Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, April 29, 2011

Hujan oh hujan.

pic google

Hujan yang turun bagaikan air mata.. Itu lagu arwah
Sudirman..

Kenapa kita mengelak dari terkena air hujan. Jawapan
saya senang je. Tak nak kita jadi basah.

Bila memandang hujan, saya teringat zaman
saya membesar. Bermain hujan tanpa rasa
takut diri jadi demam, takut kena panah
petir atau takut pada lecak-lecak lumpur..

Di kampung saya dulu, ada longkang simen. Jadi air
hujan akan mengalir perlahan masuk ke dalam longkang
simen itu. Saya suka menyekat air longkang dengan kaki
saya. Jadi air itu akan bertakung tinggi. Di ulang
lagi tanpa rasa jemu.

Iya, zaman kecil saya memang zaman yang lasak.
Zaman rasa bebas. Bila hujan, mandi di cucur
atap zink.. Merasa bagaimana rasanya air hujan yang
mencurah mengenai kepala. Merasa bagaimana tapak
tangan menjadi gatal apabila terasa sejuk.

Ah…Sungguh saya mahu merasa mandi hujan sekali
lagi.

Dan benar, pada ahad lepas saya mandi hujan sekali
lagi. Saya tidak mahu terkilan. Saya mahu merasa
kebebasan itu.

Tapi tak adalah nak main lecak. Lecak pun tidak kalau
yang ada hanyalah jalan tar. Anak saya hanya menjeling
cemburu.

Memang saya tidak benarkan dia main hujan,
kerana dia tidak lasak. Badannya tidak tahan seperti
saya. Dengan berpayung melihat saya mandi hujan
di cucur awning, saya bercerita dengan dia zaman
saya budak-budak dulu…

Saya rasa bukan saja saya yang teringin main hujan. Kalau
anda rasa teringin, main saja lah.. Kerana mungkin ianya
akan jadi kenangan kita yang terakhir.. Manalah tahukan.

No comments:

Post a Comment