Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, January 13, 2012

Waktu bersara nanti...

Pernah tak anda semua berfikir, apa
yang mahu dibuat atau dilakukan apabila
sudah tua/ bersara/ berhenti kerja nanti?

Saya selalu berangan yang saya mahu membeli
sebidang tanah. Dekat dengan sawah, dekat dengan
sungai kecil yang airnya mengalir perlahan..

Atau pun dekat dengan laut dan mempunyai kawasan
yang sangat luas dan hanya saya saja yang memiliki
kawasan itu.

Wah! Bayangkan suasana yang begitu.... Seronok
kan?

Kalau duduk-duduk je , tentu bosan pulak. Impian
saya adalah mahu membela itik ataupun arnab.

Saya selalu membayangkan yang saya mengutip
telur itik yang memutih 1 reban, 1 kandang,1
padang...chewahhhh... macam nak bukak ladang
itik lah pulak...Insya-ALLAH.

1 comment:

  1. eh.. semua tu boleh dicapai sekarnag pun kak... tak payah nak tunggu bersara kalau nak bela itik dan arnab...

    ReplyDelete