Dah lama tak letak gambar kat sini. Ini adalah
tempat saya 'training' mendaki.
Semalam seawal 7 pagi saya sudah ada disini bersama
anak dara saya. Turun naik sebanyak 6 kali.
Hajat hati ingin membuat lebih lagi tetapi
terpaksa dihentikan kerana hujan sudah menitis.
Mendaki
Menurun.
Dekat 7.30 pagi terus saya memandu ke kolam
renang pula. Sampai hampir pukul 8 pagi.
Terus bersarapan. Dan tunggu hingga 9 pagi
baru kolam renang dibuka.
Sudah hampir 2 bulan saya tidak berenang di
sini dan entah mengapa saya asyik tertelan
air kolam.
Setelah puas berenang cara katak cacat (terasa
jangal sebab dah lama tak buat.Jadi ianya tidak
sempurna) dan juga gaya bebas, kami keluar
dari kolam dalam pukul 10.30 pagi.
Saya tidak bilas mandi,kerana masih terasa
fobia tergelincir di bilik mandi kolam renang.
Sebelah petangnya pulak, saya training lagi
dengan memanjat anak tangga di rumah flat
yang ada dikawasan rumah saya ni.
Dari bawah sehingga ke tingkat 5, ada 72 anak
tangga. Dan saya membuat 5 kali turun dan 5
kali naik.
Kiranya saya training sebanyak 360 anak tangga.
secara mendaki dan begitu juga sebaliknya.
Dengan membawa beban dibelakang, memang terasa
kaki saya mengigil. Terasa betis saya jadi
keras.
Sampai rumah terasa begitu lelah dan lembik
kaki. Itu baru sedikit. Terasa kepala saya
pening dan hampir muntah.
Mungkin terlebih training sehinggakan
badan terasa tidak seimbang.
Hari ini pulak kononnya mahu keluar awal
juga dari rumah tetapi tidak kesampaian.
Anak dara saya kena demam panas, jadi malam
tadi tidur tak cukup...Terlajak...
Saya panjat lagi tangga di rumah flat dan
alhamdullilah, hari ini terasa lebih kuat dari
semalam.
Usaha itu tangga kejayaan. Insya-ALLAH.
Saya boleh.
Tak pernah dengar pesen berlatih dalam longkang!!!
ReplyDeleteNi pesen baru nih.
Tau dek Datuk Misbun SIdek, mau dia tercengang.
hahaha