saya tak tahu pulak. Selera masing-masing ye tak.
Pokok avocado yang baru berputik. Tahu bilalah nak besarnya nie.Selalu
kita tengok yang dah ada jual tu kan, lah ni tengok pulak
yang besar ni.

Pokok sukun yang sedang berbuah lebat. Susah juga nak mengaitnya,
tinggi menunjai. Itu belum kena hempap dengan buah tu lagi. Mahu
bejol jadinya.

Pokok ciku yang sedang berbuah lebat. Kena pilih yang besar-besar.
Orang dulu kata, tak baik tanam pokok ciku dekat dengan rumah...
tak tahu lah betul ke tidak.

Buahnya kena di basuh dan dijemur dulu sebelum diperam dalam
tong beras. Tak tahu pulak kenapa. I follow aje....

Rumah emak saya. Rumah tinggal. Hanya balik sekali-sekala. Depan pokok
rambutan. Sebelah kanan pokok petai, sebelah kiri pokok mangga.Sebelah
belakang pokok ciku dan juga pokok limau. Macam-macam ada...

No comments:
Post a Comment