senang dapat kawan.
Jenis tak takut orang.

Abang saya bercerita di Hospital hari tu. Dia
balik rumah waktu makan tengahhari dan anaknya
ini baru balik mengaji(baru 2 hari mengaji).

"Kak, kita kena mengaji pandai-pandai.
Kalau abah mati nanti, senang kita boleh
bacakan(mengaji) atas kubur dia."

Abang saya kata, masa tu dia menyuap
nasi macam terasa nak tercekik bila
mendengar anak dia berkata...

Saya gelak tak ingat.. Baru 5 tahun..
Gambar itu, dia melonjak atas katil
hospital...Saja je dia kembangkan
hidung dia..

Friday, January 13, 2012

Waktu bersara nanti...

Pernah tak anda semua berfikir, apa
yang mahu dibuat atau dilakukan apabila
sudah tua/ bersara/ berhenti kerja nanti?

Saya selalu berangan yang saya mahu membeli
sebidang tanah. Dekat dengan sawah, dekat dengan
sungai kecil yang airnya mengalir perlahan..

Atau pun dekat dengan laut dan mempunyai kawasan
yang sangat luas dan hanya saya saja yang memiliki
kawasan itu.

Wah! Bayangkan suasana yang begitu.... Seronok
kan?

Kalau duduk-duduk je , tentu bosan pulak. Impian
saya adalah mahu membela itik ataupun arnab.

Saya selalu membayangkan yang saya mengutip
telur itik yang memutih 1 reban, 1 kandang,1
padang...chewahhhh... macam nak bukak ladang
itik lah pulak...Insya-ALLAH.

Wednesday, January 11, 2012

Serik? Entahlah..

Masih ingat tak yang saya kata emak
saya jatuh?

Selepas emak saya jatuh, keadaannya semakin
teruk. Dia langsung tidak boleh bangun
dan berjalan.

Ambulan dipanggil dan dia di bawa ke
Hospital Melaka untuk di x ray.

Keputusannya, tulang pinggulnya patah
dan dia di tahan wad bermula pada
sabtu yang lepas.

Saya menjaganya sehinggalah dia keluar
dari wad semalam. Doktor hanya memberi
ubat untuk meredakan kesakitan dan
tidak dapat menjalankan operation
kerana faktor usia.

Ada banyak perkara yang bermain di fikiran
saya semasa saya bertunggu bertangga di Hospital
Melaka selama 4 hari...

Ada yang negative dan ada juga positifnya. Tetapi
dari apa yang saya lihat, alami, dengar dan rasa
sendiri ianya lebih banyak menjurus ke arah
negative.

Tidak payahlah saya nyatakan di sini tetapi
saya tetap mengucapkan terima kasih kepada nurse
yang bertugas.

Yang pastinya makanan yang dijual di kantin
Hospital Melaka masih murah dan berpatutan.

Saturday, January 07, 2012

Mendaki lagi.....

Ramai orang ke hulu ke hilir. Masing-
masing seolah-oleh penat sangat, tetapi
aku relaks je.

Dalam waktu itu, aku berpapasan dengan
seorang wanita cina yang rupanya seakan-
akan Florence tan (ala chef yang kat dalam
tv tu..)

"Oh..awak tak boleh naik...tak sesuai.
Badan awak gemuk.."

Aku hanya tergelak sambil menyumpah dalam
hati..ini nyonya, ada yang kena cepuk nanti.

"Saya doktor, saya tahulah.." Dia sudah
ketawa..

"Doktor, saya punya tinggi xxxcm, saya punya
berat xxkg..itu berat yang ideal ma...."
Panjang aku punya ma...

Dia tergelak dan buat muka macam sedang
berfikir..

"Betul, tapi awak macam tak cukup cergas."

Betul jugak kata dia, hati berkata.

*******

Masing-masing sudah siap, termasuk
aku. Ada beberapa orang lelaki dalam
team aku.

Cuaca pula tidak berapa baik. Hujan
pula tu.Baju sejuk dan baju hujan
sudah tersarung di badan.

Bacaan doa aku aminkan dan kami memulakan
perjalanan di awal pagi. Mungkin dalam
pukul 6.30 pagi.

Melepasi sebuah terowong pendek dengan
mengharungi air separas pinggang membuatkan
masing-masing teruja. Kenapa? Entahlah..

Selepas terowong, kami mula memanjat naik.
Tangga lagi...Teringgat tangga masa
memanjat Gunung Kinabalu.

Tetapi waktu ini, aku terasa begitu
laju dan cergas. Sekali melangkah,
terasa ringan, macam tak jejak
pulak.

ooooo..mungkin aku terlebih cergas.

Semakin lama, semakin tinggi. Berpapasan
pula dengan para pelancong dan pendaki
yang lain.

"Ini adalah Sungai Pahang. Ada 3 ye.
bapak sungai, emak sungai dan jugak
anak sungai.. Sebab air hujan melimpah
tu yang jadi macam ni..." Kata salah
seorang guide kami..

Aku berhenti seketika, kerana mahu melihat
dan merenung, sedangkan masing-masing
sudah semakin jauh....

"Eh, apa lagi...cepatlah teruskan.."
Teguran dari seseorang membuatkan aku
tersentak..Dalam senyum aku mengorak
langkah.

Oh, menurun pulak, apabila aku melihat
tapak-tapak kaki sudah lecah di badan
bukit. Berkelok-kelok, sedangkan
yang lain sudah meninggalkan aku..

Tak masaalah..Mungkin ini memang treknya.
Aku berkata di dalam hati.

Setelah menurun, aku ternampak sebuah
tapak atau lebih senang cakap seperti
sebuah kem.

Ada ramai orang, tetapi semuanya basah
lencun kerana hujan.

"Ini tapak perkhemahan untuk para
pendaki ke?" Dengan muka bodoh aku
bertanya kepada salah seorang 'adik'
yang ada kat situ.

"Betul la tu..."Sahut dia, sekadar menjeling
ke arah kawannya yang sedang terkinja-kinja
di sebuah bangsal, mungkin untuk melawan
rasa sejuk.

Kawan dia memandang aku jelik, tetapi aku
tetap tersenyum..

Baru mahu melangkah menuju ke khemah,

"Bu..bu...Nurul nak gi sekolah....."

haha....Saya bermimpi rupanya...

Friday, January 06, 2012

Dunia oh dunia...mood geram.

Lokasi : kedai makan

Sementara menunggu makanan sampai
saya pergi basuh tangan.

Mak ai, terang biji mata bila nampak
seorang 'adik' yang berbadan besar.

Bukan bentuk badan dia yang menarik
perhatian, sebab itu memang dah
terbentuk atau dijadikan sebegitu.

Peha yang terdedah dan hampir nampak
pangkal punggung yang menarik
perhatian saya. Pakai seluar pendek
rupanya.

Jadi bila dia dalam keadaan duduk, nampak
sangat seperti tidak berseluar.

'Orang kita' kerana saya mendengar percakapannya
yang berdegar-degar...Aduh! Tak nak pulak
nyamuk ke, lipas ke, atau kumbang
yang gigit dia punya peha...Biar
dia sedar sikit.

Kalau pun tidak mahu menutup kepala,
sekurang-kurangnya tidak payahlah
mahu mendedahkan bahagian yang lain.

Peringatan untuk diri sendiri dan
anak saya sekurang-kurangnya..

Entahlah...dunia, oh dunia..

Thursday, January 05, 2012

Terasa 'lelah'.

Hari yang penuh mencabar/ memenatkan/
memeningkan kepala/menggusarkan hati/
meneruskan kerja tanpa henti sehinggalah
waktu balik.

Penat, terlalu penat. Badan pulak seram
sejuk. Demam...

Wednesday, January 04, 2012

Bermula sesi persekolahan...

Hari ini dah mula sesi persekolahan untuk
tahun 2012. Masing-masing sibuk mengurus
dan menghantar anak ke sekolah.

Bermula juga waktu yang sibuk untuk anak-
anak kita. Saya kasihan dengan 'mereka'
Tiada waktu untuk rehat.

Selesai sekoah sesi pagi dalam pukul 1.30
petang. Balik untuk mandi dan makan.

Sesi petang (KAFA) bermula pada waktu 2.30
petang. Terkejar-kejar mereka mahu
memaksa diri bertindak selaju yang mungkin.

Kalau jenis yang 'cekap' mungkin tidak
bermasalah. Kalau jenis yang ' leweh', ini
yang bermasalah. Sabar sajalah ye.

Habis sekolah petang pukul 5.30 petang. Kalau
ada kelas tambahan, extra lagi 1 jam disekolah.

Maksudnya, sudah hampir Maghrib baru sampai
rumah. Mandi, makan, solat..Lepas tu sambung
pulak dengan mengaji...

Rasanya, sampai rumah dan mula buat kerja
sekolah dalam pukul 8.30 atau pun pukul
9 malam.

Letih, penat dan kadang-kadang terlena
bila mengadap buku sekolah.

Bila masa anak-anak kita berehat? Waktu
tidur.

Zaman saya dulu, habis waktu sekolah adalah
waktu main kejar-kejar. Main pondok-pondok.
Tengok tv, kiranya banyak jugak aktiviti...

Tapi aktiviti 'seronok', berbeda dengan
anak-anak sekarang ini.

Tuesday, January 03, 2012

Hari yang penat....

Hari pertama berkerja di tahun baru ni. Sudah
tentu berlambak-lambak kerjanya.

Dan pagi tadi juga mendapat panggilan dari
adik yang mengatakan 'emak' jatuh pagi semalam.

Sepanjang hari berkerja, hati risau.Balik
kerja singgah rumah sekejap dan terus ke
Melaka.

Puas hati dapat tengok depan mata...Alhamdullilah,
tidak teruk tetapi risau juga apabila kaki kanannya
memijak tidak dapat 'berasa' dan juga tak boleh
angkat.

Kalau nak jalan, kena perlahan-lahan. Pelik
juga sebab kaki kirinya yang sakit akibat
jatuh, ok pulak...

Mungkin urat agaknya.. Nak urut esok, kata
adik saya.

Baru sampai dari Melaka 15 minit yang lalu.
Cubaan yang pertama dalam tahun ni..Semoga
ianya dipermudahkan. Insya-ALLAH.

Monday, January 02, 2012

Baru sampai...

Baru sampai dari Selayang Baru. Ada acara 'kumpul waris'
sebab anak buah suami hendak bernikah pada awal bulan Feb.

Tahu tak apa itu kumpul waris? Rasanya mungkin ramai
yang tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu.

Bagi keluarga belah suami saya, memang akan di adakan
acara ini bila ada majlis perkahwinan yang mahu
dilansungkan.

Kumpul waris ialah semua ahli keluarga berkumpul
dan berbincang untuk segala pelancaran kenduri
yang mahu dilakukan nanti.

Masak sendiri atau katering, menu, tema dan bermacam-
macam lagi yang diperbincangkan. Dan akhir sekali adalah
bab sumbangan yang sedikit sebanyak dapat meringankan
tuan yang punya majlis.

Pada saya ianya bagus kerana dapat mengeratkan lagi
hubungan sesama keluarga.

Tempat atau keluarga anda ada buat macam ni tak?