Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, January 22, 2010

Petua

Saya mahu berkongsi petua untuk hidung tersumbat dan batuk yang berpanjangan. Telah ramai yang mencuba, dengan izin-NYA berjaya..Cubalah. Insya-ALLAH...

Hidung tersumbat:-

Ambil minyak masak yang baru (belum digunakan) dan letak di zon T. (Selalunya bayi rimas sebab tak boleh bernafas dengan hidung dan membuatkan dia tak selesa. Cubalah..)

Batuk berpanjangan :-

Ambil 1 ulas bawang putih (jangan di kopek kulitnya). pecah-pecahkan, tak perlulah sampai hancur. Campurkan dengan minyak masak yang baru( belum digunakan) dan sapu di bahagian depan dada dan juga belakang. Seelok-eloknya sebelum tidur. Tapi tahan sajalah dengan bau bawang putih tu...

Ada sesiapa yang tahu petua untuk hilangkan sakit kepala yang berpanjangan? Kalau ada tolong beritahu ye...Saya sudah seminggu telan ubat, tetapi tidak hilang juga.



#######
Firasat saya benar, arnab yang tengah itu mati hari ini. Sudah saya kuburkan di bawah pokok mangga. Suami saya siap beli botol susu dan susu untuk beri dia minum, tetapi mati juga akhirnya. Semalam 1 daripada 6 ekor anak Jasmine juga mati. Lemah dan tidak cergas.

No comments:

Post a Comment