Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Showing posts with label cuti cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti cuti malaysia. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Trip Gunung Kinabalu - last part

12 Dec

Hari terakhir berada di Kota Kinabalu. Sarapan
pagi di salah sebuah restoran tetapi tak ambik
gambar.

Berjalan kaki dari Backpaker hotel menuju ke
jeti. Kalau ikut perancangan hari tu, kami semua
akan menuju ke Pulau.

Pulau manukan yang mungkin terletak 30 minit
dari jeti. Bayarannya 20 ringgit 1 orang, sewa
peralatan snorkling 10 ringgit dan cukai 7.20 sen.


Baru 15 minit perjalanan kami, tiba-tiba enjin
bot mati. Masa tu memang terasa kecut perut apabila
melihat ombak yang besar. Bot pula sudah
terumbang-ambing melayan ombak.

Enjin bot berjaya dihidupkan dan kami kembali
ke jeti untuk menukar bot lain. Walaupun perlahan
sampai juga dengan selamat.


Dua orang wanita ini dari Kuching memang naik
sama bot dengan kami, mahu menuju ke Pulau
juga. Tetapi membatalkan hasrat apabila tiba di
jeti. Mungkin takut..

Akhirnya kami sampai di jeti Pulau Manukan
dengan selamatnya. Kononnya nak snorkling,
tapi tak nampak apa-apa pun.

Ombak yang besar membuatkan keadaan jadi
begitu. Penyudahnya hanya main ombak saja.


Pemandangannya memang cantik. Ada resort juga di situ.
Ramai perlancong yang datang. Kami berada di situ
lebih kurang 4 jam.


Semasa dalam perjalanan pulang ke darat, sekali lagi
bot kami diuji. Air masuk dari bahagian depan bot
kerana ombak yang kuat sehinggakan pengemudi sudah
terasa cuak.

Saya sendiri sudah terasa kecut walaupun di badan
masing-masing sudah tersarung jaket keselamatan.
Kalaulah ditakdirkan bot itu karam, saya tidak yakin
akan dapat berenang ke darat. Sebab masa tu badan
memang terasa sakit-sakit.haha..

Alhamdullilah. Selamat sampai. Tapi ada seorang
adik comel di kumpulan kami yang telah menghilangkan
set snorkeling yang disewa.

Dia dikehendaki membayar 100 ringgit sebagai ganti, tetapi
hanya membayar 80 ringgit kepada tukang sewa
selepas di pujuk. Pengajarannya,
sila pastikan barang yang disewa tidak dihilangkan.


Kononnya sampai di jeti, kami mahu terus
ke Bacpacker hotel untuk menukar baju dan
keluar semula untuk bershopping.

Oleh kerana hujan, kami semua terus bershopping
tanpa menukar baju. Tidak pernah dibuat orang,
bershopping dengan swimming suit..hahaha..ada aku
kesah??


Saya cuma membeli t shirt dan kuih cincin
yang dikirim oleh kawan saya. Ada juga yang
membeli ikan masin dan mutiara.

Setelah puas berjalan di Kota Kinabalu
dengan swimming suit, kami kembali ke
backpacker hotel untuk bersiap.

Pukul 7.30 malam kami bergerak ke airport
dan saya menaiki penerbangan akhir dari
Kota kinabalu airport.

Sampai rumah pukul 2 pagi.

## pict dari fb en hamydy.

Tuesday, December 20, 2011

Trip Gunung Kinabalu - part 3

11-Dec

Pukul 1.30 pagi kami sudah mula ke Restoran untuk sarapan
awal pagi sebelum mendaki. Dengan berbekalkan headlamp
kami turun di waktu gelap macam tu.

Suhu waktu itu sudah mencecah ke 2 C. Ramai yang turun
bersarapan termasuklah sekumpulan anak mat saleh
yang kami jumpa di Kinabalu Park.

Keterangan dari guide membuatkan kami semua menumpukan
perhatian. Kami dikehendaki mendaki tangga kayu
dan batu sejauh 600 meter dan selepas itu barulah
berjumpa dengan tali.

pic dari fb en hamydy

Tali tidak boleh dilepaskan dan tidak boleh sampai
ke check point lebih dari pukul 5 pagi..Dengan
berbekalkan semangat kami naik.

Team kami dipotong oleh kumpulan anak mat saleh tadi. Mereka
naik dengan selamba tanpa rasa takut memijak batu dan
melawan angin sejuk.

Saya mencuba sedaya upaya menahan kesejukan angin,
keadaan gelap dan juga hujan yang mulai turun, sehinggakan
pada 1 tahap saya tidak nampak apa-apa apabila
cermin mata sudah kabur.

pic dari fb en hamydy

Sama seperti cermin kereta yang tidak menggunakan wiper pada
waktu itu. 2 kali tergelincir , terhentak tangan, lutut dan siku
tidak mematahkan semangat saya. Ditarik naik oleh salah
seorang team saya membuatkan saya berjaya naik sehinggalah
hampir sampai ke check point.

Dan sekali lagi saya tergelincir sehinggakan dagu saya mengenai
dinding batu. Masa itu Cuma sakit sedikit, mungkin kerana
suhunya hampir beku.

Yang saya bermain difikiran saya ketika itu,
adakah dagu saya patah? Kerana ianya terhentak
dengan kuat.

Alhamdullilah tali masih lagi saya pegang dan dibantu naik
oleh guide kumpulan kami. Dipimpin sehingga ke check
point yang hanya sepelaung saja dari saya.

Apa yang saya takut waktu itu adalah dagu saya akan
patah atau retak. Nasib baik tidak. Setelah nama ditanda
di check point saya disuruh masuk ke pondok guide.

Dengan keadaan yang basah lencun sehinggakan tangan
tidak dapat merasa apa-apa lagi, saya duduk dikatil.

Guide juga ada bertanya, adakah saya mahu meneruskan
perdakian yang hanya tinggal 1.7 km saja lagi?
Waktu itu saya berada di Sayat-sayat Hut yang
tingginya 3668m dari paras laut.

pic dari fb en hamydy

"Saya tidak yakin." Itu jawapan dari saya mentelah
lagi saya melihat sudah ada yang berpatah balik
apabila dinding gunung sudah menjadi seperti air
terjun.

Di waktu itu saya sudah basah lencun sehinggakan
terasa seperti keras kajung. Hendak memanaskan tangan
dengan hembusan nafas juga tidak boleh.

Selepas itu sekumpulan anak mat saleh tadi itu berasak
asak masuk ke bilik giude sehingga sesak semuanya.

Setelah menunggu hampir 1 jam, guide memanggil saya
untuk dibawa turun. Semua yang berada di dalam
bilik itu disuruh turun ke bawah sebelum air gunung
bertambah laju.

Saya dipimpin oleh guide sehingga turun ke Laban Rata.
Sewaktu naik, keadaan gelap membuatkan saya tidak takut.
Tetapi apabila turun diwaktu cerah saya terasa takut.

Sungguh curam sementelah lagi air mengalir di celah
celah batu. Memang menakutkan. Beberapa kali
saya tergelincir akibat licin.

Guide yang memegang saya tidak memakai glove pun.
Dia hanya memakai kasut crock dan tidak berstokin pun.

Dia juga berkata yang kadang-kadang dia hanya berkaki
ayam sahaja apabila memanjat sampai ke atas.


Inilah dia Guide yang menolong saya. Orang semenanjung
yang sudah 7 tahun berkerja sebagai guide, seorang duda yang
kematian isteri 6 bulan yang lalu dan mempunyai 4 orang
anak.

Semasa saya berborak dalam perjalanan turun , guide kata saya
boleh naik ke atas jika kasut saya tidak licin. Dan katanya lagi
air akan separas pinggang (mencurah dari atas ke bawah) jika
saya turun dari puncak waktu itu. Apa-apa pun keselamatan
harus diutamakan.

Keadaan cuaca memang dipantau oleh guide dan renjer.
Kita hanya akan dibenarkan naik jika keadaan waktu
itu adalah selamat untuk para pendaki.

Alhamdullilah, semasa saya sampai di laban rata, ada beberapa
orang dari team saya yang sudah sampai di bilik. Ada yang
tinggal hanya 800 meter saja untuk sampai ke puncak
tetapi tetap berpatah balik kerana hujan dan terlalu sejuk.

Dari team semenanjung hanya 4 orang yang berjaya naik ke puncak
1 lelaki dan 3 perempuan. Mereka berjaya naik kerana waktu itu
air hujan belum mencurah dinding. Dan juga semangat
yang kuat.

pic dari fb en hamydy

Team Brunei, selama 6 orang yang berjaya naik ke Puncak dan mereka
juga bergegas turun.

Cuaca mula cerah apabila masing-masing turun dari tempat penginapan
dan menuju ke Restoran.

Masing-masing sudah letih. Sempat bergambar lagi sebelum turun. Ia
lah bukan tiap-tiap tahun nak naik ke atas ni….

pic dari fb en hamydy

Kami mula turun pada pukul 11 pagi. Walaupun kaki berat
dan sakit terpaksa melangkah juga. Ada pilihan
kalau mahu. Guna teksi gunung. Teksi??

Ya, teksi. Guide akan encang kita dibelakang dan bawa kita turun. Bayarannya hanya 300.00 untuk 1km. Untuk sampai ke bawah, 6 km.
Kiralah sendiri ye…haha.

Saya adalah orang terakhir dari 21 orang yang sampai ke bawah.
4 orang guide mengikut dibelakang saya, kerana saya berjalan perlahan.

Sambung cerita lagi dengan Azwan sehinggalah keluar cerita yang saya
pernah operation 2 bulan yang lalu. Apa katanya?

"Kalau saya tahu awak pernah buat operation, saya tak benarkan awak
naik." Manalah saya tahu??

Katanya, yang pernah buat operation kalau mahu mendaki Gunung Kinabalu
hanya selepas 3 tahun operation. Jadi beringatlah ye.. Takut tempat operation tu terbukak.

Alhamdulilah, tiada apa-apa terjadi kepada saya kecuali lebam di dagu, tangan, lutut dan siku. Sampai di Timpohon gate pada pukul 4 petang…
Hujan renyai disepanjang perjalanan turun dan
saya seakan-akan fobia untuk memijak tangga batu
yang berair.

Singgah di Kinabalu Park untuk mengambil beg dan juga sijil. Sijil berwarna akan diberikan jika sampai ke Puncak dan sijil hitam putih akan diberikan jika hanya sampai ke Laban Rata.

Terus menuju ke Hotel Backpaker untuk mandi dan berehat sekejap
sebelum keluar untuk makan malam.

Saya hanya makan sedikit saja, kerana tak lalu makan dan badan
seperti dihimpit dengan lori..haha..terasa sakit sangat seluruh badan. Telan ubat dan tidur…

Monday, December 19, 2011

Trip Gunung Kinabalu -part 2

10-Dec

Kami mula bersiap pada pukul 6.30 pagi dan berjalan
kaki menuju ke Restoran untuk memanaskan badan.

Makan dan bergelak ketawa saja sudah hampir 1 jam.
Setelah selesai kami dibekalkan dengan makan tengahari
yang perlu dibawa sendiri iaitu telur, air, sandwich dan juga
epal.

Sebelum pendakian bermula, kami perlu mengambil
pas (permit) dari guide yang dilantik.Barang yang mahu di
bawa oleh porter juga perlu diasingkan dan ditimbang.

Semua itu mesti diselesaikan di Kinabalu
Park sebelum kami dibawa menaiki van menuju
ke Timpohon Gate.


Harganya 8 ringgit 1 kilo. Bagi kami yang perempuan ni, semua
barang dimasukan ke dalam plastik hitam dan ditimbang.

Saya hanya membawa baju sejuk, glove dan juga makanan. Bila
saya naikkan di atas timbang, beratnya sudah hampir
ke 6 kg. Mak ai..

Kami di bawa ke Timpohon gate iaitu pintu masuk ke Gunung
Kinabalu. Setelah puas bergambar, bersenam sedikit kami
memulakan perjalanan.

Kumpulan kami seramai 21 orang di jaga oleh 4 orang guide.
1 perempuan dan 3 orang lelaki. Mereka tidak akan melepasi
kami sehingga kami semua tiba di Laban Rata dengan
selamatnya.


Saya memulakan perjalanan dalam pukul 9.30 pagi dan sampai
ke Laban Rata hanya pada pukul 4. 10 petang. Perdakian yang
amat mencabar diri.


Perjalanan sejauh 6 km secara menaik memang memenatkan.
Disepanjang perjalanan naik, ada juga terserempak dengan
beberapa kumpulan yang turun.


Alhamdullilah waktu itu juga hujan langsung tidak
turun walaupun angin bertiup begitu kuat.

Saya mula terasa loya apabila sudah berjalan sejauh 4 KM.
Guide yang berada dibelakang saya menyuruh saya muntah
agar saya dapat bertahan.

Dan memang benar, apabila saya muntah saya rasa seperti
selesa kerana semua telah keluar. Air minuman yang dibekalkan
juga telah habis.

Jadi dengan tawakal saya minum air yang tidak ditapis
di pondok perhentian. Alhamdullilah tidak sakit perut.

Dah puas bertongkat, dah puas merangkak dan dah puas
berehat akhirnya sampai juga di Laban rata. Tempat kami
berehat dan makan. Suhunya waktu itu 4 c.

Selepas makan di Laban Rata Resthouse kami naik
lagi ke atas menuju ke Gunting Lagadan Hut yang
berada di ketinggian 3323m dari paras laut
iaitu tempat kami tidur.

Tidur dengan 4 helai selimut, 2 helai stokin, sarung tangan,
jaket di badan dan juga tudung dikepala tidak sedikit pun
mengurangkan rasa sejuk.


Setelah menelan 2 biji panadol saya cuba melelapkan mata
keran seawal pagi esoknya, kami akan mula mendaki ke
puncak sejauh 3.7 km.

Friday, December 16, 2011

Trip Gunung Kinabalu - part 1.

Pendakian ke Gunung Kinabalu memang
telah lama saya rancang. Masa belum retak
tangan lagi. Dalam bulan 5, saya sudah mebayar
pakejnya.

9 Dec.
Penerbangan saya dari LCCT adalah dalam pukul
7 pagi (lewat 20 minit) dan tiba di KK Airport
pada pukul 9.30 pagi.

Saya disambut oleh agent yang dilantik dan terus
menuju ke Borneo Backpacker Hotel dimana
ada 7 orang lagi yang menunggu di situ.

Mereka telah sampai sehari lebih awal dan
menginap di hotel yang termurah di bandar
KK .

Setelah berkenalan, kami dibawa ke Kundasang untuk
makan tengahari. Walaupun sudah hampir tengahari,
tetapi cuaca sejuk dari Gunung sudah terasa.

Semasa kami sampai, ada ramai penjual (seperti
pasar pagi) sedang berkemas. Tetapi masih adalagi
penjual barang yang masih melayan pembeli.


Setelah makan tengahari kami di bawa oleh pemandu
menuju ke Hot Poring yang tidak jauh dari Kinabalu
Park.

Singgah sebentar di tepi jalan apabila terlihat ada
temapat untu melihat Bunga Raflessia tetapi tidak
jadi untuk masuk kerana penjaganya menggenakan
20 ringgit seorang. Mahal sungguh!

Sewaktu sampai ke Hot Poring, orang sudah terlalu
ramai. Tarikannya di sini adalah kolam air panas,
Jambatan gantung dan juga taman rama-rama.

Jambatan gantungnya amat tinggi. Kalau yang
takut dengan ketinggian, jangan sesekali naik.
Ada 1 amoi ni, dia boleh menjerit dan berpatah
balik kerana takut. Kesian melihatnya.


Pukul 3.30 minit petang kami meninggalkan tempat
ini dan dibawa menuju ke Kinabalu Park.

Suhu sudah mulai sejuk dan kami menginap di
Rock Hostel yang didalammnya mempunyai
2 katil double decker.

Makan malam pada pukul 6 petang kerana
di sana cuaca memang sudah gelap. Setelah
selesai semuanya, kami menunggu kumpulan
dari Brunei yang sepatutnya sama-sama mendaki
dengan kami.

Didalam waktu yang sama ada 1 kumpulan pelajar
mat saleh yang mungkin bersama gurunya datang.
Hanya memakai seluar pendek sedangkan waktu itu
memang sejuk.

Kami dihantar pulang dulu ke Hostel apabila
mereka tidak juga muncul-muncul.

Monday, December 05, 2011

Hatyai, Thailand : last part

27 Nov 2011.

Kami keluar awal untuk bersarapan sebelum berkumpul
di lobi hotel pada pukul 9 pagi. Bersarapan di Kelantan restoran
jugak.

Menunya, nasi kukus, ayam goreng dan juga ulam-ulaman. Tidak
juga lupa sambal belacan yang sedap tetapi pedas sangat. Kat sini
sambal nasi lemak atau sambal tumis memang saya tak jumpa pun.


Masa yang ditunggu-tunggu pun sampai. Naik tuk-tuk. Memang
dah lama saya idamkan tapi ianya bukan roda 3. Macam van, kira
okeylah. Merasalah jugak naik.


Destinasi kami hari tu pergi ke market/ Hatyai plaza
yang tidak jauh dari Clock Tower. Bayaran untuk ke area
situ dikenakan sebanyak 20 baht 1 kepala.

Di sini, ada area yang ditandakan. Maksudnya area itu
hanya dikenakan bayaran sebanyak 20 baht sahaja. Jadi
pemandu tuk-tuk tidak boleh charge lebih la.

Masa yang diperuntukkan disini adalah 6 jam. Kerana
kawasan ini besar. Boeh tahan juga harga barangan yang
ada di situ.

Letih kaki dibuatnya. Makanan halal juga senang nak dicari.
Bahasa juga mudah kerana ada sesetengah peniaga yang tahu
berbahasa melayu.

Bertembung dengan orang kita disini. Ramai juga yang
datang dari Malaysia.

Area tempat berjualan adalah area larangan merokok. Siapa
yang merokok akan didenda 2000 baht. Setelah saya masuk dikawasan
itu baru saya dapat menganggak kenapa.


Sebab kawasan itu terlalu padat dan hanya ada lorong perjalan
kaki yang lebarnya hanya kira-kira 3 kaki saja. Kedai-kedainya
terlalu rapat. Memang sekali cucuh, akan hangus semuanya.

Setelah puas bershopping mata, singgah pula di kedai makan.
Hanya minum sahaja. Perut masih terasa kenyang.

Mengikut kata tour guide kami, destinasi selepas itu adalah
Kimyong Market. Apa yang ada di situ, saya tidak tahu. Sebab penat menjelajah disini, kami pun pulang ke Hotel.

Berehat di hotel dan hanya keluar selepas pukul 8 malam. Jalan-jalan disekitar hotel. Saya mencuba makanan gerai yang terdapat di situ.Seafod goreng adalah campuran tepung, telur, dan juga seafood. Sekali pandang macam lempeng dan dimakan dengan taugeh dan sos cili. Ok jugaklah.

Tengoklah rupa the tariknya. Air susu dibawah dan
tehnya berada di atas. Kena kacau dulu baru boleh
minum. Macam-macam stail.


Anak dara saya makan kuehtiew goreng dan juga air lai
chi kang. Yang pelik di dalam air itu adalah
campuran keledek oren.


Yang saya perhatikan, peniaga di sini banyak mengunakan/menghias
makanan mereka agar nampak menarik. Mungkin itu salah satu cara
mereka menarik pelanggan. Dan suara peniaga lelaki mereka amat
lembut.

Dah puas jalan-jalan , semasa dalam perjalanan menuju ke hotel saya
mencuba massage kaki. Mula-mula hati berbelah bagi. Maklumlah, terasa
geli apabila orang pegang kaki kita.

Puas saya ketawa apabila tak boleh tahan sehinggakan tukang picit
tu pun ketawakan saya. 200 baht selama 1 jam. Ok rasanya. Bukan kaki
saja yang dipicit, sehinggakan ke peha dan juga belakang. Memang
berbaloi.

Anak dara saya memujuk untuk naik tuk-tuk kerana dia sudah penat dan
mahu muntah. Tetapi tidak dilayan kerana hotel hanya terletak dibelakang
kedai massage sahaja.

Balik hotel, terus mandi dan makan pulut mangga yang saya beli.
Memang sedap. Disertakan dengan santan tetapi saya makan begitu saja.

Makan lagi udang goreng tepung dan anak dara saya makan hotdog panggang.
Yang saya perhatikan, orang disini suka makan benda-benda macam ni. Goreng
atau panggang. Ikan panggang, udang goreng tepung, hot dog panggang. Sotong kering bakar pun ada, nak juga cuba tapi hari terasa cuak. Jadi pandang je la.

Dalam pukul 10 malam, anak saya mula muntah. Ingatkan dia rasa loya
atau tersalah makan. Jadi suruh dia makan ubat tahan sakit yang di bawa dari rumah.

Dia cuba tidur tetapi tidak boleh. Sepanjang malam dia muntah, sambil
mengurut perut. 'Gastrik' itu yang terlintas di fikiran saya. Sudah lama
penyakit itu tidak menyerang dia.

Dia mengaduh sakit sehingga meleleh air mata. Masa itu sudah pukul
4 pagi waktu Thai. Ini tidak boleh jadi, terus telefon bilik tour guide
dan beritahu yang kami perlu bawa dia ke Hospital atau sekurang-kurangnya
ke klinik yang berhampiran.

Tak ada klinik yang 24 jam di area situ dan akhirnya kami menuju terus
ke hospital. Dengan menaiki Tuk-tuk pada pukul 4.30 pagi jalan begitu
lengang sekali. Tertunailah hajat dihatinya untuk naik Tuk-tuk
sekali lagi.

Sampai di depan hospital, dia muntah lagi. Keadaannya bertambah teruk.
Teruk menuju ke bilik rawatan dan disambut dengan muka yang masam
oleh salah seorang nurse yang ada kat situ, tetapi tanpa suara. Dia hanya
buat kerja dia saja.


Datang pula seorang nurse yang lain. Saya suka dengan suaranya dan wajahnya
begitu manis sekali. Lupa pulak nak bergambar dengan dia. Sempat juga melihat sekeliling dan snap gambar doktor yang merawat dia.


Walaupun berbahasa english, tetapi slang doktor itu membuatkan saya
sedikit pening. Nasib baik saya faham apa yang ditanya dan saya boleh
menjawabnya.

Tukang beri ubat juga bersusah payah menerangkan atur cara
makan ubat dan menerangkan apa fungsi ubat yang diberikan sehingga
memaksa dia menunjukkan ayat bahasa english yang tertera dikotak
ubat.


Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 420 baht dan tuk-tuk 400 baht. Memang mahal bayaran untuk tuk-tuk itu tetapi pada kami ok lagi sebab waktu itu masih awal pagi dan ianya untuk pergi dan balik hospital.

Sampai di hotel, telan ubat dan anak dara saya tidur. Mengantuk sangat
dia. Mahu taknya semalaman menahan sakit. Memang ianya pengalaman
yang amat mahal.


Menjadi ibubapa, kena bersedia bila anak sakit. Tidak kira waktu, tidak
kira tempat.haha…

Keluar hotel juga pada awal pagi. Bersarapan sekali lagi di Kelantan Restoran. Saya dan en hub, makan nasi kukus lagi, tetapi anak saya sudah 'benyek'. Cuma minta roti celup telur.

Jeng-jeng..yang datang memang roti telur tapi cecahnya dengan susu
manis. Pelik bin ajaib. Tak tahu pulak saya, adakah memang itu lawannya.
Hanya 1/4 saja dimakannya dan yang lain tapau.


Bergerak keluar dari Hotel hampir pukul 10 pagi…Perjalanan pulang tidak
terasa begitu lama, sebab mata terpejam kerana keletihan.

Singgah juga di Padang Besar , Perlis. Hanya
beli anak patung yang sebesar anak saya. Dia
idamkan dari Thailand lagi.


Anak gadis ini sedang menulis perkataan
Happy B'day keatas baju yang saya tempah
untuk anak dara saya.

Berhenti banyak tempat juga untuk berehat dan kami sampai kembali
ke Shah Alam dalam pukul 11.30 malam.

Selamat sampai di rumah pada pukul 12.30 malam. Apa yang dapat saya
rumuskan, saya amat berpuas hati dengan trip saya ini walaupun terasa
letih…

pst: ada gambar yang kurang memuaskan. Tak
tahulah kenapa jadi begitu sedangkan gambar
yang ada di dalam pendrive semuanya ok je..

Saturday, December 03, 2011

Hatyai, Thailand : Part 3

Destinasi seterusnya adalah floating market. Perjalan yang memakan masa
kira-kira 40 minit dari Shamila Beach. Masa yang diperuntukan di sini adalah 3 jam.


Disini juga ada disediakan surau dan tandas. Seperti tadi, saya mencari
benda-benda pelik yang berada di sini. Ulat goreng, lipas goreng dan
macam-macam lagi.


Tidaklah terasa geli, dah makanan penduduk di situ. Jadi kita kena
lah hormati walaupun pada pandangan mata kita, ianya amat
menjijikkan.

Saya mencuba beberapa makanan mereka yang saya beli dari
penjual islam. Tetapi disini kena berhati-hati juga kerana
kadang-kadang kita terlepas pandang.

Anak dara saya mahu membeli semangkuk mee berbola daging.
Apabila saya melihat papan tanda jualan yang ada dibelakang bot
saya ternampak perkataan 'pork' di situ. Ternyata penjual
itu bukan Islam.

Pada pandangan saya, makanan yang saya rasa di situ ternyata
sedap. Tetapi amat pedas. Dilawan pula dengan rasa masam dan
juga manis.

Tarikan yang ada di tempat penjual air pula, adalah
bekas airnya yang diperbuat dari tanah liat. Dengan bayaran
20 baht, kita bukan saja dapat air tetapi juga boleh bawak
balik bentuk cawan yang kita mahu. Doremon, hello kitty
dan juga bentuk ikan, bergantung dengan apa yang kita
mahu.


Setelah habis masa yang diperuntukan kami pulang dan singgah
sebentar di night market. Tak ingat pula di mana tetapi ianya
seperti pasar malam yang besar.

Dari baju, makanan, barang keperluan, kasut ,beg semuanya ada.
Macam-macam ada. Siapkan saja duitnya dan seperti tadi, saya
mencuba lagi makanan yang saya mahu cuba.


Tidak susah mencari makanan halal disini. Setelah habis
masa 1 jam, kami bergerak pulang ke hotel. Badan terasa
letih, kaki pulak terasa sakit. Poket pun sesak nafas jugak.haha.

Tour guide berpesan lagi, sesiapa yang mahu mengikut untuk ditunjuk
jalan ke tengah bandar, diberitahu agar berkumpul dilobi pada
pukul 10 malam.

Hotel Cholatarn yang kami duduki itu tidak jauh dari 'tempat shoping'.
Jadi itulah tujuan tour guide kami membawa kami keluar berjalan kaki
pada malam itu. Kiranya untuk tunjuk jalan.

Beli apa yang patut, dan kami keluar mencari kedai makan. Ada 1 kkedai yang
tidak jauh dari Hotel yang dinamakan Kelantan Restoran. Tomyam kat sini
memang power. Memang jauh beza dari tomyam kita.


Perut dah kenyang, apa lagi. Balik tidurlah jawabnya.

Friday, December 02, 2011

Hatyai, Thailand : part 2

Sampai di Hotel tepat pukul 12 tengahari. Terus
check in dan keadaan hotelnya boleh dikatakan
memuaskan hati jugalah. Siap ada bathtab lagi..


Sebelum tu, tour guide sudah berpesan agar berjumpa
di lobi Hotel dalam pukul 2 petang waktu Malaysia. Jadi
kami ada masa selama 2 jam untuk berehat setelah
beberapa jam duduk di dalam bas.

Untuk pengetahuan semua, masa di Thailand adalah
lewat 1 jam dari kita. Thailand sama waktu dengan
Indonesia.

Setelah semuanya berkumpul kami, destinasi pertama
kami adalah Nora Plaza. Macam-macam benda yang
ada kat sini. Tour guide kami ada juga memberitahu
yang barangan di sini agak mahal. Kami juga dibekalkan
kupon sebanyak 20 % seorang.


Masa yang diperuntukan di sini hanya 1 jam saja,
tetapi kami 3 beranak adalah orang yang paling
akhir sekali menaiki bas. Terasa malu pula walaupun
waktu 1 jam itu masih berbaki selama 15 minit.

Destinasi kedua kami pada hari itu adalah Kilang
kacang. Tidak pula saya tahu, nama sebenarnya kerana
yang ada hanya tulisan cacing kerawit (tulisan thai)
di papan tanda.


Segala macam benda makanan ada di sini. Saya Cuma
cari benda yang pelik-pelik. Banyak jugaklah habis
duit di sini.

Senang saja nak convert duit kita dengan duit Thai.
Kalau duit kita 10 ringgit, duit diaorang 100 baht.
Tambah je 1 kosong kat belakang tu..

Kami sampai di Shamila Beach dalam pukul 5 petang dan masa yang
diperuntukkan hanya 1/2 jam saja. Punyalah laju saya berjalan
kerana tidak mahu menjadi keluarga terakhir yang pulang ke bas.

Yang menarik kat sini adalah patung ikan duyungnya. Tetapi saya
hanya berada di pantai sahaja. Jika hendak menyentuh patung
itu, kena memanjat sedikit batu.


Orang pula masa itu terlalu ramai, jadi ambik gambar dari
pantai saja. Dan lekas-lekas meninggalkan patung itu.

Seorang penjual wanita saya hampiri apabila melihat
dia membawa telur bakar. 3 biji dengan harga 20 baht.
Di sertakan dengan sos cilinya juga.


Ada banyak kedai yang menjual cenderamata di sepanjang
pantai, begitu juga makanan. Anak dara saya sudah menarik
muka apabila melihat makanan yang dijual.

Tetapi saya terus berjalan meninggalkan gerai
makanan yang ada di situ. Tanda peniaga Islam
adalah memakai tudung. Itu pesanan tour guide
kami. Cuak apabila melihat makanan yang dijual.

Kebanyakan peniaga di pantai ini, tahu berbahasa
melayu sedikit dan tahu juga berbahasa English. Jadi
komunikasi antara kami memang tiada masalah.

Akhirnya dihujung perjalanan, ada sebuah gerai yang menjual
makanan dan peniaganya bertudung. Itu tanda makanan yang
dijual adalah halal.

Cabaran pun bermula apabila saya bertanya, berapa harga yang
perlu dibayar apabila penjual itu hanya tahu berbahasa Thai.
Jari dia menunjukkan tanda 1 tetapi masih ada lagi ayat
dibelakangnya.

Penyudahnya saya bagi 500 bath dan di memulangkan baki
sebanyak 380 bath. Habis cerita. Terasa seperti bercakap
antara ayam dan itik.haha.

Kami keluarga pertama yang sampai di bas. Perut yang lapar
menjadikan makanan yang dibeli tadi, habis licin.

Bersambung..

Thursday, December 01, 2011

Hatyai, Thaiand :part 1

Alhamdullilah, saya selamat pulang dari
Hatyai Thailand (25 nov - 28 nov).

Perjalan menaiki bas amat panjang, tetapi
dengan bayaran sebanyak 277.00 untuk
1 kepala, saya rasa ianya amat berbaloi.

Bayaran itu termasuk penginapan hotel selama
2 malam. Makan minum dan segala perbelanjaan
peribadi ditanggung oleh sendirian berhad.

Perjalanan saya dari rumah selepas waktu bekerja
dan sampai di Shah Alam (tempat berkumpul) dalam
pukul 9.30 malam.

Setelah penuh 1 bas, perjalanan dimulakan dalam
pukul 10.10 minit malam dengan bacaan doa. Tour
guide kami, muda orangnya.


Walaupun penat bekerja pada siangnya, mata saya
masih tidak mahu lelap. Hanya merenung kegelapan
highway dan sesekali memandang ke depan untuk
melihat tanda jalan, tetapi hampa.

Terlena sekejap, semasa bas berhenti untuk singgah
di sebuah masjid yang berada di Changlun, Kedah untuk
solat subuh.

Perjalan di teruskan dengan singgah di Kedai bebas cukai
di Changlung untuk mengisi 'borang putih' iaitu borang
masuk dan keluar dari Malaysia dan Thailand.


Segala butiran diri kita akan dicetak di dalam borang
itu dan perlu disertakan di dalam passport kita
semasa berada di Imigresen Thailand.


Bas kami sampai di Sempadan dalam pukul 10 pagi.
Setelah selesai semuanya, bergeraklah kami menuju
ke Hotel yang terletak di Bandar Hatyai.

Perjalanannya mungkin dalam 2 jam juga tetapi
tidak terasa sebab banyak benda baru yang kita
tengok. Terasa jakun sekejap.


Gambar raja Thailand memang ada di kebanyakan
tempat dan kawasan. Mengikut kata tour guide, orang
Thai menganggap raja mereka sama taraf dengan Dewa.


Satu lagi, penunggang motorsikal di sini kebanyakannya
tidak memakai topi keledar. Kalau pakai pun hanya
penunggang sahaja sedangkan pemboncengnya tidak
walaupun mereka berada di tengah bandar.

Kalau kat Malaysia, sudah tentu polis dapat kutip
duit saman yang banyak kan..

Bersambung...

Thursday, June 09, 2011

Medan

Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya naik
kapal terbang. Kalau tengok dari bawah memang
selalulah. Setiap apa yang kita lakukan, mesti
ada kali pertamanya.

Destinasi pertama adalah Medan, Indonesia. Cewah..
macam banyak je tempat lagi yang nak pergi lepas
nie.. Insya-ALLAH.

day 1
Hari Jumaat - 3 June flightnya pukul 9.45 malam. Masuk
kat tempat menunggu tu dalam pukul 8.50 malam rasanya.

Hanya 3 keluarga saja yang pergi. Kiranya 3 ayah, 3 ibu
dan 3 anak saja. Anak-anak semuanya perempuan.

Tunggu punya tunggu, ini budak sudah nampak maggie.
Terpaksalah emaknya melayan. Nie orang semua dah bangun
beratur, dia masih makan maggie lagi.


Perasaan saya biasa saja bila masuk dalam perut kapal
terbang. Nak kata teruja tidaklah sampai macam tu sekali.
Dapat pulak duduk satu baris dengan anak dan en hub.
Jenuhlah sepasang telinga saya mendengar komen anak
ngan bapak.. Maklumlah masing-masing juga baru pertama
kali naik.

Sampai Medan aiport dalam pukul 9.30 malam juga ( waktu
indonesia). Tak sampai 1 jam dah sampai. En hub tengah
belum habis isi 3 borang untuk masuk ke indonesia lagi..

Nampak tak Imigresen yang ada di hujung tu. Nampak
mukanya keletihan dan mungkin juga dia sememangnya
begitu. Takut saya melihatnya. Terasa macam nak makan
orang pun ada. Nasib baik saya bukan di line tu..


Keluar dari pintu airport, masing-masing tercari kelibat
supir yang sepatutnya mengambil kami. Tak nampak muka,
jadi kami menunggu sekejap. Ada juga yang cuba mengambil
kesempatan ke atas kami dengan mengatakan hotel yang kami
tempah itu, selalunya tidak menyediakan pengangkutan
dari airport ke hotel.

Salah seorang rombongan kami meminta tolong dengan
staf air asia yang berada di airport untuk menelefon
hotel. Tidak lama kemudian muncullah supir yang
ditugaskan mengambil kami. Rupanya dia memang
ada di situ, Cuma kami tidak nampak.

Telinga kami di jeritkan dengan bunyi hon dari para
pemandu jalan raya. Rupanya semua pemandu memang
menggunakan hon untuk berkomunikasi. Kalau tengok
supir itu memandu memang menakutkan. Jarak kenderaan yang
terlalu dekat, membuatkan kami takut. Iyalah, kitakan
pemandu yang berhemah..cewah…

Pada anggapan saya, jika pemandu membunyikan hon
dua kali 'pin-pin' seolah-olah meminta pemandu
lain memberi laluan dan juga memberitahu
yang mereka ada berdekatan.

Dan masing-masing seolah -olah sudah maklum. Terus
memberi jalan. Kalau kat Malaysia, dah kena sumpah serah.
Silap-silap kena 'parang'.

Dalam 15 minit perjalanan, sampailah hotel yang kami
tempah di Grand Sakura. Tempahan secara online telah
dibuat di Malaysia, tetapi bayarannya belum lagi.
Terdapat system error semasa 'chin Nee' mahu membuat
pembayaran. Jadi kami di kehendaki membayar di
reception hotel.


Terjadilah perkara yang kelakar. Semasa pekerja hotel
memulangkan wang baki, masing-masing berkerut dahi,
kerana ternyata ianya tidak mencukupi.
Ada lagi 640 rupiah tidak dipulangkan. Pekerja hotel
pun berkata begini, " maaf buk, ngak ada wang kecilnya."

Saya tidak berpuas hatilah kiranya. 640 dikalikan dengan 3,
kiranya banyak tu, dalam fikiran saya. Siap keluar
kalkulator lagi, dan kira dengan sesungguhnya. Nak tahu
berapa bakinya jika ditukarkan dengan Rinngit Malaysia?
60 sen je…Hahaha..masing-masing gelak tak ingat..

Naik hotel, mandi dan tidur.

Day 2

Sarapan di hotel telah termasuk dengan harga bilik.
Makanan yang ringkas dan sedap.

Supir yang kami tempah dari Malaysia juga telah sedia
menunggu. Kiranya gerak dalam pukul 8 juga. Mengikut
kata supir tu dari Medan ke Lake Toba mengambil masa
dalam 5 jam perjalanan.

" Mau makan Roti kacang?" Pertanyaan supir membuatkan
kami tercengang-cengang. Dalam hati saya berkata juga,
roti kacang kat Malaysia pun banyak. Apalah supir ni.

Setelah dia berhenti di satu bangunan kedai, yang
encik hero-encik hero tadi semua keluar. Layan jelah
supir ni. Rupanya-rupanya biskut kacang. Kat situ
mereka panggil 'Roti'. Memang sedap, sebab ianya fresh.
Yang kami makan itu masih terasa suamnya.


Perjalanan diteruskan. Pak supir membawa kami ke satu
tempat yang di gelar Teng-teng (rumah kedai). Apa yang
dijual? Lebih kepada makanan ringan - bepang, biskut
bijan dan segala mak nenek. Saya tak beli pun.
Cuci mata je.


Perjalan ke Lake Toba diteruskan lagi melalui Prapat.
Yang saya perhatikan sepanjang jalan, mereka suka bertani.
Kacang tanah, jagung dan padi sememangnya di tanam
di sepanjang perjalanan. Dan saya tidak nampak
pun masjid atau surau di situ. Yang ada hanya Gereja.

Dan sekali lagi hero-hero yang ada di dalam van itu
turun termasuklah pak supirnya. Tetapi kali ni bukan
untuk membeli-belah, cuma menabur budi meolong tolak
van yang rosak ke tepi.


Setelah puas duduk di dalam van dengan jalan yang
lebih mencabar dari bukit putus, kami pun sampai
di Lake Toba dalam pukul 1 lebih. Perut sudah lapar
dan kami di bawa ke satu kedai makan Minang.

Pada saya makanannya sedap. 10 orang makan kami kena bayar
300000 Rupiah ( kiranya 110.00 duit malaysia).


Setelah perut kenyang, masing-masing sibuk bergambar.
Tasiknya memang besar dan cantik.

Pulau Samosir kami terjahi dengan menaiki bot laju.
Bayar 600000 Rupiah untuk satu bot ( RM 20.00 untuk
pergi dan balik - 1 orang).

Apa yang ada? Tempat shopping. Macam-macam ada.
Beli jugalah untuk buat kenangan.


Semasa mahu menaiki bot di jeti, saya telah diserbu
oleh seorang peniaga kacang rebus dan juga seorang
perempuan tua. Mereka berdua memujuk saya membeli
kacang rebus, tetapi saya menolak.

"Bapak, ibunya ngak mahu beli…" Berlari pulak penjual
berdua itu ke arah suami saya. Rupa-rupanya suami
saya suruh penjual itu pergi dekat saya. Bila suami
kata beli, saya pun belilah. Beli kerana terpaksalah
kiranya. Kalau ikut saya 'NO' je…



Kami meninggalkan lake toba diiringi dengan hujan
lebat. Menuju pula ke air terjun Piso-piso. Perjalan
yang mengambil masa 2 jam memang memenatkan. Hujan
bertambah lebat. Sesekali terasa ngeri juga bila memikirkan
van yang kami naiki terpaksa lalu dilereng-lereng gunung.

Hampir pukul 6 petang, kami sampai di air terjun piso-piso.
Sejuknya ya amat. Rasanya kalau duduk dalam peti sejuk
pun tak sejuk macam tu (macam pernah duduk dalam peti
sejuk pulak!).hehehe…


En hub tak turun kerana sakit kepala terkena hujan.
Rasa macam tak nak turun juga, tapi redah je dalam
hujan sebab bukannya tiap-tiap tahun nak datang kat
situ. Alang-alang dah sampai, basah pun basah la…

Makan malam kami di Brastagi. Sepanjang jalan ke
sana kami tak nampak apa-apa. Gelap gelita, ditambah
dengan bunyi hon sedikit memeningkan kepala.

Pak supir mencadangkan kami minum sejenis teh yang
dipanggil teh bandrek. Pernah makan kek lapis
yang berempah tu? Mengikut kata kawan saya begitulah
rasa teh itu. Hahaha..

Saya Cuma makan nasi goreng dengan telur mata sapi.
Sedap dan semasa makanan di hantar ada disediakan
keropok, cili api kecil dan juga bawang merah kecil.
Kiranya kalau ada belacan dah boleh
buat sambal belacan dah tu.. Style mereka.


En hub dan anak saya makan mee sup. Mee nya
pulak macam maggie. Kerinting-kerinting…Macam
rambut ' aina shepia; pun ada.
( Aina jangan marah..pin-pin..)

Sampai kembali ke hotel, hampir pukul 11.30
malam (waktu depa). Mandi dan tidur.

day 3

Sarapan yang sama saya makan. Ada juga makanan
lain, tetapi saya sukakan nasi gorengnya.

Keluar dari hotel pukul 10.00 pagi. Pak supir membawa
kami ke satu pasar tetapi saya tidak pasti di mana
dan apa nama tempatnya. Macam-macam yang ada di jual di situ.

Telekung, baju, jubah, tudung dan macam-macam
lagi sememangnya menarik perhatian orang yang suka
'shopping'. Tak lama kami disitu.



Nampak tak kepala 2 budak botak tu? Ipin dan Upin
memang terkenal di Indonesia. Entah ada sambutan
apa kat Plaza medan ni, saya pun tak tahu. Cuci mata juga.



Makan tengahari kami hari tu adalah di restoran
kapau Umi. Kalau kat Malaysia, kapau itu bererti
bersepah. Baru nak duduk makanan dah sampai. Adalah
dekat 10 lauk yang dihidangkan kat kami. Tapi
ada juga yang kami tolak, seperti otak lembu
masak lemak cili api dan juga perut tenusu masak kari.
Tak biasa makan.


(cashier)

(tabung derma) sekali pandang, bunyinya lain macam.

Kalau tak nak makan, jangan diusik. Letak saja tepi
hidangan itu. Jadi ianya tidak akan di kira. Belaja
makan 300000 Rupiah. Kat Medan nie, masing-masing jadi
OKB. Main ribu-ribu je…hehehe..
Lagi satu, kita duduk je dia orang dah hidangkan 1 mangkuk
air basuh tangan setiap seorang..kat Malaysia tak ada kan..

Pak supir membawa kami ke Wildlife International Museum.
Sejuk je tempatnya. Ada macam-macam binatang yang telah
diawetkan kat situ. Tak ada bau pun. Memang sesuai dan
cantik. Anak-anak juga gembira.

Siapa terima rasuah kena tangkap.

Pintu masuk Galeri.




Istana Maimun kami lawati. Ramai juga pengunjung
masa tu. Hari juga sudah mahu hujan.Kepala saya
sudah berdenyut-denyut. Capai panadol dan ubat
migrain. Telan.



Singgah pula di Masjid Maimun. Masjid lama. Cantik
senibinanya. Hujan mencurah dengan lebatnya. Apalagi,
sekali lagi mandi hujan.



'Ooo.. Cantiknya…bla..bla..' Telinga saya tidak dapat
menangkap apa yang diborak dan diceritakan oleh penghuni
van. Saya sudah overdose.
Terlebih sudah. Yang pastinya van yang kami naiki
singgah di satu tokong yang besar. Hero dan kawan
china kami pergilah melawat tokong.

Sekadar mengambil hati kawan-kawan. Ia lah, tadi
mereka masuk masjid, siap pakai tudung lagi.. La nie
giliran kami pula..


Sebelum kembali semula ke medan airport, singgah
dulu kat Sogo Medan. Apa yang menarik? Macam-macam
ada. Dan saya seperti berada di awangan bila nampak
buku. Itu yang menarik perhatian saya, dan saya
sempat capai 6 buah buku dengan harga 92800.00
( tak sampai pun RM 30.00).

Sampai di airport, setiap orang dikenakan
bayaran cukai sebanyak 75000 Rupiah. Bayar je
lah. Janji dapat balik Malaysia.

Semasa di medan airport, terkeluarlah cerita
dari mulut En hub. Rupanya anak pak supir kami
tu sakit. Memang tabik springlah kat pak supir
tu. Masih boleh tersenyum melayan kami. Kalau kita
anak sakit je dah tak tentu arah.Memang profesional
demi mencari rezeki.

Sampai LCCT dalam pukul 11.00 malam…..Berakhirlah
perjalanan saya selama 3 hari ditempat orang…..

Mungkin tidak semuanya manis, tetapi itu semua
akan menjadi kenangan di dalam hidup.. Insya-ALLAH.