Hari ini ke pasar borong, hati saya tidak gembira langsung. Terasa boring.. Tapi digagahkan juga bila mengenangkan peti sejuk yang kosong. Bila hati dah tidak ikhlas, terjadilah macam-macam hal.
1) Semasa saya sedang memilih ikan tilapia, ada seorang bapa dan seorang anak lelaki yang sampai dahulu dari saya. " Sekarang ni mana ada orang yang rajin, semuanya malas. Nak senang je." Matanya terarah kepada bangla yang siang ikan. Dia bercakap kepada anak lelakinya yang berumur dalam lingkungan 12 tahun.
Entah kenapa telinga saya terasa panas dengan kata-katanya. Macam sangat perempuan sekarang ini malas mahu menyiang ikan. Saya sendiri kadang-kadang menyuruh bangla yang ada di pasar itu menyiang ikan untuk saya seperti ikan talapia atau ikan duri. Kerana duri yang keras dan tajam. Senang untuk perempuan. Pisau kat rumah kita, tidak setajam pisau diorangkan.
Menyampah saya apabila bangla itu menghulurkan ikan yang telah disiang kepada dia. Sekurang-kurangnya itu sudah menyenangkan isteri di rumah. Saya percaya tidak ramai yang suami yang suka menolong menyiang ikan untuk isterikan.. Ada, tapi mungkin bilangannya sedikit. Jadi bila ada disediakan perhidmatan seperti itu, jangan pula menganggap isteri malas.. Sebal hati saya dengan orang yang sebegitu.
2)Kaki saya dipijak. Selama saya pergi ke pasar, tidak pernah kaki saya dipijak orang. Kiranya hari ini dalam sejarah. Saya lalu di belakang orang, dan dia mengundur dan tidak perasankan saya. Nasib baik tidak sakit.Orang itu sungguh besar dan tinggi dari saya. Saya hanya separas bahunya saja. Dia meminta maaf kepada saya.
3)Ikan parang yang besar dan ada telur menarik perhatian saya untuk singgah di satu kedai. Saya merenung ikan itu lama. Ada seorang pak aji (pakai kopiah) merenung saya atas bawah dan juga bakul ikan saya. Saya tidak memandangnya tetapi saya tahu yang dia merenung saya dari atas ke bawah. Bukan sekali tetapi tiga kali. Penyudahnya saya pergi dari situ. Kenapa dia pelik tengok saya, saya pun tak tahu. Yang pastinya saya tidak selesa.
4)Saya akan ke bahagian menjual sayur, apabila saya sudah habis bershoping ikan. Kali ini kaki saya dilanggar stroli. Bila saya pandang belakang, rupanya stroli baby. Bapak dia tak reti minta maaf pulak tu...geramnya saya.
Macam-macam pula yang jadi hari ini. Patutlah hati ni berat je..
Dua minggu lepas, anak saya mahu mengikut saya membeli ikan. Sepuluh minit saja dia tahan, lepas tu ikut abahnya pergi minum.
Masa dalam kereta sewaktu balik, dia kata kat saya.
"Ibu nak tahu kenapa Nurul nak ikut hari ni?" Saya hanya menggeleng. Memang saya hairan juga kerana dia beria-ia mahu mengikut saya memilih ikan.
"Nurul nak siasat, kenapa ibu lama sangat kat pasar tu.. manalah tahu, ibu ngurat bangla jual ikan ke..." Ha..ha.. Saya tergelak besar mendengarnya..
"Abah nak tahu ibu pilih macam mana? Ibu jalan-jalan dulu, baru beli. Bukan nak beli bila dah jumpa. Ronda-ronda dulu.."
Duit ditangan kita. Sudah tentu kita berhak memilihkan...
Saya pula lebih suka disiang awal sblm bawa balik ke rumah sebab nanti orang rumah saya masak cepat sikit, kalau dibandingkan kena siang ikan di rumah ... hehehe, sungguh, kalau dah banyak2 ikan tu, kesian pula tengok isteri siang, jadi saya beritahu - biarlah orang tu siangkan ikan, nanti cepat makan ...
ReplyDeletetahu tak apa...kan senang orang rumah nak masak..cepat masak, cepat dapat ,makankan...
ReplyDelete