Emak masih dengan muka relaks, tetapi di dalam hati tiada siapa yang tahu. Kematian abah semasa kami masih kecil, mungkin telah membiasakan diri emak menjadi berani.
Kami melangkah menuju ke rumah jiran depan rumah untuk menonton tv. Bukan tv saja yang tidak ada di rumah kami masa itu, blender, peti ais dan segala keperluan asas yang lain. Hidup kami memang sederhana sangat.
Dalam pukul 10 malam, kami balik. Menuju ke bilik air untuk membasuh kaki. Di situ ada kolam tetapi tiada berbumbung. Ada sekor ayam putih yang bertengek di tubir penjuru kolam.
"Apa yang dibuat dek ayam bodoh ni?" Emak saya merungut sendirian. Kami ada seekor ayam putih yang digelar ayam bodoh. Sebabnya, apabila kita dekat dengan dia pun selamba dia tidak bergerak. Macam lembab saja lagaknya. Selalu duduk di hujung dapur. Masa tu masih pakai dapur kayu di luar rumah lagi.
Emak memegang ayam itu, tetapi pegangan emak terlepas. Ayam itu terbang menuju ke arah pokok kelapa di rumah jiran. Kami semua terlopong, kerana pokok kelapa itu tinggi. Macam mana ayam yang lembap itu boleh terbang hingga sebegitu sekali?
"Kuatnya dia mengepak..." Itu kata emak saya. Adik dan saya berpandangan sesama sendiri.
Adakah puntianak tadi telah menyerupai ayam?? Fikirlah sendiri...
### Ini adalah kisah benar.
hish, emak Dilah ni selamba rock sungguhlah !
ReplyDeletehe..he..dah biasa untuk beranikan diri agaknya..sampai sekarang pun macam tu..masa dia tak sihat dulu, dia boleh duduk kat tengah laman pukul 3 pagi..selamba je..kalau saya dah berbungkus agaknya..
ReplyDelete