Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, December 13, 2010

Tidak kesampaian

Pagi hari masa cuti maal hijrah, kami dan adik beradik suami
menuju ke Kuala Kelawang dengan satu tujuan. Tetapi tidak
kesampaian.

Penyudahnya, hanya berehat di rumah saudara abang ipar sahaja.
Dia ada bela ikan tilapia. Kolamnya ada 2 lagi.

Kiranya menu tengahari tu ikan tilapia masak lemak cili api,
panggang dan juga masak asam tempoyak.



Tuan rumahnya yang tak pakai baju tu. Menjala ikan sampai berpeluh-
peluh. Tak payah nak pergi sauna lagi.



Besar juga kolam ikannya. Bila tabur makanan je, berebut-rebut
ikan tu makan. Geram betul.



Acara memungut ikan.



Masukkan dalam guni. Tak adalah ikan tu melompat balik
dalam kolam.



Anak ikan yang diasingkan semasa terperangkap dalam jala. Akan
dilepaskan balik.

No comments:

Post a Comment