Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, January 25, 2011

yang ketiga - Manggis new born 2011

2 jam selepas hantar anak dara saya pergi program
sekolah (ahad), Manggis pulak yang beranak. Tiada bulu
yang bersepah di dalam kandang, cuma saya nampak
dia tidak tentu arah di dalam kandang.

Dengan terujanya saya dekat kat kandang bila
saya nampak kelibat anak arnab di bawah perutnya.
Kalau tengok gambar ni betul-betul, akan nampak kepala
anak arnab tu. Gambar dari jarak dekat.


Rupanya sudah ada dua ekor anak di bawah perutnya. Masih
terasa suam anak arnab itu bila saya mengambilnya.
Tangan saya terasa lekit juga.

Lepas itu keluar lagi 2 ekor. Manggis dengan pantas
memakan kembali karung (agaknya)anaknya.

Yang terakhir adalah yang sebelah warna hitam tu.Semasa
saya mengambilnya, keadaannya nyawa-nyawa ikan. Dengan
mulut yang ternganga juga.

'Aduhai, kesiannya.' Detik hati saya, lantas mengambil
anak arnab itu dan mendekatkan ke mulut saya (seperti
berdoa) sambil membaca ayat Kursi (tindakan spontan).
Saya betul-betul berharap yang anak dia tidak akan
mati kali ini, kerana kelahiran 2 kali yang lepas
anaknya mati.

Sesudah itu, saya letakkan dia di dalam bakul ini
dan saya bersyukur ianya hidup dan cergas.Kali
pertama mendapat anak arnab yang berwarna hitam
keseluruhannya.


Manggis tengah berehat. Nampaknya Chinta mendapat
anak dan cucu sekaligus...
(Manggis adalah anak kepada Chinta).


Sudah ada 17 ekor anak arnab di dalam rumah saya
ketika ini. Bakul juga sudah bertukar kepada yang
besar. Dah tak muat dah...

Lepas nie giliran Jasmine pulak!

1 comment: