Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, December 31, 2010

Pasar terakhir tahun 2010


Gambar dari google.

Hari ini hari terakhir tahun 2010. Awal pagi dah pergi pasar.
Orang masih belum ramai lagi.

Perjalanan memilih ayam dulu. Ditempat yang sama, sudah biasa
dengan penjual itu. Beres.

Kaki melangkah ke tempat ikan pula. Semasa dalam perjalanan
memilih ikan, kedengaran dialog di bawah;

"Eh, mana ikan saya yang awak siang tadi? Sudah
buang perutkah?" Agak nyaring juga suara seorang wanita.

"Mau buang perutkah?" Suara lelaki bertanya kembali(warga bangla).

"Habis tu, siang tak payah buang perut ke?"

Saya menyimpan senyum di dalam hati Perjalanan di teruskan.

"Tak boleh pilih. Kalau pilih 15 ringgit satu kilo. Kalau
tidak pilih 13 ringgit." Suara taukeh sebuah kedai ikan
menyinggah di telinga saya (Warga Myanmar).

"Ini bukan pilih. Ini ambik, kalau tak ambik macam mana
mau beli." Sahut seorang lelaki melayu yang membeli udang.
Saya nampak orang disebelahnya yang memilih.

Saya memandang dan berlalu pergi. Perjalanan diteruskan.

"Cuci bersih-bersih ahhh." Suara seorang warga tua berbangsa
cina mengarahkan seorang pekerja kedai membersihkan ikannya.

"Itu ekor kasi potong....potong elok-elok." Lagi sekali pekerja
kedai itu ditegur oleh orang yang sama.Saya rasa pekerja kedai
itu mesti bersyukur setelah lelaki cerewet itu beredar.

Saya meneruskan perjalanan lagi.

"Hello, kat sini boleh siang ikan tak?" Saya menoleh apabila
mendengarkan soalan itu. Empunya suara mungkin berusia 30an.

"Mak, kat sini." Dia memanggil emaknya stelah taukeh kedai
kata boleh. Agaknya kalau taukeh tu kata tak boleh, mesti dia
tak mahu beli ikan kat situ.

Perjalanan diteruskan.

"Yang, kat sini murah. Pilihlah." Seorang lelaki memanggil isterinya
untuk memilih sotong.

"Tak kuasa ehhhh." Jawab sang isteri.

Saya hanya memandang sekilas.Kenapa sang isteri tidak mahu
memilih, tak tahu pulak saya.

Perjalanan menuju ke tempat sayur pulak.

Memilih sayur, tetapi tidak banyak kerana kebanyakkan sayur
tidak boleh di simpan lama.Tiba-tiba teringat nak beli
kangkung untuk arnabku.

"Kangkung berapa sekilo?" Tanya saya di kedai pertama.

"2.50 satu kilo akak." taukeh kedai menjawab(orang kita).

Saya tak beli pun, perjalanan diteruskan. Singgah di kedai
lain pulak.

Tanya lagi berapa harga sekilo kangkung.

"2.80 satu kilo." Wargo myanmar pulak. Saya tak beli jugak.
Jalan lagi.

Sampai satu kedai, tanya lagi harga kangkung.

"3.00 satu kilo."

Aik, apa sudah jadi. Harga berubah-rubah. Makin jauh saya
berjalan dan bertanya, makin naik pulak harganya....Selalunya
saya beli harganya 1.70 je... Semua barang naik harga nie.

Singgah di tempat santan pula. Lain pulak dialognya.

"Lu bodoh, pergi sana tanya."Tinggi suara taukeh memarahi
pekerjanya. Saya sedikit terkejut.Berlarilah pekerja myanmar
itu menuju ke seorang pekerja wanita.

Lagi sekali dia dibodohkan. Didepan pelanggan pulak itu. Hati
saya belas melihatnya. Walaupun dia hanya pekerja, walaupun
dia bukan warga negara kita, dia juga manusia yang punya
hati, perasaan dan maruah seperti kita.

Dalam perjalanan menuju ke kereta, dialog lain pulak;

"Kat sini 4.50. nak beli ke tak ni?"Seorang suami memegang keropok
batang.

"Sana 4.00 ringgit je bang, tapi jauh kat sana.Jom lah
kita pergi." Sahut si isteri pulak.

Saya tersenyum sepanjang jalan semasa menuju ke kereta. Macam-macam
senario yang saya dengar dan lihat hari ini. Kenapa? Tak tahulah...

Saya rasa seronok pulak, sememangnya hidup ini indah.

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011.

No comments:

Post a Comment