Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, April 08, 2011

La Usurpadora.


pic - G

Tahun 1998, cerita ini top. La usurpadora.. Masa
tu memang saya tidak bekerja. Duduk rumah jaga
anak. Tapi memang penat. Jadi saya memang tabik
spring kepada yang duduk rumah.

Sebab kalau duduk rumah, kerjanya tidak berhenti.Jadi
kalau orang kata, duduk rumah tak penat memang
bohonglah jawabnya. Ah! Sudah melalut pulak.

Yang saya ingat, cerita ni kalau tak silap
mulanya pukul 3 petang. Habis kul 4 petang. 1 jam
memang tak puas tengok.

Cerita tentang adik beradik kembar. Paula dan Paulina.
Paula ni dah kahwin dengan satu mamat handsome, Carlos Daniell.
Tapi dia tak suka sebab terkongkong. Jadi bila dia
pergi melancong dan terjumpa dengan adik kembarnya, dia
menuduh adiknya itu mencuri.

Paulina yang tidak mencuri merasa takut dan terpaksa
menerima ugutan untuk menggantikan tempatnya di rumah
suaminya. Memang best.

Saya suka dengan watak Paulina yang lembut, heronya
lagi kacak dan bergaya...

Mana nak beli VCD ni agaknya. Nak juga buat koleksi.

7 comments:

  1. Wow... lama tak dengar tajuk tu...

    ReplyDelete
  2. Memang cerita ni famous sungguh dulu. Akak tonton setiap petang malah bersama keluarga lagi. Selepas cerita ini,ada beberapa lagi cerita yang akak tonron seperti cerita Betty . lepas tu kegilaan cerita begini mula beransur hilang dan ghaib terus. Akak suka lihat mata dan body dia.

    ReplyDelete
  3. aku: tengok jugak ee?

    kak mk: best kan kak..pandai pelakon tu bawak 2 watak yg berbeza, padahal orang yang sama. terpikat bila dia tersenyum.

    ReplyDelete
  4. Akak ada tengok gak cerita ni. Tapi akak suka Yo Soy Betty la fea(The ugly Betty)

    ReplyDelete
  5. Ini cerita semasa saya darjah lima. Tak ikut sangat mulanya sebab mak kata panjang sirinya. Tapi sejak cerita Betty La Fea dan La Intrusa, balik sekolah aja terus melekat kat TV.

    Tapi, macam Kak Maria, sekarang dah jarang sangat ikut. Apatah lagi TV pun dah jarang tonton.

    ReplyDelete
  6. WL & Ridh, banyak cerita yang top masa tu. tapi hilang di telan masa..la nie cerita korea yang naik..pun rasanya sudah mula menurun kut..

    ReplyDelete
  7. Sy tersinggah...tumpang lalu. Cerita ini top tahun 2001 la kak. Sy ingat cerita ni ditayangkan kat NTV7...kwn2 dok bercerita dkt sekolah, terus terikut2 dan jd suka. Hero handsome, heroin pula cantik. Heh. Cerita ni mmg fenomena la. Cerita yg mula2 menjadikan telenovela Latin naik. Sblm tu, ada Maria Mercedes, tapi 'kureng'. Lepas cerita ni, telenovela dr Venezuela 'Mis Tres Hermanas' pula ditayangkan. Lepas tu baru 'Yo Soy Betty La Fea' dr Colombia; kedua-dua utk siaran NTV7. Lepas kejayaan telenovela La Usurpadora ni, baru TV3 ambil Rosalinda yg meletup2 juga; tp cerita ni kat Indonesia masa hujung 90an dh meletup. Bagi saya, 'La Usurpadora' is still the BEST!!!! Mmg legend la...

    ReplyDelete