17 Dec 2010 kami bertiga bergerak menuju ke Pantai Timur. Bergerak dari
rumah awal pagi. Pukul 5.10 am, jalan pun masih lenggang. Layan
gambar kat bawah nie..
Budak boring. Mana taknya, 6 jam perjalanan pun tak sampai-sampai.
Penyudahnya dia berselubung dalam kereta. "Bila nak sampai? Pukul
berapa kita sampai?" Soalan yang berulang kali ditanya.
Sampai di area Cherating pada pukul 10 pagi, kami meneruskan lagi
perjalan menuju ke Kuala Terengganu. Hujan renyai menyambut
kedatangan kami. Ini membuatkan perjalanan kami semakin
perlahan.
Sungguh indah ciptaan ALLAH. Lokasinya di sekitar R Abang.(maafkan saya
jika ianya tidak benar). Gambar yang diambil di dalam hujan renyai.
Rombongan motor yang hampir melanggar kereta kami. Polis trafik suruh
kami berhenti di tepi, tapi diorang nie laju semacam je..Entah kemanalah
agaknya destinasi mereka di dalam hujan-hujan begini.
Akhirnya kami sampai di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu dalm pukul
1.45 petang. Kebanyakkan kedai tutup sebab hai Jumaat.Kami singgah
di sebuah kedai makan. Menu tengahari kami adalan nasi ayam
dan nasi dagang. Selepas itu bergerak mencari bilik untuk berehat.
Inilah bilik penginapan kami di Hotel Sri Tanjung. Ok jugalah. Tak besar
sangat. Sesuailah dengan harganya. Tapi bilik airnya terlalu kecil
dan sempit bagi saya.
Selepas berehat sebentar, kami keluar. Rupa-rupanya tempat penginapan
kami itu memang terletak ditengah bandar.Lima minit perjalan menuju ke
Pasar Payang yang sememangnya saya idamkan untuk sampai. Alhamdullilah.
Juga kebanyakan kedainya tutup.
Adalah juga barang dan cenderahati yang dibeli sebagai kenang
kenangan, tanda sampai ke Kuala Terengganu. Antaranya adalah
ini.
v
v
v
v
v
v
v
v
Penyu bertenggek atas tilam? Tak pernah tengok kan? Ini lah dia
CICI.(Nama yang tak glemer langsung)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment