Selamat datang.
Selamat singgah.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.

Friday, December 31, 2010
Pasar terakhir tahun 2010
Gambar dari google.
Hari ini hari terakhir tahun 2010. Awal pagi dah pergi pasar.
Orang masih belum ramai lagi.
Perjalanan memilih ayam dulu. Ditempat yang sama, sudah biasa
dengan penjual itu. Beres.
Kaki melangkah ke tempat ikan pula. Semasa dalam perjalanan
memilih ikan, kedengaran dialog di bawah;
"Eh, mana ikan saya yang awak siang tadi? Sudah
buang perutkah?" Agak nyaring juga suara seorang wanita.
"Mau buang perutkah?" Suara lelaki bertanya kembali(warga bangla).
"Habis tu, siang tak payah buang perut ke?"
Saya menyimpan senyum di dalam hati Perjalanan di teruskan.
"Tak boleh pilih. Kalau pilih 15 ringgit satu kilo. Kalau
tidak pilih 13 ringgit." Suara taukeh sebuah kedai ikan
menyinggah di telinga saya (Warga Myanmar).
"Ini bukan pilih. Ini ambik, kalau tak ambik macam mana
mau beli." Sahut seorang lelaki melayu yang membeli udang.
Saya nampak orang disebelahnya yang memilih.
Saya memandang dan berlalu pergi. Perjalanan diteruskan.
"Cuci bersih-bersih ahhh." Suara seorang warga tua berbangsa
cina mengarahkan seorang pekerja kedai membersihkan ikannya.
"Itu ekor kasi potong....potong elok-elok." Lagi sekali pekerja
kedai itu ditegur oleh orang yang sama.Saya rasa pekerja kedai
itu mesti bersyukur setelah lelaki cerewet itu beredar.
Saya meneruskan perjalanan lagi.
"Hello, kat sini boleh siang ikan tak?" Saya menoleh apabila
mendengarkan soalan itu. Empunya suara mungkin berusia 30an.
"Mak, kat sini." Dia memanggil emaknya stelah taukeh kedai
kata boleh. Agaknya kalau taukeh tu kata tak boleh, mesti dia
tak mahu beli ikan kat situ.
Perjalanan diteruskan.
"Yang, kat sini murah. Pilihlah." Seorang lelaki memanggil isterinya
untuk memilih sotong.
"Tak kuasa ehhhh." Jawab sang isteri.
Saya hanya memandang sekilas.Kenapa sang isteri tidak mahu
memilih, tak tahu pulak saya.
Perjalanan menuju ke tempat sayur pulak.
Memilih sayur, tetapi tidak banyak kerana kebanyakkan sayur
tidak boleh di simpan lama.Tiba-tiba teringat nak beli
kangkung untuk arnabku.
"Kangkung berapa sekilo?" Tanya saya di kedai pertama.
"2.50 satu kilo akak." taukeh kedai menjawab(orang kita).
Saya tak beli pun, perjalanan diteruskan. Singgah di kedai
lain pulak.
Tanya lagi berapa harga sekilo kangkung.
"2.80 satu kilo." Wargo myanmar pulak. Saya tak beli jugak.
Jalan lagi.
Sampai satu kedai, tanya lagi harga kangkung.
"3.00 satu kilo."
Aik, apa sudah jadi. Harga berubah-rubah. Makin jauh saya
berjalan dan bertanya, makin naik pulak harganya....Selalunya
saya beli harganya 1.70 je... Semua barang naik harga nie.
Singgah di tempat santan pula. Lain pulak dialognya.
"Lu bodoh, pergi sana tanya."Tinggi suara taukeh memarahi
pekerjanya. Saya sedikit terkejut.Berlarilah pekerja myanmar
itu menuju ke seorang pekerja wanita.
Lagi sekali dia dibodohkan. Didepan pelanggan pulak itu. Hati
saya belas melihatnya. Walaupun dia hanya pekerja, walaupun
dia bukan warga negara kita, dia juga manusia yang punya
hati, perasaan dan maruah seperti kita.
Dalam perjalanan menuju ke kereta, dialog lain pulak;
"Kat sini 4.50. nak beli ke tak ni?"Seorang suami memegang keropok
batang.
"Sana 4.00 ringgit je bang, tapi jauh kat sana.Jom lah
kita pergi." Sahut si isteri pulak.
Saya tersenyum sepanjang jalan semasa menuju ke kereta. Macam-macam
senario yang saya dengar dan lihat hari ini. Kenapa? Tak tahulah...
Saya rasa seronok pulak, sememangnya hidup ini indah.
Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011.
Thursday, December 30, 2010
Apabila dia membebel.
"Ibu dah kena penyakit orang tua, sebab suka membebel." Kata anak
saya.
Apa perasaan anda apabila mendengar ayat yang sebegini dari
seorang anak kecil? Saya gelak sajalah…
Benar, seorang EMAK, IBU, MAMA atau apa saja panggilan
memang akan membebel bila ada saja benda yang tidak kena
di matanya.
Anak pulak tak suka dengar EMAK, IBU, MAMA atau yang
sewaktunya membebel. Benci, marah, geram dan macam-macam
perasaan lagi yang ada dalam hati, ye tak?
Sebab apa ibu kita membebel? Tanya balik pada diri sendiri. Apa
salah kita, apa yang telah kita buat. Tentu ada, cuma mungkin kita
rasa ianya betul tetapi sebaliknya pada ibu kita.
Lalu terjadilah peristiwa keluar rumah tanpa izin atau lari
dari rumah sebab boring dengar emak membebel sedangkan bebelan
itu adakalanya benar dan baik.
Kebelakangan ini banyak yang kita baca di surat khabar, kena
marah sikit, lari. Kena tegur sikit, lari. Bila berita kehilangan
dah tersiar di surat khabar, baru nak balik.
Takkanlah seorang wanita yang kita sayangi dan kasihi akan marah
dan memekak kat telinga kita tanpa sebab.
Saya dulupun kena bebel jugak. Alhamdullilah, berkat bebelan emak
saya tu, saya jadi orang. Kalau tak, tak tahulah kemana hala tuju
saya agaknya.Dan sebagai anak, kita kena fikir yang positif.
Setiap larangan, mesti ada sebabnya. Setiap perkara yang emak
kita kata jangan,mesti ada akibatnya. Macam yang kat bawah nie:-
Siapa yang tak marah kalau dah Maghrib tak balik-balik. Nanti
kalau dah terpekik terlolong disampuk dek hantu, emak bapak juga
yang susah.Dia mana tahu yang dia menyusahkan emak bapak, sebab
dia mana sedar.
Siapa yang tak marah kalau asyik berkepit dengan pak we atau mak
we, tak ingat nak balik. Nanti kalau perut tu dah buncit, siapa
yang malu dan takut? Maka terjadilah kes buang anak yang semakin
menjadi-jadi sekarang ni. Dia mana tahu malu, sebab kalau dia
tahu malu sudah tentu dia tak sewenang-wenangnya bagi 'benda' tu
kat boyfreind dia…
Siapa yang tak marah,..
Ish…sudah-sudahlah tu Puan Fadilah ooiiii…membebel lagi….Confirm
memang saya dah tua.

Wednesday, December 29, 2010
Yang saya beli
Ini benda istimewa bagi saya, susah nak jumpa. Jadi masa di
KT, belilah makanan di bawah ni....
Buah keranji. Masam rasanya.
Kuih sarang burung. Tempat lain tak tahu pulak, diaorang panggil
apa. Saya belajar makan semasa berada di Alor star. Tak sangka
jumpa kuih ni kat Kuala Terengganu.
Telur penyu. Tapi yang masin. Yang biasanya punya tak ada. Kata makcik
kat pasar Payang, penyu pun tak nak bertelur musim-musim
ribut macam ni. Sedap bagi yang suka. Mahal tau. Kalau yang
biasa, harganya boleh mencecah 5 ringgit sebiji.
Rempah kuah nasi dagang dan kerutub. Menyesal pulak beli
sedikit...

Tuesday, December 28, 2010
Lokasi : Paka
Selepas dari jambatan Paka,kami melihat satu perkampungan nelayan
yang cantik lalu suami terus masuk.
tengok gambar-gambar kat bawah nie.
Ini bahagian Sungai rasanya. Tapi besar...
Ini pula bahagian laut. Dipisahkan oleh satu tebing pasir( besarnya
seperti jalanraya 3 lane). Tak lama kami di situ, hanya untuk
mengambil gambar.
Tidak dapat saya bayangkan, kalau tiba-tiba beting pasir tempat
kami berdiri itu, dilanda ombak yang besar di bahagian kanan.
Seram.......
Berakhirlah perjalanan kami di Negeri Terengganu ini. Kesimpulan
yang dapat saya buat adalah negerinya memang BERSIH.
Mahu ke Kuantan pulak....

Monday, December 27, 2010
Lokasi : Pantai Batu buruk -2
Semasa dalam perjalanan pulang, singgah dulu di Pantai Batu Buruk.
Cantik dan bersih pantainya.
Takut saya melihatnya. Ombak bergulung dan hujan pula renyai-renyai. Ada juga
pengunjung yang siap berkelah lagi. Mungkin dah biasa tengok laut
yang macam ni kut.
Sekejap saja kami di sini. Perasaan ngeri menguasai diri.

Sunday, December 26, 2010
Lokasi - Kuala Terengganu -2
Hari kedua kami di Kuala Terengganu,waktu pagi mesti cari
sarapan dulu. Singgah disebuah gerai tidak jauh dari tempat
penginapan kami.
Menunya tetap nasi dagang, nasi lemak dan nasi minyak. Semasa sedang
berdiri memilih makanan, saya dan anak telah ditegur oleh seorang
makcik yang mungkin berusia lebih dari lima puluhan dan juga kurus
orangnya.
"Nak pergi mana?" Makcik itu bertanya.
"Nak jalan-jalan." Kata saya dalam senyuman. Tak tahu nak jawab
apa sebenarnya.
Nak tahu apa pulak jawapan makcik tu?
"Macam nak keje sepita(hospital) je."
Saya dan anak tergelak sesama sendiri. Sebab kebetulannya kami
berdua memakai baju putih, jadi makcik tu ingat kami keja kat h'tal
Pergi lagi sekali ke Pasar Payang. Baju batik dan barangan tembaga
memang banyak dijual. Kononnya memang nak beli satu kuali tembaga
tapi tak jadi bila memikirkan harganya terlalu mahal. Kuali yang
sebesar pinggan saja sudah berharga 380.00... Terus tak jadi.
Satu bentuk yang terdapat di Bazar Warisan.
Bot / tongkang kecil yang menuju ke Seberang Takir. Selamba je
seorang makcik naik bot tu dalam keadaan hujan.Ala bisa, tegal biasa.
Bangunan Bazar Warisan.
Tuan tanah kedaung nak juga masuk. Mana kasut cantik? Tak payahlah nak melaram
bila hari dah hujan. Buat kotor kasut je.
Ayam panggang yang paling sedap yang saya pernah makan. Dijual di pasar
malam yang terletak di hadapan Hotel Sri Tanjung. Pedas dan sedkit
manis, memang best....
Setelah berjalan di sekitar Bandar Kuala Terengganu, kami bergerak
pulang, juga dalam keadaan hujan renyai.
Bersambung dilokasi lain selepas ini.

Saturday, December 25, 2010
Lokasi : Kuala Terengganu -1
17 Dec 2010 kami bertiga bergerak menuju ke Pantai Timur. Bergerak dari
rumah awal pagi. Pukul 5.10 am, jalan pun masih lenggang. Layan
gambar kat bawah nie..
Budak boring. Mana taknya, 6 jam perjalanan pun tak sampai-sampai.
Penyudahnya dia berselubung dalam kereta. "Bila nak sampai? Pukul
berapa kita sampai?" Soalan yang berulang kali ditanya.
Sampai di area Cherating pada pukul 10 pagi, kami meneruskan lagi
perjalan menuju ke Kuala Terengganu. Hujan renyai menyambut
kedatangan kami. Ini membuatkan perjalanan kami semakin
perlahan.
Sungguh indah ciptaan ALLAH. Lokasinya di sekitar R Abang.(maafkan saya
jika ianya tidak benar). Gambar yang diambil di dalam hujan renyai.
Rombongan motor yang hampir melanggar kereta kami. Polis trafik suruh
kami berhenti di tepi, tapi diorang nie laju semacam je..Entah kemanalah
agaknya destinasi mereka di dalam hujan-hujan begini.
Akhirnya kami sampai di tengah-tengah Bandar Kuala Terengganu dalm pukul
1.45 petang. Kebanyakkan kedai tutup sebab hai Jumaat.Kami singgah
di sebuah kedai makan. Menu tengahari kami adalan nasi ayam
dan nasi dagang. Selepas itu bergerak mencari bilik untuk berehat.
Inilah bilik penginapan kami di Hotel Sri Tanjung. Ok jugalah. Tak besar
sangat. Sesuailah dengan harganya. Tapi bilik airnya terlalu kecil
dan sempit bagi saya.
Selepas berehat sebentar, kami keluar. Rupa-rupanya tempat penginapan
kami itu memang terletak ditengah bandar.Lima minit perjalan menuju ke
Pasar Payang yang sememangnya saya idamkan untuk sampai. Alhamdullilah.
Juga kebanyakan kedainya tutup.
Adalah juga barang dan cenderahati yang dibeli sebagai kenang
kenangan, tanda sampai ke Kuala Terengganu. Antaranya adalah
ini.
v
v
v
v
v
v
v
v
Penyu bertenggek atas tilam? Tak pernah tengok kan? Ini lah dia
CICI.(Nama yang tak glemer langsung)
Bersambung...

Friday, December 24, 2010
Anak siapakah ini?
Buat pertama kalinya, sejak saya membela arnab saya tidak
tahu yang anak arnab ini kepunyaan siapa.
Sebelum kami ke Pantai Timur hari tu, manggis ada beranak
2 ekor. Tetapi kedua-duanya mati. Saya dan anak berdoa
sungguh-sungguh dengan berharap yang lagi 3
ekor itu tidak beranak semasa kami tiada di rumah.Kalau
nak beranak tunggu kami balik dulu(boleh main tunggu-tunggu
lagi)
Alhamdullilah, permintaan kami ditunaikan. Semasa saya sampai
rumah dalam pukul 6.45 petang, orang yang menjaga arnab saya
kata, arnab itu baru beranak. Dua ekor ibu beranak katanya.
Dia sendiri tak tahu yang mana satu ibu dan yang mana satu
anaknya.
Tak apalah. Janji saya ada di rumah untuk menjaga anak arnab
ini.
Sekarang ini saya bergilir-gilir memberi susu kepada
anak arnab itu. Kalau pagi, susu Jasmine. Tengahari pulak
susu Kupian...begitulah seterusnya. Barulah adil...
Terima kasih ya ALLAH!
Thursday, December 23, 2010
Wednesday, December 22, 2010
Rumah nenek
Ini rumah nenek saya. Rumah melaka yang sememangnya asal dari
dulu lagi. Cuma ditambah rumah batu di bahagian dapurnya.
Mak lang saya dulunya memang tinggal di sini, tetapi sejak
dia tidak kuat, rumah ini jadi rumah tinggal.
Tangga dari bahagian dapur. Emak saya yang masih mahu menjenguk
bahagian atas rumah.Nampak tak daun tingkap tu. Dalam rumah
pun ada tingkap eh.
Bahagian tengah rumah. Dulu, masa balik kampung selalu tidur
di sini. Memang best rumah papan nie. Sejuk.
Peran tempat letak barang. Ada satu lagi loteng di atas bilik depan.Lupa
pulak nak ambik gambar.
Rak pinggan mangkuk orang dolu-dolu. Pinggan mangkuk ini masih
berada di dalam keadaan baik, cuma berhabuk sahaja.

Tuesday, December 21, 2010
Waris jari hantu.
ops! itu tajuk filem SB yea. Saja bikin gempak je.
Semasa balik kampung hari tu, mak saya ajak pergi rumah
bawah(rumah nenek)
Untuk apa? Katanya nak cari pinggan jantan dan betina.
Perlahan je kami naik rumah tu, lantainya sudah tak
berapa kuat.
"ini pinggan mak aku, beli kat mak...kerbau.Manalah lagi satu.."
Saya tak berapa ingat nama orang yang mak saya cakap tu.
Inilah rupa pinggannya. Mak saya siap ambik teko ni sekali.
Arwah nenek yang punya.
Berhabuk dan kotor, tidak berjaga.
Gambar setelah dibersihkan. Kata anak saya, ini harta waris. Dia
siap tanya lagi bila saya tak ada nanti, adakah pinggan itu akan
diwarisi oleh dia atau sepupunya.
Ish..ish..belum mati lagi dah jadi rebutan.
Semasa saya menerima pinggan dan teko ini, saya sendiri
tidak tahu apakah perasaan saya. Seperti di beri tugas yang
berat untuk menjaganya.
Mak saya kata itu pinggan jantan. Entah, tak tahu pulak
kerana saya tak nampak pulak anunya...hahaha.

Thursday, December 16, 2010
Pokok sana, pokok sini.
Tinggal di kampung memang menyeronokkan bagi saya. Bagi orang lain
saya tak tahu pulak. Selera masing-masing ye tak.
Pokok avocado yang baru berputik. Tahu bilalah nak besarnya nie.Selalu
kita tengok yang dah ada jual tu kan, lah ni tengok pulak
yang besar ni.
Pokok sukun yang sedang berbuah lebat. Susah juga nak mengaitnya,
tinggi menunjai. Itu belum kena hempap dengan buah tu lagi. Mahu
bejol jadinya.
Pokok ciku yang sedang berbuah lebat. Kena pilih yang besar-besar.
Orang dulu kata, tak baik tanam pokok ciku dekat dengan rumah...
tak tahu lah betul ke tidak.
Buahnya kena di basuh dan dijemur dulu sebelum diperam dalam
tong beras. Tak tahu pulak kenapa. I follow aje....
Rumah emak saya. Rumah tinggal. Hanya balik sekali-sekala. Depan pokok
rambutan. Sebelah kanan pokok petai, sebelah kiri pokok mangga.Sebelah
belakang pokok ciku dan juga pokok limau. Macam-macam ada...

Wednesday, December 15, 2010
kena cucuk.
Ada kurap ditelinga Manggis, Bulan dan juga Ku Pian. Kesian
melihatnya.
Jadi kami bawak depa ni pergi cucuk kat klinik haiwan.
Bulan dulu kena.Satu sangkar dengan Jasmine, tapi Jasmine ok
je.
Manggis diam je. Takut eeee...Nampak tak kopeng putih yang
dekat hujung telinga Manggis tu... Dia yang paling teruk
kena. Saya pulak baru perasan minggu sudah. Kalau tak
dah lama bawak gi klinik..Nik yang duduk satu sangkar dengan
dia pun tak kena. Antibodi kuat agaknya.
Last sekali Kupian. Sikit je kat hujung telinga juga.
Cantikkan kucing nie, nak tahu harganya berapa? RM 700.00. Umurnya
2 bulan setengah kata pekerja tu. (Gambar yang diambil di
kedai haiwan yang terletak di sebelah klinik di Salak)
Kucing ini juga cantik. Sedang berdendang sayang di rak makanannya.
Gambar yang saya snap di klinik haiwan ini...
Bayaran untuk cucuk depa ini RM 35.00. Kata en hubby, tuan dia
sakit pun hanya makan panadol je.hahahah....

Subscribe to:
Posts (Atom)