Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Wednesday, December 22, 2010

Rumah nenek

Ini rumah nenek saya. Rumah melaka yang sememangnya asal dari
dulu lagi. Cuma ditambah rumah batu di bahagian dapurnya.

Mak lang saya dulunya memang tinggal di sini, tetapi sejak
dia tidak kuat, rumah ini jadi rumah tinggal.




Tangga dari bahagian dapur. Emak saya yang masih mahu menjenguk
bahagian atas rumah.Nampak tak daun tingkap tu. Dalam rumah
pun ada tingkap eh.



Bahagian tengah rumah. Dulu, masa balik kampung selalu tidur
di sini. Memang best rumah papan nie. Sejuk.



Peran tempat letak barang. Ada satu lagi loteng di atas bilik depan.Lupa
pulak nak ambik gambar.




Rak pinggan mangkuk orang dolu-dolu. Pinggan mangkuk ini masih
berada di dalam keadaan baik, cuma berhabuk sahaja.

No comments:

Post a Comment