Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, December 14, 2010

Rumah lama.





Rumah ini memang cantik. Orang dulu-dulu punya seni tanganlah katakan.
Cerita 3 tahun sudah:-

Kami sekeluarga mahu menuju ke satu tempat perkahwinan, tetapi singgah
di sini dulu. Adalah dalam 6 biji kereta singgah disitu. Sepupu sepapat
dan juga ipar duai memeriahkan keadaannya. Adalah buat BBQ dan juga
makan buah-buahan (musim buah masa tu.)

Agaknya dalam pukul 11.00 mlm, yang kata nak tidur di situ telah
tukar rancangan. Nak balik malam tu juga. Jadi yang tinggal
adalah dalam 3 kereta sahaja.




Saya sekeluarga dan sepupu suami tidurlah di anjung tepi rumah. Biasa
saja keadaannya. Saya terlena seketika. Tetapi macam tidur-tidur ayam.
Tiba-tiba saya mendengar bunyi seperti tin air diikat dengan
tali dan diseret..Kelentang-kelentung bunyinya betul-betul di
bawah rumah tempat kami tidur tu...

Dalam hati sempat juga berkata, apalah yang diorang buat sampai
bising-bising ni.

Saya terjaga!Bunyi tadi secara automatiknya hilang. Ada rasa takut
juga masa tu. Tak tahu samaada saya bermimpi ataupun tidak. Kerana
semasa kejadian bunyi itu, saya masih boleh mendengar perbualan anak
buah suami di tepi kereta.

"Ibu, siapa tu?" Pertanyaan anak saya membuatkan saya tersentak.
Dia menunjuk ke arah pintu tengah yang menyambungkan ruangan serambi
dengan ruangan tengah rumah.

Yang membuatkan saya tersentak adalah kerana kalau dia sudah kenal
dengan penghuni rumah itu, dia tidak akan bertanya. Dan yang
mengecutkan perut saya, tiada sesiapa pun di pintu
itu.

Adakah mata kasar mata saya memang tidak nampak atau pun.....Pagi
tu bila ditanya dengan sepupu suami, memang dia tidak dengar apa-apa pun.

Nak tahu siapa yang empunya rumah ini?Dia adalah si empunya kolam
ikan tilapia itu.

2 comments:

  1. salam..
    rumah kayu mmg kdg2 ada misterinya..tapi best tidur rumah mcm ni.sejuk ja.

    ReplyDelete