Hari ini hati saya panas. Tidak puas hati, tetapi tidak saya luahkan. Malas sebenarnya hendak
bersuara walaupun dalam hati, panas semacam. Selalunya saya akan berdiam diri kalau tak puas
hati sebab sekali saya bersuara selalunya pedas. Saya akan kawal selagi boleh.
Berlakunya kesilapan dokument, dengan alasan tidak diberitahu melalu email. Sedangkan kalau
diberitahu melalui email pun, kalau tak baca dan berhati-hati akan berlaku juga. Kerana apa? Kurangnya atau
tiada langsung tumpuan. Lebih suka hu..ha..hu..ha . Campur pada urusan yang tidak perlu atau
bukan di bidang kita.Sedikit sebanyak, saya kena juga tempiasnya sebab saya termasuk di
kedua-dua bahagian -import & export. Dan selalunya ia membabitkan banyak pihak.
Lebih menyakitkan hati apabila kesilapan tidak di akui. Kalau dah silap, akui saja. Tak payah
menunding atau menunjuk kepada orang lain. Kadang-kadang saya pening kepala. Staf hanya
seramai 14 orang saja. Tetapi perangai macam-macam. Berperangai mengalahkan boss pun ada….
Macam manalah boss saya boleh tahan agaknya?? Kalau saya, mahu pecah kepala agaknya….
Tapi iyelah..Semua orang tidak sempurna. Ada kelebihan, ada kekurangan masing-masing.
Sekadar melepaskan geram.. (^ v ^)
No comments:
Post a Comment