Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Showing posts with label nurul. Show all posts
Showing posts with label nurul. Show all posts

Tuesday, April 03, 2012

Chop cikgu..jangan tak chop..


(Kerja belum disiapkan)

Wah, canggih cikgu sekarang ye. Main chop je,
siap dengan gambar kartun marah lagi...

Anak dara saya tunjuk tadi, sebab dia terlupa nak
buat kerja sekolah dia untk pertama kali
tahun ini..

Dulu, zaman saya sekolah kalau buat kerja sekolah bagus.
akan dapat chp bintang. Memang seronok.

Darjah 2 masa tu, lepas tu kira dan bandingkan semasa
rakan sekelas. Siapa yang dapat banyak bintang.

Agak-agaknya, ada lagi tak cikgu bagi chop bintang
sekarang ni?

Friday, January 20, 2012

Di satu senja...

Di satu senja yang hening…Kedengaran
batuk berdengking-dengking bunyinya..

Laju tanpa henti..kung..kung..kung..

" Ha, tu lah..makan airkrim lagi..minum
air batu lagi.." Tinggi suara sang emak
meleteri si anak..

"Mana ada makan…." Dalam tercungap-
cungap, si anak menjawab.

" Sekarang ni, memanglah tak makan. Tengah
batuk. Cuba masa sihat, orang cakap tak
mahu dengar…" Sang emak 'menyerang'
lagi..

Si anak terkebil-kebil memandang…

Wednesday, January 04, 2012

Bermula sesi persekolahan...

Hari ini dah mula sesi persekolahan untuk
tahun 2012. Masing-masing sibuk mengurus
dan menghantar anak ke sekolah.

Bermula juga waktu yang sibuk untuk anak-
anak kita. Saya kasihan dengan 'mereka'
Tiada waktu untuk rehat.

Selesai sekoah sesi pagi dalam pukul 1.30
petang. Balik untuk mandi dan makan.

Sesi petang (KAFA) bermula pada waktu 2.30
petang. Terkejar-kejar mereka mahu
memaksa diri bertindak selaju yang mungkin.

Kalau jenis yang 'cekap' mungkin tidak
bermasalah. Kalau jenis yang ' leweh', ini
yang bermasalah. Sabar sajalah ye.

Habis sekolah petang pukul 5.30 petang. Kalau
ada kelas tambahan, extra lagi 1 jam disekolah.

Maksudnya, sudah hampir Maghrib baru sampai
rumah. Mandi, makan, solat..Lepas tu sambung
pulak dengan mengaji...

Rasanya, sampai rumah dan mula buat kerja
sekolah dalam pukul 8.30 atau pun pukul
9 malam.

Letih, penat dan kadang-kadang terlena
bila mengadap buku sekolah.

Bila masa anak-anak kita berehat? Waktu
tidur.

Zaman saya dulu, habis waktu sekolah adalah
waktu main kejar-kejar. Main pondok-pondok.
Tengok tv, kiranya banyak jugak aktiviti...

Tapi aktiviti 'seronok', berbeda dengan
anak-anak sekarang ini.

Thursday, December 08, 2011

Sunyi...

Sunyi.

Inilah keadaan rumah saya sekarang. Masuk
hari ini suda 4 hari anak dara saya ke tinggal
di rumah kakak saya di PD.

Sekarangkan cuti sekolah, jadi memang dia
tidak gemar duduk di Taska.

Rindu tu adalah jugak ,tapi tidak berapa
nak layan perasaan ni.

Kita akan ditinggalkan juga 1 hari nanti.
Kerana anak-anak akan ada kehidupan sendri.

Takkan sampai besar mahu duduk di bawah
ketiak atau sebumbung dengan kita.

Gambar yang saya snap semasa berkelah
di Pd hari tu...

Thursday, November 17, 2011

Hari-hari terakhir persekolahan..

Hari ini adalah hari pertama anak saya
ke sekolah minggu ini setelah tidak
sihat dan membuat pemeriksaan darah.

Hari ni pulak lain ceritanya. Dia jatuh
terpelecok di dalam kelas semasa sekolah sesi petang tadi.

Dalam perjalanan pulang, en hub call dan
kata suruh tengok anak di taska.

Dalam hati sudah dapat mengagak sesuatu yang
buruk telah berlaku, tetapi tidak tahu
apa yang terjadi.

Sampai di Taska, apabila pandang muka
saya bertambah meleleh air mata anak dara
saya.

Kakinya sudah bengkak dan berbungkus.
Tunggu en hub sampai rumah dan terus
menuju ke Hospital Putrajaya.


Daftar dan doktor terus suruh pergi buat
X-ray.. Dah siap, lama juga menunggu.

Semasa menunggu, ada seorang budak
perempuan yang mungkin berumur 4 tahun
masih bermain-main sedangkan dagunya
sudah terbelah..

Kesian...tunggu saja lah ye..


Alhamdulilah, tidak patah. Kalau tidak
berkaki batulah jawabnya.

Malang tidak berbau...

Monday, November 14, 2011

Keputusan yang tepat..

Mula kerja 8.30 pagi tapi saya balik pukul
10.30 pagi.Cuti kecemasan hari ni setelah
dapat panggilan telephone dari anak
saya.

Dia memang tidak ke sekolah hari ni dan
tinggal di Taska. Dia muntah dan badannya
panas kembali.

Sudah lama dia tidak kena demam panas dan
semalam pagi juga kami telah membawa dia ke
klinik berhampiran rumah.

Saya terfikir hendak membawa dia sekali lagi
ke klinik swasta yang lagi 1, tetapi saya
tukar fikiran.

Terus menuju ke Klinik kesihatan dan berharap
yang darahnya akan diuji. Dan apa yang saya
harapkan memang berlaku.

Bukan apa, takut dengan kes denggi. Sekarangkan
musim hujan, lagilah terasa takut..


Bilik makmal.


Muka cuak.


Semasa dalam process mengambil darah. Sepatutnya
dilengan, tetapi oleh kerana urat tidak timbul,
maka sasarannya adalah di tangan.

Semasa dia kecil, dia pernah diambil darah di kaki
sebab urat tak nampak di bahagian tangannya. Susah
juga orang tembam ni.


Selepas ambik darah. Dan dia tak menangis pun. Tengok
lah jarinya yang 'subur' tu.

Keputusan darahnya telah didapati dan ada
sedikit jangkitan di dalam darahnya.Ubat
yang diberi mesti dihabiskan.

Kena buat ujian darah sekali lagi pada hari
Rabu ini dan rasanya biarlah saya 'pasing
baton' pulak...

Biar abahnya pulak ambik turn..

Thursday, October 27, 2011

Angan-angan yang indah...

malam tadi semasa baring-baring
di bilik saya, anak dara saya
bertanya soalan ini..

" kalau ibu ada duit banyak,
apa yang ibu nak buat?"

Setelah saya jawab pertanyaan
itu, giliran dia pula membari jawapan..

macam gini jawapannya..

1) nak beli kondo..
bila saya kenapa nak beli kondo?
bukan cantik pun.. jawapannya, sebab
dia suka.

2) nak sedekah kat rumah anak
yatim..
Bagus, syukur alhamdullilah..jawab
saya.

3) nak pergi haji

4) nak belikan abahnya 5 lori
dan mengajikan 10 orang pekerja.
aik? lori ada 5 tapi pekerja ada 10
orang?
OH! kena ada shift..5 orang pagi, 5 orang
malam..kiranya siang malam jalanlah ni..
bijak..bijak...otak bisnes.

5) nak gajikan pembantu rumah 4
orang...
Kenapa ramai sangat? tanya saya..rumah
kitakan 1 je..
OH! 1 untuk ibu, 1 untuk abah, 1 untuk
dia..dan 1 lagi untuk tolong abahnya
buat kerja office..

hahaha..penyudahnya kami berdua tergelak.
Memang angan-angan yang indah..

Cuma tunggu dan lihat..

Saturday, October 15, 2011

Misi pembunuhan yang gagal.

Ingat lagi kisah kutu? Nampaknya
misi pembunuhan itu gagal.

Malam tadi anak dara saya terjaga
dari tidur dan sibuk mengaru.

Bila ubat kutu diletakkan , adalah dalam
10 ekor emak kutu yang mabuk. jenuh
jugak saya membunuh pukul 12 malam..

Dan saya tengok telur kutu melekat
dengan banyak dekat rambutnya yang tebal.

Dalam hati cakap, ini tak boleh
jadi. Kena gunting rambutlah jadinya.

Gambar hari ini dikedai gunting
rambut. Tengah 'banjir' dan masam
muka sebab saya suruh gunting pendek
macam laki-laki....



Sampai sudah gunting, masih meleleh
air mata..sorilah..memang tak kasi can
punya.

Balik rumah, sambung buang telur
kutu yang masih tinggal kat
rambut.

Dan Alhamdullilah...Rasanya semua sudah
dibuang...

Wednesday, October 12, 2011

Bertambah lagi seorang penghuni
'rabun' kat rumah. Sebelum ni
dia pernah buat cermin mata
untuk silau tetapi jarang dipakai.

Oleh sebab itu, bila dia komplen
mata dia tak nampak, saya buat tak
tahu saja.

Sampaikan bila dia cakap dia
try cermin mata kawan kat sekolah,
mata dia terang..baru bawak dia pergi
check mata malam semalam.



Gambar semasa sedang check huruf-huruf yang
kecik...dan powernya sudah hampir 300..
patutlah tak nampak.


Masa balik sekolah petang tadi, terus
pakai cermin mata yang baru diambil
dari kedai.

Satu hari je dah siap....Teruja sungguh.

Monday, October 03, 2011

Ujian oooo ujian...

Hari ini bermulanya ujian UPKK untuk
anak dara saya. Saya harap dia dapat
menjawab sehabis mampunya..


Gambar yang saya ambil malam tadi semasa
dia sedang sibuk membelek kertas
ulangkajinya.

Ini baru ujian UPKK, belum yang lain lagi
seperti PMR, SMP dan.....dah rambut pun
jadi macam gini..


Yang ni lagi satu. Tapi saya lebih suka
gambar yang no 1 tu... Walau apa pun,
Nurul adalah anak kesayangan ibu.. Ingat
tu..(sorang je yang ada pun..hehe)

Sunday, October 02, 2011

Kutunam kakinya dan penghisap darah...

Kutu enam kakinya. Percaya tak? Kalau
tak percaya cari kutu dan kira
sendiri berapa kakinya.

Dah lama tak dengar asal kutu nie.Rasanya
dah berpuluh tahun dah. Dan 2, 3 hari
lepas anak dara saya sibuk kata kepala
dia gatal dan ada kutu.

Tangan tak boleh duduk diam, asyik
menggaru kepala. Katanya menjangkit
dengan kawan dekat sekolah.

Pergi klinik dan beli ubat kutu. Lumur
kat kepala dan pakai 'serkop'
waktu tidur.


Dapatlah 1 ibu dan 2 ekor anak. Dah mati
dekat serkop tu, tapi saya letupkan kat
kuku lagi. Terasa geli pulak, sedangkan
dulu spesis kutu ni ada juga kat kepala
saya..la ni tak de la...

Gatalnya memang tak dapat nak digambarkan..

Tuesday, August 09, 2011

9 Ramadhan - Hauslah....


Alhamdulillah, dah masuk hari ke 9 kita puasa
hari ni. Saya pulak terasa begitu lega kerana
masa berbuka dan masa sahur tahun ni terasa
'senang'.

Kalau ikut sejarah tahun-tahun sudah, anak dara
saya ni masam-masam muka bila bab bangun sahur.
Tapi tahun ni memang senang habis. Kejut je
terus bangun. Makan sahur pun 'semangat'..

Tapi semalam petang, saya sedikit terkejut.
Macam biasa balik kena pergi taska dulu
ambik baju dan bulan puasa ni sekolah
petang habis cepat. Jadi dia sudah tunggu
saya kat situ.

"Ibu nurul haus la.. Tak tahan nie." Itu
ayat pertama bila masuk dalam kereta.

Aik!!!!!! Kena bebel kat telinga dia sekejap.
Dari pagi boleh tahan, lagi 2 jam takkan
tak boleh tahan?

Balik rumah, mandi dan terus dia tidur. Bila
berbuka, minumnya yang lebih..

Malam, bila saya ungkit tentang dia kata
haus tu, dia boleh sengih je....

Budak-budak..

Thursday, January 27, 2011

Ambik udara...

Semasa mengambil beg sekolah pagi di taska, kebetulan
anak dara saya ni turun dari van sekolah petang.

"Ibu, bawak Nurul gi klinik.."


Sesak nafas. Nasib baik semalam tak ada acara merentas
desa...

Sampai rumah makan ubat terus pengsan. Pagi
tadi bangun baru buat kerja sekolah. Masa pergi
sekolah, muka tension... Jangan malas ye anakku!

Wednesday, January 12, 2011

Bersyukurlah ibu!

Di satu petang,di minggu yang lalu.

"Kakak, tolong ibu ambik daun limau purut."

Dalam keterpaksaan, dia bangun dan memetik. Muka penat
terpampang diwajahnya. Masa tu baru balik sekolah KAFA.

"Berapa kakak ambik?"

"Enam ibu."

Oklah tu dalam hati berbisik. Nak masak tomyam, lebih
banyak daun limau lebih sedap dan harum.

Tiba-tiba ini yang dia hulurkan kat saya.



"Ini bukan 6, ini 3 helai."

Nak tahu apa dia kata?" Bersyukur ibu. Ibu nie tak tahu bersyukur."
Alamak, saya pulak yang kena. Memang saya selalu ajar dia bersyukur
dengan apa yang ada.

Adakah saya nie tak tahu bersyukur atau dia yang malas hendak
pergi ambil lagi sedangkan saya ada satu pokok limau purut?




Ish! budak ni...

Tuesday, January 11, 2011

Baru seminggu

Baru seminggu persekolahan bermula, dah demam.

Muka ceria, waktu pergi sekolah.





Muka demam. Lepas menangis. Tak nak letak kain basah kat perut
dan dahi. Apalagi terkejutlah dengar suara ibu dia yang macam
petir ni. Melelehlah air mata...