Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, October 31, 2011

Anya rindu abah!

Saya suka jalan-jalan ke blog
orang dan sebelum balik tadi
sempat saya singgah ke 1 blog.

Gambar dalam 1 keluarga itu memang
menyentuh perasaan saya. Gambar
kemesraan antara seorang anak gadis
perempuan bersama seorang ayahnya.

Dalam hati saya tertanya-tanya, adakah
saya juga akan begitu jika arwah abah
saya masih hidup?

Saya akan simpan jawapannya sendiri,
tetapi yang pasti saya tidak pernah
merindui arwah abah saya.

Mungkin sebab saya kehilangan dia
semasa umur 8 tahun. Jadi masih tidak
'ada rasa' dalam diri saya.

Tetapi hati saya lain hari ini, setelah
melihat gambar itu. Terbit satu perasaan
yang tidak dapat digambarkan. Mungkin lebih
kepada rasa 'rindu'.



Gambar semasa dalam perjalanan pulang tadi. Dan
tanpa sedar airmata saya menitik!

Thursday, October 27, 2011

Suka benar pada yang singkat!

Sesekali saya pening membaca status
kawan-kawan/anak-anak/adik-adik dalam FB.

Sebab apa? Sebab bahasa singkatan
yang digunakan. Kadang-kadang
puaslah nak faham...

Kadang-kadang saya terfikir, dia
orang ni tak belajar mengeja kat
sekolah ke?

Semasa saya sekolah dulu, yang saya
ingatlah..hanya perkataan ini (yg - yang,
dgn- dengan) yang biasa di guna pakai
untuk salin nota buat diri sendiri.

Tidak sesekali saya gunakan bagi bina
ayat di dalam buku latihan. Buatlah..sudah
tentu kena bulat dengan pen merah.

Tetapi sekarang ni terlalu banyak ayat
singkat yang digunakan sehingga pening nak
faham.

Zaman telah berubah. Benar, sekarang ini
orang lebih suka singkat-singkat ini. Sehinggakan
ayat pun main singkat-singkat sahaja.

Hanya mereka yang faham, sedangkan tiada
yang peliknya jika menggunakan ejaan/ayat
yang betul.

Baru-baru ini, pantas saja tangan saya menepuk
belakang kepala anak dara saya (saya sendiri
terasa bersalah) tetapi tangan ini terlalu
pantas bertindak.

Sebab apa? Sebab dia menaip status di FB menggunakan
singkatan perkataan saja, sama seperti pesanan
ringkas dalam handphone.

Sesekali saya buka juga handphonenya, sekadar
mahu melihat pesanan..Sungguh pening, sebab
tak faham langsung dengan apa yang ditulis.

Saya mahu dia membiasakan menggunakan
ayat dan perkataan yang penuh. Biar panjang
ejaannya, saya tidak peduli...

"Tolong guna ejaan penuh!" Pesanan yang
selalu saya pasak kat telinga dia..

Biar menjadi pengajaran dan kebiasaan, jangan
sampai nak jawab peperiksaan nanti jadi terbiasa
dan tak tahu macammana nak eja perkataan yang
betul.

Sehingga sekarang, saya kalau menghantar
pesanan dalam handphone, saya cuba menggunakan
ayat/ejaan penuh...

Ini pandangan peribadi, tepuk dada tanya
selera.

Angan-angan yang indah...

malam tadi semasa baring-baring
di bilik saya, anak dara saya
bertanya soalan ini..

" kalau ibu ada duit banyak,
apa yang ibu nak buat?"

Setelah saya jawab pertanyaan
itu, giliran dia pula membari jawapan..

macam gini jawapannya..

1) nak beli kondo..
bila saya kenapa nak beli kondo?
bukan cantik pun.. jawapannya, sebab
dia suka.

2) nak sedekah kat rumah anak
yatim..
Bagus, syukur alhamdullilah..jawab
saya.

3) nak pergi haji

4) nak belikan abahnya 5 lori
dan mengajikan 10 orang pekerja.
aik? lori ada 5 tapi pekerja ada 10
orang?
OH! kena ada shift..5 orang pagi, 5 orang
malam..kiranya siang malam jalanlah ni..
bijak..bijak...otak bisnes.

5) nak gajikan pembantu rumah 4
orang...
Kenapa ramai sangat? tanya saya..rumah
kitakan 1 je..
OH! 1 untuk ibu, 1 untuk abah, 1 untuk
dia..dan 1 lagi untuk tolong abahnya
buat kerja office..

hahaha..penyudahnya kami berdua tergelak.
Memang angan-angan yang indah..

Cuma tunggu dan lihat..

Wednesday, October 26, 2011

Sama tapi tak sama...

Sudah beberapa hari badan saya
tidak sihat. Redha saja lah..

Ini gambar 'cekodok' yang telah
saya eksperimenkan dengan ditambah
sayur..1 hari 1...


ikan bilis + bawang + sawi cina(yg org
buat masak sos tiram tu)

sotong + bawang + sawi

udang + bawang + kacang buncis

udang + bawang + cendawan.

Cili tak ada? Memang tak bubuh
sebab ianya akan memudaratkan saya.
Pijau kat perut tak ingat punya.

Dan saya goreng semua 'cokodok'
ni untuk makan malam saya.haha...

Sunday, October 23, 2011

Bercanda di persisiran pantai...

Layan gambar..Dah lama tak mandi
laut, terasa pening pulak. Sekejap
je saya mandi..pas tu jadi
tukang ambaik gambar..







Pantai Puteri, Melaka..

Thursday, October 20, 2011

kepala yang membuatkan saya cembeng


Inilah dia, kepala gas. Semalam balik
kerja macam biasa. Sampai rumah dah dekat
6.30 petang..

Kira ok lagilah..Tukar baju, terus masuk
dapur. Kononnya nak masak sambal sardin.

Tengah tumis cili, tiba-tiba secara perlahan
je api tu padam. Ok lagi sebab memang ada
tong gas spare..

Bukak, memang senang je. Tapi bila bab
nak pasang, bukan main susah rasanya...

Dah dekat 15 minit mengadap benda ni,
dah macam-macam ayat yang dibaca tapi
tak boleh masuk jugak..

Aduh! Geram saya sampai menangis..Dahlah
penat, demam lagi..tu yang hilang akal
sekejap.

Saya bukan jenis cembeng,kena belah pun
ok lagi. Tangan retak tak menangis pun.Tapi
dengan kepala gas ni boleh 'kalah'.

Bukan pertama kali saya tukar gas, tapi
dah banyak kali. Jadi bila gagal rasa
geram benar..Sudahnya saya biarkan tong
tu tergolek kat lantai..

Capai telefon dan order makanan kat
restoran. hahaha....habis cerita.

Tunggu en hub balik dan pasang. Elok
pulak dia masuk. Hampeh punya kepala
gas..

Sambung balik masak, sebab cili sudah
ada dalam kuali dan tin sardin juga
sudah dibuka...

Tak berusik pun sebab masing-masing
dah makan makanan yang diorder..

Penyudahnya jadi lauk untuk malam
ni lah...

Wednesday, October 19, 2011

Serabut kepala otak.

Mood serabut.

Dah baik punya arrangement,
cancel pulak.

Tukar pulak hari lain..Kerja
yang dah settle, kena buat
lagi sekali.

Hampeh punya custemor...

Tension! Dah lah demam...

Tuesday, October 18, 2011

Niat menjamu.

Alhamdullilah. Niat untuk masak
pulut ni dah lama, sejak lepas
tangan bersimen hari tu.

Asyik tertanguh dan semalam saya
kuatkan semangat untuk masak.

Balik kerja terus beli barang dan
maska rendang hitam. Lepas masak
terasa berdenyut gak perut.

Sebab berdiri lama agaknya, tapi
saya buat tak layan.

Pagi tadi masak pulut kuning dan bawak
pergi office untuk dijamu pada kawan-
kawan.

Bagi sikit juga pada jiran-jiran.
Tertunai sudah.

Monday, October 17, 2011

saja nak tepek..


Saja je nak tepek kat sini. Hari
ini saya jadi 'pemakan sayur'.

Sebabnya saya memang tak suka sayur. Jadi
bila kawan saya asyik duk kata sayur
itu penting, saya paksa jugak tekak
saya makan hari ni.

Sekali suap, sekali tutup mata. Nasib
baik tak makan ikan.. kalau tak tercekik.

Saya nak ubah cara pemakanan saya mulai
hari ni.. Mahu lebihkan sayur la kononya.

Bukan saya tak makan langsung sayur, tapi
saya tak suka makan. Dalam seminggu tu
memang tak sekali.

Jadi saya rasa saya ni kekurangan zat
yang ada dalam sayur-sayuran.

Memang saya cerewet dengan sayur. Makan
timun, buang biji dan kawasan yang tengah
dan lembik tu..Kalau di potong bulat
untuk nasi lemak tu, begitulah bulat bijinya
saya buang.. makan tepi je..

Kalau makan terung pun sama. Ambik
kulit, biji buang. Bendir pun sama.
Mana nak ada zat...

Saya lebih suka makan telur sehinggakan
semasa saya kecil bontot ayam sampai
melecet bertelurkan telurnya untuk
saya...

Sampaikan saya di gelar ' dak lor..'
Kelakar benar rasanya. Sampaikan sekarang
pun saya suka telur. Tapi la ni kena puasa
telur dululah.. takut luka dalam menanah..

Saya lebih suka ikan.. Dulu gemulah bapak
saya nelayan. Jadi senang dapat ikan.

Sehinggakan saya digelar kucing.. Yang
lain mungkin makan 2 ekor tapi saya makan
ikan berganda-ganda...

Saya lebih suka makan ayam. Sebab dulu
gemulah bapak saya bela ayam jugak.

Kalau tak de lauk, tangkap dan sembelih
ayam.. Masak kari sudah.

Tapi sayur?? Mak saya tak tanam sayur, begitu
juga dengan arwah bapak saya... Mungkin
sebab tu kut? hahaha..tak de maknanya.

Tapi ada sesuatu yang bermain di fikiran saya ni. Adakah
vitamin atau pil yang ada segala zat dalam
sayur-sayuran nie?

Kalau ada kat mana boleh dapat e??

Nak mengelat jugak tu..tadi kata nak
jadi pemakan sayur tegar.. hahaha..

Saturday, October 15, 2011

Misi pembunuhan yang gagal.

Ingat lagi kisah kutu? Nampaknya
misi pembunuhan itu gagal.

Malam tadi anak dara saya terjaga
dari tidur dan sibuk mengaru.

Bila ubat kutu diletakkan , adalah dalam
10 ekor emak kutu yang mabuk. jenuh
jugak saya membunuh pukul 12 malam..

Dan saya tengok telur kutu melekat
dengan banyak dekat rambutnya yang tebal.

Dalam hati cakap, ini tak boleh
jadi. Kena gunting rambutlah jadinya.

Gambar hari ini dikedai gunting
rambut. Tengah 'banjir' dan masam
muka sebab saya suruh gunting pendek
macam laki-laki....



Sampai sudah gunting, masih meleleh
air mata..sorilah..memang tak kasi can
punya.

Balik rumah, sambung buang telur
kutu yang masih tinggal kat
rambut.

Dan Alhamdullilah...Rasanya semua sudah
dibuang...

Seorang wanita yang dipanggil ' kulai'.

Semasa saya membesar, mungkin umur
masa tu dalam 8 tahun rasanya. Kat
kampung tak de kedai runcit masa tu.

Jadi bekalan sayur di bawa oleh
seorang nyonya tu yang kami
panggil 'kulai'.

Nama betul memang kami tak tahu. Dia
punya bahasa memang melayu habis. Tak
pelat langsung.

Pakaian hari-hari dia cuma baju kemeja
dan seluar yang sama warna. Kasut pulak,
kasut getah.

Setiap hari datang bawak basikal dengan
raga penuh kat belakang. Macam-macam
sayur ada.

Dan saya ingat adalah keledek unggu
dan warna oren. Memang mak saya selalu
beli tu..

Tiba satu masa, Kulai ni lama tak
datang. Dengarnya, dia sakit.

Datang kami ni, pergilah melawat dia.
Memang nampak dia lemah tapi siap
boleh masak lagi.

Dapur dia satu je. Tapi dia masak
guna kuali besar. Sambil masak,
sambil bercerita dengan emak saya.

Kuali itu digunakan secara berturut
turut. Lepas masak sayur, goreng ikan.
Lepas tu pulak rebus telur masin..

Memang saya ingat perkara tu, sebab
saya memang ada kat situ. Sudah
masak, dia pelawa makan..Ah sudah!

Tapi kami tolak dengan baik dan
dia pun makan. Makan guna tangan lagi..

Rasanya sekarang ni, dia dah meninggal..
Ah! Kenangan lalu, memang meninggalkan
kesan dalam hati.. Dia sungguh baik!

Friday, October 14, 2011

semalam lain, hari ni lain

Alhamdullilah, semalam saya rasa
sihat sesangat-sangat setelah
hampir 3 minggu menahan sakit.

Jalan pun sedikit laju tetapi
saya masih kontrol makan. Dalam
hati rasa lega sangat.

Tapi hari ni lain pulak jadinya.
Awal pagi dah rasa sakit. Tak
pasti di mana silapnya.

Terbersin pun sakit dan
pedih dalam perut. Sedang menahan
sakit kiranya ni..

Ya-ALLAH. Sesunguhnya aku
terima dugaan ini dengan redha...

Wednesday, October 12, 2011

Bertambah lagi seorang penghuni
'rabun' kat rumah. Sebelum ni
dia pernah buat cermin mata
untuk silau tetapi jarang dipakai.

Oleh sebab itu, bila dia komplen
mata dia tak nampak, saya buat tak
tahu saja.

Sampaikan bila dia cakap dia
try cermin mata kawan kat sekolah,
mata dia terang..baru bawak dia pergi
check mata malam semalam.



Gambar semasa sedang check huruf-huruf yang
kecik...dan powernya sudah hampir 300..
patutlah tak nampak.


Masa balik sekolah petang tadi, terus
pakai cermin mata yang baru diambil
dari kedai.

Satu hari je dah siap....Teruja sungguh.

Tuesday, October 11, 2011

baik ke tak...

Rasanya semua orang memerlukan
sahabat.Selain suami/isteri/anak
dan keluarga.

Tetapi kadang-kadang sahabat
itu sendiri membuatkan kita sakit
hati dan kecewa.

Kadang-kadang terbit satu persoalan
yang macam ni..

"aku tak cukup baik ke sebagai seorang
sahabat?"

sekadar luahan...tak ada kena mengena
kepada yang mati...tapi pada yang hidup
tu ada..

Monday, October 10, 2011

Ikan o ikan...

Ikan laga. Macam-macam warna. Kalau
binatang lain berlaga, kepala dia
orang mesti sentuhkan..

Kalau ikan ni, macam mana pulak?
Saya tak pernah tengok.

Gambar-gambar yang saya ambik
kat kedai haiwan. Saya tengok
kat bekas tu, harganya 15.00
seekor.

Mahal sungguh, sedangkan rasanya
ikan ni boleh dapat kat tali air
je..agaknya la.. saya serkap
jarang je..





Sunday, October 09, 2011

Rupa comel, hati terpikat.

Semasa menunggu klinik haiwan
dibuka semalam, masuk sekejap
kat kedai haiwan sebelah.

Anak dara saya sudah nampak kucing
ni. Macam kucing biasa, tapi bulu
dia begitu gebu dan kembang.

Mengikut kata 'ning' yang kerja
kat situ 'kucing kacuk'..Harganya
450.00. Mak ai, mahalnya..

Memang comel dan pandai main. Masa
anak dara saya datang dekat, dia
hulurkan tangan.



Tergoda juga dibuatnya. Bukan anak
saya saje, dengan saya sudah jatuh suka.

Tapi bila fikir-fikir balik, rasa tak
jadi. Kucing ni bukan boleh
lepas, buatnya hilang menangis...

Lepas tu selesai urus Kong, terus
balik rumah. Anak saya dah meleleh
air mata nak kan kucing tu...

Lain kali ye..bila dia dah tahu
apa itu erti tanggungjawab..La ni
dia masih tak tahu lagi..

Buatnya dia dah boring nanti, ibuuuuu
jugak yang kena urus.

Saturday, October 08, 2011

Kong demam...

Kong demam. seharian tidur atas
sofa semalam. tak bangun-bangun.

Balik en hub tepuk dia dan letak
kat lantai. Dia marah. Bila saya
rasa, badannya panas.

Call doktor haiwan, klinik dah
nak tutup. Memang tak sempat.


Doktor kata bagi air kelapa atau 100 plus.
Rupa Kong sewaktu mula-mula kena paksa minum.


Angkat dan selimutkan dia atas sofa. Betul-
betul tak terdaya.


Dia turun balik kat lantai. Sendiri masuk
dan duduk bawah kain.


Terjulur pulak kaki dan kepalanya. Mungkin
rasa tak selesa agaknya. Macam kita juga
bila demam. Pukul 12 malam pun
saya bagi dia minum 100 plus. Yang kelakar
saya siap letak telapak tangan kat dahi dia..Macam
anak lah pulak..


Kong kena inject kat klinik. Suhu badannya 40c bila
doktor cucuk jangka suhu kat dubur dia...Ooo
begitu rupanya ambik suhu kat binatang.


Ubat untuk Kong. Ubat demam dan antibiotik.Untuk
diberi dalam masa 2 hari.


Ubat untuk King sebab bulunya tobak
tobek.. Untuk cantikkan bulu dia lagi.


Dah kena enject dengan ubat, baru dia nak makan.
Tu tengah tidur la tu.. Baru nak kebah kut...


Harga rawatan klinik hari ni Rm 74.00..Kong
nie memang manja 'sangat'. 'Gedik' kata anak
dara saya..

Friday, October 07, 2011

Saya rasa puas!

Hari ini saya terasa puas. Puas sesangat-sangatnya.
Sebab apa? Sebab saya dapat makan masakan sendiri.

Sudah hampir 2 minggu saya operate, jadi hari
ini baru saya terasa segar sedikit walaupun
jalan terhegeh-hegeh macam orang tua.


Speghetti letak ayam. Oleh kerana pantang
'seafood' saya letak ayam je la. Bak
kata doktor, awak boleh makan apa je. Kiranya
'pantang nampak' la..

Tapi ada 1 lagi doktor kat rumah yang
memantau pemakanan saya..hehe...

Mula-mula saya sakit hati sebab banyak yang
tak boleh makan...yang pedas-pedas, telur, ayam,
bla...bla..Tapi kena tabah hati juga walaupun
muka macam cencurut..haha..

Jadi selama 2 minggu ni sape yang masak?
'mek kelate' yang masak..Tak pun 'mamak'
yang masak.

Masa tangan bersimen dulu, saya macam tak
sakit. Siap boleh masak walaupun berpusing
kuali dibuatnya. Siap boleh basuh kereta, walaupun
sebelah tangan.

Tapi bila kena belah kat perut ni, langsung
out of services. Benar-benar sakit sehinggakan
tidur pun hanya terlentang tak boleh berpusing.

Kesimpulannya, para suami dipersilakan lah
belajar memasak. Bukan apa, kalau bini sakit
kan senang...

'apa yang kau merepek ni, .....'

Thursday, October 06, 2011

Hangatnya masih aku terasa..

Terasa rindu nak pegang benda ni.
Seolah-olah terasa suam di tangan
selepas ianya menyusu...

Gambar lama yang ada dalam komputer
ni..



Apa khabar agaknya Jasmine, Chinta, Bulan,
Manggis, Ku Pian dan Nik agaknya.. semoga
ianya sihat...AKU RINDU KAMU!

Wednesday, October 05, 2011

Senang .....mudah....

Sejak 1, 2 minggu ni, bukak je surat
khabar, akan ada kes buang anak.

Berturut-turut. Sana sini, kes
tu muncul. Kadang-kadang nak baca
surat khabar pun benci.

Benci pada orang yang membuat onar,
kasihan kepada baby yang tak berdosa.

Perangai manusia sekarang ni, tak dapat
dijangka. Semakin maju, semakin kejam.

Tak sakit agaknya beranak? Bak kata adik
saya, orang yang macam ni selalunya
dipermudahkan.

Saya 'belah' sikit ni pun terasa seksa
nak pulih. Depa senang-senang je kan..
Macam tak rasa sakit. Teran, potong
dan buang.

Lepas tu buat muka selamba. Alangkah
mudahnya!

Minta dijauhkan...

Tuesday, October 04, 2011

Kenangan dalam fikiran.....


Sudah pukul 12.39 pagi. Mata tak mahu
lelap walaupun dah telan ubat. Mungkin
sebab badan tak letih..

Dalam lepak-lepak sorang ni, teringat
kisah lucu di hospital...

Rasanya nurse kat Hospital tu jeran
ambik BP saya. Percaya atau tidak
setiap kali mereka nak ambik bacaan
kena pam 4, 5 kali baru dapat.

Tak tahu kenapa, sehinggakan ada
satu kali tu mereka membalut
tempat BP itu di pergelangan kaki.

Kata nurse tu, dekat kaki pun ada
bacaan nadi..Ooo..baru saya tahu..Barulah
nurse tu dapat bacaan BP...

Satu lagi semasa di bilik operation.
Suami saya kata, masa dia dulu bila
sedut udara yang di beri oleh doktor
di bilik operation, dia terus 'pengsan'.

tang saya Doktor kata, sedut..hembus..sedut..
hembus.. Tapi mata saya masih celik
juga..terkebil-kebil pandang lampu.

Sempat juga kata dalam hati' tak
pengsan' pun. Kaki siap goyang lagi..
haha..

Lepas tu baru tak sedar..

Monday, October 03, 2011

Ujian oooo ujian...

Hari ini bermulanya ujian UPKK untuk
anak dara saya. Saya harap dia dapat
menjawab sehabis mampunya..


Gambar yang saya ambil malam tadi semasa
dia sedang sibuk membelek kertas
ulangkajinya.

Ini baru ujian UPKK, belum yang lain lagi
seperti PMR, SMP dan.....dah rambut pun
jadi macam gini..


Yang ni lagi satu. Tapi saya lebih suka
gambar yang no 1 tu... Walau apa pun,
Nurul adalah anak kesayangan ibu.. Ingat
tu..(sorang je yang ada pun..hehe)

Sunday, October 02, 2011

Kutunam kakinya dan penghisap darah...

Kutu enam kakinya. Percaya tak? Kalau
tak percaya cari kutu dan kira
sendiri berapa kakinya.

Dah lama tak dengar asal kutu nie.Rasanya
dah berpuluh tahun dah. Dan 2, 3 hari
lepas anak dara saya sibuk kata kepala
dia gatal dan ada kutu.

Tangan tak boleh duduk diam, asyik
menggaru kepala. Katanya menjangkit
dengan kawan dekat sekolah.

Pergi klinik dan beli ubat kutu. Lumur
kat kepala dan pakai 'serkop'
waktu tidur.


Dapatlah 1 ibu dan 2 ekor anak. Dah mati
dekat serkop tu, tapi saya letupkan kat
kuku lagi. Terasa geli pulak, sedangkan
dulu spesis kutu ni ada juga kat kepala
saya..la ni tak de la...

Gatalnya memang tak dapat nak digambarkan..