Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, August 05, 2011

5 Ramadhan..Jumaat.

Kring..kring..kring..

"Assalamualikum"..Salam si pemanggil..

"Waalaikummusalam"

"Akak kat mana ni?" Tanya si pemanggil

" Kat Port Dickson"

"Kak, jangan pergi PD. Ada tsunami..."Kata-kata
yang mati hanya di situ.

Terus saya pandang ke sebelah kanan saya
dan memang benar, nampak ombak tsunami
yang meninggi menuju ke arah pantai.

Saya terus berlari menuju ke atas tebing
yang ada pokok, begitu juga dengan pengunjung
yang lain.

Hendak capai akar pokok, takut tak kuat.
Hendak peluk batang pokok, tangan rasa
tak sampai, Kiranya serba tak kena masa
tu.

Yang muncul dalam fikiran 'cukup ke amalan
yang telah aku lakukan?'...Dan akhirnya saya
tutup mata dan redha...

Kring...kring..kring....Tapi kali ni
bunyi alarm untuk bangun tidur pergi
kerja pulak..

Alhamdullilah. Saya cuma bermimpi. Jika
benar ianya terjadi, saya tidak pasti
macammana rasanya.

Mati itu sudah tentu, tetapi kalau boleh
tidak mahu mati di dalam keadaan yang
tidak sempurna (hilang anggota badan.)..

Hanya DIA yang mengetahui...

1 comment: