Mari kita belajar cara buat sup cendawan yang macam kat Pizza hut tu.
La ni ada juga jual yang dalam tin dan juga yang jenis serbuk jugak.
Dulu masa tak tahu buat, try juga beli dan masak. Sekarang ni,
buat sendiri. Senang je. Untuk makan dalam 3 orang.
Mula-mula panaskan butter dalam 2 atau 3 sudu.Masukkan tepung
gandum 3 sudu juga. Kalau nak buat banyak,lebihkan butter dan tepungnya.
Kacau sehingga jadi macam nie (agak-agak perang sikit).
Masukkan air dan juga kiub ayam. Kacau rata (kalau bergentel
masukkan dalam pengisar je).
Masukkan serbuk lada hitam dan juga cendawan butang yang
telah dipotong.Biarkan ianya menggelegak.
Sudah siap.
pst : tidak perlu tambah garam, kerana kiub ayam itu sudah
membuatkan ianya 'terasa'.
No comments:
Post a Comment