ops! itu tajuk filem SB yea. Saja bikin gempak je.
Semasa balik kampung hari tu, mak saya ajak pergi rumah
bawah(rumah nenek)
Untuk apa? Katanya nak cari pinggan jantan dan betina.
Perlahan je kami naik rumah tu, lantainya sudah tak
berapa kuat.
"ini pinggan mak aku, beli kat mak...kerbau.Manalah lagi satu.."
Saya tak berapa ingat nama orang yang mak saya cakap tu.
Inilah rupa pinggannya. Mak saya siap ambik teko ni sekali.
Arwah nenek yang punya.
Berhabuk dan kotor, tidak berjaga.
Gambar setelah dibersihkan. Kata anak saya, ini harta waris. Dia
siap tanya lagi bila saya tak ada nanti, adakah pinggan itu akan
diwarisi oleh dia atau sepupunya.
Ish..ish..belum mati lagi dah jadi rebutan.
Semasa saya menerima pinggan dan teko ini, saya sendiri
tidak tahu apakah perasaan saya. Seperti di beri tugas yang
berat untuk menjaganya.
Mak saya kata itu pinggan jantan. Entah, tak tahu pulak
kerana saya tak nampak pulak anunya...hahaha.
No comments:
Post a Comment