Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, October 29, 2010

Berangan.



Ini buah berangan yang saya beli semasa dalam perjalanan balik dari kampung yang dijual di persimpangan Kuala Sungai Baru dan Tanjung Agas.

Harganya sekilo RM 26.00. Saya beli RM 10.00 pun dah banyak.


Masa saya sekolah rendah dulu, di sebelah kiri sekolah ada sepohon pokok berangan yang mungkin telah wujud sebelum saya lahir lagi. Poko itu tumbuh di tepi kubur.

Masa tu tak rasa takut pun. Bila pokok itu berbuah, buahnya akan jatuh apabila ditiup angin. Yang saya ingat ketika itu, kulit luarnya masih hijau dan berduri.

Berebut kami mengambilnya. Balik kopek kulitnya dan terserlah kulit keras seperti yang berada di dalam gambar tu.

Goreng pulak dengan pasir. Agak-agak sudah masak, kopek dan makan. Rasanya sedap dan lemak.

Buah berangan saya beli ini, terasa sedikit manis. Namanya pun Berangan Madu.

"Abah kalau kita makan buah ni, kita akan berangan eh?" Pertanyaan dari anak saya.

" Nama je lah...."

Thursday, October 28, 2010

Dulu-dulu punya

Kadang-kadang, bila kita terpandangkan sesuatu benda itu, kita akan teringat
sesuatu. Ini kerana kita merasa 'duduk' di dalam zaman itu.

Dapur minyak tanah.



Emak saya pernah menggunakan dapur ini. Saya juga. Guna minyak tanah atau dulunya saya panggil minyak'gas'. Diisi dalam botol kaca dan di telungkupkan ke tempatnya. Saya suka tengok minyak itu turun. Gulp! gulp! bunyinya. Kadang-kadang sumbunya tersumbat. Apa lagi jelagalah dapur. Keliling periuk jadi hitam sebab jelaga dan silap-silap masakkan juga berbau minyak tanah. Entah ada lagi ke tidak dapur ni.

Permainan senapang.



Di kampung saya dulu, permainannya bermusim. Kalau main getah, semua budak akan main.Begitu juga dengan guli, galah panjang, senapang, lastik, layang-layang dan macam-macam lagi.

Peluru untuk senapang ni, selalunya terung kecil tu. Kalau saya dipanggil terung pipit. Kat kampung kan berlambak. Sekarang ni, kalau nak makan dah kena beli ye tak.Sakit kalau kena tembak tu. Perit rasanya. Budak zaman sekarang mungkin tak kenal dengan benda ni.

Permainan tikam-tikam.



Bukan dengan pisau tau, tapi dengan yang ini. Sekali tikam 10 sen. Cabut satu dan bukak. Tengok gambar apa yang keluar. Di setiap gambar tu, tertera lah nilai duit. Paling tinggi pun 1 seringit. Dan saya selalunya tak kena...Rugi duit je.


Buku sejarah.



Dulu-dulu punya buku sejarah darjah lima. Tak besar sangatkan.



Pernah tengok kawan-kawan pakai beg ini. Butangnya perlu diputar untuk membukanya.

Wednesday, October 27, 2010

TV LCD

Raya ni ada yang tukar TV LCD tak? Yalah setakat TV skrin leper ni pun harganya dah murah tak macam mula-mula keluar dulu tetapi bergantung kepada ketajaman gambar dpi. Tapi jangan nak kerek dengan TV skrin leper tu...



Sebab di Russia, tv flat cuma untuk kandang lembu jer . Skrinnya bergambar padang rumput supaya lembu-lembu tu berasa seperti di tempat luas yg penuh dengan rumput, dan katanya agar lembu tidak mudah stress! Bila tak stress badan pun cepat gemuk, bila cepat gemuk cepatlah kena sembelih.










Macam-macam ada...

Tuesday, October 26, 2010

Macam biasa...

Seperti biasa masa balik, singgah Taska dan ambik segala harta benda anak. Semasa
dalam kereta, keluarlah pertanyaan wajib.

"Ibu masak apa hari nie?"

"Tak tahu lagi."

" Nurul ingat tak nak makanlah. Kita diet sama-sama nak ibu." Saya jarang makan malam. Tapi memasak itu wajib.

" Ok lah tu. Tak payah ibu masak."

" Alah..nak makan sikit.." Dah tahu reaksinya macam mana. Dalam hati berkata, tadi kata nak diet.

Setelah berkungfu dan berkungtau, terhasillah hidangan lengkap ini.



" Ibu, tak jadilah diet..sedap pulak." Bertambah nasinya.

Saya hanya tergelak. Itulah dia orang yang biasa makan dan sentiasa mahu makan. Saya bersyukur kerana dia mahu makan dan tidak seperti anak orang lain yang makan pun nak kena paksa.

Akan tetapi saya risau akan berat badannya yang semakin bertambah kini. Puasa pun sama saja beratnya. Dan hari ini kakak cleaner yang berkerja di syarikat kami tidak hadir. Mengikut kata penggantinya, anak kakak tu masuk Hospital sebab kencing manis. Yang membuatkan saya seriau adalah anaknya baru berumur 11 tahun dan saiz badannya juga besar.

Monday, October 25, 2010

Kelahiran yang pertama




DOB : 18 October

Anak Manggis yang lahir ada 5 ekor. Tiga ekor mati dan salah satunya berwarna hitam
seperti Manggis juga.

Semasa saya balik, 4 ekor sudah tergolek di dalam kandang. 2 ekor sudah keras kaku.
Kalau ikut keadaan badannya itu, ianya sudah mati semasa dalam perut lagi.

Seperti biasa, saya ambil Manggis untuk menyusukan anaknya yang 2 ekor itu. Setelah itu saya masukkan kembali ke dalam kandang dan mengambil Jasmine pula.

Semasa memegang Jasmine, mata saya memandang kandang Manggis. Saya melihat Manggis tengah mengunyah sesuatu. Rupa-rupanya Manggis sedang membersihkan seekor lagi anak yang baru dilahirkan. Maksudnya semasa saya memegang Manggis untuk susukan anak dia, dia mahu beranak lagi.

Terus saya mengalihkan anaknya yang diselaputi darah itu dengan tangan saya. Kesian Manggis. Ibu muda yang belum berpengalaman. 3 ekor anaknya mati dalam perut. Mungkin sebab perutnya tidak dapat menampung 5 ekor sekali.. MUNGKIN!

Friday, October 22, 2010

Lawak.

Berdasarkan kajian oleh CEUPACS, had umur persaraan bagi negara jiran lebih tinggi iaitu Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun. Sememangnya ada pelbagai pro dan kontra dalam membuat keputusan terhadap isu ini.
Kalau jadilah gesaan CEUPACS tu macam ni kut jadi keadaannya ye!...

Thursday, October 21, 2010

Jasmin dan anak




DOB : 16 October

Balik dari Hospital, tergolek 5 ekor anaknya dalam kandang. Awal pagi tu dah
tahu Jasmine nak beranak sebab bulunya dah bersepah dalam kandang.

Tak bolehlah nak tunggu, sebab nak pergi Hospital.

Tuesday, October 19, 2010

Apa ni?









Ini adalah bunga kunyit. belum kembang sepenuhnya pun... letih nak menunggunya. Kunyit yang tak berjaga. Bila dijaga dan dijirus, tak mahu tumbuh. Bila buat tak tahu,elok pulak tumbuhnya. Bila dah gemuk, keluar pulak bunga. Boleh dimakan rasanya...

Monday, October 18, 2010

Kita hanya merancang...


15 October - Jumaat

Saya mendapat panggilan dari suami yang mengatakan anak sakit (anak saya memang hafal no tel suami). Terus saya telefon Taska, tempat dia transit sementara menunggu hendak ke sekolah petang.

"Ibu, Nurul sakit perut."

"Sakit macam mana?"

"Macam pergi Hospital."

Seriau rasanya bila dia mengatakan sakit macam pergi Hospital. Itu menandakan yang dia sakit teruk. Nanti saya ceritakan kemudian.

Terus saya meminta kebenaran balik. waktu itu pukul 12.15 tengahari. Memandu secepat mungkin dan terus bawa dia ke Klinik. Keadaannya waktu itu teruk. Rupanya semasa dia di sekolah, dia sudah muntah-muntah dan cirit birit yang teruk. Doktor yang bertugas mengatakan dia baru mahu kena 'gastrik'.

Makan ubat yang diberi tidak mendatang apa-apa kesan kepadanya. Saya telefon balik klinik itu dan memberitahu keadaan dia. Saya meminta kebenaran untuk memberinya ubat
gastrik yang berada di dalam simpanan. Semasa itu anak saya berada di dalam keadaan sakit dan perutnya kembung. Sakit hendak berak tetapi tidak boleh berak dan kentut.

" Dalam masa 1 jam, kalau tak ok terus bawak pergi Hospital." Itu kata Doktor.

Alhamdullilah, anak saya terus tidur. Sesekali dia mengerang.

16 October - Sabtu

Perutnya masih sakit. Tidak berubah walaupun sedikit. Cirit birit masih berlaku tetapi tidak muntah. Saya bagi makan lagi ubat, dan tunggu selama 4 jam.

Sakit dan cirit birit masih berterusan. Terus kami bawa dia pergi Hospital Serdang. Menunggu selama 2 jam sebelum dapat berjumpa doktor. Tak tahulah nak cakap macam mana..Letih, penat, bosan dan macam-macam perasaan lagi. Anak pun mula merengek..

Doktor kata dia kena keracunan makanan. Tukar kepada ubat lain dan dia berehat. Sehingga ke malam, sakit tidak hilang. Tidur juga tidak lena. Saya bertambah susah hati.

17 October - Ahad

Tidak kemana-mana. Rancangan mahu ke Batu pahat, batal (anak buah nikah). Risau
dengan keadaan anak....

Alhamdullilah, menjelang petang dia sihat...Lega rasanya.


##Pada saya, biar saya sakit, tetapi jangan anak sakit. Kalau anak sakit, kita juga akan sakit. Dengan susah hatinya, dengan tak cukup tidurnya... Macam itulah emak kita rasa, masa kita sakit dulu agaknya...

Tuesday, October 12, 2010

Anak telinga jatuh.




Ini Ku Pian dan 5 ekor anaknya. Dari baka baru yang telinga jatuh( tak tahu pulak
apa nama glamournya). Saya namakan ianya Bulan, menggantikan Akid yang telah mati.

Beranak semasa 5 syawal ( 14 September )

Masa : Malam, dalam pukul 9-10 malam.

Semasa balik dari kerja, kandang penuh dengan bulu. Jadi saya dan suami sentiasa
menjenguk kandang. Semasa saya mengalihkan anak arnab itu, badannya masih
berdarah dan melekat dengan bulu...

Seronok sungguh!

Hati terpaut




Hati saya terpaut apabila memandang baju ini. Mula-mula tengok dah berkenan. Tahan, tak nak beli. Sapa pulak yang nak pakai nanti? Anak pun dah besar.

Kemudiannya pergilah ke taman permainan sementara menunggu Encik hubby pergi beli surat khabar. Hati tetap teringat-ingat, mentelah lagi anak saya juga memujuk
suruh membeli.

Penyudahnya terus ambik dan bayar. Sampai dalam kereta, dengan terujanya
anak tunjuk baju kat abah.

"Abah, cantik tak?"

" Mana muat." Jerit si bapak.

Ketawa mengekek kami tiga beranak dalam kereta. Anak saya berkali-kali kata, cantik
lah ibu....

# Memanglah cantik. Kalau tak ibu tak beli...

Monday, October 11, 2010

Chinta





Dah lama rasanya tak bercerita tentang arnab sayakan. Ini adalah Chinta dan 4 ekor
anaknya.

Beranak sehari sebelum raya. Dah siap masuk beg dalam bonet, jenguk kandang sekejap.
Sudah tergolek 4 ekor anaknya. Ada yang telah tersepit di kandang juga.

Penyudahnya bawak balik kampung. Ialah orang sibuk makan rendand dan ketupat,
takkan nak di biarkan Chinta yang baru beranak itu di rumah pulak.

Salah seekor rupanya saling tak tumpah seperti Manggis kan...Dah adik dia.

Tak boleh jual!




Saya suka satay. Ini adalah satay yang saya buat sendiri. Resepinya saya dapat
dari kakak yang pernah menolong orang membuat satay.

Yang saya perasan tentang satay saya ini ialah dagingnya lembut tidak
seperti yang dijual. Bila saya tanya sedap tak kepada suami, dia kata" sedap, tapi
tak boleh di jual." Entah apalah maksudnya tu..

Friday, October 08, 2010

Budak mabuk



Nama dia Zazawati Adawiyah. Umur sebaya dengan anak saya, 10 tahun. Orangnya
cerdik dan petah berkata-kata. Aktif di sekolah. Menyanyi, bercerita, dan
berbagai lagi, semua boleh.

Semasa dia balik mengikut saya semasa beraya hari itu, saya kesian dengannya.
Kenapa? Baru naik kereta 5 minit, matanya sudah terpejam. Pening. Dan dia akan
baring sepanjang perjalanan.

Anak saya bengang sebab dia tidak dapat baring di tempat duduk belakang
kerana di monopoli si gadis kecil ini.

Ingatkan sebab saya berjalan jauh agaknya. Mana taknya, dari Rawang turun ke Selayang.Dari Selayang, turun pula ke Senawang. Dan dari Senawang beraya pula
ke Semenyih. Akhir sekali ke Kajang. Pukul 12.30 malam baru sampai ke rumah
saya di Sepang.

Bila tanya kepada emaknya, dia memang macam tu. Pergi sekolah yang tak sampai
10 minit dari rumah pun boleh mabuk. Pelik juga. Hari-hari macam tu.

# Saya dulu pun mabuk bila naik kereta, tapi tak pulak teruk macam tu. Iyalah
dulu nak dapat naik kereta pun susah.

Teringat pada seseorang




Kuih batang buruk. Kenapa saya masukkan ia sebagai entry kali ini?
Kerana kuih ini mengingatkan kepada seseorang. Dua tahun lepas seorang wanita
tua ini telah datang beraya kerumah saya.

Dia meminta kuih ini untuk di bawa balik ke rumah, kerana susah nak
jumpa katanya. Saya telah memberikan sebungkus. Wanita itu adalah Arwah
Mak Long saya.

# Fikiran saya mesti teringatkan arwah apabila memandang kuih ini. Entah kenapa
terasa begitu dekat sekali.

Thursday, October 07, 2010

Saga dan Sara




Saya kurang gemar dengan kucing, walaupun di rumah saya ada kucing yang
telah mendatang dan bertunggu-bertangga di rumah saya sehingga kini.

Saya cuma bagi makan dan tak kasi masuk rumah. Sudah banyak kali juga beranak
dan ada yang saya letakkan anaknya di Pasar basah.

Dalam bulan puasa hari itu, dia beranak pulak 2 ekor. Saya namakan Saga (hitam)
seekor lagi Sara (putih). Seronok pula rasanya bila ada anak kucing nie..comel sangat.

Anak dan suami juga suka. Saya dah 3 kali menggantikan tali loceng di leher Saga
tetapi asyik putus digigitnya.

Geram betul!

9 jam





Di sinilah saya menghabiskan masa selama 9 jam sehari dari
Isnin hingga Jumaat.

Wednesday, October 06, 2010

Kitar semula



Apa ni? Ini adalah nasi himpit goreng. Goreng sama seperti kita goreng mee, bihun atau pun nasi goreng. Tapi dalam masakan saya ini tak ada sayur la..

Dari pada nasi ini beku di dalam peti sejuk, lebih baik di potong-potong
dan di goreng. Cubalah. Saya pun dapat resepi ini bila baca di blog kak NB.

Sedap tau...

Tuesday, October 05, 2010

Beli tanah



(yang pakai tudung oren kakak no 2, yang disebelahnya itu kakak no 1)

Dua minggu selepas raya, kakak saya yang dua orang tu datang ke rumah
dengan membawa keluarga masing-masing. Kakak yang pertama, baru menambah bahagian
dapur di rumahnya. Kira dapur raya lah ni. Tanah suaminya besar. Kiranya boleh tambah 4
buah rumah lagi di bahagian tepi rumah.

Saya dengan berseloroh pun berkata " Orang pun nak beli tanah." Rupa-rupanya kakak dan
anak saudara saya betul-betul ingat saya nak beli tanah.

Semalam saya menelefon adik saya, dia bertanya saya tentang tanah itu. Betulkah saya nak
beli tanah? Dekat mana? Dia bertanya saya di dalam gelak.Dia mendapat berita itu dari
abang saya yang mengatakan saya telah menjadi Arwah Sosilawati. Telah menjadi kaya
dan mampu membeli tanah. Berita itu telah tersebar luas rupanya.

Ha..ha.. Kelakar sungguh saya rasa masa tu. " Betul. Dah beli dah. 2 kampit, untuk tanam
bunga." Adik saya punya gelak, tak ingat. Rupa-rupanya gurauan saya itu, dianggap serius.

Memang dalam hati, teringin ada tanah sendiri. Boleh buat rumah, tak nak besar-besar.
Cukup untuk saya suami isteri dan anak. Kalau boleh rumah papan, macam orang dulu-dulu.
Dan saya nak buat loteng bawah tanah juga.Macam dalam cerita orang putih tu..
Keliling rumah ternak arnab banyak-banyak. Tanam pokok buah banyak-banyak.Bangun pagi
boleh hidu udara segar dari keliling pokok.

Entah tercapai entahkan tidak. Sebabnya encik abang saya tak mahu duduk kampung. Mati
kutu katanya. Tak biasa sunyi-sunyi nie..

Jamuan raya di office






Tarikh : 30 September
Masa : Tengahari
Menu : Nasi Beriani (masak kat office, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging,
kuah lontong dan kari ayam. Pencuci mulutnya adalah buah tembikai, buah naga,
kerepek dan sedikit kuih raya.

## Semua makanan dibawa oleh kaum wanita...Yang lelaki cuma bawak perut je..