Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, March 01, 2011

Kenduri kahwin

Alhamdullilah bila di beri kesihatan yang baik
atau tiada aral melintang, sebarang jemputan
akan di penuhi.

Pada hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga bergerak
dari rumah pada pukul 5.00 menuju ke Johor.

Rumah pengantin perempuan yang terletak di Aping Barat.Nikahnya
pada pukul 10.30 pagi. Pertama kali saya menghadiri upacara
pernikahan di johor ini. Tercengang-cengang juga apabila
pengantin lelaki, pengantin perempuan, emak& bapak pengantin
perempuan di suruh baca sekeping kertas yang boleh saya katakan
seperti akujanji(maaf ye orang johor, kalau ianya tak betul).


Sekarang ini fesyen orang kahwin, tidak ketinggalan juga
dengan pasangan ini. Cantik bannernya.


Semasa berarak, pengantin kena bayar tol sebelum masuk ke
pelamin. Tol yang pertama. Hahaha..sampai ada pihak kami
yang mengatakan kami tak bayar cash, kami guna smarttech...


Tol yang kedua.


Tol yang ketiga sebelum pengantin lelaki boleh
duduk di pelamin. Mak andam yang kecik molek tu. Siap bukak
tengok berapa tol yang di bagi..Macam-macam ee..


Inilah pasangan pengantinnya. Comel.


Dan ini adalah saya. Anak dara saya kalau ambik gambar
dia setnya siap masuk frame lagi...


Yang lucunya, anak dan saya memakai baju kelabu iaitu tema
bagi keluarga pengantin perempuan. Jadi kami asyik kena
usik saja, suruh siap jadi penanggah lagi.

Lepas ni nak jalan-jalan pulak.

2 comments: