Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, January 31, 2011

Kaum sejenis kena tangkap.

ish! Nak tahu, ini minggu sudah punya cerita. Adalah kaum
sejenis tu, tengah sibuk berpeluk, kena tangkap. Padan
muka.

Bukan nak tengok kiri kanan ke, main sedap
dia je peluk-peluk.

Tengok la tu. Tak malu!Tak pasal-pasal saya pulak
terbabit, jadi tukang tangkap.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v






Tapai, tangkap gambarlah.Hahaha..oleh kerana sekor dah mati, saya tukar
nama depa kepada King dan Kong.

Friday, January 28, 2011

limau punya hal.


Tak lama lagi Tahun baru cina. Apa yang ada masa tahun
baru cina? Ada public holiday la...

Ok, setiap tahun office kami banyak dapat limau. Dari
vendor dan dari airline juga.

Ada budak kat tempat kerja saya makan limau
sampai bengkak-bengkak badan. Terlebih sudah!.
Pagi limau, tenggahari limau, petang limau sambung
pulak ke malam...hahaha...memang kemaruk limau
sungguh.

Tapi dia dah berhenti.. Pandang limau teringat
kat dia..

Thursday, January 27, 2011

Ambik udara...

Semasa mengambil beg sekolah pagi di taska, kebetulan
anak dara saya ni turun dari van sekolah petang.

"Ibu, bawak Nurul gi klinik.."


Sesak nafas. Nasib baik semalam tak ada acara merentas
desa...

Sampai rumah makan ubat terus pengsan. Pagi
tadi bangun baru buat kerja sekolah. Masa pergi
sekolah, muka tension... Jangan malas ye anakku!

Wednesday, January 26, 2011

Letih & muak.

Sejak kebelakangan ini saya selalu mendengar ayat "orang lain boleh, kenapa
aku tak boleh buat".

Boleh, kalau nak buat.Boleh kalau nak ikut. Orang datang lambat, awak pun nak
datang lambat. Orang nak cuti sesuka hati, awak pun nak buat macam itu.
Kalau ikut benda yang elok, tak ape lah jugak…Ini irihati pada benda yang
merapu.

Macam tak ada pendirian dan juga macam budak-budak. Pelik bin ajaib dengan
orang sebegini. Tidak malu pada mata yang memandang apatah lagi
pada telinga yang mendengar.

Kadang-kadang nak je saya kata macam ni, " orang masuk lubang
najis, awak pun nak terjun sama ke?". Tapi tak terluah, sebab perasaan
hormat itu masih ada di dalam diri saya.

Dulu, semasa sekolah dengar orang bekerja dan pegang duit sendiri
macam best je. Bila tunggu SPM, tak sabar-sabar nak kerja.

Memang best bila dapat gaji, tapi nak melayan
dan bergaul dengan rakan sekerja yang macam-macam perangai
memang memeningkan kepala.

Buat anak-anak atau adik-adik yang baru mahu melangkah ke alam perkerjaan,
buatlah kerja dengan ikhlas dan jujur.
Mungkin orang tak nampak apa yang anda buat atau kerjakan tapi ALLAH nampak.

Rasa letih! Sempat tak agaknya saya bertahan sehingga ke umur 40 an ni?

Tuesday, January 25, 2011

yang ketiga - Manggis new born 2011

2 jam selepas hantar anak dara saya pergi program
sekolah (ahad), Manggis pulak yang beranak. Tiada bulu
yang bersepah di dalam kandang, cuma saya nampak
dia tidak tentu arah di dalam kandang.

Dengan terujanya saya dekat kat kandang bila
saya nampak kelibat anak arnab di bawah perutnya.
Kalau tengok gambar ni betul-betul, akan nampak kepala
anak arnab tu. Gambar dari jarak dekat.


Rupanya sudah ada dua ekor anak di bawah perutnya. Masih
terasa suam anak arnab itu bila saya mengambilnya.
Tangan saya terasa lekit juga.

Lepas itu keluar lagi 2 ekor. Manggis dengan pantas
memakan kembali karung (agaknya)anaknya.

Yang terakhir adalah yang sebelah warna hitam tu.Semasa
saya mengambilnya, keadaannya nyawa-nyawa ikan. Dengan
mulut yang ternganga juga.

'Aduhai, kesiannya.' Detik hati saya, lantas mengambil
anak arnab itu dan mendekatkan ke mulut saya (seperti
berdoa) sambil membaca ayat Kursi (tindakan spontan).
Saya betul-betul berharap yang anak dia tidak akan
mati kali ini, kerana kelahiran 2 kali yang lepas
anaknya mati.

Sesudah itu, saya letakkan dia di dalam bakul ini
dan saya bersyukur ianya hidup dan cergas.Kali
pertama mendapat anak arnab yang berwarna hitam
keseluruhannya.


Manggis tengah berehat. Nampaknya Chinta mendapat
anak dan cucu sekaligus...
(Manggis adalah anak kepada Chinta).


Sudah ada 17 ekor anak arnab di dalam rumah saya
ketika ini. Bakul juga sudah bertukar kepada yang
besar. Dah tak muat dah...

Lepas nie giliran Jasmine pulak!

Monday, January 24, 2011

yang kedua - Ku pian new born 2011

Bulunya dah bersepah pada pagi sabtu. Tapi tak beranak
-anak juga. Puas saya tunggu. Dari pagi sampai
pukul 12 mlm tak juga keluar anaknya. Bulu dah bersepah
dalam kandang. Penyudahnya saya biarkan saja.


Bangun pagi Ahad, seekor dah jatuh ke bawah. Mati.Ada 7
ekor lagi dalam kandang. 8 ekor semuanya, perut KuPian
tak lah besar sangat.


Yang ini cedera teruk. Matanya terkena kawat yang saya
letak di tapak kandang. Ini gambar sebelum saya letak
minyak gamat. Ngeri menengoknya. Tapi saya buat juga
lah.


7 ekor yang masih hidup. Besar-besar anaknya.



12 ekor semuanya apabila dicampur dengan anak Chinta.


Ok..next......

Saturday, January 22, 2011

yang pertama 2011 - chinta new born

Pagi hari Thaipusam, macam biasa bagi arnab makan.
Bila jengah kat kandang Chinta, bulu bersepah kat
hujung kandang. Terus keluarkan Nik. Kena asingkan
yang jantannya.


Memang sengaja saya bagi kain merah nie kat dia. Tunggu sekejap,
tapi tak beranak juga. Penyudahnya masuk dalam dan buat
tak tahu saja.


Tengah masak, anak jerit arnab dah beranak.Bila jengah,
nampak yang nie. Dah mati. Kalau ikut keadaannya
macam mati dalam perut je.


Biarkan dia menyusu sekejap. Masa ni saya bayangkan bayi
yang mati di buang oleh ibu masing-masing. Sempat tak
agaknya bayi itu menyusu?


Binatang pun sayangkan anak.


Dah ambik, baru tahu yang anaknya ada lima ekor
yang hidup. Tengah lena di atas kain lampin.

Lepas nie giliran siapa pulak?

Friday, January 21, 2011

tak sempat

Sarah dan Saga dah lama tak balik. Jadi bila kakaknya
beranak saya rasa seronok. Kiranya ada penggantilah.

Tiga ekor, yang saya namakan DO, RE dan juga MI.

DO - kelabu,gemuk dan berekor kontot.
RE - bulunya warna terang sikit.
MI - kelabu dan ekornya panjang

Gambar yang saya ambil sebelum pergi kerja tadi.


Sampai kat tempat letak kereta, en hubby call dan kata
yang MI dah mati. Kena gigit dek satu ekor bapak kucing
warna hitam. Kucing tu masuk, terkam dan bawak lari tanpa
sempat buat apa-apa.

Patutlah kucing hitam tu bising depan rumah dua
tiga hari ni.

Aduhai, rasa nak nangis .. baru pagi tadi main
dengan kucing 3 ekor nie..

Ikut kata en Hubby kita, kucing tu siap datang dan
nak masuk rumah lagi. Pesan kat dia tutup semua tingkap
rumah.

Rasa nak balik lah nie juga..

Thursday, January 20, 2011

Kakak emak



Perempuan tua ini bernama Remah binti Saat. Dulu dia merupakan
seorang yang kuat melatah. Pantang diusik sedikit, pasti tangan
akan naik ke muka, kepala ataupun badan. Kalau bernasib baik
akan dapat melihat dia berjoget atau menyanyi.Lagu 'penawar rindu'
memang selalu bermain dibibirnya.

Pernah abang saya mengusik dia, semasa dia sedang mengacau nasi.
Apalagi, melekaplah sudip nasi di belakang abang saya tu.
Pasti syokkan!!!hahaha...padan muka.

Kini dia hanya mampu mnegesot dan berbaring. Berdiri juga tidak
berdaya. Tenaga juga semakin berkurangan. Dia adalah kakak kepada
emak saya.

Wednesday, January 19, 2011

Mati express

Semenjak dua menjak nie, saya selalu mendengar orang
yang saya kenal meninggal secara express. Maksudnya
tiada terlantar sakit yang membolehkan ahli keluarga
menjaga atau berziarah.

Ia saya tahu, mati itu pasti hidup belum tentu lagi. Semua
orang akan mati, begitu juga dengan saya. Entah esok
lusa tak siapa yang tahu.

Tak payah nak tunggu umur 40, 50 malah 100 tahun pun,
kalau hanya itu jangka hayatnya maka berakhirlah
ia di situ.

Persoalan saya, apa yang akan kita tinggalkan apabila
kita mati nanti. Harta berjuta? Kalau adalah. Hutang piutang?
Mesti ada punya, tak banyak sedikit. Contohnya hutang
ansuran peti sejuk, walaupun hanya 70 ringgit sebulan
tetap berhutang namanya.

Zuriat? Kalau ada. Ada seorang pun Alhamdullilah. Dapat
juga berdoa untuk kita. Itupun kalau ingat kat ibu/ayah yang
telah tiada. Kalau buat menambah dosa kepada kita, baik
tak payah ada.

Yang paling sedih mungkin suami atau isteri kita. Itupun kalau
sedihlah. Buatnya dia suka, kubur merah lagi dah nak cari lain,
payahlah jawabnya.

Setelah kematian pasangan kita, banyak yang perlu difikirkan lagi.
Ansuran rumah, kereta, hal persekolahan anak dan macam-macam
lagi.

Persoalannya bersediakah anda dengan benda-benda macam tu.

Tahukah anda berapa hutang pasangan anda?
Tahukah anda no akuan pembayaran ansuran rumah
atau kereta…bla..bla?

Saya rasa ramai yang tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu
sebelum ini. Sama seperti saya juga. Banyak benda lain
yang perlu difikirkan. Jadi bab menjelaskan segala pembayaran
ini, biarlah pasangan kita yang menyelesaikannya walaupun
menggunakan duit kita.

Jadi, eloklah kita belajar sedikit demi sedikit tentang apa
yang kita tak nak ambik tahu itu. Sebabnya ia akan
memudahkan kita di kemudian hari.

Kita selalu memilih jalan selamat tanpa mengambil tahu
yang mungkin jalan itu akan membuatkan kita tidak
selamat dan perlu mencari jalan lain satu hari nanti.

Ingatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.

Tuesday, January 18, 2011

Nasi arab versi saya.

Mari kita masak nasi arab.



Bawang putih, bawang merah, halia dan juga jintan putih.
Kisar sehingga hancur.



Saya guna daging lembu. Guna ayam pun sedap.



Tumiskan sehingga naik bau.



Masukkan daging atau ayam. Masakkan sehingga separuh masak.
Ketepikan.



Tumiskan bawang hiris, halia, bawang putih. Bunga lawang, kulit
kayu manis dan buah pelaga boleh juga dimasukkan sekali.Masukkan
beras dan pindahkan di dalam periuk nasi. Perasakan dengan garam dan
juga kiub ayam. Masukkan bahan daging tadi. Kacau rata dan
biarkan ia masak.



Nasi ini lawannya adalah sambal tomato. Sama macam kita buat sambal
belacan, cuma ditambahkan dengan tomato.



Rupa nasi yang dah siap di masak.

Monday, January 17, 2011

Semalam

Semalam kami sekeluarga menghadiri jemputan majlis hari
lahir di Kajang











Saya dan tuan rumah, Norhayati Berahim.

Saturday, January 15, 2011

Adakah saya bertuah?

Adakah saya bertuah hari ini? Entahlah.Oleh kerana
sebelum tidur malam tadi telah makan segala jenis
ubat, tidur saya menjadi begitu lena.

Macam-macam mimpi yang ada, tapi rasanya macam karut
lah pulak. Mimpi pergi cari siput. Tak lah pelik, tapi
kalau dah siputnya sebesar penumbuk itu memang pelik
bagi saya. Selalunya yang paling besar pun hanya sebesar
buat jambu je, yang saya tengok lah.

Jadi bila tak boleh tidur, bangunlah pergi bilik air.Itu
pun nak cerita? Bukan itu, tetapi selepas keluar dari
bilik ar saya terdengar sesuatu...

uuuuuuuu...uuuuuuu...uuuuuuuu - bunyi macam orang
mengogoi di telinga saya. 3 kali je. Mula-mula rasa
nak jengah. tapi tak jadi. Encik Hubby pulak dah
hantar barang ke Melaka, jadi dia keluar awal.

Terus saya baring semula. Selang 5 minit selepas
saya dengar, azan subuh pun berkumandang.

Tiba-tiba saya teringat sesuatu. Pernah tengok pokok ni?


Gambar dari Google.

Kami panggil pokok langsuir. Depa memang duduk bertenggek kat
situ. Pokok nie memang ada di tanam di dalam pasu oleh jiran
sebelah kiri saya ni. Budak bujang depan rumah saya ni, memang
ada nampak benda tu kat pokok nie... Eeeiii seram tu. Nama pun
budak bujang kan, dah tentu balik rumah tengah malam ataupun
awal pagi punya (tapi tak semualah kan).

Semasa buat sambutan hari lahir hari tu,jiran saya yang
cakap. Dulu rumah dia ada juga pokok nie, budak bujang tu juga
yang nampak. Bila dia tahu, terus dia campakkan ke dalam
tong sampah.

Pasal pokok kat rumah jiran sebelah nie, tak adalah
pulak dia cakap. Segan katanya...Iyalah, biar orang
yang nampak itu sendiri yang beritahu.

Dulu masa saya budak-budak pun ada dengar jiran nampak.
Paip air tak ada, yang ada cuma perigi. Dekat perigi
tu ada pokok petai (kalau tak silap). Dicabangnya
aalah pokok ini. Benda itu tengah lepak agaknya. Jiran
saya nampak....

Saya pelik zaman sekarang ini, macam-macam cerita hantu
yang keluar kat panggung dan tv. Makin lama makin menjadi
pulak. Seronok agaknya dia orang tengok? Saya? Tak
suka tengok. Buat terkenang-kenang dimata.

Dulu masa zaman budak-budak suka jugak tengok cerita
hantu cina yang terlompat-lompat tu. Kalau tampal
dengan kertas azimat terus hantu tu berhenti. Masa itu
riuh rendah juga. Mana taknya, sibuk jerit orang
yang kena kejar dek hantu tu suruh lari cepat, cepat.
Padahal lakonan je tu.

Jadinya kalau ada sesiapa yang membela atau menyimpan
pokok ini, berfikirlah berkali-kali. Sebab mana tahu,
jika satu hari nanti anda bertuah pulak jumpa
benda itu. Saya cakap je.

Friday, January 14, 2011

Entah.



Demam tak ada. Selsema dah nak setengah bulan dah nie.
Bila nak eloknya, entah...

Thursday, January 13, 2011

Emak oh emak...

Dua tiga hari lepas, saya hantar dan tunggu anak mengaji.
Tiba-tiba datang seorang wanita menaiki motor bersama
3 budak perempuan. Rasanya anak-anak dia.
Seorang pulak budak lelaki, kacak bersongkok mungkin
umurnya dalam 4 tahun rasanya (naik basikal).

Comel budak lelaki tu, siap beri salam dan menyalam
tangan saya lagi. Bangga saya kalau ada anak yang
bersopan begitu.

" Baru nak mengaji ke?" Tegur saya kepada wanita itu.

"Iye baru nak hantar." Wanita itu menjawab.

Kebetulan pula anak saya habis mengaji dan saya pun balik. Di dalam
hati muskil juga.

Si emak memakai seluar jeans ketat separuh punggung, lengan baju
juga pendek. Rambut pula mayang mengurai. Memang cantik.
Persoalannya, apa perasaan ustazah yang itu apabila melihat
si emak memakai pakaian begitu apabila menyerahkan anak
kepada si Ustazah?

Saya rasa Ustazah itu mesti malu pada kaumnya sendiri. Pada saya,
tak payahlah nak berjubah dan bertudung litup, tetapi apalah salahnya
kalau berbaju kurung. Tak kan tak ada baju yang sopan sikit.

Kita nak menyerahkan anak untuk belajar mengaji Quran bukannya
untuk menyerahkan anak masuk pertandingan nyanyian atau
seumpamanya. Jadi, jagalah adab berpakaian kita. Bak kata pepatah,
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau sendiri mau
ingat. Kalau saya, dah larilah..takut kena baham dek rimau.

Ini untuk peringatan kepada teman-teman dan diri sendiri.

Wednesday, January 12, 2011

Bersyukurlah ibu!

Di satu petang,di minggu yang lalu.

"Kakak, tolong ibu ambik daun limau purut."

Dalam keterpaksaan, dia bangun dan memetik. Muka penat
terpampang diwajahnya. Masa tu baru balik sekolah KAFA.

"Berapa kakak ambik?"

"Enam ibu."

Oklah tu dalam hati berbisik. Nak masak tomyam, lebih
banyak daun limau lebih sedap dan harum.

Tiba-tiba ini yang dia hulurkan kat saya.



"Ini bukan 6, ini 3 helai."

Nak tahu apa dia kata?" Bersyukur ibu. Ibu nie tak tahu bersyukur."
Alamak, saya pulak yang kena. Memang saya selalu ajar dia bersyukur
dengan apa yang ada.

Adakah saya nie tak tahu bersyukur atau dia yang malas hendak
pergi ambil lagi sedangkan saya ada satu pokok limau purut?




Ish! budak ni...

Tuesday, January 11, 2011

Baru seminggu

Baru seminggu persekolahan bermula, dah demam.

Muka ceria, waktu pergi sekolah.





Muka demam. Lepas menangis. Tak nak letak kain basah kat perut
dan dahi. Apalagi terkejutlah dengar suara ibu dia yang macam
petir ni. Melelehlah air mata...

Monday, January 10, 2011

Rombongan Cik Kiah!

Rombongan Cik Kiah? Pergi mana? Pergi Bekam. Rasanya
semua tahu khasiat bekam kan. Di bawah ini adalah info dari
Google.

Khasiat dan Manfaat Bekam
Sebagai suatu metode pengobatan, tentunya bekam mempunyai khasiat. Di antaranya adalah:

1. Mengeluarkan darah kotor, baik darah yang teracuni maupun darah yang statis, sehingga peredaran darah yang semula tersumbat menjadi lancar kembali.

2. Meringankan tubuh. Banyaknya kandungan darah kotor yang menumpuk di bawah permukaan kulit seseorang akan mengakibatkan terasa malas dan berat. Jika dibekam, maka akan meringankan tubuhnya.
3. Menajamkan penglihatan. Tersumbatnya peredaran darah ke mata mengakibatkan penglihatan akan menjadi buram. Setelah dibekam, peredaran darah yang tersumbat kembali lancar dan mata bisa melihat dengan terang.

4. Menghilangkan berbagai macam penyakit. Rasullulah SAW mengisyaratkan ada 72 macam penyakit yang dapat disembuhkan dengan jalan berbekam, seperti: Asam urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, stroke, sakit gigi, vertigo, sinusitis, jerawat, sembelit, wasir, impotensi, wasir, kencing manis, liver, ginjal, pengapuran dan lain lain.


Saya, jiran sebelah rumah dan menantunya pergi berbekam
pada hari sabtu yang sudah. Mula-mula rasa takut juga,
tapi bila dah buat tak la sesakit yang di bayangkan.

Saya buat bekam untuk migrain dan juga main point.
Adalah dalam 12 cup, 3 cup dibahagian kepala dan selebihnya
dibahagian belakang.

Tapi ada satu bahagian yang saya rasa akan ambil masa
untuk hilang bekasnya...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





Orang yang berbekam itu bercerita dengan kami, ada seorang
pakcik yang datang berbekam. Umurnya 90 tahun lebih, datang
dengan isteri no 4. Saya ulang sekali lagi, isteri no 4.
Naik tangga pun tak payah orang nak pimpin, ketangkasannya
seperti orang berumur 60 tahun...

Bila ditanya, pakcik tu kata dia berbekam bermula dari umur
20 tahun. Sebab itu dia sentiasa sihat. Wallahualam...

Semasa balik kampung semalam, ada seorang perempuan
tua cina menegur saya.

"Lu masuk india ka?" Dengan muka pelik, wanita tua
itu bertanya.

"Eh..bukan, ini kesan bekam la..." Pantas saya jawab.

"Menyirap, nurul dengan cina tu cakap bu..."hahaha...
Sayang juga dia kat saya.

Friday, January 07, 2011

Loya tekak.


Gambar dari Google.

Minggu sudah, kami pergi Tesco Seremban. Pusing punya pusing
jumpalah bahagian yang jual sushi. Tanya anak, nak rasa ke?

Apabila anak angguk saya pun ambillah yang dah siap peket
punya, dalam 7 ketul. Tapi tak adalah ikan mentah tu.

Bila dah keluar dan tiba tempat makan, anak dengan terujanya
membuka dan makan seketul. Saya pun ambik seketul dan terus
masuk mulut.

Baru kunyah dua kali, terus keluarkan. Anak yang tengok saya
keluarkan dari mulut, juga buat begitu. Tak boleh nak terus
kunyah, apatah lagi menelan.

Sebabnya, berbau dan terasa hanyir. Memang tak boleh nak sampai
ke tekak.Berdiri bulu roma dibuatnya.

Bila sampai dirumah, terus bagi kat ibu si Sara. Dia pun tak mau...

Entah di mana silapnya, yang saya buat tak adalah bau sampai
macam tu sekali.

Ngeri...

Thursday, January 06, 2011

Empat tahun la!!

Budak ini baru masuk umur 4 tahun 26 Dec yang lalu. 'Baik'nya
bukan main lagi. Tahun nie sekolah tadika dah.

Gambar kat bawah nie adalah semasa dia potong kek hari
tu. Saya hadiah bola kat dia. Seronok dia dapat bola tu.

Apalagi, dia pun ajak bapak dia main bola.

"Jom main bola abah."

"Abah penatlah..."

Nak tahu apa dia kata lepas tu?

" Bang, jom main bola bang.." Selamba je dia panggil bapak
dia abang...aduh-aduh..anak sekarang memang tak takut dengan
bapak ye... boleh bawak bergurau lagi..ishh..ishh..anak siapa
lah ni...