Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, April 11, 2011

Nak marah atau nak gelak?


Pernah tak anak anda buat perkara yang nakal? Tentu pernah
bukan. Kadang-kadang kelakuan mereka membuatkan kita marah
dalam ketawa. Nak marah tak jadi marah. Nak ketawa pun tak boleh..

Umur 1 1/2 tahun.

Masa tu saya rumah sepenuh masa. Sementara petang tengok
tv la.. Anak dara saya dok main botol bedak. Ok lah tu, tak bahaya.
Botol bedak tu besar, takkan dia boleh tercekik pulak, ye tak.
Botol bedak tu pun tidak akan melukakan dia. Jadi tak de hal
punya.

Leka punya leka, saya pun menoleh. Tiba-tiba saya nampak
mata je, terkelip-kelip. Muka, tangan, kaki dan juga kerusi sudah
penuh dengan bedak. Dah macam terjun dalam tepunglah pulak.

Bila saya sergah, dia diam. Takut agaknya. Saya pula nak
marah tak jadi marah. Gelak je lah…Nak nangis pun ada sebab
kena bersihkan badan dia yang macam tepung gomak tu…kerusi lagi…

Umur 5 tahun

Dia duduk rumah pengasuh. Masa tu hari jumaat, seperti biasa
bila balik kerja terus ambik dia dari rumah pengasuh. Beria-ia
pengasuh tu mintak maaf. Saya hairan juga sebab apa?

Sebabnya anak saya telah menggunting baju kurung
sekolah tadikanya untuk di buat baju anak patung dia. Yang
si pengasuh ni pulak tak nampak apa yang anak saya buat.

Elok je dia gunting kat hujung tengkuk bahagian belakang tu.
Aduhai, bila pengasuh tu tanya kenapa dia gunting baju tu,
dia jawab "tak apa. Ibu kita pandai jahit, nanti ibu buat baju
lain." Boleh? Jawapan yang membuatkan saya tergelak…
Dalam hati nak gesek-gesek je dia..

Nasib baik dia ada baju lain. Memang saya nie jenis takkan basuh
baju banyak kali. Jadi saya akan sediakan baju anak saya sepasang
setiap hari. Jadi mesti ada 5 pasang baju. Senang nak tukar..

Umur 5 1/2 tahun ( tak berapa nak ingat).

Balik kampung beraya. Tiba-tiba saya perasan, apasallah
kening dia hilang sebelah.

Panggil juga dan tanya, tapi dia tak mau jawab. Agaknya
dia nak cuba cukur kening kut. ..

Manalah dia belajar, entah. Tak tahu pulak. Nak ikut saya, kening
saya pun tak pernah bercukur.

Itulah dia budak-budak. Ada je benda yang dibuatnya. Pantang
lepa. Nasib 1 orang je. Jadi peningnya pun 1 je…

2 comments: