Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Wednesday, April 06, 2011

Halangan.

Tempat saya sekarang nie ada kerja kosong. Jadi
ramailah yang datang untuk interview. Semalam
ada seorang budak perempuan call, sebab dia di
tahan dari masuk ke kawasan ini.

Memanglah dia ingat macam gi shopping kompleks
kut, semua orang boleh masuk. Kena mendapat
kebenaran dan surat dari syarikat mana yang nak
dituju. Kena bayar 10.00, tinggalkan IC dan barulah
di beri gelang (macam yang kat taman tema air tu).

Silapnya pulak masuk salah pintu. Kat sini ada dua
pintu, satu pintu depan (MAB), pintu belakang (MAS).
Kalau nak senang guna pintu depan. Guna 1 pas saja.

Dia call berkali-kali sebab tak dapat masuk. Bila
di ajar suruh masuk ikut pintu depan pulak, pun
tak dapat masuk. Sebab kereta dia pulak rosak.

Pospont datang hari ni. Kesian budak nie. Banyak
sangat halangannya, itu belum tentu dapat kerja
lagi..

Masa saya pertama kali interview kerja kilang dulu
tu pun macam tu. Pergi kul 5 pagi, subuh pun belum masuk
lagi. Mabuk pulak, dulu susah nak dapat naik kereta.
Jarang-jarang atau pun kadang-kadang....

Bila mengadap muka penemuduga tu, kepala masih pening
lagi. Alhamdullilah dipermudahkan.. Masa tu tunggu keputusan
SPM, jadi sudah tentu kerja untuk sementara saja.

Pengalaman...

3 comments:

  1. Aku pumnya interview...

    si tukang interviewtanya baju beli mana, tie pinjam dr siapa...

    pastu dia kata, kalau nak keje cakap nak keje...

    aku cakap 'nak'..

    ni dah 15 tahun aku keje kat sini...

    ReplyDelete
  2. hahaha...betul ke dia tanya cam gitu......

    ReplyDelete
  3. Betul kak...

    lebih ria lagi, sebenarnya aku nak temuduga company lain, sambil tunggu giliran di luar bilik, dia panggil dulu.

    Dia kata, ' sementara tunggu tu, mai la masuk sini dulu....'

    Masa itu ada minggu kerjaya di U.
    Banyak company datang bukak booth temuduga.

    ReplyDelete