Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Showing posts with label emak. Show all posts
Showing posts with label emak. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Nenek..nenek si bongkok tiga..

gambar tiada kena mengena..hehe

Hari ini sudah 29 hari emak saya
jatuh sakit. Memang pun dia sakit sebelum
ni, tapi masih dapat mengurus diri sendiri.

Berbeza sejak 1 bulan ini. Makan kena suap,
berak kencing kena di cuci oleh anak menantu.

Memang kasihan melihatnya. Berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.

Sekarang ni seminggu sekali saya akan
berulang alik ke Senawang, tempat emak
dijaga. Dijaga oleh abang saya kerana
isterinya tidak berkerja.

Oleh kerana doktor tidak boleh berbuat
apa-apa, kami mencuba cara tradisional
pula. Dengan menggunakan ayam.

Diubati oleh seorang imam dari Kuala
Pilah dengan menggunakan ayam. Ayam itu
diurut (sama dengan bahagian yang patah).

Kemudian disembelih dan dimasak rendang.
Hanya pesakit yang dibenarkan makan ayam
itu dan hanya untuk sekali makan sahaja.

Kalau tak habis, perlulah ditanam. Jangan
tanya kenapa, kerana saya juga tiada
jawapannya.

Alhamdullilah, dengan kuasa Allah, emak
saya sudah boleh duduk kini. Mula-mula
memang tak lama, tetapi kini boleh duduk
sehingga 1 jam...

Sudah boleh mandi, tetapi masih duduk
di atas kerusi roda...tetapi dia sukar
tidur malam...

Waktu tidurnya sudah bertukar. Malam berjaga
siang tidur nyenyak..

Kali ketiga, imam itu mahu melihat sendiri
emak saya. Dah tak nak pakai ayam dah..

Tunggu dan lihat saja....

Tuesday, January 03, 2012

Hari yang penat....

Hari pertama berkerja di tahun baru ni. Sudah
tentu berlambak-lambak kerjanya.

Dan pagi tadi juga mendapat panggilan dari
adik yang mengatakan 'emak' jatuh pagi semalam.

Sepanjang hari berkerja, hati risau.Balik
kerja singgah rumah sekejap dan terus ke
Melaka.

Puas hati dapat tengok depan mata...Alhamdullilah,
tidak teruk tetapi risau juga apabila kaki kanannya
memijak tidak dapat 'berasa' dan juga tak boleh
angkat.

Kalau nak jalan, kena perlahan-lahan. Pelik
juga sebab kaki kirinya yang sakit akibat
jatuh, ok pulak...

Mungkin urat agaknya.. Nak urut esok, kata
adik saya.

Baru sampai dari Melaka 15 minit yang lalu.
Cubaan yang pertama dalam tahun ni..Semoga
ianya dipermudahkan. Insya-ALLAH.