Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Sunday, December 26, 2010

Lokasi - Kuala Terengganu -2

Hari kedua kami di Kuala Terengganu,waktu pagi mesti cari
sarapan dulu. Singgah disebuah gerai tidak jauh dari tempat
penginapan kami.



Menunya tetap nasi dagang, nasi lemak dan nasi minyak. Semasa sedang
berdiri memilih makanan, saya dan anak telah ditegur oleh seorang
makcik yang mungkin berusia lebih dari lima puluhan dan juga kurus
orangnya.

"Nak pergi mana?" Makcik itu bertanya.

"Nak jalan-jalan." Kata saya dalam senyuman. Tak tahu nak jawab
apa sebenarnya.

Nak tahu apa pulak jawapan makcik tu?

"Macam nak keje sepita(hospital) je."

Saya dan anak tergelak sesama sendiri. Sebab kebetulannya kami
berdua memakai baju putih, jadi makcik tu ingat kami keja kat h'tal





Pergi lagi sekali ke Pasar Payang. Baju batik dan barangan tembaga
memang banyak dijual. Kononnya memang nak beli satu kuali tembaga
tapi tak jadi bila memikirkan harganya terlalu mahal. Kuali yang
sebesar pinggan saja sudah berharga 380.00... Terus tak jadi.



Satu bentuk yang terdapat di Bazar Warisan.



Bot / tongkang kecil yang menuju ke Seberang Takir. Selamba je
seorang makcik naik bot tu dalam keadaan hujan.Ala bisa, tegal biasa.



Bangunan Bazar Warisan.



Tuan tanah kedaung nak juga masuk. Mana kasut cantik? Tak payahlah nak melaram
bila hari dah hujan. Buat kotor kasut je.



Ayam panggang yang paling sedap yang saya pernah makan. Dijual di pasar
malam yang terletak di hadapan Hotel Sri Tanjung. Pedas dan sedkit
manis, memang best....

Setelah berjalan di sekitar Bandar Kuala Terengganu, kami bergerak
pulang, juga dalam keadaan hujan renyai.

Bersambung dilokasi lain selepas ini.

2 comments: