Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Thursday, March 31, 2011

Kong nakal!


Kong yang nakal. Balik kerja dia dah tunggu
depan pintu. Bila bukak pintu meluru je
masuknya. Macam kereta berhenti sebab
lampu merah, dah hijau terus pecut gi dapur.

Makan dulu, tapi dah ada makanan pun masih
mengiau lagi.. Kadang-kadang saya renung
juga dan tertanya-tanya apa yang
dia nak sebenarnya (bak kata TM
diblognya)..

Dah kenyang, melompat-lompat pulak. Yang
tak tahannya tu, dia main lompat-lompat
atas katil.. Dia ingat itu trampolin ko??

Mungkin dia seronok kot, tapi dia buat hati
den jadi panas..... Turun Kong! Macam tulah
kiranya den cakap, tapi dia buat dek je...

Si King tu taklah nakal sangat macam dia nie..

Wednesday, March 30, 2011

Dulu punya cerita.

Pukul 8 malam, berjalanlah seorang ibu dan dua
orang anak perempuannya menuju ke hujung kampung.

Salam bersambut dan tuan rumah mempelawa masuk.
Tuan rumah sudah tahu apa hajat tetamunya ke situ.
Walaupun dia bukan dukun atau pun bomoh, tetapi
dia tahu gerak hati tetamunya.

Dulang di sorong. Tetamu tersenyum. Macam tau-tau
je tuan rumah ini, tetapi kata-kata itu hanya
di dalam hati.

"Jangan malu-malu. Makanlah." Tuan rumah menyuruh
atau memperli tidaklah di ketahui.

Masing-masing tersandar kekenyangan. Tiba waktu mahu
pulang. Duit dihulurkan tanda terima kasih. Tetamu
tersenyum lagi apabila dihulurkan buah tangan..

Ini kisah dulu. Makan durian sehingga puas dalam
satu dulang lepas tu hulur duit 10.00.Sekarang dapat tak?


pic dari google.

Tuesday, March 29, 2011

Pelajaran minggu 1

" Tidak ada orang yang terlalu muda atau terlalu tua
untuk belajar berenang."

http://www.ezi2swim.com/

Ayat di atas membuatkan saya bersemangat untuk belajar
berenang.

Sabtu- 26 March - Kelas pertama saya bermula pada pukul
11.00 pagi sehingga ke pukul 12 tenggahari. Saya belajar
di Pusat Kejiranan Presint 16, di Putra Jaya.


Baju jenis gedoboh tidak dibenarkan. Mengikut kata
cikgu yang saya tanya itu, katanya untuk menjaga
kualiti air..


Cikgu saya yang berdiri tu...Kecil molek orangnya.


Benda ini wajib. Semua mesti ada. Saya punya yang
ada stick warna hijau tu..oleh kerana power cermin
mata saya 500 jadi saya guna yang 450 punya. Kurang
50. Kalau tak ada benda alah ni, tak nampaklah
gamaknya.


Hari ahad sambung lagi 2 jam. Sebelah petang pulak.
Belajar pull and kick... Sesak nafas den...Tapi
seronok. Student pun ramai jugak.

Ada satu budak U tu tegur saya, datang dengan adik ke?
Hahaha...Ini anak saya dik...Dia gelak malu.

Monday, March 28, 2011

Arabic food.


Saya tak pernah makan makanan Arab. Kononnya cubalah.
Saya pergi tak jauh dari tempat kerja saya.. Dekat dengan
LCCT juga, ada satu foodcourt.

Orang ramai pada waktu tengahhari. Saya cuba Nasi Beriyani
dengan ayam panggang. Satu hidangan yang lengkap dengan
supnya dan juga sambal warna hijau.

Sedap juga, nasinya cantik sebab dia pakai beras Basmathikan.
Tapi mak ai..banyak gila nasinya. Saya makan tak habis pun.
Harganya 12.00.

Friday, March 25, 2011

Baju pertama.


Oleh kerana saya mengemas bilik anak dara saya untuk
dipasang kabinet pasang siap, banyak pakaian dan
mainannya yang saya bagi kat orang.

Dah 10 tahun simpan, tapi masih elok lagi. Tetapi
baju yang saya tunjuk ini saya simpan. Baju ini
sungguh istimewa sebabnya saya beli semasa saya
belum ada anak lagi.

Saya betul-betul jatuh hati dengan baju ini. Ada juga
rengekan dari anak saya untuk menyimpan baju dia
yang kecil-kecil tu. Tapi jawapan saya senang je...

"Sarunglah. Kalau boleh pakai, ibu simpan."
Mukanya apalagi..cemberut dalam senyum...hehehe.

Thursday, March 24, 2011

Basuh dan sidai Stem

Saya suka stem. Ini adalah hobi saya, tapi budak-budak
zaman sekarang jarang yang saya dengar suka kumpul stem.
Depa lebih suka dok depan komputer.

Ceritanya bermula begini. Zaman saya dulu orang
suka buang sampah kat satu tempat. Di panggil
perun sampah lepas tu bakar. Entah macam mana
saya terjumpa satu kotak mancis.

Saya bukak dan di dalamnya ada 3 keping stem.
Salah satunya stem Argentina. Entah sape punya yang
tercicir tidak lah hamba ketahuiiii..Begitulah bermulanya.

Abang ipar saya pulak kebetulannya dulu kerja di Hospital.
Banyak kut Hospital tu dapat surat dari Oversea... Jadi
apalagi, stem itu berpindah tanganlah..

Sekarang ni pun office saya selalu jugak terima surat
dari overseas & dalam negeri. Jadi saya tukang potong stemnya. Stem
je, surat tak mau..

Ok, bagaimana mahu membuang lebihan sampul surat yang
terdapat di belakang stem? Hodoh rupanya kalau tak dibuang.

Masuk je dalam air dan rendamlah dalam 10 minit ke. Tapi
saya kadang-kadang sampai separuh hari kat office ni. Bukan
apa, sebab dah tak berapa nak muda ni terlupalah..hehehe..


Dah tu asingkan dan sidai lah kat mana suka. Saya sidai
kat kabinet fail nie je. Pandailah dia kering sendiri.


Salah satu antara buku stem yang saya ada. Zaman dulu-dulu
lagi ni. Zaman budak-budak lagi buku stem ini ada kat saya
sehinggalah sekarang.Alhamdullilah.


Kalau anda rasa nak buang stem ke, bagi-bagilah kat
saya yea.. :)

Wednesday, March 23, 2011

Tabung.

Kali ini saya mahu bercerita tentang tabung. Masa kecil dulu
saya ada tabung. Tabung saya berbentuk itik.Sebab apa itik?
Entah, dah emak saya belikan saya bubuh je lah…Adik saya
punya tabung arnab, kalau tak silapnya.

Dulu susah nak dapat duit belanja lebih. Itupun alhamdulillah ada.
Tak macam anak-anak sekarang. Ada bekal untuk di bawa sekolah,
duit belanja lagi.

Sikit-sikit simpan duit… Dulu-dulu zaman saya kalau orang
yang berkunjung ke rumah, bila nak balik bagi duit kat
anak tuan rumah.. Tak adalah banyak, tapi dengan duit
itulah yang dikumpul masuk tabung..

Pada satu hari, saya mahu mengikut krusus(boleh dikatakan macam
begitulah) yang diadakan selama seminggu di sebuah sekolah di Port
Dickson. Kalau tak salah bayarannya RM 60.00 saja.

Oleh kerana dulu, 60 ringgit tu pun dah kiranya banyak tu…Oleh
kerana saya nak sangat pergi, kononnya nak merasa duduk
asrama seminggu. Jadi korek tabung pun ok juga..Janji dapat
merasa.

Tabung tu pulak bukan macam tabung sekarang. Tabung dulu
tak ada lubang di bawah bontotnya. Kalau nak duit, kenalah pecah
kan tabungnya.

Sayang nak pecah punya pasal, mak saya korek dengan pisau
sehingga berlubang perut itik itu. Tapi tak adalah besar sangat lubangnya.
Kira lepas keluar duit syiling sudahlah.

Dah korek, tampal balik dengan simen.. Guna balik tabung yang
sama, dan akhirnya tabung itu terjatuh dan pecah.

Dapatlah 75.00++. Alhamdullilah. Kiranya banyak dah tu. Merasalah
saya duduk asrama seminggu.. Sampai sekarang saya akan
ingat….

Kalau anak zaman sekarang dialog dia macam nie:-

"Abah, ada rombongan sekolah, tak mahal abah. 70.00 ringgit
je bah. Nie borangnya, nak kena hantar esok jugak..Abah
sain je kat sini."

Yang si bapak pulak sain…senang sangatkan..

Tuesday, March 22, 2011

Tidak suka.


Semasa adik ipar menghantar anak saya pada hari sabtu
yang lalu dia membawa 'hamsternya' bersama-sama.

Seminggu sebelum itu salah seekor hamsternya telah mati,
jadi dia membeli 1 ekor yang baru di kawasan Salak Tinggi
untuk menggantikan yang mati itu.

Apabila di campurkan hamster itu saling bergaduh antara
satu sama lain. Sampai di rumah saya diasingkannya
sementara menunggu waktu balik.

Semasa sedang menonton tv, adik ipar saya perasan
ada satu benda bergerak. Rupa-rupanya 'hamster' itu
telah beranak. Ada 3 ekor semuanya. 1 ekor telah
mati dan di makan oleh ibunya sendiri.

Saya tidak pernah memegang 'hamster'. Jadi konon-kononnya
cubalah pegang untuk mencari puting susu.eeeeeeeeee
geli. Merinding bulu roma tengkuk, semasa menulis ni
pun..

Kenapa anak arnab saya boleh pegang tetapi tidak
yang ini. Mungkin sebab saya memegang anak arnab
dengan telapak tangan dan memegang ibu 'hamster'
ini dengan hanya dua jari saya. Dan perasaannya
memang tidak meyenangkan langsung.

Patutlah 2 ekor hamster itu bergaduh. Rupanya
yang ibu itu bunting. Arnab juga begitu. Kalau
yang betina bunting jangan cuba-cuba dicampurkan
dengan jantan yang lain..

Pernah Chinta terkoyak tengkuknya dikitai oleh si
Nik. Masa itu saya sedih, sebab saya yang mencampurkan
dia.

Rindu pulaknya Chinta.

Monday, March 21, 2011

Mangga.


Dah lama tak petik mangga.Selalunya buah nie akan jatuh
apabila masak. Dan akan jadi hitam dan lembik sebab
jatuh. Tak sedap di makan.

Jadi saya petik pakai galah dan bakul. Sebelah tangan pegang
galah dan sebelah tangan lagi sambut dengan bakul. Kalau
tak buah tu pecah pulak. Itu yang di bawahlah. Banyak
juga dapatnya. Apalagi, bagi jiran sudah, hanya tingal 3
biji je kat rumah.

Yang duduk atas atap tu, saya kena panjat guna tangga.
Nasib baik en Hub punya lori ada kat sebelah pokok
mangga tu, jadi saya tak boleh nak panjat. Kalau tak
memang saya dah duduk atas pokok tu..

Alhamdullilah buat saya yang tidak takut kat tempat
tinggi nie.. memang seronok panjat pokok..

Anda pernah cuba tak?..Masa kecik saya adalah ratu
panjat pokok..sape yang bagi gelaran tu? Saya sendirilah
siapa lagi.. balik sekolah panjat pokok jambu batu,
lepas tu sendiri mau ingat.. Sembelit sudah! Mana taknya
dengan biji jambu pun bedal sekali..hehehe..

Saturday, March 19, 2011

Genap 1 bulan.


Anak arnab baru ke? Jawapannya tidak. Ini gambar lama.
Hari ini genap 1 bulan, saya telah menjual semua
arnab saya. Ibu 4 ekor:- Chinta, Jasmin, Ku pian
dan juga Manggis.

2 ekor jantan:- Nik dan juga Bulan, si telinga jatuh.
Saya jual ke semuanya kepada kawan saya. Suaminya bekerja
di pusat serenti di Sepang, jadi dia mahu arnab unutk
dibela dan dijadikan pameran.

Pada hari yang sama saya juga menjual 7 ekor anak
arnab yang berusia 1 bulan. Serentak habis. Saya
rasa kecewa sebab 18 ekor anak arnab, hanya itu
yang tinggal..seekor demi seekor yang mati, penat
menjaganya. Saya jual dengan rakan sepejabat. Adiknya
mahu membela.

Ada yang mati sebab tak mahu minum susu, ada yang
mati sebab kena gigit perutnya. Tak tahu apa
yang mengigit dan ada yang mati tanpa sebab.
Kuburannya di bawah pokok mangga saya.

Kenapa? Sebab saya mahu berehat dan saya mahu
melihat dunia..ceewahhh... Macamlah sebelum ni
tak duduk di dunia ini..Kalau dulu hendak kemana-mana
saya akan berfikir 2,3 kali, sebab ada nyawa yang
menunggu di rumah.

Rasa sayang itu tidak pernah berubah. Mungkin saya
akan membela arnab kembali, tetapi bukan sekarang
ini. Jadi 6 buah kandang yang ada itu, telah dibersih
dan disimpan. Bukan murah tuu..

Dan seminggu yang sudah saya dapat tahu yang Kupian
beranak 5 ekor, selepas itu ada lagi yang beranak.
Rasanya Jasmine...Saya dah boleh hafal rutinnya...

Tiba-tiba rasa rindu pulak nak pegang baby arnab...

Friday, March 18, 2011

Jalan Dagang.


Hari ini saya memandu menggunakan lorong
yang perlahan sekali. Saya
terpandang satu tanda jalan 'Jalan Dagang'.

Secara automatinya saya teringatkan kan kawan
saya. Kawan yang baik, tetapi telah pergi dulu
dari saya.

Semasa hidupnya dia pernah bertanya samaada
jalan itu boleh tembus ke rumah saya atau pun
tidak. Jadi ianya telah melekat kejap di kepala
saya.

Bila saya tiada nanti, bagaimana agaknya
orang akan mengingati saya? Sebagai isteri,
kawan, anak, makcik, adik beradik...

Adakah perkara yang baik atau sebaliknya. Saya
cuma insan biasa, sudah tentu tidak sesempurna
mana.

Ishh..mana tisu ni....

Thursday, March 17, 2011

Rasa.


Dada terasa berat. Macam ada batu yang menghempap. Hendak
ditolak tidak berdaya. Hendak ditelan terasa pahit.

Ia, saya tahu 'dia' bukan milik saya, jadi tak perlulah
di beritahu satu dunia.

Apa yang kita ada, apa yang kita miliki juga bukan
milik kita. Hanya pinjaman sementara. Tiada yang
kekal, hanya DIA.

3 acara

Pada 13/3/11 - Ahad berlangsunglah 3 acara.


Anak buah suami, bertunang dengan orang Pasir Mas Kelantan.
Acaranya bermula dalam pukul 12.30 tengahari. Ramailah sepupu
sepapat yang datang. Saya datang awal, kul 7 setengah
dah sampai. Orang dapur lah katakan.ceewah.

Menunya pula pelbagai. Macam-macam ada.


Ini pulak adik kepada yang diatas. Bertunang hari yang
sama juga, tetapi pada waktu yang berlainan. Dia punya
acara dalam pukul 4 setengah. Jarak juga waktunya.

Rombongannya pula dari Kuala Selangor.


Ini pulak yang menyambut hari lahir. Sama sebaya dengan
anak saya. Cukup 11 tahun dah..

Senangkan sekali jalan. Belanjanya pun sekali keluar.
Belum dikira kecahnya rumah lagi....

Wednesday, March 16, 2011

Letih!


Hari ini saya rasa terlaluuuuu letih. Makan cukup, tidur
lagilah cukup.

Tak tahulah kenapa. Hendak bercuti memang mustahillah
hari ini. Sebabnya dua orang teman sekerja bercuti..

wuahhhhhhhh!!!!!

Tuesday, March 15, 2011

Buku & CD

Pergi Alamanda Putrajaya , kononnya nak beli buku. Macam
biasa parking di tempat yang sama, cuma ditingkat yang berlainan.

Tiba-tiba, suasana rasa pelik pulak. Selalunya kedatangan kami
akan di sambut oleh perkataan MPH. Tetapi kini tidak lagi.
MPH sudah hilang. Puas juga saya merenung dan cuba mengingati
bila agaknya kali terakhir saya menjejaki kaki kat sini.. Rasanya
macam baru je lagi.

Ulang alik juga, baru perasan satu notice nie.. Bukan hilang, rupanya
ditutup sebab mahu dibaik pulih.


Hatiku kecewa sebab datang dari rumah dengan niat mahu membeli
buku dan juga CD Maher zain. "Jomlah pergi kedai CD." Kata saya
kepada anak dan suami, mahu memujuk hati sendiri.

Dalam perjalanan ke kedai CD, nampak pulak deretan buku
di ruang legar…Hahaha..hatiku gembira, riang tak terkira..Macam
budak-budak pulak. Apalagi, duit dalam poket bakal susut lah nampaknya.
Rupa-rupanya MPH menjual bukunya di situ, iyalah kan mesti rugi kalau
ditutup selama sebulan. Ramai juga di situ.


Kat situ juga diadakan macam pameran membuat kek pengantin. Yang
ada gula aising yang keras tu.. Cantik, memang cantik. Gambarnya ada
kat bawah nie.


Kalau saya, bukan gula tu je yang keras dengan kek-kek tu jadi keras
jugak. Memang tak pernah jadi kalau buat kek. BANTAT!



Dah puas ambik gambar dan bayar duit buku, maka melangkahlah kami
ke kedai CD. Beli CD dan tersenyum gembira. Kali pertama saya beli
kaset Ridchard Mark zaman saya bertunang dulu, dalam tahun 1995.

CD Maher Zain (yang berkaitan dengan lagu) ini yang kedua saya beli seumur hidup saya. Kiranya
dia bertuah lah dapat duit saya. Entah kenapa saya 'jatuh hati'
dengan suara dan lagu-lagunya. Insya-ALLAH, Insya-ALLAH, Insya-ALLAH,
Ada jalannya…

Monday, March 14, 2011

Cuba teka

Semasa saya berada di Sedhili kecil hari tu, saya nampak
banyak benda menarik di pantainya. Benda yang tak sepatutnya
berada di tepi pantai.

Cuba anda teka apakah benda itu.

Saturday, March 12, 2011

Kuch kuch Hota Hai


Gambar dari Google.

Dah waktu pagi dah ni. Mata nie pulak kalau dah melepasi
waktu tidur, tak mahu lelaplah jawapnya.

Tiba-tiba teringat pulak kat cerita ni. Saya adalah peminat
cerita tamil, cina, orang putih atau hindustan juga. Dulu
tak macam zaman sekarang.

Cerita tamil saya tengok masa zaman sekolah dulu. Dulu sekolah
pagi je, petang dah boleh melepak. Tapi bukan kat shopping
kompleks aaaa.. Pergi rumah jiran tengok cerita tamil. Tv
pun tak ada kat rumah saya masa tu. Zaman hitam putih lagi,
fuh kalau tengok tak bergerak-gerak..Dush!Dusham! Orang jahat
kena tembak sekali dah mati, hero kena berkali-kali pun
hidup lagi. Dey....Apalah..tapi tetap tengok jugak.

Cerita cina juga begitu, kalau tengok yang hantu lompat-
lompat tu kita sama melompat. Suruh orang yang kena kejar
tu lari cepat, padahal berlakon je tu.. Apa punya olang la...

Cerita hindustan ada juga, tapi zaman saya dulu Amir khan
bukan main top lagi. Ada juga yang sewa tape dan tengok ramai-
ramai. Sekali tengok, kena bayar 20 sen. Itu zaman dulu. Zaman
sekarang 20 sen dapat beli gula-gula je...

Ok, berbalik pada cerita Kuch-kuch ho ta hai... Ini cerita yang
saya tengok tanpa berhenti sebanyak dua kali. Masa tu anak belum
ada lagi. Tape tu pinjam dari orang sebelah. Tengok pulak
hujung minggu. Kiranya malam tu tak tidur sampai jam 4 pagi.

Sedih jugaklah tengok si Kajol ni bila si SK jatuh cinta dengan
Rani Mukhereji... Kesian e.. Konon-kononnya 'touching' la.
Tapi saya suka cerita nie....Dan sekarang nie, saya ada beli
VCD cerita ni. Ori tau...

Saya kadang-kadang sedikit pelik, bila orang tengok cerita
hindustan boleh nangis gila-gila. Macam cerita Khabi khusi khabi
gum tu... Sedih juga tapi tak adalah sampai keluar air mata, pada
saya lah.. Adakah saya ini tidak peka atau hati batu?hahaha..

Anak dara saya tengok 'muhabathin'(betul ke ejaannya ni?)
siap nagis lagi..macam paham je sedangkan kalau tak
salah saya umur dia masa tu baru 7 tahun...

Tumpah dah air...... dah tumpah tak reti nak lap ke....

Friday, March 11, 2011

Cerpen- Talang masin untuk emak




Alhamdullilah! Terima kasih kepada MW. Saya pernah menghantar
cerpen ini ke satu majalah, tetapi telah 'bertapa'
dalam 6 bulan juga rasanya. Kemudian saya tarik balik
dan olah kembali.

Dan akhirnya, inilah dia.Syukur!

Thursday, March 10, 2011

Ahad punya cerita.

Hari ahad dalam pukul 8 dah bergerak. Baru nak masuk kerata
adik ipar suruh tunggu kejap. Sebab apa?


Sebab budak rambut tegak nie, nak pakai minyak wangi. Dia
bau kat badan mak dia, sudah merengek nak pakai jugak.
Kenalah bukak balik pintu. Tengoklah mukanya tu...


Sepupu saya dan abang ipar. Memang dia orang mintak
t-shirt pagoda dari keluarga pengantin lelaki untuk
penanggah. Tak panaslah kut.


Anak buah suami. Kenapa tak pakai baju kurung? Sebab
dia orang datang awal pagi nak menolong. Kiranya
tengahhari baru nak tukar, tapi tak jadi..


Anak sibuk menolong mericih nenas yang telah 'ter' potong
besar.


Ini saja gambar pengantin yang dapat di ambil. Tangan tak
berbedung, gambar pun jadi tak cantik... Salah tangan
lah pulak.hehehe..


Duit & bunga yang diberi untuk penanggah. Kalaulah di beri
1 ribu ringgit, dan-dan tu juga saya pergi beli anak
kucing hari tu.. entah ada lagi ke tidak agaknya.


Saya, kakak ipar,anak-anaknya dan juga adik ipar.

Wednesday, March 09, 2011

Majlis menyambut menantu.

Kalau hujung minggu sudah ke Johor, kali ni
ke Senawang pulak. Ini gambar malam berinai,
tetapi tak ada berinainya..Esok 'lansung'.


Temanya coklat and warna emas.


Anak dara saya dan sepupu sepapatnya.Kalau dah jumpa
memang tak ingat punya.


Saya dan adik ipar. yang sebelah kanan sekali itu adalah
pengantin. Tengah membungkus kuih baulu.



Syoknya makan sup tulang. Daging segarlah katakan..Layan..


Pak long saya yang tidak berapa sihat. 3 minggu sudah jatuh
dari tangga dah patah tangannya. Sedang menunggu anaknya
habis menolong penanggah.

Bersambung..