Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, January 31, 2012

Merenyam.....

Entah kenapalah dengan saya agaknya
hari ni. Lepas mandi pagi tadi tengah
belakang membawa ke bahu bukan main
gatal lagi.

Bukan sikit-sikit punya gatal. Sapu
bedak satu badan. Kiranya mandi
bedak...Pergi kerja juga.

Sepanjang hari menggaru. Makin lama
semakin gatal. Tak tahu apa puncanya.

Berjangkit kat muka, leher, perut
dan serata tempat. Nak kata macam kena
gelgata, rasanya tak mungkin..

Balik kerja terus singgah klinik. Kena
satu das injection untuk kurangkan rasa
gatal.

Lepas mandi, sapu pulak dengan ubat kapur
yang doktor bagi. Makin lama , makin banyak
bintat merah yang naik..Rasanya dah macam
bengkak badan.

Makan pulak ubat tahan gatal yang doktor bagi. Lah
ni sedang menunggu waktu mengantuk. Pelik juga
tiba-tiba je jadi begini.

Nak kata sebab makan, saya makan benda yang
sama dengan anak dan suami. Nak kata sebab air
rasanya bukan juga.

Harap-harap rasa gatalnya ni cepat hilang...

Monday, January 30, 2012

Hari yang 'indah'

Hari ini adalah hari yang 'indah'
Sebabnya hari ni, hari Isnin. Hari
kelam kabut. Hari orang mula kerja,
nak-nak lagi selepas cuti lama ...

Semua nak arrange keluar hari ni. Dan
di tambah lagi hari ni adalah hari
tutup account untuk bulan ni.

Mana nak layan email, mana nak
layan panggilan telefon dari custemor.
Nak check accouting dan statistic lagi.

Dan nak dijadikan cerita, semasa saya
click satu page dekat FB, terus komputer
saya kena virus pulak....

Dari pagi sampai nak balik, IT cuba
betulkan, tak boleh jugak...Bapak
virus kut yang telah melekat kat
komputer saya..

Bertambah haru biru jadinya. Macam anak
ayam. Sekejap guna PC sana, sekejap guna
PC sini..

Pusing kepala...Alhamdullilah month
end closing berjaya disiapkan
sebelum waktu balik...

Mungkin berkat berfikirian positif awal
pagi tadi.... :D

p/s : saya benci awak!Jangan tanya!

Sunday, January 29, 2012

Nenek..nenek si bongkok tiga..

gambar tiada kena mengena..hehe

Hari ini sudah 29 hari emak saya
jatuh sakit. Memang pun dia sakit sebelum
ni, tapi masih dapat mengurus diri sendiri.

Berbeza sejak 1 bulan ini. Makan kena suap,
berak kencing kena di cuci oleh anak menantu.

Memang kasihan melihatnya. Berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.

Sekarang ni seminggu sekali saya akan
berulang alik ke Senawang, tempat emak
dijaga. Dijaga oleh abang saya kerana
isterinya tidak berkerja.

Oleh kerana doktor tidak boleh berbuat
apa-apa, kami mencuba cara tradisional
pula. Dengan menggunakan ayam.

Diubati oleh seorang imam dari Kuala
Pilah dengan menggunakan ayam. Ayam itu
diurut (sama dengan bahagian yang patah).

Kemudian disembelih dan dimasak rendang.
Hanya pesakit yang dibenarkan makan ayam
itu dan hanya untuk sekali makan sahaja.

Kalau tak habis, perlulah ditanam. Jangan
tanya kenapa, kerana saya juga tiada
jawapannya.

Alhamdullilah, dengan kuasa Allah, emak
saya sudah boleh duduk kini. Mula-mula
memang tak lama, tetapi kini boleh duduk
sehingga 1 jam...

Sudah boleh mandi, tetapi masih duduk
di atas kerusi roda...tetapi dia sukar
tidur malam...

Waktu tidurnya sudah bertukar. Malam berjaga
siang tidur nyenyak..

Kali ketiga, imam itu mahu melihat sendiri
emak saya. Dah tak nak pakai ayam dah..

Tunggu dan lihat saja....

Friday, January 27, 2012

Alhamdullilah..Chef baru...



Nampak tak lauk ni? Apa
yang istimewanya?

Istimewa sebab di masak oleh
en suamiku... Jangan tak percaya
yang en suami sudah boleh masak
sekarang ni.

Alhamdullilah. Ringan sikit bila
balik rumah. Bila badan penat, perut
pulak lapar berbunyi-bunyi.

Bila balik, sudah terhidang atas
meja...Syukur...Ringan sedikit
kerja rumah.

Sambal sardin, sambal ikan, sayur
goreng..kira ok lah tu..Nanti nak
ajar masak rendang pulak.hehe..

Thursday, January 26, 2012

Buku 2 : Erti Cinta...

pic dari google.

TOK! Tok! Tok!

Ada ketukan di pintu.

Maria tersentak. Dia dan Laila berpandangan
sekejap lalu Laila meneruskan pembacaannya.

Mahu tak mahu, Maria melangkah ke pnitu lalu membukanya.
Dan sebaik sahaja pintu itu dibuka sedikit, sekujur
wajah lelaki cina tua menyambut pandangannya.

Dia terpaku.

Belum sempat dia membuka mulut untuk bertanya,
lelaki itu menadah tangan sambil berkata;" mana
saya punya cinta?"

Maria kerut dahi.Mana saya puya cinta? Apa Apek
ni tanya? Otaknya berserabut namun apabila dia
memandang ke arah lantai, baru dia terperasan
sesuatu yang tidak kena...

Bum!

Pintu dihempas. Tangannya terketar-ketar...Apek
tu tak ada kaki!

Petikan dari buku ini. Kalau nak tahu lebih
lanjut, sila beli sendiri dan baca.

Pada saya ianya buku yang bagus, lain dari
yang lain. Seolah-olah saya dapat masuk dan
rasa 'duduk' di situasi dalam buku ini.

Nasib baik tak baca waktu malam...

Tahniah kak MK...:)))))))))))

Wednesday, January 25, 2012

VERY URGENT FROM THE HOSPITAL

Kalau kawan-kawan dapat email
macam kat bawah ni, apa nak
buat??

VERY URGENT FROM THE HOSPITAL

This is Miss Felicia Luna from Trinidad &Tobago.
I am writing from the hospital in Cote D'Ivoire,
therefore this mail is very urgent as you can see
that I am dying in the hospital. I was told by
the doctor that I was poisoned and has got my
liver damaged and can only live for some months.

I inherited some money ($3.5 Million) from my
late father and I cannot think of anybody trying
to kill me apart from my step mother in order to
inherit the money, she is an Ivorien by nationality.

I want you to contact my servant with this
informations below:

Servant Martins Henry.
Address: Rue De La Princess L/G 152 Cocody
Abidjan, Cote D'Ivoire.
Tel +225-67495207
Email hmatins@ymail.com

He will give you the documents of the money
and will direct you to a well known lawyer
that i have appointed to him, the lawyer will
assist you to change the documents of the money
to your name to enable the bank transfer the money to you.

This is the favour I need when you have gotten the money :-
(1) Give 20% of the money to my servant Martins as
he has been there for me throught my illness and I
have promised to support him in life. I want you to take
him along with you to your country and esterblish him as your son.

(2) Give 30% of the money to handicap people and
charity organisation .Note;This should be a code
between you and my Servant Martins in this transactioin
"Hospital" any mail from him, the barrister he will
direct you to, without this code "Hospital" is not from
the barrister, Martins, the bank or myself as I don't
know what will happen to me in the next few hours.

(3) the lawyer's name is Mc Lambert Adams. And Let
Martins send you his International Passport as he
has no passport to be sure of whom you are dealing
with. Martins is so little therefore guide him.

And if I don't hear from you, I will look for
another person or an organisation.

May God bless you and use you to accomplish my wish.
Pray for me always.
Miss Felicia Luna.

Saya? Delete je..

Buku pertama : Cinta perisa dia...

pic dari google

"Tinggi?"

"Selampai pokok kelapa!"

"Berat?"

"Seringan kapas..tapi dua,tiga gunilah!"

"Makanan kegemaran?"

"Nasi kerabu bertatah permata."

"Minuman kegemaran?"

"Air mata godzila!"

"Lelaki impian?"

"Lelaki yang pandai azan."

"Kalau pandai azan, tapi sengau?"

Ini buku pertama yang saya baca
untuk tahun 2012.

Ayat di atas memang ada dalam buku
ini. Buku yang menarik, pada saya.

Tahniah kepada penulisnya. :)))))))))

Monday, January 23, 2012

Biola : - aku rindu kamu.

pic dari google

Saya memang meminati biola. Tak tahu kenapa
dan hasrat untuk beli sebuah biola memang
sudah ada dalam diri sejak saya berumur 18
tahun lagi.

Masa tu saya berkerja kilang di Nilai. Ada seorang
kawan saya ni, tinggal di Seremban. Dia selalu lalu
di depan kedai alat muzik.

Saya selalu tanya dia, berapa harga sebuah biola.
Tapi dia pun tak pasti , tetapi mengikut kata
dia mahal juga harganya.

Terkuburlah hasrat itu sehinggalah ke tahun ini.
Saya teringat balik pada biola. Keinginan untuk
belajar bermain biola itu kembali lagi.

Tadi saya masuk di sebuah kedai menjual alat
muzik di Alamanda Putrajaya. Ada menjual
macam-macam alat muzik termasuk biola...

Harganya tidak mahal dan yang paling mahal saya
tengok tadi dalam 600.00 sahaja. Kelasnya
bermula dari hari selasa sehingga sabtu.

Yurannya 1 bulan adalah 221.00(kalau tak silap) untuk 45 minit
1 kali dalam seminggu. Kalau tak silap mengikut
kata penjual tu tadi dalam 1 tahun, sebanyak 43
kelas kita akan ikuti..

Cikgu akan ajar murid 1 orang saja dalam 1
masa....Yang paling muda belajar bermain
biola adalah berumur 4 tahun dan yang paling
tua adalah berumur 51 tahun.

Kiranya kalau saya nak belajar, ok lagi
la tu..hahaha..

Masalah sekarang ni, saya cuma boleh pergi
belajar hari sabtu sahaja. Tetapi setiap
hari sabtu, kelas sentiasa penuh.

Aduhai...macam mana nak buat ni??

Friday, January 20, 2012

Di satu senja...

Di satu senja yang hening…Kedengaran
batuk berdengking-dengking bunyinya..

Laju tanpa henti..kung..kung..kung..

" Ha, tu lah..makan airkrim lagi..minum
air batu lagi.." Tinggi suara sang emak
meleteri si anak..

"Mana ada makan…." Dalam tercungap-
cungap, si anak menjawab.

" Sekarang ni, memanglah tak makan. Tengah
batuk. Cuba masa sihat, orang cakap tak
mahu dengar…" Sang emak 'menyerang'
lagi..

Si anak terkebil-kebil memandang…

Thursday, January 19, 2012

Seorang lelaki yang bernama H......

Gambar pic dari FB Ekin Amir.(minta halal ye)

Siapakah lelaki ini? Apa hubungan saya
dengan beliau? Kenapa saya meletakkan gambar
beliau di sini?

Ok, lelaki ini bernama Hamzah Bin Jantan.
Beliau adalah seorang guru yang mengajar
pendidikan jasmani dan Bahasa Malaysia
semasa saya bersekolah dulu.

Beliau adalah guru kegemaran atau boleh
dikatakan guru kesayangan saya. Saya suka
cara beliau mengajar.

Hendak dikatakn tegas, tidak juga. Hendak
dikatakan lembut, tidak juga. Tapi saya
memang merujuk kepada beliau, jika saya
tidak faham.

Saya ingat dulu, semasa berada di tingkatan
2. Saya pernah kena debik dengan papan kerusi
oleh beliau di belakang badan. Sebabnya tidak
dapat jawab apa yang beliau tanya.

Sakit jugak lah, sebab badan saya pun
lebih kurang macam papan juga. Kurus
kering.Hehe.

Satu lagi, beliau suka pegang/ cengkam
kepala(tidak kuat pun, sekadar meletak
tapak tangan)di atas kepala anak didiknya.

Tapi saya selalu tolak tangan atau alihkan
jari beliau dari kepala saya.. Haha..Rasanya
beliau memang seorang guru yang sporting
dan saya suka dengan senyumannya.

Kalau beliau sudah pandang saya, dan saya
pandang ke arah lain. Secara automatiknya
beliau akan menjerit nama saya suruh jawab..
Aduh!!!

Sudah tercapai juga hajat saya mahu
melihat rupa beliau pada zaman sekarang.

Ialah, semasa muda lain wajahnya. Sudah
berumur tentu wajah juga ada perbezaannya.
Cuma senyumannya tetap sama.

Ah! Tiba-tiba saya rindu dengan zaman
persekolahan saya. Rindu dengan jeritan
para guru yang banyak mendorong, mendidik
dan juga memberi kata semangat yang tidak
putus.

Tahun lepas, saya ada menelefon beliau
setelah mendapat nombor dari sahabat
saya.

Alhamdullilah, beliau boleh mengecam
suara saya dengan hanya mendengar saya
ketawa.

Kini beliau telah menjadi Guru Besar
di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang,
Port Dickson, Negeri Sembilan..

Insya-Allah, satu hari nanti saya
mahu melawat beliau....

Wednesday, January 18, 2012

Appraisal......

Perfomance appraisal tahun 2010.
List the employee's weaknesses..
"hot in temper"

Perfomance appraisal tahun 2011.
List the employee's weaknesses..
"to be more patient"

Boss saya yang 'bagi' jawapan
itu semasa interview kenaikan gaji.

Walaupun list the employees' strengths
itu sudah cukup cover saya punya
kelemahan, tapi ianya langsung
tidak membuatkan saya gembira..

Iya saya seorang yang cepat 'panas'.
Nak buat macam mana..

Tuesday, January 17, 2012

Apa kata hati...

Dulu, walaupun hidup tidak semewah mana
tetapi tetap mesra.

Kini, walaupun hidup senang tetapi semakin
menjauh.

Saling menyakiti, saling mengata, saling mencaci..
Ah! Itulah manusia.

Aku caci, engkau maki…

Aku kata, engkau kutuk…

Aku benci, engkau lagi menyampah…

Mungkin masing-masing memendam rasa.
Atas nama apa atau untuk apa dipendam
perasaan itu walaupun,

Hati sakit!

Hati benci!

Mungkin sebab berbin atau berbintikan
orang yang sama..

Apa rasa aku? Apa komen aku?

No comment!' Ala-ala artis gitu..

Sunday, January 15, 2012

Budak baik...


Cucu lelaki emak saya yang paling 'baik'.Ada
saja kerjanya. Peramah juga. Senang dapat kawan.
Jenis tak takut orang.

Abang saya bercerita di Hospital hari tu. Dia
balik rumah waktu makan tengahhari dan anaknya
ini baru balik mengaji(baru 2 hari mengaji).

"Kak, kita kena mengaji pandai-pandai.
Kalau abah mati nanti, senang kita boleh
bacakan(mengaji) atas kubur dia."

Abang saya kata, masa tu dia menyuap
nasi macam terasa nak tercekik bila
mendengar anak dia berkata...

Saya gelak tak ingat.. Baru 5 tahun..
Gambar itu, dia melonjak atas katil
hospital...Saja je dia kembangkan
hidung dia..

Friday, January 13, 2012

Waktu bersara nanti...

Pernah tak anda semua berfikir, apa
yang mahu dibuat atau dilakukan apabila
sudah tua/ bersara/ berhenti kerja nanti?

Saya selalu berangan yang saya mahu membeli
sebidang tanah. Dekat dengan sawah, dekat dengan
sungai kecil yang airnya mengalir perlahan..

Atau pun dekat dengan laut dan mempunyai kawasan
yang sangat luas dan hanya saya saja yang memiliki
kawasan itu.

Wah! Bayangkan suasana yang begitu.... Seronok
kan?

Kalau duduk-duduk je , tentu bosan pulak. Impian
saya adalah mahu membela itik ataupun arnab.

Saya selalu membayangkan yang saya mengutip
telur itik yang memutih 1 reban, 1 kandang,1
padang...chewahhhh... macam nak bukak ladang
itik lah pulak...Insya-ALLAH.

Wednesday, January 11, 2012

Serik? Entahlah..

Masih ingat tak yang saya kata emak
saya jatuh?

Selepas emak saya jatuh, keadaannya semakin
teruk. Dia langsung tidak boleh bangun
dan berjalan.

Ambulan dipanggil dan dia di bawa ke
Hospital Melaka untuk di x ray.

Keputusannya, tulang pinggulnya patah
dan dia di tahan wad bermula pada
sabtu yang lepas.

Saya menjaganya sehinggalah dia keluar
dari wad semalam. Doktor hanya memberi
ubat untuk meredakan kesakitan dan
tidak dapat menjalankan operation
kerana faktor usia.

Ada banyak perkara yang bermain di fikiran
saya semasa saya bertunggu bertangga di Hospital
Melaka selama 4 hari...

Ada yang negative dan ada juga positifnya. Tetapi
dari apa yang saya lihat, alami, dengar dan rasa
sendiri ianya lebih banyak menjurus ke arah
negative.

Tidak payahlah saya nyatakan di sini tetapi
saya tetap mengucapkan terima kasih kepada nurse
yang bertugas.

Yang pastinya makanan yang dijual di kantin
Hospital Melaka masih murah dan berpatutan.

Saturday, January 07, 2012

Mendaki lagi.....

Ramai orang ke hulu ke hilir. Masing-
masing seolah-oleh penat sangat, tetapi
aku relaks je.

Dalam waktu itu, aku berpapasan dengan
seorang wanita cina yang rupanya seakan-
akan Florence tan (ala chef yang kat dalam
tv tu..)

"Oh..awak tak boleh naik...tak sesuai.
Badan awak gemuk.."

Aku hanya tergelak sambil menyumpah dalam
hati..ini nyonya, ada yang kena cepuk nanti.

"Saya doktor, saya tahulah.." Dia sudah
ketawa..

"Doktor, saya punya tinggi xxxcm, saya punya
berat xxkg..itu berat yang ideal ma...."
Panjang aku punya ma...

Dia tergelak dan buat muka macam sedang
berfikir..

"Betul, tapi awak macam tak cukup cergas."

Betul jugak kata dia, hati berkata.

*******

Masing-masing sudah siap, termasuk
aku. Ada beberapa orang lelaki dalam
team aku.

Cuaca pula tidak berapa baik. Hujan
pula tu.Baju sejuk dan baju hujan
sudah tersarung di badan.

Bacaan doa aku aminkan dan kami memulakan
perjalanan di awal pagi. Mungkin dalam
pukul 6.30 pagi.

Melepasi sebuah terowong pendek dengan
mengharungi air separas pinggang membuatkan
masing-masing teruja. Kenapa? Entahlah..

Selepas terowong, kami mula memanjat naik.
Tangga lagi...Teringgat tangga masa
memanjat Gunung Kinabalu.

Tetapi waktu ini, aku terasa begitu
laju dan cergas. Sekali melangkah,
terasa ringan, macam tak jejak
pulak.

ooooo..mungkin aku terlebih cergas.

Semakin lama, semakin tinggi. Berpapasan
pula dengan para pelancong dan pendaki
yang lain.

"Ini adalah Sungai Pahang. Ada 3 ye.
bapak sungai, emak sungai dan jugak
anak sungai.. Sebab air hujan melimpah
tu yang jadi macam ni..." Kata salah
seorang guide kami..

Aku berhenti seketika, kerana mahu melihat
dan merenung, sedangkan masing-masing
sudah semakin jauh....

"Eh, apa lagi...cepatlah teruskan.."
Teguran dari seseorang membuatkan aku
tersentak..Dalam senyum aku mengorak
langkah.

Oh, menurun pulak, apabila aku melihat
tapak-tapak kaki sudah lecah di badan
bukit. Berkelok-kelok, sedangkan
yang lain sudah meninggalkan aku..

Tak masaalah..Mungkin ini memang treknya.
Aku berkata di dalam hati.

Setelah menurun, aku ternampak sebuah
tapak atau lebih senang cakap seperti
sebuah kem.

Ada ramai orang, tetapi semuanya basah
lencun kerana hujan.

"Ini tapak perkhemahan untuk para
pendaki ke?" Dengan muka bodoh aku
bertanya kepada salah seorang 'adik'
yang ada kat situ.

"Betul la tu..."Sahut dia, sekadar menjeling
ke arah kawannya yang sedang terkinja-kinja
di sebuah bangsal, mungkin untuk melawan
rasa sejuk.

Kawan dia memandang aku jelik, tetapi aku
tetap tersenyum..

Baru mahu melangkah menuju ke khemah,

"Bu..bu...Nurul nak gi sekolah....."

haha....Saya bermimpi rupanya...

Friday, January 06, 2012

Dunia oh dunia...mood geram.

Lokasi : kedai makan

Sementara menunggu makanan sampai
saya pergi basuh tangan.

Mak ai, terang biji mata bila nampak
seorang 'adik' yang berbadan besar.

Bukan bentuk badan dia yang menarik
perhatian, sebab itu memang dah
terbentuk atau dijadikan sebegitu.

Peha yang terdedah dan hampir nampak
pangkal punggung yang menarik
perhatian saya. Pakai seluar pendek
rupanya.

Jadi bila dia dalam keadaan duduk, nampak
sangat seperti tidak berseluar.

'Orang kita' kerana saya mendengar percakapannya
yang berdegar-degar...Aduh! Tak nak pulak
nyamuk ke, lipas ke, atau kumbang
yang gigit dia punya peha...Biar
dia sedar sikit.

Kalau pun tidak mahu menutup kepala,
sekurang-kurangnya tidak payahlah
mahu mendedahkan bahagian yang lain.

Peringatan untuk diri sendiri dan
anak saya sekurang-kurangnya..

Entahlah...dunia, oh dunia..

Thursday, January 05, 2012

Terasa 'lelah'.

Hari yang penuh mencabar/ memenatkan/
memeningkan kepala/menggusarkan hati/
meneruskan kerja tanpa henti sehinggalah
waktu balik.

Penat, terlalu penat. Badan pulak seram
sejuk. Demam...

Wednesday, January 04, 2012

Bermula sesi persekolahan...

Hari ini dah mula sesi persekolahan untuk
tahun 2012. Masing-masing sibuk mengurus
dan menghantar anak ke sekolah.

Bermula juga waktu yang sibuk untuk anak-
anak kita. Saya kasihan dengan 'mereka'
Tiada waktu untuk rehat.

Selesai sekoah sesi pagi dalam pukul 1.30
petang. Balik untuk mandi dan makan.

Sesi petang (KAFA) bermula pada waktu 2.30
petang. Terkejar-kejar mereka mahu
memaksa diri bertindak selaju yang mungkin.

Kalau jenis yang 'cekap' mungkin tidak
bermasalah. Kalau jenis yang ' leweh', ini
yang bermasalah. Sabar sajalah ye.

Habis sekolah petang pukul 5.30 petang. Kalau
ada kelas tambahan, extra lagi 1 jam disekolah.

Maksudnya, sudah hampir Maghrib baru sampai
rumah. Mandi, makan, solat..Lepas tu sambung
pulak dengan mengaji...

Rasanya, sampai rumah dan mula buat kerja
sekolah dalam pukul 8.30 atau pun pukul
9 malam.

Letih, penat dan kadang-kadang terlena
bila mengadap buku sekolah.

Bila masa anak-anak kita berehat? Waktu
tidur.

Zaman saya dulu, habis waktu sekolah adalah
waktu main kejar-kejar. Main pondok-pondok.
Tengok tv, kiranya banyak jugak aktiviti...

Tapi aktiviti 'seronok', berbeda dengan
anak-anak sekarang ini.

Tuesday, January 03, 2012

Hari yang penat....

Hari pertama berkerja di tahun baru ni. Sudah
tentu berlambak-lambak kerjanya.

Dan pagi tadi juga mendapat panggilan dari
adik yang mengatakan 'emak' jatuh pagi semalam.

Sepanjang hari berkerja, hati risau.Balik
kerja singgah rumah sekejap dan terus ke
Melaka.

Puas hati dapat tengok depan mata...Alhamdullilah,
tidak teruk tetapi risau juga apabila kaki kanannya
memijak tidak dapat 'berasa' dan juga tak boleh
angkat.

Kalau nak jalan, kena perlahan-lahan. Pelik
juga sebab kaki kirinya yang sakit akibat
jatuh, ok pulak...

Mungkin urat agaknya.. Nak urut esok, kata
adik saya.

Baru sampai dari Melaka 15 minit yang lalu.
Cubaan yang pertama dalam tahun ni..Semoga
ianya dipermudahkan. Insya-ALLAH.

Monday, January 02, 2012

Baru sampai...

Baru sampai dari Selayang Baru. Ada acara 'kumpul waris'
sebab anak buah suami hendak bernikah pada awal bulan Feb.

Tahu tak apa itu kumpul waris? Rasanya mungkin ramai
yang tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu.

Bagi keluarga belah suami saya, memang akan di adakan
acara ini bila ada majlis perkahwinan yang mahu
dilansungkan.

Kumpul waris ialah semua ahli keluarga berkumpul
dan berbincang untuk segala pelancaran kenduri
yang mahu dilakukan nanti.

Masak sendiri atau katering, menu, tema dan bermacam-
macam lagi yang diperbincangkan. Dan akhir sekali adalah
bab sumbangan yang sedikit sebanyak dapat meringankan
tuan yang punya majlis.

Pada saya ianya bagus kerana dapat mengeratkan lagi
hubungan sesama keluarga.

Tempat atau keluarga anda ada buat macam ni tak?