Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Wednesday, August 31, 2011

Petang 'menembak'


Wow! Sudah masuk hari ke 2 kita
beraya. Sekejap je masa berlalu.

Pada saya, mungkin sebab dah tua
jadi biasa-biasa saja. Tapi yang
paling saya suka adalah masa
petang 'memantai', bak kata
orang negeri sembilan.

Kalau kat melaka, Mak Lang saya
selalu kata petang 'menembak'. Apa
yang hendak ditembak saya pun tak
tahu.

Saya mula sibuk seawal pagi isnin
lagi. Lepas sahur, terus ke Pasar
Borong Hang Tuah, kalau tak silap
saya itulah namanya.

Sampai kat situ orang bukan main
ramai lagi. Saya ingat saya adalah
orang yang terawal, rupanya silap
sudah.

Dibahagian luar pasar borong, banyak
orang yang menjual barang keperluan
raya seperti tudung dan juga yang
lain-lain.

Sarung ketupat juga banyak dijual.
Ada yang kata mahal. Tapi tidak pula
saya pasti.


Sampai rumah emak, sambung pula dengan
tugas yang lain.. Rencah semua disediakan
awal pagi termasuklah mengecilkan ayam.

Baru saya perasan, hati dan pedal ayam
tidak diberi oleh si penjual ayam. Saya
pun tidak kisah, tetapi saya beli
mengikut ekor. Jadi si penjual sudah
semestinya memberi semua bahagian.

Jika sipenjual mengambil semua hati
dan pedal ayam dan kembali menjualnya,
ini sudah dikira menipu...Geram betul
saya. Ibarat kita beli kelapa muda
sebiji, tetapi airnya diambil oleh
sipenjual.. Tidak betul bukan?

Ok, itu dah dikira lepas. Bila saya
nak masak rendang pulak, santan yang
dibeli pula masam. Sedangkan santan
itu saya beli dan terus masukkan ke
dalam peti sejuk setiba di rumah.

Adoi..angin satu badan. Bukan sedikit,
4 kilo masam begitu saja. Dahlah harganya
1 kilo 7 ringgit... Saya tidaklah berkira
sangat tentang harga, kerana memang
fahamlah dengan situasi semasa.

Tapi janganlah nak menipu pelanggan. Entah
bila punya santan, saya pun tak pasti. Haram
tau , makan duit yang tak betul...

Haru jadinya bila kena cari santan di petang
memantai. Alhamdullilah, bila rendang dapat
disiapkan...


Rendang daging hitam & rendang kupang.

Ini lagi satu bab yang paling saya
suka. Bab pengistiharan bermulanya
raya atau puasa.

Bila bab ni, saya rasa seperti saya
kembali ke zaman kanak-kanak...Tak
tahulah kenapa..

'Penyimpan mohor-mohor besar dengan
ini mengistiharkan...bla..bla'

Memang best sesangat-sangat. Jadi saya
akan tunggu di depan tv untuk mendengar
kata-kata keramat ini..

Begitulah kisah saya pada hari isnin yang
lalu.

Sunday, August 28, 2011

28 Ramadhan - Hari last sebelum.....


Gambar yg tak de kena mengena..

Masanya telah tiba. Nak pergi mana?
ak balik kampung la, kan dah
nak raya ni.. hehe

"King, aku nak balik kampung, kau
tolong jaga rumah ye... " Itu
pesanan saya pada King, tapi saya
termalu sendiri.

Sebabnya King adalah miow dan bukannya
'gong..gong..'. Tersilap pesan pulak..

Oleh kerana 'mr L' ini akan ditinggalkan
selama beberapa hari, jadi saya ingin
mengambil kesempatan..

Kesempatan mengucapkan :-

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN.




Saturday, August 27, 2011

27 Ramadhan- 'Ops bersih...'


Hari ini saya membuat 'ops bersih' di
dalam rumah.Malam tadi saya telah sebut
senarai apa yang perlu saya buat dan
anak dara saya jadi tukang tulis..

Adalah dalam 7 perkara yang tersenarai
dan Alhamdullah hanya 1 saja yang
saya tak dapat nak buat.

Iaitu tak dapat nak cat pagar. Tadi
gi kedai 'hardware' tutup pulak
kedai apek tu.. Macam dia pulak nak
raya.

Layan gambar kat bawah nie.

Tukang panjat dan sapu sawang.

Tukang mengelap habuk. Dah letih..



Home sweet home!! Macam mana cantik pun
rumah orang dan macam mana buruk pun
rumah kita, sudah tentu kita lebih selesa
di rumah kita.

Betul kan? Jangan malam nanti tangan
kanan saya berdenyut sudah..




Friday, August 26, 2011

26 Ramadhan - Akhir bulan punya kerja


26 haribulan yang memenatkan. Hari ini
adalah 'month end closing' ditambah
pula dengan hari terakhir sebelum
bercuti 1 minggu.

Selalunya takde lah awal sangat
'closing accountnya'. Oleh sebab
semua nak cuti raya, jadi sendiri
mau ingatlah.

Jadi semua benda nak kena settle. Banyak
pula custemor yang nak hantar
barang. Nak tak nak kena booking
juga.

Account yang tak tele pun nak kena
jenguk jugak. E-mail lagi nak kena
layan. Kiranya memang wow la kerja
hari ni.

Samapi taska dan ambik anak dara saya,
jam sudah tegak pukul 7 malam. Banyak
kedai makan yang tutup.

Alamatnya kedai mamaklah jadi tumpuan.
Nasi goreng ayam dan teh tarik menjadi
pilihan.


Muka penat anak dara saya. Mana tak
penatnya kena jalan kaki pergi pasar
ramadhan dengan pengasuhnya.

Takut saya balik lambat, tu yang dia
pergi beli makanan dulu. Nasi ayam dan
air oren menjadi pilihan.



Saya ingat anak dara saya je yang letih
menunggu. Rupanya mak kucing dan anak
bujang kucing juga sudah menunggu
di rumah.

Salah satunya adalah King. Penat je
nampaknya si King nie...Macam puasa
pulak kau ye King...





Tuesday, August 23, 2011

23 Ramadhan - Aku rindu kamu.


Hari ini, bila saya godek-godek
pendrive, jumpa pulak gambar si
Sarah ni..

Terus terbit rasa rindu.. Bila ntah
nak baliknya..


Entah-entah dah beranak pinak agaknya..

Monday, August 22, 2011

Cantik punya pasal.


Oleh kerana ianya cantik, sebab itu
saya tempekkan kat sini.

Biskut raya yang diberi oleh boss
saya kepada setiap stafnya.

Harga sebiji 50 sen. Ada bentuk manggis,
jagung dan juga strawberi. Saya tak
rasa pun, tapi anak dara saya kata
sedap.

Iyalah agaknya.. Dah bukak pun,
tak sempat tunggu raya pun.

22 Ramadhan- Mari kita cuba! Sharing email..


Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.




Jom sama2 kita belajar...



Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?



Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182



Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan.



Sunday, August 21, 2011

21 Ramadhan - terlepas sudah...


Semalam kami sekeluarga berbuka puasa
kat luar. Tak jauh pun..

Semasa dalam perjalanan balik, saya
tanya ahli keluarga. Nanti sahur
nak makan apa?

Sorang mintak sambal ikan, sorang lagi
mintak sambal telur hancur..Kira oklah.
Senang je..Kalau bangun kul 4 pagi, sempat
lagi..

Sebelum tidur, telan panadol dulu
sebab kepala berdenyut. Tapi sempat
layan cerita korea sampai pukul
2 setengah pagi..Lepas tu zzzzz..

Rasa macam lama sangat tidur, bila
terjaga.Ambik kau! Tengok-tengok,
jam sudah menunjukkan ke pukul 5.50
pagi..

Saya dah kunci alarm kat handphone
tapi saya tutup bila dia berbunyi.
Konon nak tidur lagi 5 minit je..

Masing-masing bangun bila saya sudah
menjerit! Boleh senyum lagi..kira
ok la..Sambung balik tidur.

Terlepas sudah sahurnya.. Ekor ikan
tak ada, kulit telur pun tak ada..hehe..

Alhamdullilah, anak dara saya masih bertahan
sekarang nie...

Kesimpulannya:-

Jangan tidur lambat waktu bulan
puasa nie..

Jangan tutup jam yang telah berbunyi
bila tiba waktu yang sepatutnya kita
bangun..



Friday, August 19, 2011

19 Ramadhan - Bunga api.


Sejak bulan puasa mula, bila selak surat
khabar mesti ada cerita jari putus atau
hancur terkena mercun.

Iyalah, dah malang nak kena. Nak buat
cammana lagi.Pergi je lah Hospital.

Masa zaman saya kecik-kecik dulu, cuma
main bunga api yang banyak asap tu,
sampai nyamuk pun kelemasan dalam
asap.

Lepas tu bunga api besi. Yang didepannya
ada gambar harimau/kucing hitam (thunder cat)
kalau tak silap. Sesekali mengelinting
juga tangan apabila terpegang besi panas
tu.

Kalau dah malas sangat nak pegang,
bengkok kan hujung besi tu dan sangkut
kat pokok bunga kertas.. Dan emak saya
akan kata'habislah pokok bunga aku..'.hehe..

Ada juga mercun 'chuptam'..Itu yang saya
panggillah. Batang lidinya warna merah.
Orang lain panggil apa, saya tidak pasti.

Nak main dia, kena masukkan lidinya dalam
botol oren dan bakar. Suppppp.....dia terbang
dan meletup..tammmmmm....

Ada lagi yang lebih berani, beli pulak
bunga api 'das'. Pegang batangnya, bakar sumbu
dan halakan ke atas...bebunyilah dia 'dassss'
sambil mengeluarkan berbgai warna.

Masa pegang tu, ada sedikit takut... Takut
meletup kat tangan.. Mau kudung ooooo..
Tapi tak pulak...

Dan nak meriah lagi, pergi main meriam
kat hujung kampung. Berdentum bunyinya. Tapi
seronok..

Saya dengar je lah. Tak pernah pun tengok
macammana orang main meriam buluh tu...

Saya tak boleh lupa satu perkara bila
bab main bunga api/ mercun nie.. Memang setiap
kali nak raya, saya akan teringat..

Anak saudara saya main bunga api lalat. Dah
namanya pun lalat, sudah tentu dia akan tebang.

Seingat saya, warna mercun tu kuning berbelang
hitam. Bakar sumbunya dan baling ke atas. Yang
anak saudara saya pun balinglah..

Bunga api tu terkena siling dan jatuh kembali.
Kat mana jatuhnya? Kat belakang telinga anak
saudara saya tu. Apalagi, menjerit sudah.

Jadi bengkak dan menanah, belakang telinga
dia, nasib baik ada telinga lagi. Itulah
penangan bunga api/mercun nie..

Jadi berhati-hatilah bila main mercun/
bunga api nie. Seronok sekejap, lama
mengidap..

Anak dara saya baru hari ni, bapak dia
belikan bunga api. Sebelum nie hanya
dapat main mercun 'pop' je..

Tapi satu yang saya muskil, kenapa kaum
cina main bunga api/mercun mereka tidak
tercedera...

Tuesday, August 16, 2011

16 Ramadhan - Apam gula hangus


Hari ke 16, kita berpuasa hari ni. Sekejap
je rasa masa berlalu.

Hari ini saya nak kongsi resepi 'Apam gula
hangus'.

Bahan-bahan untuk 1 adunan.

* 1 cawan gula - dihanguskan
* 1 cawan air - campurkan ke gula yg telah hangus itu.
* 2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1/2 cawan minyak masak
* 2 biji telur
* 1 sudu teh serbuk penaik

cara-caranya;

Masukkan semua bahan tadi ke dalam mesin
pengisar dan biarkan ianya sebati.

Acuan pula hendaklah di griskan dengan minyak
masak supaya ianya tak melekat. Kukuslah
sehingga masak.


Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan - Kad raya..

Rasa-rasanyakan siapa orang yang paling
sibuk selain dari tukang jahit dan tukang
buat kuih?

Jawapannya adalah posmen. Tapi sekarang
ni, ada ke lagi orang hantar kad raya? Mungkin
ada tapi ciput je.. Sebab apa?

Sebab orang sekarang ni, hantar ucapan pakai
sms je… Mudah, cepat dan murah.
Tapi tak hairan la, sebab ada juga yang bercerai
guna sms je.. Sungguh kekurangan..

Tapi tak rasa seronok pun. Dulu-dulu saya
paling tunggu kad raya. Walaupun Cuma kawan-
kawan yang hantar, tapi seronok.

Keluarlah pantun 2 kerat ni..

"Pecah kaca, pecah gelas.
Sudah baca, harap balas"

Tak malukan, paksa-paksa orang balas
kad raya kita..hahaha..
Atau pun,

"Pen merah, pen biru.
u marah, I lap u"..

Ini pantun untuk orang berpasangan..

Lepas tu kad raya tu gantunglah kat pokok
bunga ataupun dinding.. La ni dah tak adalah..

Masa zaman cintan-cintun dulu, ada juga
terima kad raya. Besar A4 saiz lagi…Indah
sungguh!

Thursday, August 11, 2011

11 Ramadhan - Mengelesat!


Mengelesat? Kalau ikut apa yang saya
paham, maknanya tak tentu arah.

Masa saya kecik-kecik dulu, kalau
dah nak masuk pertengahan puasa
macam ni, akan keluarlah soalan cepu
tak berapa nak emas.

"Bila mak nak buat kuih?"

" Mak cik bedah tu dah jemur tepung dah." Mulalah
mengira orang tu dah jemur tepung, dah jemur gula.

Ha.. Orang dulu-dulu sebelum buat kuih
dia jemur tepung dulu.. Lepas tu baru ayak.

Sekarang nie, tak tahu lah pulak macam mana
caranya. Tak nampak pulak menjemur benda makanan
selain daripada baju dan seangkatan dengannya...

Selalunya emak saya akan jawab"lambat lagi.."
Saya dan adik akan tarik muka masam, sebab
tak sabar. Mulalah mengelesat.

Bila dah mula buat kuih, sibuk pulak mengira
berapa jenis. Bukan apa, senang nak banding
dengan rakan sebaya sebelah rumah..

Selalunya sayalah yang tewas, sebab emak lambat
mula. Kuih pun style dolu-dolu punya sedangkan
dia punya kuih macam-macam ada..Sabor je le.

Bila dah besar, tugas saya dan adik pulak buat
kuih.Tapi saya Cuma akan buat kuih yang goreng-
goreng. Saya tak suka benda yang nak kena terap
bebagai ni.. Leceh…

Tapi saya suka bau esen vanila dan bau kuih
yang di bakar. Tapi saya kurang suka makan
biskut raya.. Sebab tu malas nak buat.hahaha..

Adik sayalah yang menerap. Lambat habis ooo.
Puas menunggu dari pagi sampai petang. Tak sanggup
saya.

La ni, masing-masing dah kahwin. Saya jarang-jarang
buat kuih. Adalah 1& 2 yang buat, itupun kalau RAJIN.
Kalau tak beli je la.

Tuesday, August 09, 2011

9 Ramadhan - Hauslah....


Alhamdulillah, dah masuk hari ke 9 kita puasa
hari ni. Saya pulak terasa begitu lega kerana
masa berbuka dan masa sahur tahun ni terasa
'senang'.

Kalau ikut sejarah tahun-tahun sudah, anak dara
saya ni masam-masam muka bila bab bangun sahur.
Tapi tahun ni memang senang habis. Kejut je
terus bangun. Makan sahur pun 'semangat'..

Tapi semalam petang, saya sedikit terkejut.
Macam biasa balik kena pergi taska dulu
ambik baju dan bulan puasa ni sekolah
petang habis cepat. Jadi dia sudah tunggu
saya kat situ.

"Ibu nurul haus la.. Tak tahan nie." Itu
ayat pertama bila masuk dalam kereta.

Aik!!!!!! Kena bebel kat telinga dia sekejap.
Dari pagi boleh tahan, lagi 2 jam takkan
tak boleh tahan?

Balik rumah, mandi dan terus dia tidur. Bila
berbuka, minumnya yang lebih..

Malam, bila saya ungkit tentang dia kata
haus tu, dia boleh sengih je....

Budak-budak..

Sunday, August 07, 2011

Semalam dan hari ini ...

Gambar King yang saya snap semalam. Letih
bebenau nampaknya. Macam puasalah pulak.



Gambar King hari ni. Waktu tengahari tadi.Tidur
tak ingat dunia.


Friday, August 05, 2011

5 Ramadhan..Jumaat.

Kring..kring..kring..

"Assalamualikum"..Salam si pemanggil..

"Waalaikummusalam"

"Akak kat mana ni?" Tanya si pemanggil

" Kat Port Dickson"

"Kak, jangan pergi PD. Ada tsunami..."Kata-kata
yang mati hanya di situ.

Terus saya pandang ke sebelah kanan saya
dan memang benar, nampak ombak tsunami
yang meninggi menuju ke arah pantai.

Saya terus berlari menuju ke atas tebing
yang ada pokok, begitu juga dengan pengunjung
yang lain.

Hendak capai akar pokok, takut tak kuat.
Hendak peluk batang pokok, tangan rasa
tak sampai, Kiranya serba tak kena masa
tu.

Yang muncul dalam fikiran 'cukup ke amalan
yang telah aku lakukan?'...Dan akhirnya saya
tutup mata dan redha...

Kring...kring..kring....Tapi kali ni
bunyi alarm untuk bangun tidur pergi
kerja pulak..

Alhamdullilah. Saya cuma bermimpi. Jika
benar ianya terjadi, saya tidak pasti
macammana rasanya.

Mati itu sudah tentu, tetapi kalau boleh
tidak mahu mati di dalam keadaan yang
tidak sempurna (hilang anggota badan.)..

Hanya DIA yang mengetahui...

Wednesday, August 03, 2011

3 Ramadhan...

Alhamdullilah. Dah 3 hari kita
puasa. Sekejap je masa berlalu.

Menu saya hari ni, nasi ayam
dan juga sambal goreng ikan
bilis di campur dengan biji
cempedak.

Pernah makan tak? Kalau tak
pernah cubalah masak. Biji cempedak
tu rebus dulu. Lepas tu masak
le macam biasa. Boleh juga masak
lemak dengan udang atau pun ikan
bilis...sedap.

Bulan puasa nie, waktu kerja saya
sudah bertukar. Masuk awal setengah jam
balik pun awal setengah jam. Tolak jem
kat tengah jalan lagi. Sempat jugalah
masak.

Teringat pulak 'pencuk' bunga durian.
Masa budak-budak dulu, mak saya tadah
bunga durian. Bukan pokok sendiri pun,
tadah kat pokok orang.

Resepinya saya tak tahu. Makan tahulah.
Adoi, agak-agak kalau tanya mak saya dia
ingat kut.

Mana pulak nak cari bunga durian. La ni
buah durian pun dah luruh....hmmm

Tuesday, August 02, 2011

yang menggoda!

(gambar dari g)


Oleh kerana banyak buah avocado yang saya bawak
balik, saya teringin nak buat jus alpokat nie..
Cuma tunggu dia lembut je.

cara-caranya:-

Cairkan gula melaka dan biarkan sejuk.
Sudukan buah avocado yang lembut
ke dalam blender.
Campurkan susu cair dan juga sedikit ais.
Blender sehingga hancur. Tuangkan didalam
bekas dan curahkan gula melaka tadi diatasnya.
Dah tu sudukanlah ke dalam mulut anda.

hmmm...

Monday, August 01, 2011

Air batu.

Alhamdullilah, habis sudah hari pertama puasa.
Anak dara saya pun nampak bersemangat hari ni.
Mungkin sebab tidak letih. Maklumlah sekolah
cuti hari ni. Esok belum tahu lagi.

Alhamdullilah tidak banyak kerenahnya hari ini.
Menu pun simple je, tak ada yang istimewa. Syukur.

Bulan puasa begini, saya teringat masa zaman
saya sebaya dengan anak saya ni. Bila nak tiba
waktu berbuka pergilah cari air batu.

Peti sejuk tak ada, jadi kenalah pergi beli.
Seketul air batu yang di buat di dalam plastik
warna pink berharga 20 sen.

Jinjinglah bawak balik. Kadang-kadang beli sampai
2 ketul. Tamak sangat.... Masuk dalam tong (sekarang
nie orang letak nasi). Tahan sampai ke sahur..

La nie badan pun dah berumur, saya memang berbuka
dengan air panas. Segar sikit.. Ada juga air sejuk
untuk anak dara dan encik hub...