Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Sunday, March 06, 2011

Syurga dan neraka,

Rasanya semua orang Islam tahu adanya syurga dan neraka.
Akan tetapi hanya amalan kita yang akan membawa kita
ke dua persimpangan itu. Cerita di bawah ini diceritakan
oleh kawan baik saya. Adalah dalam 3 minggu, tetapi
tidak sempat saya mahu menuliskan tentang entry ini.

Kawan saya singgah di office bersebelahan dengan pejabatnya
untuk meminta satu tandatangan untuk membuat Pas. Kebetulannya
ada seorang mamat nie sedang membaca sebuah akhbar. Selesai
membaca dia menghulurkan akhbar itu kepada kawan saya.

Dia suruh baca, tetapi kawan saya menjawab yang dia tidak
berminat. Nak tahu apa jawapan mamat tu?

"Kalau akak baca surat khabar ni, akak masuk syurga."
Jawapan yang menggelikan telinga dan meloyakan tekak
bagi saya... Baca surat khabar tu boleh masuk syurga?

"Siapa yang ajar kau, kalau baca surat khabar ni boleh masuk
syurga?" Kawan saya sudah naik angin. Memang benda tak betul,
takkan dia nak berdiam diri je.

Apalagi si mamat tu siap hentak-hentak meja lagi. Kiranya
mempertahankan hujahnya. Di sebut pulak kalau masuk parti A
dijanjikan syurga. Kalau parti B automatiknya masuk neraka.

Wah, wah, wah..seronoknya.. kalau macam tu tak payah nak buat
benda yang WAJIB la.. masuk je parti A dan baca saja suratkhabar
tu, tiket masuk syurga sudah tersedia...

Rakan saya itu bercerita dengan penuh semangat. Saya yang
mendengar hanya ketawa dan memberi pendapat saya. Tetapi
saya rasa sedikit sedih dan terkilan sebab yang bercakap
itu bukannya sebaya budak remaja. Rasanya dia lebih tua
dari saya.

Manusia, macam-macam yea.. Saya selalu cakap yang kita
memang tinggal di bumi yang sama, tetapi kita mempunyai
pendapat/pandangan kita yang tersendiri.

Biar apa pun pendapat/pendirian kita, hormatilah orang
lain....

2 comments:

  1. Akak rujuk entri saya yang ini dan tunjukan kan orang itu:
    http://akuyangakut.blogspot.com/2011/02/berputus-asa.html


    Dan juga mungkin entri aku yang ini:
    http://akuyangakut.blogspot.com/2011/02/bicara-tentang-takdir.html

    ReplyDelete