Saya suka stem. Ini adalah hobi saya, tapi budak-budak
zaman sekarang jarang yang saya dengar suka kumpul stem.
Depa lebih suka dok depan komputer.
Ceritanya bermula begini. Zaman saya dulu orang
suka buang sampah kat satu tempat. Di panggil
perun sampah lepas tu bakar. Entah macam mana
saya terjumpa satu kotak mancis.
Saya bukak dan di dalamnya ada 3 keping stem.
Salah satunya stem Argentina. Entah sape punya yang
tercicir tidak lah hamba ketahuiiii..Begitulah bermulanya.
Abang ipar saya pulak kebetulannya dulu kerja di Hospital.
Banyak kut Hospital tu dapat surat dari Oversea... Jadi
apalagi, stem itu berpindah tanganlah..
Sekarang ni pun office saya selalu jugak terima surat
dari overseas & dalam negeri. Jadi saya tukang potong stemnya. Stem
je, surat tak mau..
Ok, bagaimana mahu membuang lebihan sampul surat yang
terdapat di belakang stem? Hodoh rupanya kalau tak dibuang.
Masuk je dalam air dan rendamlah dalam 10 minit ke. Tapi
saya kadang-kadang sampai separuh hari kat office ni. Bukan
apa, sebab dah tak berapa nak muda ni terlupalah..hehehe..
Dah tu asingkan dan sidai lah kat mana suka. Saya sidai
kat kabinet fail nie je. Pandailah dia kering sendiri.
Salah satu antara buku stem yang saya ada. Zaman dulu-dulu
lagi ni. Zaman budak-budak lagi buku stem ini ada kat saya
sehinggalah sekarang.Alhamdullilah.
Kalau anda rasa nak buang stem ke, bagi-bagilah kat
saya yea.. :)
Saya pun minat kumpul setem juga kak. Kalau dulu, masa sekolah, selalu juga tukar setem dengan kawan-kawan. Sampai sanggup kumpul duit untuk beli setem. Kenangan tu tetap akan diingat sampai bila-bila.
ReplyDeleteTapi sekarang dah kurang sebab tak ramai kawan yang ada hobi ni. Entri akak ni membuatkan saya mahu mencari semula album setem yang disimpan di atas loteng sejak lima tahun lepas! Hehehe... ;)
wah! boleh tukar setem ngan akak Ridh... mau tak?hehehe..
ReplyDeleteBoleh saja kak kalau ada kesempatan. Tapi koleksinya tidaklah banyak mana. Hehehe...
ReplyDelete