Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, December 24, 2010

Anak siapakah ini?



Buat pertama kalinya, sejak saya membela arnab saya tidak
tahu yang anak arnab ini kepunyaan siapa.

Sebelum kami ke Pantai Timur hari tu, manggis ada beranak
2 ekor. Tetapi kedua-duanya mati. Saya dan anak berdoa
sungguh-sungguh dengan berharap yang lagi 3
ekor itu tidak beranak semasa kami tiada di rumah.Kalau
nak beranak tunggu kami balik dulu(boleh main tunggu-tunggu
lagi)

Alhamdullilah, permintaan kami ditunaikan. Semasa saya sampai
rumah dalam pukul 6.45 petang, orang yang menjaga arnab saya
kata, arnab itu baru beranak. Dua ekor ibu beranak katanya.

Dia sendiri tak tahu yang mana satu ibu dan yang mana satu
anaknya.

Tak apalah. Janji saya ada di rumah untuk menjaga anak arnab
ini.

Sekarang ini saya bergilir-gilir memberi susu kepada
anak arnab itu. Kalau pagi, susu Jasmine. Tengahari pulak
susu Kupian...begitulah seterusnya. Barulah adil...

Terima kasih ya ALLAH!

No comments:

Post a Comment