Apa ada di ALAMANDA PUTRAJAYA? Ada ramai orang. Mungkin masing-masing mahu melepaskan tekanan kerja dan membawa anak keluar bersiar-siar sementelah lagi sekarang ini cuti sekolah sudah bermula.
Begitu juga dengan saya. Memenuhi permintaan anak yang mahu menonton cerita 'Senario'membuatkan suami beratur panjang membeli tiket. Melihat air muka gembira anak saya sudah memadai. Itu pada hari Sabtu.
Berlainan pula dengan cerita 2012. Kami menonton pada hari Ahad.Dia asyik bertanya bilalah cerita itu akan habis. Rasanya sudah beberapa kali dia menukar posisi duduk. Cuma saat-saat akhir membuatkan dia rasa seronok. Saya tidak akan memberi komen untuk dua-dua cerita yang kami tonton ini, kerana saya bukan pengulas atau pengkritik filem.
Saya pernah merasa mengikut kakak saya menonton wayang masa kecil dulu(mungkin dalam umur 7 atau 8 tahun..tak ingat pulak..).Tiada aircond, cuma yang ada panggung yang berbau hapak dan masam. Sambutannya tetap bagus, mungkin kerana itu saja yang ada.
Rasa gembira sebelum masuk ke panggung. Dapat pula makan ais kepal yang disiram dengan sirap gula. Tapi tak lama.... Bermulalah rengekan mahu pulang...
"Lain kali, akak tak mahu bawa kau lagi.." Itu kata kakak saya. Dia bengang kerana tidak dapat menonton sehingga habis.. Ha..ha..
Panggung dulu 300% berbeza dgn panggung sekarang , siap dengan prjektor putus di tengah2. Then dulu ada org jual makanan dlm pangung haha dan paling akak tak lupa bila tutup je lampu , segala lipas dan tikus melintas atas kaki ! Pengalaman betul tu.
ReplyDeleteanak2 zaman sekarang lebih beruntung kak..kita dulu merasa semua tu..he..he..
ReplyDelete