Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Saturday, January 07, 2012

Mendaki lagi.....

Ramai orang ke hulu ke hilir. Masing-
masing seolah-oleh penat sangat, tetapi
aku relaks je.

Dalam waktu itu, aku berpapasan dengan
seorang wanita cina yang rupanya seakan-
akan Florence tan (ala chef yang kat dalam
tv tu..)

"Oh..awak tak boleh naik...tak sesuai.
Badan awak gemuk.."

Aku hanya tergelak sambil menyumpah dalam
hati..ini nyonya, ada yang kena cepuk nanti.

"Saya doktor, saya tahulah.." Dia sudah
ketawa..

"Doktor, saya punya tinggi xxxcm, saya punya
berat xxkg..itu berat yang ideal ma...."
Panjang aku punya ma...

Dia tergelak dan buat muka macam sedang
berfikir..

"Betul, tapi awak macam tak cukup cergas."

Betul jugak kata dia, hati berkata.

*******

Masing-masing sudah siap, termasuk
aku. Ada beberapa orang lelaki dalam
team aku.

Cuaca pula tidak berapa baik. Hujan
pula tu.Baju sejuk dan baju hujan
sudah tersarung di badan.

Bacaan doa aku aminkan dan kami memulakan
perjalanan di awal pagi. Mungkin dalam
pukul 6.30 pagi.

Melepasi sebuah terowong pendek dengan
mengharungi air separas pinggang membuatkan
masing-masing teruja. Kenapa? Entahlah..

Selepas terowong, kami mula memanjat naik.
Tangga lagi...Teringgat tangga masa
memanjat Gunung Kinabalu.

Tetapi waktu ini, aku terasa begitu
laju dan cergas. Sekali melangkah,
terasa ringan, macam tak jejak
pulak.

ooooo..mungkin aku terlebih cergas.

Semakin lama, semakin tinggi. Berpapasan
pula dengan para pelancong dan pendaki
yang lain.

"Ini adalah Sungai Pahang. Ada 3 ye.
bapak sungai, emak sungai dan jugak
anak sungai.. Sebab air hujan melimpah
tu yang jadi macam ni..." Kata salah
seorang guide kami..

Aku berhenti seketika, kerana mahu melihat
dan merenung, sedangkan masing-masing
sudah semakin jauh....

"Eh, apa lagi...cepatlah teruskan.."
Teguran dari seseorang membuatkan aku
tersentak..Dalam senyum aku mengorak
langkah.

Oh, menurun pulak, apabila aku melihat
tapak-tapak kaki sudah lecah di badan
bukit. Berkelok-kelok, sedangkan
yang lain sudah meninggalkan aku..

Tak masaalah..Mungkin ini memang treknya.
Aku berkata di dalam hati.

Setelah menurun, aku ternampak sebuah
tapak atau lebih senang cakap seperti
sebuah kem.

Ada ramai orang, tetapi semuanya basah
lencun kerana hujan.

"Ini tapak perkhemahan untuk para
pendaki ke?" Dengan muka bodoh aku
bertanya kepada salah seorang 'adik'
yang ada kat situ.

"Betul la tu..."Sahut dia, sekadar menjeling
ke arah kawannya yang sedang terkinja-kinja
di sebuah bangsal, mungkin untuk melawan
rasa sejuk.

Kawan dia memandang aku jelik, tetapi aku
tetap tersenyum..

Baru mahu melangkah menuju ke khemah,

"Bu..bu...Nurul nak gi sekolah....."

haha....Saya bermimpi rupanya...

No comments:

Post a Comment