Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, December 03, 2010

10 tahun

Hari lahirnya 27 Nov. Tapi di raikan pada hari Ahad,sebab
sabtu tu pergi Taiping.

Kononnya malas nak buat,penat duduk dalam kereta pun
tak habis lagi. Penyudahnya buat juga. Kesian kat dia.




Kek yang beli dah siap. Dua lagi, sebab kecik sangat.Selalunya
tempah, tapi kali nie tak sempat...



Yang menjengah makanan itu, adalah tetamu yang pertama
sampai. Pukul 3.30 dah sampai.

Budak yang baju pink dan disebelahnya itu adik beradik. Kawan
sama taska dengan anak saya. Puas suami suruh dia makan, tapi
tak mahu. Kenyang katanya. Bila mak dia datang nak ambik, saya
jemput mak dia sekali. Baru dia nak makan. Bertuah betullah
budak nie. Rupanya memang yang jenis makan bersuap.



Member satu office yang tumpang saya pergi kerja setiap hari.




Menunya: Bihun goreng, spaghetti goreng, ayam goreng tepung,
kuih cucur badak, cekodok pisang,apple dan juga keropok ikan.



Antara jiran-jiran yang hadir. Selesai..

No comments:

Post a Comment