Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Saturday, January 02, 2010

Kalaulah...

Saya suka berangan. Tak salah dan tak kena bayar pun. Semasa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas hendak menuju ke Gombak, saya terfikir kalaulah...

Kalaulah saya masih bujang sekarang ini, siapakah yang akan menjadi pakwe saya agaknya...he..he..

Kalaulah saya jadi PM, apa agaknya perkara pertama yang saya akan lakukan agaknya..he..he

Kalaulah saya adalah penyanyi atau pelakon, lagu atau cerita apa agaknya yang akan saya nyanyi atau lakonkan.. he..he..

Kalaulah saya ini punyai wang sejumlah RM 10 juta, apakah benda pertama yang akan saya beli menggunakan duit itu.. he..he..

Kalaulah saya ada khutub khanah yang sebesar dua kali ganda rumah saya, rasanya saya adalah orang yang paling bahagia di dunia ini.. he..he..

Kalaulah saya tidak mempunyai wang walaupun 10 sen, apa agaknya yang akan saya lakukan agar perut saya kenyang pada waktu itu.. hu..hu..

Kalaulah saya ditakdirkan jatuh sakit, bagaimana agaknya penerimaan saya waktu itu. Pengsan agaknya... hu..hu.

Kalaulah Malaysia ini ditakdirkan berlakunya peperangan dan keadaannya huru hara, siapa agaknya yang saya akan selamatkan dulu.. hu..hu..

Kalaulah ditempat saya yang jauh dari laut ini dilanda tsunami, siapakah yang akan saya peluk agaknya..hu..hu.

Cukuplah setakat ini saya berangan. KALAU itu tak semestinya akan terjadi...

No comments:

Post a Comment