Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, January 12, 2010

Cerita lama 1

Di satu senja, emak, adik dan aku berjalan pulang. Emak dan adik datng mengambil aku yang pulang dari kerja kilang. Simpang jalan besar dan rumah agak jauh juga. Kira-kira lima belas minit berjalan kaki. Dikiri kanan jalan adalah hutan. Walaupun tidak tebal, tetapi terasa seramnya.

"Apa yang ditengok tu?" Emak menegur apabila adik asyik menoleh ke belakang. Bukan sekali, tetapi banyak kali. Aku yang mendengar juga menoleh seketika.

Adik hanya mengeleng tanda tiada apa. Perjalanan kami yang santai diteruskan. Adik menoleh lagi. Kali ini emak dan aku juga berhenti. Mata emak merenung adik.

"Ada Puntianak." Kata-kata adik membuatkan emak terdiam seketika. Aku yang mendengar mencebik. Senja-senja macam ni, ada puntianak yang keluar ke? Adik saja mengada. Itu tingkah hatiku.

Perjalanan kami, lancar sehinggalah sampai ke rumah. Dalam pada itu adik masih juga menoleh ke belakang.

Setelah menunaikan tanggungjawab sebagai insan kepada penciptanya, kami pun makan malam. Masa tu sudah hampir ke pukul 8 malam.

Tiba-tiba, kami terdengar sesuatu.szzzzzzzzzzzzz, sesuatu diseret di atas zink (seperti pelepah kelapa yang di seret). Lama dan berkali-kali. Kami merenung antara satu sama lain.

Didalam hati berkata-kata masa itu. Di tepi dapur hanya terdapat sebatang pokok rambutan gading yang daunnya melempai di atas zink dapur. Pokok kelapa jauh letaknya dari rumah.

"Puntianak tu...." Kata-kata emak dalam senyuman. Aku dan adik berpandangan sesama sendiri. Betul ke? Tapi, mak macam tipu je. Mak tak rasa takut atau pun emak tidak mahu menunjukkan rasa takutnya..

Bersambung....

No comments:

Post a Comment