Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Thursday, December 02, 2010

15 jam perjalanan - part 2

Dalam pukul 9.45 sampailah homestay. Berar juga rumahnya.
Rumah teres dua tingkat. Kalau tak silap dengar hari tu
sewanya 150.00 sehari. Lupa pulak nak ambik gambar.


Gambar cucu semasa di homestay . Masa gelak, seronoklah layan. Bila
nangis, pulang balik kat mak dia...




Make up pengantin yang simple dan cantik pada mata saya. Baju nie
diaorang sewa kat orang lain. Baju jawa.


Pengganti pengantin di meja makan beradab selepas raja dan
permaisurinya beredar. Sedap makanannya. Siap ada kuih muih
lagi.


Cenderahati dari pihak pengantin lelaki kepada pihak perempuan. Dah
tak lawa jadinya, apabila anak dara saya sibuk bukak. Ada kuih bahulu,
putu kacang dan tuala kecil.

Dari Taiping, kami bergerak pulang dalam pukul 2.30 petang. Hujan
lebat sehingga tak nampak jalan.

Sampai rumah saya tepat jam 7 malam. Kakak saya singgah makan di
rumah. Kononnya nak makan nasi pengantin yang dibekalkan, tapi
lauknya jadi basi pulak. Mungkin sebab mangkuk tingkat itu di
tutup dalam keadaan panas lagi. Hanya acar buah dan gulai
lemak ikan masin saja yang boleh dimakan. Penyudahnya beli
lagi sedikit lauk kat pasar malam.

No comments:

Post a Comment