Selamat datang.
Selamat singgah.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Tuesday, January 19, 2010
Semalam..
lahir : 18.01.2010
nama Ibu : Chinta
nama bapak : Akid
bil : 3 ekor
warna : 2 putih & 1 hitam dihujung telinga (badan putih)
waktu lahir : antara pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Semalam semasa suami saya balik, kandang arnab yang mula-mula
dijengahnya. Sebelum pergi kerja semalam, dia sudah nampak chinta
gelisah. Bulunya sudah tercabut dari badan dan bersepah di kandang.
Pada firasat saya yang tengah itu akan mati. Kerana dia tidak boleh menyusu.
Suami saya kata, dia tersepit di celah kandang semalam. Saya rasa dia sakit,
kerana malam tadi saya dengar dia menjerit. Mungkin kerana sakit, mungkin juga
haus sebab dari semalam tidak menyusu. Dua ekor lagi aktif.
Pagi tadi, saya cuba susukan dia dekat ibunya pun tidak boleh. Saya tidak mampu
berbuat apa-apa lagi. Tawakal saja. Saya berharap yang anak arnab itu masih bernyawa
semasa saya balik petang nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ini anak pasangan lain ya? Tengok nama ayah ibu tu tak sama, tapi kenapa bilangannya tak banyak ya, ibu muda ke? Akak sebenarnya geram bab arnab, kucing dan hamster..tumpang cuci mata je kat sini.Letaklah gambar2 arnab..
ReplyDeleteiya kak..pasangan lain...memang sikit anak-anaknya..badannya besar, tapi anak tak banyak..
ReplyDeleteakid & chinta ni adalah abang dan kakak kepada jasmine dan nik..
rasanya yang sekor lagi tu pun nak beranak agaknya..nama dia ku pian (salah letak nama..ingatkan jantan..he..he)