Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, January 05, 2010

Wajarkah??

" Puan ni guru ke?"
" Fadhilah, mengajar ke?"

Bukan seorang dua yang menyangka saya seorang guru. Kenapa? Saya tidak dapat memberikan jawapan. Hanya yang bertanya saja yang tahu.

Semalam semasa mendaftar anak ke sekolah, saya pening kepala apabila melihat anak-anak berlarian dan berbagai ragam. Saya tabik hormat pada seseorang yang bergelar 'guru' kerana mereka boleh mengawal anak-anak murid mereka dengan baik. Mereka ada banyak kesabaran dalam melayan dan menjawab pertanyaan anak-anak didik.

Tetapi ada juga sesetengah dari mereka ini yang tidak boleh mengawal kemarahan mereka sehingga berlaku perkara yang tak sepatutnya.


contoh pertama:

Anak adik saya yang mengidap autisma (betul ke ejaan dia ni?).Sama usia dengan anak saya. Bercakap dalam bahasa yang tidak difahami... Hanya sesekali saja sebutan yang betul keluar dari mulutnya. Dia dicubit sehingga lebam dipehanya (kiri dan kanan)dan dibelakang (lebih kepada penderaan). Dia sendiri mengambil minyak gamat dan menyuruh emaknya letakkan di bahagian itu dengan menyebut 'akit...akit'. Pada saya ianya memang tidak wajar berlaku kerana guru itu mengajar di sekolah khas, bukannya sekolah normal. Jadi sudah tentu dia tahu keadaan anak murid yang sebegitu.

Apabila adik ipar saya bertanya, kenapa? Jawapannya adalah 'saya tension'. Patutkah ini berlaku??Kalau tension, cubit anak orang buat apa??? Saya betul-betul geram...

Sekarang ini, kami semua terasa lega kerana anak saudara saya ini dihantar ke sekolah yang lain. Walaupun jauh sedikit tetapi terjamin..

Contoh kedua:

Anak saya sendiri telah di pukul di bahagian belakang bahu semasa darjah 3. Sehari selepas dia dipukul, lengannya bengkak dan tidak boleh diangkat keatas. Apa yang saya lakukan? Report perkara ini kepada guru besar dan akhirnya saya tahu apa yang berlaku.

Setelah disiasat - mengikut kata guru besar, anak saya lambat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan semasa di dalam kelas. Kerana anak saya memberi pinjam pensilnya kepada kawan yang duduk disebelah. Pada ketika itu anak saya tidak membawa pensil lebih. Jadi dia tunggu sajalah pensil yang sebatang dan akhirnya dia sendiri yang menanggung akibat dari kebaikannya itu...

Saya tidak menyalahkan kedua-dua pihak. Pada pandangan saya, seorang guru boleh memukul anak muridnya dengan tujuan mengajar. Tetapi bukan ditempat yang tak sepatutnya. Dirotan ditapak tangan rasanya sudah cukup untuk membuatkan anak murid serik dan takut..

Tetapi saya terkilan apabila anak saya dikatakan penipu oleh guru tersebut (sengaja melebih-lebihkan perkara itu). Sedangkan saya yang membawa dia pergi membetulkan kembali lengan yang terseliuh itu. Dan orang yang telah memgurutnya pun sudah tiada lagi. Telah dikuburkan semalam...

Agaknya sebab itulah, ibubapa sekarang ini lebih suka report ke pihak Polis.....em..entahlah...

No comments:

Post a Comment