Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, February 28, 2011

It is time you laugh again !

forward from email:-

it is time you laugh again !

Three  Easy Ways to Die :
Take a Cigar daily - You will die 10 years early.
Drink Rum daily - You will die 30 years early.
Love Someone Truly - You will die daily.

1. A foolish man tells a woman to STOP talking, but a WISE man tells her that she looks extremely BEAUTIFUL when her LIPS are CLOSED.

2.. One GOOD way to REDUCE Alcohol consumption :
Before Marriage - Drink whenever you are SAD After Marriage - Drink whenever you are HAPPY

3. Three FASTEST means of Communication :
1. Tele-Phone
2. Tele-Vision
3. Tell a Woman
Need still FASTER - Tell her NOT to tell ANYONE.

4.. Love your friends not their sisters.
Love your sisters not their friends.

5. A man got 2 wishes from GOD. He asked for the Best wine and Best Woman.
Next moment, he had the Best Wine and Mother Teresa next to him.
Moral : BE SPECIFIC

6.. Let us be generous like this : Four Ants are moving through a forest..
They see an ELEPHANT coming towards them..
Ant 1 says : we should KILL him.
Ant 2 says : No, Let us break his Leg alone.
Ant 3 says : No, we will just throw him away from our path.
Ant 4 says : No, we will LEAVE him because he is ALONE and we are FOUR.

7. If you do NOT have a Girl Friend - You are missing SOME thing in your life..
 If you HAVE a Girl Friend - You are missing EVERY thing in your life.

8.. Question : When do you CONGRATULATE someone for their MISTAKE.
Answer : On their MARRIAGE.

9. When your LIFE is in DARKNESS,
PRAY GOD and ask him to free you from Darkness.
Even after you pray, if You are still in Darkness - Please PAY the ELECTRICITY BILL.

10. Why Government does NOT allow a Man to MARRY TWO Women.
Because as per Constitution,
you can NOT BE PUNISHED TWICE for the same Mistake.

Friday, February 25, 2011

Dilema wanita.



Dilema wanita. Kenapa tajuknya sedemikian rupa? Sebabnya
sebagai wanita (yakni saya), kadang-kadang tak tahu nak
masak apa.

Sepanjang memandu dalam kereta sehingga ke rumah, sibuk
pikir nak masak apa. Tabik pada setiap surirumah yang
pandai memikirkan menu untuk keluarga setiap hari.

Dah tu bila dah ada menu, tukar pulak. Elok-elok
nak masak kicap daging, tukar sudah jadi rendang hitam.
Dah tu campur pulak dengan bahan-bahan yang memang
out of resepilah kiranya. Rasa dan ubah lagi.

Tambah pulak yang mana kurang. Kadang-kadang kita
sendiri tak tahu apa nama resepi yang kita masak.
Jangan di tanya apa bahan-bahannya. Hentam saja.
Janji sedap. Itulah creativiti orang perempuan nie..

Kalau boleh dipanggil creativiti la...hehe

Thursday, February 24, 2011

"Angah botol kicap"

Ahad lepas, abang saya balik kampung. Anaknya
ada 3 orang.

Jadi sudah ada 5 orang budak masa tu, bila dicampur
dengan anak saya dan adik.

Kalau dah ramai-ramai tu, macam-macam kerenah
lah. Pening kepala menegoknya.

Lepas makan tengahhari, kami pun duduk-duduk
bawah pokok cempedak. Datang pulak budak
2 orang nie, berebut kerusi.


Yang si kakak tak mahu mengalah, yang adik pun
sama. Terjadilah tolak menolak, cakar mencakar.

Terkeluarlah ayat ini ."Angah tu macam botol kicap!"
Si adik jerit kat si kakak....hahaha...saya punya
gelak tak ingat. Mentang-mentanglah kakaknya sedikit gelap,
dia cakap kakak dia botol kicap.

" Amboi, yang berkata tu putih macam botol cuka
agaknya." Sampuk saya....

Mak dia dah geleng kepala. Dah tak heran tengok
anak bergaduh. Kalau dah hari-hari macam tu, mana
tak letih....

Wednesday, February 23, 2011

Dari kerana mata : Norhayati Berahim


Saya baru saja selesai membaca buku ini. Walaupun
semangat membaca tidak seperti dulu, tetapi saya
berjaya habiskannya. Maklumlah dah 'berusia'.
Perlahanlah jadinya.

Saya suka ayat ini:-

"Jangan mencintai seseorang seperti cintakan bunga.Bunga
pasti layu bila tiba waktunya.
Jangan cintakan seseorang seperti lilin. Lilin sudah
pasti padam sampai saatnya.
Namun cintailah seseorang itu seperti sungai.Sungai
yang tidak pernah berhenti mengalir.Sungai yang tidak
menghiraukan batu-batu dan juga kayu yang terbawa
ketika ia sedang mengalir."

Tuesday, February 22, 2011

1 ribu ringgit.

Semasa saya membawa arnab ke klinik sabtu yang lalu,
masih awal pagi lagi. Klinik Vet pun masih belum bukak.

Jadi jenguk-jenguk dulu kedai haiwan yang berada
di sebelah. Tiba-tiba ternampak ni.

Ya-ALLAH....Timbul satu perasaan yang tidak dapat
nak digambarkan. Comel sangat anak kucing nie. Usianya
2 bulan. Jantan pulak tu.

Bila saya mendekat dia hulurkan tangannya ke kaki saya.
Bila saya bukak pintu kandang, dia cepat keluar menuju
ke saya....

Geram sangat. Bila di tanya berapa harganya, pekerja tu
cakap 1 ribu ringgit. Wow! Kucing Parsi tu...



Yang kelabu tu adalah abang kepada si comel ni. Usianya
7 bulan. Tapi bukan untuk di jual, tuannya pergi melancong
jadi di tinggalkan di situ. Ada dua ekor pulak tu. Besar
dan bulunya, ya ampun gebu sangat... Juga jinak, bila kita
mendekat di kandang, dia usik saya juga. Tapi saya pulak
yang rasa takut. Sebab dah macam anak harimau lah pulak....

Tak dapat beli, ambik gambar pun jadilah ye.Gulp!

Monday, February 21, 2011

Kawan.

Berapa kerap anda menelefon sahabat anda? Saya? Secara
jujurnya, bila teringat baru call. Itu pun kadang-kadang
tidak berangkat.

Tapi sekarang, bila senang saya akan call. Bukan apa,
takut tak bertemu lagi dilain waktu, seperti yang terjadi
dekat saya kira-kira 2 tahun sudah.

Saya ada seorang kawan yang lebih tua dari saya, mungkin
tua sepuluh tahun kut. Saya ni jenis yang tak kisah, berapakah
umur, jantina atau fahaman politik. Boleh saja. Asalkan ianya
jujur.

Kawan saya ini memang sekepalalah kiranya. Ke kiri boleh,
kanan apatah lagi. Ada sekali tu, siap boleh pakat ambik MC
sama-sama dan pergi jalan-jalan kat pekan PD. Tapi itu
zaman mudalah.. Sekarang tak buat dah….

Berkerja kilang pun dalam shift yang sama. Nak van pun
kilang sama-sama. Selepas berkahwin baru terpisah
membawa haluan masing-masing. Tapi panggilan telefon
tetap menjadi penghubung kami.

Ada satu masa tu, saya tak call dia lama dah. Agaknya dalam
2 bulan lebih juga. Tiba-tiba saya teringat dia, cuba call rumah
tapi tak berjawab. Hairan juga saya, bukan waktu hujung
minggu ataupun cuti sekolah (suaminya drebar bas sekolah).

Saya tidak mengsyaki apa-apa, Cuma beranggapan dia sibuk.

Satu hari dapat panggilan dari kawan sekolah lama. Dia bertanya
adakah saya tidak tahu yang kawan baik saya itu telah meninggal?
Terkejutnya saya pada waktu itu, tidak dapat saya gambarkan..
Arwah meninggal kerana tekanan darahnya naik mendadak dan
pengsan di rumah.

Sesungguhnya saya kesal, ya saya tahu yang ajal dan maut
itu bukan kita yang menentukan. Tapi rasa sesal tu melekat
di hati sampai sekarang. Semoga rohnya ditempat di kalangan
yang beriman. Amin.

Secara jujurnya saya amat perlukan kawan, selain dari keluarga.

Saturday, February 19, 2011

Sesalan airmata...


Alhamdullilah. Cerpen yang pertama tersiar di dalam tahun
ini. Jenuh memikirkan tajuk yang sesuai.

Akhirnya 'Sesalan airmata' menjadi pilihan. Terima kasih
kepada MW....

Friday, February 18, 2011

Elak kalau boleh!

Takut. Memang takut. Apa yang saya takutkan? Saya takut tengok
orang bergaduh. Walaupun bukan di depan mata, hanya
melalui tulisan juga saya takut.

Aik! Biar betul.. Betul.... Sebab apa? Sebab saya tak
pandai bergaduh. Tak tahu nak membela diri macam mana.
Bohonglah kalau saya kata tak pernah bergaduh. Pernah, memang
pernah.

Pandai bergaduh dengan pernah bergaduh membawa maksud
yang berlainan bagi saya.

Cukuplah sekali saya merasai pengalaman selama saya
berkerja di bahagian forwarding ini. Tapi bukan saya
yang mulakan.

Cara saya senang. Kalau tak suka, saya akan diam dan buat
tak tahu saja.

Nak dijadikan cerita, satu hari tercetuslah perbalahan
yang dimulakan oleh pihak yang tidak berpuas hati
dengan saya tadi.Dia sengaja menjolok sarang tikus..

Nak tahu apa yang saya jawap?

"awak tidak boleh memaksa orang suka pada awak." Jawapan
saya membuatkan si dia bertambah naik angin..hahaha.

"Kalau awak datang kerja nak marah-marah,
lebih baik awak balik." Kata-kata yang berkhemah
pada saya, tetapi muka sudah panas membara.

Dan berkat kesabaran saya itu, saya masih bertahan
ditempat yang sama sedangkan dia terkeluar dari
tempat ini.

Dan kerana dia, saya dan kawan-kawan saya terpaksa
bagi statement kat Balai Polis. Hampeh!

Thursday, February 17, 2011

Kasihku Arina - Mazni Anita


Saya baru habis baca buku ini. Pada saya ianya memang
sebuah buku yang menarik. Magdalena Anna nama yang
cukup 'cantik' bagi saya.

"Kadangkala hati seorang wanita lebih kuat dari seketul
batu besar. Lebih cekal dari mana-mana lelaki gagah
perkasa.Tapi sekuat atau secekal manapun dia, perasaan
rindu itu tentu ada."

Saya suka ayat ini. Tahniah kepada penulisnya.

pst: kalaulah 'snowball' dalam buku ni memang
ada kat dunia nyata, saya nak beli sebiji..hehehe..

Wednesday, February 16, 2011

Gunting rambut.

Semalam saya pergi gunting rambut. Ada 3 orang pelanggan
yang sedang di 'buat' rambutnya.

Sementara menunggu, belek-beleklah majalah yang ada
kat situ. Saya apa majalah pun boleh. Tak tahu baca
tengok gambar pun ok je.

Selak-selak nampak gambar ini. Sekali pandang macam ubi kayu.
Bila tiba giliran saya untuk menggunting, saya tinggalkan
majalah tersebut dalam keadaan yang terbuka.


Selesai potong, saya pun tanya dekat amoi gunting tu.

"Amoi, ini apa? Ubi kayu ke?"

"Tak tau lo.."

"eik..ini majalah cina tau, takkan u tak tahu
baca punya?" Pelik juga dengan jawapan amoi tu.

"Bukan tak tau baca, tak tau mau cakap macam mana."

"ooo....Ini untuk ubat ke?"Saya tak puas hati, nak tahu
juga.

"Ini ubat untuk kalau susah belak (buang air besar)
punya..."

ooooo....oklah tu...Yang membuatkan saya tertarik
adalah bentuknya.

Monday, February 14, 2011

Arnabku.

Beranaknya banyak....tapi ini yang tinggal. Hanya
9 ekor sahaja....

Saturday, February 12, 2011

Tak minat.



Kami singgah di salah satu booth (karnival di shah alam)
yang terdapat di situ sebab anak dara saya hendak membeli
Majalah Bintang kecil.

Sedang dia sibuk memilih, sesorang menyapa saya.

"Kak, ni majalah keluaran terbaru kak. Rugi kalau
tak beli." Seorang lelaki yang masih muda belia lagi.
Majalah yang ditunjukkan kepada saya itu adalah
majalah hiburan (tak ingat pulak apa ke namanya).

Saya hanya tersenyum dan menggeleng tanda tidak mahu.

"Kenapa kak, rugi tak beli nie."

"Saya tak minat....." Dalam keterpaksaan saya menjawab.
Serba salah yang sebenarnya mahu berkata begitu, tetapi
saya tetap menjawab, dengan senyuman lagi.

"Ish...akak kena ambik tahu tentang artis kak......"

Aduhai.... Sudah terang-terang saya cakap tadi, tapi kali
ini saya hanya senyum saja. Tak kuasa aku!

Ya. Saya memang tak pernah beli majalah hiburan. Tak minat
nak baca benda-benda macam tu.

Masa umur tengah naik dulu , dalam 15 tahun kut adalah juga
baca satu majalah URTV (wujud lagi kut). Tapi bukan saya beli,
pinjam dari jiran sebelah rumah....

Umur dah lanjut nie, hati menolak itu semua...Rancangan hiburan
yang dulunya adalah jugak jeling-jeling, sekarang nie
langsung tak ambik kisah.

Macam dah tua sangat saya nie ye... Insya-ALLAH...

Friday, February 11, 2011

Suka komputer

Dulu kat tempat kerja saya nie IT contactnye adalah perempuan. Saya selalu dengar
dia bercakap dengan Komputer. Pelik benar rasanya kalau bercakap sendirian ia tak?

Gambar dibawah ni adalah gambar orang gila IT & komputer. Tak sanggup rasanya kalau hidup macam ni.













Software Engineers never die. They just go Offline .

Thursday, February 10, 2011

Ayam masak lemak, ikan masak sup dan ikan sambal


Kata ada ayam masak lemak, ada ikan masak sup. Ikan
sambal juga ada. Mana dianya??

Tuuuu.. dalam nasi goreng tu.. saya kitar semula. Basuh
dan goreng balik. Tambah telur dan kacang panjang sikit.
Jadilah nasi goreng...

Lauk yang tak habis jangan di buang. Boleh dikitar semula
yea..

Peristiwa 30 tahun lepas sering membuatkan saya teringat
yang kita sekarang ini berada di dalam keadaan mewah.Lauk
macam-macam ada. Ianya begitu meninggal kesan di dalam
diri saya sampai sekarang ini.

Saya pernah melihat satu keluarga makan tengahari berlaukkan
limau kasturi dimasak air ( tumis macam kita masak sayur tu).
Mereka siap memperlawa kami makan lagi. Tapi tidaklah
kami menurutkannya.

Bila saya tanya mak saya, kenapa orang tu makan berlaukkan
limau, mak saya kata itu orang susah.

Wednesday, February 09, 2011

tempat tak kena bayar dan sakit.

Kononnya pergilah Pantai PD hari Khamis lepas. Berenang
dan cari siput sekali.

Awal sampai, makan dulu. Gambar kat bawah nie, anak dara saya
sibuk basuh pinggan.


Main pasir sebelum mandi, kononnya. Padahal masa kami
sampai, air dah mula surut tu.


Dapat juga belangkas dua pasang. Dua-dua ekor yang
jantan saya lepaskan. Biarlah dia cari aweks lain
pulak.


Nampak tak tali yang tergantung kat pokok tu? Di situlah
kepala saya terhantuk. Awal masa datang dan lepas makan
dah terhantuk sekali. Ok lagi.

Nak balik kena lagi sekali. Memang kuat, ialah kedudukan
nya macam kita tengah rukuk dalam sembahyangkan. Lepas
tu terus bangun. Rasa nak nangis kat situ juga. Nasib
baik tak nampak bintang atau terus gelap tak nampak
apa-apa.Kalau pengsan kat situ, alamatnya kena simbah
dengan air laut le...


Lepas hantar anak buah balik terus balik rumah. Terus menuju'
ke klinik sebab kepala dah sakit sangat. Nak sandar kat tempat
duduk kereta pun sakit.

Tekak dah mula loya masa tu. Doktor bagi ubat, sebab kepala
saya sudah bengkak dan pesan kalau muntah terus pergi
hospital buat X ray.

Alhamdullilah, walaupun rasa mual dan muntah angin tapi
tak teruk.

Dan mungkin ada hikmahnya yang tersendiri. Saya mahu keluar
dari zon selesa. Sudah ada 10 perkara yang saya mahu
lakukan.

Semoga saya berjaya.

Tuesday, February 08, 2011

Istilah cinta.

Cinta itu buta.
Bila dah bercinta memang semuanya indah. Yang baik
ke depan, yang buruk sorok kat belakang. Jadi yang
nampak semuanya indah. Kalau pun 'ter' nampak,
buat-buat tak nampak. Cinta membuatkan mata jadi buta.

Cinta itu gila.
Cinta tak gila, orang yang bercinta itu yang gila.
Kalau tak takkan sanggup ikut lelaki negara lain
meredah samudera untuk membina rumah tangga yang
belum tentu bahagianya. Kalau dah merana tak
cukup makan sibuk merayu suruh dibawa pulang.

Cinta monyet.
Monyet bercinta ke? Iyalah agaknya kot! Kalau tak,
takkan generasinya bersambung-sambung. Melalut sudah!
Cinta usia remaja, belum tahu pahit maungnya. Pelajaran
entah kemana, bila kekasih sudah di mata. Sendiri yang
rugi, sedangkan itu semua akan datang juga.

Cinta kilat.
Cinta yang datang dengan cepat. Sama seperti kilat.
Cepat datang, cepat pula hilangnya. Macam biskut pulak.
Kejap ada, kejap tak ada. Bahaginya sekejap. Deritanya
bukan main lagi. Itu pun kalau si gadis itu tidak
menyedekahkan dirinya. Kalau pendek akal, sediri
mau ingat.

Cinta pandang pertama.
Kalau sesama bujang tidak mengapa. Kalau dah
suka, emak bapak boleh terus meminang. Tetapi
kalau dah ada rumah bertangga payah juga. Sudah
tentu ada hati yang merana.

Cinta pasangan orang.
Ini bahaya. Sudah ada teman tidur yang sah, barang
yang belum sah, jangan dipandang. Dijeling pun
jangan. Orang punya jangan nak ambik, 'usha' pun
tak boleh. Berdosa tahu...Kita tak suka, hak kita
diambik, hak orang juga jangan di sentuh. Ingat tu!

Cinta kekal
Cinta kepada ALLAH saja yang kekal selamanya.

Di bawah ini orang yang saya cinta dalam hidup saya.

Monday, February 07, 2011

Saya sibuk!

Saya seorang ibu yang sibuk. Jadi tak ada masa
nak tunggu arnab nie bagi minum kat anak dia
yang banyak tu.

Sampai rumah dah 6.10pm. Pukul berapa pulak nak
habis, kalau bagi satu-satu.

Jadi saya buat begini. Sekali jalan.

Saturday, February 05, 2011

60 sen




Awal pagi macam nie, teringat kat nasi lemak
pulak. Kat tempat anda, ada tak nasi lemak
bungkus kecik macam nie? Tempat saya tak ada.
Tapi kalau kat Tangga Batu, masih ada lagilah.

Perniagaan dari rumah. Sebungkus 60 sen. Tapi
nasi sikt je... Kalau yang kuat makan setakat
sebungkus nie, memang celah gigi je.

Walaupun sikit, tapi dengan haruman daun pisangnya
menjadikan ianya puas di makan. Rasanya memang
tak dapat nak di bandingkan dengan nasi lemak
yang ada lauk tu(bungkus dalam kertas coklat
atau bungkusan polistrin).

Jauh api dari pemanggang. Fuh! Makan pulak
dengan air kopi o..Mertua lalu kat belakang
pun tak nampak, ye tak. Memanglah tak nampak
dah dia lalu kat belakang. Cuba lalu
kat depan. Gerenti nampak. tak gitu?

Thursday, February 03, 2011

Salah pilih.

Pernah tak sepanjang anda berkahwin, satu hari anda
tiba-tiba terfikir yang telah salah memilih pasangan?

Anda berharap pasangan anda mempunyai minat yang sama
dengan anda. Anda minat A, dia juga minat A. Tapi bila
anda dapat pasangan, minatnya berlawanan.

Tapi anda tetap memilih dia sebab anda berharap yang
dia juga akan mempunyai minat yang sama, iaitu A. Yang
si dia pulak mungkin secara terpaksa akan cuba meminati
A, tanpa rela kerana mahu menjaga hati anda.

Persoalannya berapa lama dia sanggup berpura-pura. Kalau
belum berkahwin, mungkin boleh putus. Selamat tinggal
Romeo atau pun selamat jalan Juliet. Kalau sudah berkahwin pula
bagaimana? Takkan nak bercerai-berai sebab tidak mempunyai
minat yang sama, atau pasangan kita menghalang minat kita.

Di dalam dunia ini, tiada manusia yang sempurna. Kalau
ada pun dalam buku cerita cinta je. Wah! Bukan main
lagi, watak heronya begini, watak heroinnya pula tidak
kurang hebat.

Dalam tv pun macam tu, kalau watak hero mesti kacak.
Kalau hero dah kacak, heroinnya pula cantik menarik
kau memang de bom....

Jadi kita kadang-kadang di buai oleh angan-angan agar
dapat memiliki pasangan kita yang sebegitu rupa. Ya
mungkin ada pasangan yang secocok begitu. Sama cantik, sama
padan.

Kadang-kadang perasaan tidak puas hati itu datang
sendiri, tetapi kena tepislah. Bak kata saya tadi,
tiada manusia yang sempurna. Kalau pasangan kita
kekurangan sesuatu, jangan difikirkan sangat. Mesti
ada kelebihan yang lain pulak.

Mungkin kurang kat bahagian C, tetapi mempunyai
kelebihan di bahagian E. Jadi pandai-pandailah
kata top-up (macam handphone lah pulak) mana-mana
yang kurang tu...Dan sudah tentu pasangan kita
juga menerima kita seadanya.

Wednesday, February 02, 2011

Karnival Karangkraf

Ahad sudah kononya nak gi pasar. Tak jadi pulak. Mood
tak ada...Penyudahnya pergi Shah Alam.



Bukan main belek dan pilih lagi. Tangan sebelah lagi sibuk
pulak pegang payung. Hujan dari rumah sehinggalah ke sini.


Penulis Meen Zulaikha dan juga Lynn Dyana.


Tak lama kami di situ. Sempat juga singgah di booth yang
ada. Antaranya MW. Hajat dihati mahu berjumpa seseorang, tetapi
tidak kesampaian.

Insya-ALLAH lain kali mungkin di perkenankan.

Tuesday, February 01, 2011

soalan tak berapa nak cepu!



" Kalau ibu tak ada anak masa ni, ibu nak ambik
anak angkat tak?"

Sudah keluar soalan cepu emas, susah juga nak jawab.Lama
saya diam sebelum saya jawab. Dalam fikiran saya mesti ada
sesuatu yang bermain didalam fikiran dia.

"Tentulah ambik."

"Ambiklah sekarang bu, nurul boring. Kalau ada
adik bla..bla..." Panjang jawapannya.

"Siapa nak jaga?"

"Nurullah. Nurullah pandai buat susu, pakaikan pampers.."
Aik, mentang-mentang dia duduk taska, dia buat itu semua.
Sedangkan dia dibayar untuk dijaga bukannya menjaga.

"Sape yang jaga siapa ni?"

"Taklah, Nurul yang nak buat. Nurul suka kalau ada
adik."

"Dah ada adik kat Taska, oklah tu. Main saja lah."

"Tak best. Tak boleh bawak balik."

Pulak dah! Apa lagi nak jawab nie? Dah lama persoalan
ini tidak ditimbulkan.

Penyudahnya saya buat tak tahu saja. Saya takut kalau nak
semuanya boleh. Apabila bergaduh nanti semua asal usul
disebutnya.

Dulu selalu anak saya ini timbulkan tentang 'adik' ,
tetapi selepas saya bercerita dari muka ke muka, dari hati ke
hati, dia faham dan diam.

Kali ni dia buat lagi...Pening nak melayan budak sorang
nie!

Dengan Manggis pun dia boleh jeles, apatah lagi..