Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Wednesday, March 23, 2011

Tabung.

Kali ini saya mahu bercerita tentang tabung. Masa kecil dulu
saya ada tabung. Tabung saya berbentuk itik.Sebab apa itik?
Entah, dah emak saya belikan saya bubuh je lah…Adik saya
punya tabung arnab, kalau tak silapnya.

Dulu susah nak dapat duit belanja lebih. Itupun alhamdulillah ada.
Tak macam anak-anak sekarang. Ada bekal untuk di bawa sekolah,
duit belanja lagi.

Sikit-sikit simpan duit… Dulu-dulu zaman saya kalau orang
yang berkunjung ke rumah, bila nak balik bagi duit kat
anak tuan rumah.. Tak adalah banyak, tapi dengan duit
itulah yang dikumpul masuk tabung..

Pada satu hari, saya mahu mengikut krusus(boleh dikatakan macam
begitulah) yang diadakan selama seminggu di sebuah sekolah di Port
Dickson. Kalau tak salah bayarannya RM 60.00 saja.

Oleh kerana dulu, 60 ringgit tu pun dah kiranya banyak tu…Oleh
kerana saya nak sangat pergi, kononnya nak merasa duduk
asrama seminggu. Jadi korek tabung pun ok juga..Janji dapat
merasa.

Tabung tu pulak bukan macam tabung sekarang. Tabung dulu
tak ada lubang di bawah bontotnya. Kalau nak duit, kenalah pecah
kan tabungnya.

Sayang nak pecah punya pasal, mak saya korek dengan pisau
sehingga berlubang perut itik itu. Tapi tak adalah besar sangat lubangnya.
Kira lepas keluar duit syiling sudahlah.

Dah korek, tampal balik dengan simen.. Guna balik tabung yang
sama, dan akhirnya tabung itu terjatuh dan pecah.

Dapatlah 75.00++. Alhamdullilah. Kiranya banyak dah tu. Merasalah
saya duduk asrama seminggu.. Sampai sekarang saya akan
ingat….

Kalau anak zaman sekarang dialog dia macam nie:-

"Abah, ada rombongan sekolah, tak mahal abah. 70.00 ringgit
je bah. Nie borangnya, nak kena hantar esok jugak..Abah
sain je kat sini."

Yang si bapak pulak sain…senang sangatkan..

2 comments:

  1. Dulu kakak aku ada belikan tabung yang jenis satu pintu je tu..

    nak keluarkan duit syiling?

    Aku guna pisau untuk jolok...

    ReplyDelete
  2. kakak punya tabung, awak tukang jolok...jadi penyamun tarbus ke? hehe...

    ReplyDelete